pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama
gravatar

saya kekal di mesir, setakat ini

Selepas sedikit perbincangan, saya memutuskan untuk tidak mengikuti perpindahan sementara rakyat Malaysia di Mesir ke Jeddah yang dijadualkan bermula semalam. Ini adalah keputusan yang hampir muktamad pada masa ini, dan mungkin berubah dalam masa terdekat jika situasi mendesak untuk saya melakukannya.



Awalnya saya memang merancang untuk turut bergerak ke sana bersama ribuan lagi rakyat Malaysia yang lain.



Namun, setelah sedikit perbincangan ringkas bersama AJKT MKKK yang lain, maka kami bersetuju meninggalkan sebahagian AJKT untuk tujuan keselamatan aset di sini, di samping beberapa faktor lain yang membenarkan keputusan ini diambil.



Sebagai penambahan, saya juga telah menghubungi keluarga di kampung untuk mendapatkan keizinan mereka. Sungguhpun dengan berat hati, emak akhirnya membenarkan, juga dengan beberapa syarat.



Walaubagaimanapun, keputusan ini seperti yang saya katakan tadi bersifat hampir muktamad.



Bermakna ianya adalah masih terdapat beberapa faktor lain yang akan mengubah keputusan ini seperti keadaan yang lebih parah di sini, atau perbincangan dengan pegawai kerajaan negeri pada esok hari yang berakhir dengan keputusan yang tidak menyetujui perbincangan kami tadi.



Semua ini, seperti yang pernah saya katakan, 'bergantung, apabila Allah mahukan apa'

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk