Cranberries Ice-Box Cookies
Cranberry Ice-Box Cookies
Hmm...sejak dah jadi ahli porem ni, macam2 masakan dicuba. Masa pulak banyak dihabiskan kat porem. Syiok pulak nyakat members2 yang regular kat sana. Yang terer2 pun tak lokek bagi tips. Ni plak dari Yani. Just nice lah untuk musim cuti gini. Yani bubuh blueberries tapi I plak tarok cranberries sebab rasa dia masam2 manis macam citer p.romlee tu. Bila kunyah, cranberries dia pun start terselit2 kat celah2 gigi yang buat mulut penuh dengan ayaq liuq...mmm...
Cuba jangan tak cuba ya!
Ingredients:
370gm tepung gandum, diayak dahulu
75gm gula halus
75gm gula perang
2 tbsp susu segar
200mg mentega
1 tsp esen vanila
100gm dried cranberries, cincang kasar
Baking paper.
Cara:
1. Pukul mentega sehingga putih & berkrim.
2. Masukkan pula gula, pukul sehingga gebu.
3. Masukkan pula susu segar dan juga esen vanila. Kacau sehingga semuanya sebati.
4. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk adunan tadi. Gaul dengan kelajuan sederhana. Masukkan Cranberries cincang dan gaul dengan menggunakan sudip kayu satu arah hingga sebati tapi jagan terlalu lama.
5. Ambil 1/2 adunan. Letakkan di atas baking paper. Gulung ketat-ketat buat bentuk selinder yang diameternya lebih kurang 2-3cm. Ulang untuk 1/2 adunan lagi. Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam atau lebih.
6. Panaskan oven pada suhu 180ºC.
7. Keluarkan dari peti ais, potong adunan tadi setebal 1cm. Susun diatas dulang pembakar.
8. Bakar selama 15~20 minit atau hingga kuning keemasan.
9. Tunggu cookies benar2 sejuk sebelum simpan didalam botol kedap udara.
Gumbira rasa dihati...dapat makan bisikut cranberries... :)
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home