Saturday, September 06, 2008

Hari Jadinya IsmitUlamRaja...



hehe....15min sebelum berkumandangnya azan maghrib & dengan kelam-kabutnya, bersememehlah si kerim mentega diteplo'in di atas kek itieww...

Selamat Hari Jadi untuk AKU! haizz...bertambah kerepotlah kedut2 dimuka ini, ahak!

Sunday, August 31, 2008

free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Assalamualaikum Warahmatullah Wbkth!

Sempena menjelangnya bulan yang penuh barakah ini, saya dengan seikhlas hati ingin memohon jutaan ampun & maaf sekira ada kata2 yang tersinggung semasa hayat blog kecil saya ini. (jika masih ada yang merasa tidak berpuas hati dengan blog ini, dengan merendah diri saya akan memohon maaf secara peribadi menerusi email)

Kepada sahabat2 terdekat mahupun yang jauh, juga pada sahabat2 yang tidak pernah meninggalkan jejak disini tetapi masih tekun menziarahi blog saya, jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kerana tanpa sokongan anda di luar sana maka tidak lah saya sampai ke tahap ini.

Mohon maaf juga saya pinta jika ada lagi resepi2 yang belum sempat saya menaik-tarafkan disini, insyaAllah suatu hari nanti jika dipanjangkan usia, dengan sukacita saya akan meng-updatekannya.

Maka disini saya suka mengingatkan diri saya sendiri bersama2 sahabat seperjuangan, buang yang keruh, ambil yang jernih sempena dibulan yang penuh barakah ini & marilah sama2 kita tingkatkan amalan2 serta amal jariah kerana mungkin kita tidak akan dapat meraihkan bulan ramadhan pada tahun hadapan. Sama2 lah kita berdoa agar Allah akan panjangkan usia semoga akan bertemu kita pada bulan Ramadhan akan datang, insyaAllah!

Mohon Ampun dari,
pengarang MyPeriukBelanga :)

Friday, August 15, 2008

Roti Oh Roti

Musim membuat roti....

Bila dah berjaya buat satu type, mood utk mencuba lagi satu mmg berkobar2, tak boleh stop. kita cuci mata dulu yer, resipinya akan menyusul donk!

yg tak sabar tu, boleh lah berenang yer. mana lah taw kot2 bole celen si micheal phelps tu ahak!







...kembali selepas iklan kopi jantan!

Mee Rebus



Teringat masa dulu2 teringin nak masak mee rebus, sepatah haram mak tak tau. nak buat sendiri takut tak menjadi, maklum semangat 5 minit aja. terpaksa beli rencah siap segera kat pasar. lepas tu rasa mee rebus yg mak masak semua sama aja sbb pakai rencah yg sama. so skrg ni mak dah terer buat bumbu dia sendiri ahak! passed dgn cemerlangnya. ialah saper lagi kalau tak dapat pujian dari org rumah sendiri. kembang kuncup idung ku ini :p

Bahan2nya:
1/2 kilo tetelan, potong kecil2, rebus hingga empuk (jgn buang airnya)
1 kilo mee kuning, celur & ketepikan
50 sen taugeh, dicelur 1 min.
limau kasturi
telor rebus
tahu goreng
bawang goreng
daun sop/bawang
lada hijau, dihiris
2 batang serai, dititik

Dikisar halus:
7/8 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 cm lengkuas
2 cm halia
50 gm udang kering atau udang geragau kering, direndam dahulu
---
1/2 cawan taucho, cuci, tos & tumbuk sederhana kasar2
---
2 1/2 tbsp rempah kari ikan
2 1/2 tbsp serbuk ketumbar
2 tbsp atau lebih lada kisar
---
3 biji keledek oren, direbus, kupas kulit & kisar dgn sedikit air
gula pasir*
gula timbang (warna oren)*
garam
*sukatan gula terpulang pada individu utk perasa masing2

Cara2nya:
1. Panaskan minyak dlm periuk & tumis serai hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan lada kisar & tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan tetelan serta airnya. Gaul rata hingga sebati.
3. Masukkan rempah kari & ketumbar, gaul lagi.
4. Masukkan keledek, taucho, gula & garam. Masak hingga mendidih.
5. Sediakan mee, taugeh di dlm mangkuk & tuang kuahnya. Tabur bahan yg lain2.



Resipi ni adalah yg paling mudah & simple yg pernah dicuba!

Thursday, August 14, 2008

Kek Marble



Original kek was 'pandan marble' tapi tangan kita dok gatai olah2 kan dia, maka terjadi lah kek ala2 marble gitu. ampun R-Lin kerana tersengaja menggodeh resipi asal mu itieww...lain kali mmg nak cuba yang ori, ramai yang dah cuba, kompem sedap lah tu...may the chronic M be released from my body soon!

Bahan2:
4 biji telur
100 gm gula kastor
1 tsp ovalette
30 ml susu segar
50 gm minyak jagung
--
100 gmtepung gandum*
1/2 tsp garam halus*
1/2 tsp baking powder*
--
1 tsp serbuk koko
1/2 tsp esen vanilla
1 tsp coklat emulco

Cara2:
1. Ayak bahan2 bertanda * & ketepikan.
2. Pukul gula & ovalette hingg rata.
3. Masukkan telur satu persatu & pukul pada kelajuan tinggi hingga kembang & pekat (seperti adunan kuih bahulu).
4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul rata.
5. Tuang minyak jagung & susu. Gaul hingga sebati.
6. Bahagikan kepada 2 bahagian, 1 bahagian dimasukkan esen vanilla, serbuk koko & emulco. Gaul rata.
7. Biarkan putih pada satu lagi bahagian (kalu nak buubuh esen oren atau pisang pun boleh juga)
8. Tuang adunan pada loyang yg telah dioles butter & tepung & buat ulitan guli dengan menggunakan chopstik (swirl).
9. Bakar pada suhu 180C selama 30 min. atau hingga masak dengan mencucuk lidi satay ke dlm kek tadi. Sejukkan di atas redai.



Sedap lah! gebu & spongy mcm spang pinggan mangkuk, ahak! tapi mmg laku wooo...2 jam dah yilek!

Wednesday, August 06, 2008

Broiche



Seperti kata k.Bee, tengok bukan hanya sedap tapi stim jugak ahak! jgn salah sangka yer ibuk2, brioche ni mmg originally berbentuk camni, tak dapek den nak nulun. kita ikutkan aja lah kang kena panah, mau tak dapek sambut rayo!

Bahan2:
400gm tepung high protein (bread flour)
6 gm bread improver
11 gm yis kering segera
60 gm gula kastor
6 gm garam
8 gm susu tepung
200 gm (lebih kurang 4biji sedang) telur
70 gm air dingin
140 gm mentega, dilembutkan (den kurangkan kepada 100 gm aja)

Cara:
1. Dgn menggunakan cangkuk doh mixer, adun semua bahan kering selama 1 min dgn kelajuan rendah.
2. Masukkan telur diikuti dgn air & adun lagi 1 min lagi. Tinggikan kelajuan mixer & adun 5 min lagi hingga nampak kembang.
3. Tambah mentega sedikit demi sedikit & uli lagi 7-10 min pada kelajuan sederhana.
4. Alih doh keatas papan canai yg ditaburi sedikit tepung, kaup balikkan doh & bulatkan dgn kedua tangan. Letak doh dlm bekas kedap udara hingga 1 jam hingga naik 1x ganda. (yg ni kita kena admit yg kita dok tunggu punya tunggu, 2-3 jam lebih ler naik! uwaaaa.. :(...)
5. Timbang doh dgn timbangan yg sama pada setiap doh mengikut berapa besar acuan broiche anda & bulat2kan. Bubuh dlm acuan yg telah dioles. Tekan doh ditengah2 dgn jari utk membuat satu lekuk & bubuh pula doh kecil bulat diatasnya. Biarkan doh naik lagi selama 1 jam.



6. Sapu bahagian atas doh dgn telur (eggwash) & bakar pada suhu 190C selama 15-20 min atau sehingga broiche kekuningan. Sejukkan di atas redai.



Broiche ni bisa nya kosong didalam nya tapi kita letak inti, biasa lah tekak melayu ni mesti nak pedas2 skit...jemput semuaaaa... :)

Wednesday, July 30, 2008

Ayam Goreng Rempah



Lauk ni kita makan ngan nasi putih panas2 aja. tadak lauk lain lagi sbb mmg best giler ratah2 kepak ayam (sejak kebelakangan ni, lauk2 kita smer ada bunyi krapkrup krapkrup) pastu mamah tulang2nya pastu susun elok2 tepi pinggan utk dikebumikan...ahak! jom cuba :)

Bahan A:
Kepak ayam midwing, dipotong 2 & dicuci bersih, toskan
1 tbsp serbuk kunyit
2 tbsp serbuk ketumbar
1/2 tsp serbuk jintan putih
sedikit garam
--
Bahan B:
1 tbsp cili kisar
1 biji bawang besar, dihiris
2 biji bawang putih, dicincang
1 tsp sos ikan
3 tbsp air
1 batang karot, dipotong
1 biji timun, buang empulur & potong kiub
1 lembar daun bawang

Cara:
1. Perap bahan A selama lebih kurang 40min. Goreng 1/2 masak, angkat & ketepikan.
2. Tumis bawang hingga wangi & masukkan cili kisar & tumis lagi hingga garing. Masukkan gula & gaul lagi.
3. Masukkan sos ikan & air diikuti dengan ayam yg telah digoreng tadi. Gaul rata & masukkan pula timun & karot. Tambah garam jika kurang masinnya. Tabur daun bawang sebelum tutup api.



:) :) :)....



Memang sedap, sesuai dimakan semasa berSAHUR!

Tuesday, July 29, 2008

Daging Brokoli



Anak bujang omak punyo peberet ni. brokoli tu dio buek ngunyah cam kambing ahak! omak gunakan daging batang pinang atau daging goreng supaya lebih empuk laei. makan dongan nasik panas2, fulamak...mak...mak...mak...mak!

Bahan2:
500 gm daging batang pinang, hiris nipis2, rebus hingga empuk
500 gm brokoli, potong sekuntum2
1 biji bawang besar, dicincang kasar
2 tbsp bawang putih cincang
4/5 keping hirisan halia
1 1/2 tbsp kicap masin
gula
1 tsp lada sulah
500ml air dari rebusan daging
1 tbsp minyakutk menumis
1 tbsp tepung jagung, dilarut dgn sedikit air utk memekatkan kuah

Cara:
1. Celur brokoli dgn air panas selama 2 min. Toskan.
2. Tumisbawang putih, bawang besar & halia hingga wangi.
3. Masukkan daging rebusan & gaul hingga sebati.
4. Masukkan pula kicap masin, gula, lada sulah (tambah garam hanya jika kurang masinnya). Tuang air rebusan daging & gaul hingga semua sebati & kering sedikit.
5. Masukkan air tepung jagung supaya tampak pekat sedikit (optional).



Jgn celur brokoli terlalu lama sbb brokoli akan hilang krap krup nya! :)