Memaparkan catatan dengan label DEB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DEB. Papar semua catatan

16 Disember, 2009

Strategi DAP untuk lonjak graf sokongan 75% pengundi bukan Melayu sudah bermula

-
Terdahulu, blog The Unspinners pada 7 Disember 2009 telah melaporkan keazaman Pakatan Rakyat (PR) melalui perbincangan think tank DAP iaitu Merdeka Review untuk mengambil alih pentadbiran negara walaupun tanpa mendapat lebih 50% sokongan undi Melayu.

Think thank DAP yang mengemudi PR menggariskan agar strategi menarik sokongan pengundi bukan Melayu diperhebat agar graf sokongan bukan Melayu boleh melonjak semaksimum mungkin.

Mereka begitu yakin bahawa sudah berupaya memancing sokongan pengundi bukan Melayu sekitar 75%. Mereka hanya perlu kekalkan graf sokongan 40% dari undi Melayu yang sudah tentunya dari para pengundi yang mengundi calon kaum Melayu dari PAS dan PKR.

Baca laporan The Unspinners seperti berikut untuk mendapatkan gambaran lebih jelas:

"Para pemikir Cina cauvanis sudah mula berbincang mengenai kemungkinan mengambil alih pentadbiran negara ini melalui Pakatan Rakyat tanpa mendapat lebih 50% undi Melayu. Dalam perbincangan itu, pengkaji politik, Wong Chin Huat telah membuat perkiraan berikut:

Perhitungan kasar Wong berdasarkan 165 kerusi Parlimen di Semenanjung menunjukkan, seandainya PR memperolehi 40% undi Melayu dan 75% undi bukan Melayu, maka PR akan memperolehi 103 kerusi, dan hanya memerlukan 9 kerusi daripada Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan (dengan 112 daripada 222 kerusi).

Seandainya PR memperolehi 50% undi kaum India dan 75% undi kaum Cina, dalam keadaan mengekalkan undi Melayu pada paras 40%, maka PR akan memperolehi 90 kerusi di Semenanjung. Jikalau undi kaum India jatuh kepada 40%, maka PR hanya akan mendapat 80 kerusi, seperti apa yang berlaku pada PRU ke-12.

Pemerhatian Wong terhadap senario politik selepas PRU ke-12, termasuk beberapa PRK seperti Bukit Gantang, Manek Urai yang menyaksikan peralihan sokongan sebahagian masyarakat Melayu kepada BN, menyimpulkan bahawa "mustahil untuk PR memperolehi lebih 50% sokongan Melayu dalam masa terdekat."

Maka, Wong mencadangkan agar PR menggariskan matlamat yang lebih realistik, iaitu mengekalkan undi Melayu sekurang-kurangnya pada paras 40%, disamping melonjakkan graf sokongan masyarakat bukan Melayu kepada 75%, seandainya ingin mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan pada PRU ke-13.

Mereka sedar bahawa untuk dapat lebih 50% undi daripada masyarakat Melayu, mereka perlu beralah kepada tuntutan Melayu. Ini jelas mereka enggan. Editor edisi Cina Malaysiakini.com, Yong Kai Ping menyebut sistem yang ada sebagai sistem "Negara Melayu" menunjukan ketidak selesaan kaum Cina cauvanis untuk memperakui warisan kesinambungan sejarah Melayu dan kaum Bumiputera. Mereka menerima hakikat susah untuk Pakatan Rakyat melawan UMNO dalam perbincangan mengenai Melayu."

Baca seterusnya di Merdeka Review
sini.

*************************

Strategi dan usaha ke arah melonjakkan graf sokongan bukan Melayu setinggi 75% dan ke atas sudah bermula dan berjalan seperti dirancang. Strategi itu telah digerakkan oleh DAP. Tumpuan diberikan kepada beberapa perkara agar dapat dimainkan sentimen yang pada hemat mereka bakal memberikan sokongan yang luar biasa oleh pengundi bukan Melayu selaras dengan fokus yang digariskan oleh think tank DAP tersebut.

Antara strategi untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu ke paras maksimum ialah dengan memainkan beberapa sentimen berbaur perkauman seperti berikut:


1. Menggesa agar dihapuskan terus Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara total dengan alasan diskriminasi kaum dan keuntungan ekonomi bebas.

DAP sebenarnya sedar bahawa DEB dilaksanakan dengan 2 tujuan utama iaitu: membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum; dan menyusun semula masyarakat dengan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Peruntukukan Perkara 153 Perlembagaan turut juga digunakan untuk tujuan pelaksanaan DEB ini. Mempersoal DEB sebenarnya secara langsung turut sama mempersoal Perkara 153 Perlembagaan.

Mereka-mereka yang mempersoal DEB ini sebenarnya tidak tahu pun apa keburukan DEB ini. Mereka hanya menyerang kerana beranggapan DEB itu perkauman. Konsep keadilan dalam diri mereka ini sebenarnya kabur. Jika ditanya secara berdepan dengan mereka sudah tentu mereka tidak boleh menyatakan secara tepat apakah keburukan DEB sehingga perlu dihapus secara total. Bagi mereka ini, apa yang penting ialah DEB dihapus, tidak terlintas langsung dalam diri mereka untuk menambah baik semangat DEB itu agar lebih berkesan di peringkat pelaksanaan.

Suka penulis memetik titah DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah dalam Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga pada 15 Januari 2009 sebagai tanda ingatan kepada semua pihak yang berkenaan. Memetik sedutan titah Raja Dr Nazrin seperti berikut:

“Rancangan pembukaan tanah melalui FELDA adalah contoh ketara kejayaan gemilang program fardu kifayah yang bukan sahaja berjaya mengatasi masalah kemiskinan bagi ribuan keluarga Islam malah turut berjaya membawa mereka menerokai kejayaan lebih luas dan lebih besar. Kejayaan sesuatu idea begitu juga kejayaan sesuatu dasar bergantung pada kejayaan melepasi ujian di peringkat pelaksanaan. Tabung Haji dan FELDA bermula dari satu idea, digubal dasar untuk memberikan roh kepada idea itu, ditubuhkan institusi untuk memberi kerangka lalu diterjemahkan kepada projek, diuji di peringkat pelaksanaan. Sepanjang melalui liku perjalanan, tidak dinafikan berlaku ketempangan dalam organisasi tersebut; kerana kehidupan yang bernama duniawi ini tidak bebas dari kesilapan dan kealpaan, tidak terlepas dari godaan syaitan dan bisikan iblis; namun oleh sebab air bersih terus mengalir, maka nila yang sekali sekala menitik warna, akhirnya dapat dijernihkan semula.

Dasar yang dirangka dengan teliti, digubal dengan baik, bertujuan murni dan dilaksanakan secara adil akan terus mendapat sokongan untuk dikekalkan. Dasar Ekonomi Baru dicetuskan dengan niat ikhlas - dengan matlamat murni untuk menyusun semula masyarakat supaya berlaku perimbangan ekonomi antara kaum dan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Ia adalah formula perancangan pembangunan ekonomi yang dilahirkan secara kolektif oleh masyarakat Malaysia pelbagai kaum selepas peristiwa 13 Mei 1969. Kata-kata yang diucapkan oleh Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail, dua arkitek utama melakarkan Dasar Ekonomi Baru tidak menyebut bahawa dasar tersebut digubal dengan tujuan mahu memperkayakan kumpulan tertentu, tidak juga bertujuan mahu menindas kumpulan tertentu. Jika semangat DEB itu diamalkan sebagaimana yang disebut di dalam rancangan tersebut – tiada kumpulan tertentu yang akan mengalami sebarang kerugian atau berasa diambil sesuatu daripada diri mereka, sudah pasti tiada orang yang akan menentangnya. Hari ini DEB dipertikaikan, dasar yang pada asasnya baik dan murni ini telah dipersalahkan dan dituntut untuk dikuburkan kerana digelincirkan di peringkat pelaksanaan.

Perkara ini disentuh sebagai peringatan kepada apa juga tindakan yang akan disusul dari resolusi yang dihasilkan pada hari ini. Betapa kepimpinan negara perlu memperlihatkan kebijaksanaan menarik rambut di dalam tepung, dalam menghadapi suasana diluah mati emak – ditelan mati bapa, untuk memastikan bahawa dalam melaksanakan keutamaan tetap tercermin kesaksamaan dan dalam melaksanakan kesaksamaan tidak meminggirkan keutamaan.”


*********************

2. Mempersoal Ketuanan Melayu walaupun secara realitinya hari ini Ketuanan Melayu merujuk kepada Institusi Raja-Raja Melayu.

Ketuanan Melayu adalah gambaran jelas kepada Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Negeri dan YDP Agong sebagai Ketua Negara. Semua rakyat tanpa mengira kaum sewajibnya menjunjung tinggi dan setia kepada Raja-Raja Melayu.

Terma Ketuanan Melayu kini diperbahas dalam konteks yang sangat negatif sehinggakan ada yang mendakwa secara jahat kononnya wujud keadaan perhambaan "Tuan dan Hamba" dalam negara ini. Kaum Melayu dikatakan sebagai Tuan dan kaum bukan Melayu dimomok sebagai Hamba. Ini hanya propaganda jahat yang cuba ditanam oleh DAP dalam minda rakyat. Realitinya keaadaan tidaklah sebegitu.

Realitinya, kaum Melayu/Bumiputra masih ketinggalan dalam banyak bidang berbanding kaum bukan Bumiputra. Mengapa kaum Bumiputa ketinggalan dalam banyak bidang? Semuanya atas sebab faktor sejarah penjajahan yang begitu panjang bagi negeri-negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Adakah kaum Bumiputra menyalahkan sejarah? Tidak. Tetapi sebaliknya adalah menjadi tanggung jawab Kerajaan untuk memastikan sebarang jurang yang wujud dihapuskan dengan dasar-dasar yang sesuai.

Dalam realiti sebenar, adakah seorang Melayu/Bumiputra yang berkerja makan gaji dengan boss Cina boleh menganggap dirinya sebagai Tuan? Bolehkah memberi arahan itu dan ini kepada bossnya yang berbangsa Cina dengan berbekalkan alasan bossnya berstatus "Hamba" dan Melayu/Bumiputra itu berstatus "Tuan" seperti mana dicanang oleh para pemimpin PR?

Statistik dalam pelbagai bidang berdasarkan pecahan kaum jelas menidakkan tohmahan jahat tersebut. Sebenarnya, kedudukan kaum bukan Bumiputra jelas ke hadapan dalam banyak bidang. Walau bagaimanapun, terdapat menambahbaikan dalam statistik jika dibandingkan sebelum DEB dilaksanakan sebelum 1970an.

Presiden Pribumi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (dalam Utusan Malaysia, 9 Jun 2009) memberikan gambaran jelas dalam hal ini:

"Biarpun begitu, daripada segi ekonominya, keturunan Cina pada 1957 telah menguasai ekonomi negara secara kukuh sementara orang Melayu masih dalam kemiskinan. Contohnya, sejak 1937, pelaburan orang Cina di Tanah Melayu sudah pun menjangkau AS$200 juta berbanding pelaburan asing lainnya sejumlah AS$454.5 juta (Ling Liong Sik, 1995:3).

Pada tahun 1950-an, syarikat-syarikat Eropah menguasai 65 peratus hingga 75 peratus perdagangan eksport dan 60 peratus hingga 70 peratus perdagangan import. Syarikat-syarikat milik orang Cina ketika itu menguasai 10 peratus agensi eksport. Syarikat-syarikat etnik India pula menguasai dua peratus perdagangan berkenaan. Pada ketika itu, orang Melayu langsung tidak memiliki sebarang ekuiti dalam mana-mana perdagangan (Gomez & Jomo, 1997:14-15).

Pada tahun 2008, penduduk Malaysia adalah 25.056 juta. Melayu 13.667 juta, Bumiputera 2.963 juta, etnik Cina 6.256 juta, etnik India 1.880 juta, lain-lain etnik 290,000 dan bukan rakyat 2.826 juta (Unit Perancang Ekonomi, 2008).

Bagaimanapun, pemilikan modal saham pada 2008 adalah RM100 bilion atau 18.9 peratus sahaja di tangan Bumiputera, RM215 bilion atau 40.6 peratus dikuasai oleh bukan Bumiputera, RM42.3 bilion atau 8 peratus dikuasai oleh syarikat nomini, dan RM172.3 bilion atau 32.5 peratus dipegang oleh pemodal asing.

Ekuiti Bumiputera sebanyak RM100 bilion pada tahun 2008 terbahagi kepada RM79.4 bilion atau 15 peratus milik individu, RM11.9 bilion atau 2.2 peratus milik institusi, dan RM8.7 bilion atau 1.7 peratus milik agensi amanah. Ekuiti milik bukan Bumiputera, RM207 bilion atau 39 peratus dikuasai oleh etnik Cina, RM6.4 bilion atau 1.2 peratus dalam tangan etnik India, dan RM1.9 bilion atau 0.4 peratus kepunyaan lain-lain kaum (The Star, 27.6.2008). "


**************************

Jurang yang sangat melebar sebenarnya sedikit sebanyak telah berjaya dirapatkan secara singkat. Kedudukan kaum Bumiputra menjadi semakin baik dan bukan Bumiputra juga semakin meningkat. Peningkatan kedudukan Bumiputra tidak pula menyebabkan kedudukan bukan Bumiputra jatuh. Dalam erti kata lain, semua kaum berada dalam situasi menang-menang. Tiada kaum yang terpinggir pun.

Jika diamati kaum Bumiputra sangat bertoleransi dengan hanya menetapkan sasaran cuma 30% sedangkan realiti demografi penduduk Malaysia adalah terdiri daripada 65% kaum Bumiputra. Jadi, janganlah bersikap terlalu tamak dan tidak pernah merasa puas.

Jelas sekali bahawa satu-satunya realiti yang ada dalam Ketuanan Melayu pada hari ini ialah kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Negeri dan Negara. Realiti itu yang perlu difahami dan diterima oleh seluruh rakyat tanpa mengira kaum.


3. Menggesa Kerajaan agar peruntukan sumber kewangan kepada rumah ibadat bukan Islam ditingkatkan.

Sebenarnya dalam DAP meniup sentimen rakyat dalam hal mempersoal peruntukan kewangan selain masjid, DAP tahu bahawa Kerajaan tidak mempunyai tanggung jawab untuk menyalurkan apa-apa bantuan sumber kewangan tersebut. Tanggung jawab Kerajaan hanyalah untuk perkara yang berkaitan dengan Islam selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan (Rujuk Perkara 3 dan Perkara 12, Perlembagaan Persekutuan).

Prof Dr Aziz Bari (dalam Utusan Malaysia, 10 Disember 2009) menyatakan bahawa:

"Perkara 12 (2) dengan jelas menyatakan bahawa adalah sah untuk kerajaan Persekutuan dan negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam dan membantu agama itu.

Tambah beliau, tidak ada satu peruntukan atau perkara yang menyamai perkara 12(2) yang disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai rumah ibadat bukan Islam.

Justeru kata beliau, Kerajaan Persekutuan tidak terikat dengan mana-mana syarat atau peraturan yang mewajibkannya menyalurkan peruntukan untuk pembinaan rumah ibadat bukan Islam."

***************************

Strategi DAP sudah pun berjalan dan hasilnya boleh dilihat bagaimana sentimen ini dicanang oleh DAP dengan begitu lantang dengan disokong oleh PKR mahupun Pas. Majoriti pemimpin BN pula hanya bersikap lepas tangan. Parti komponen BN dari bukan Melayu/Bumiputra hanya berdiam diri dan lebih buruk turut sama bersetuju dengan apa yang dicanang DAP atas sebab BN dilihat lemah. Persepaduan bukan Melayu tanpa mengira parti dalam hal ini dilihat atas sebab keuntungan kaum mereka.

Keluhan kaum Melayu dan Bumiputra terhadap nasib mereka seperti dilaporkan oleh The Unspinners di bahagian akhir catatannya juga perlu diambil perhatian serius oleh pimpinan PM Dato' Sri Mohd Najib. The Unspinners sebenarnya memberikan gambaran jelas perasaan kaum Melayu dan Bumiputra melalui perenggan-perenggan seperti berikut:

"Banyak kebenaran Dr Mahathir "menasihat" Najib untuk memastikan kepercayaan orang Melayu kepada UMNO dikembalikan.

Disamping itu, UMNO perlu menguatkan kepercayaan orang Bumiputera Sabah dan Sarawak kepada BN kepimpinan UMNO. Sebarang kecurigaan hingga anggapan hak mereka telah dianaktiri perlu diperbetulkan.

Kerajaan sekarang dilihat berlebihan untuk mengambil hati pengundi kaum Cina dan India.

Ada anggapan di kalangan orang Melayu bahawa kerajaan telah mula tidak membela Melayu dan Bumiputera. Ketara sekali adalah isu biasiswa, subsidi petani, bantuan keusahawanan, dll. yang sudah jelas berkurangan. Banyak amalan baru kerajaan menimbulkan anggapan kerajaan UMNO tidak ada formula untuk membantu Melayu dengan lebih adil iaitu boleh mengambil kira segmen kaum bukan Bumiputera yang memerlukan.

Persepsi ini perlu dibetulkan dan keyakinan dikembalikan. Ia perlu lebih dari retorik tetapi pengalaman sebenar mereka. Jika pasaran bebas mahu diselitkan dalam kegiatan ekonomi dan sistem dual ekonomi dihapuskan sedikit-dikit, bujet sistem sokongan dan pembelaan kepada rakyat yang kurang bernasib baik perlu ditambah. Golongan besar segmen ini pasti terdiri dari orang Melayu dan Bumiputera.

Mereka menyebut 75% bukan Melayu di Semenanjung akan undi PR. Ini bermakna mereka akan usaha sampai 100% undi kaum Cina pergi ke PR. Undi 25% akan datang dari kaum India dan sebahagian kecil kaum Cina. Kaum India ada mula sedar pelbagai tuntutan terhadap kerajaan lebih menguntungkan kaum India dan mereka dibodohkan dengan permainan sentimen.

Pastikah hadiah yang diberikan untuk menarik undi Cina akan kembalikan sokongan pada UMNO/BN? Juga pastikah kemarahan Melayu kepada UMNO kerana persepsi terhadap Pak Lah dan keluarga sudah reda dan undi sedia kembali pada UMNO? Bolehkah dengan mengurangkan bantuan kepada Melayu?

Jangan sampai yang dikejar Najib tidak dapat dan dikendong Najib berkeciciran. Lebih baik diutamakan rakyat marhean yang susah tanpa mengira kaum. Perkiraan untuk kepentingan kaum tertentu disusuli."

*******************

Jadi, terserah kepada kepimpinan YAB PM Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak untuk mengambil tindakan perlu terhadap keluhan hati kaum Melayu dan Bumiputra agar situasi 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran' tidak berlaku pada PRU13 nanti.


Artikel Berkaitan:

1. Catatan Anuar Mohd Nor - Hilang UMNO, Melayu bagaimana? oleh Blog Arah Kita

2. Tak Perasan Lagi Ke? Satu-Satu Di Persoal! oleh Blog C-bOk

3. The Foot That Kicks Up The Dust oleh Blog Tam Dalyell

4. "Melayu miskin terus miskin di bawah DEB" oleh Blog tun faisal dot com
+

14 Disember, 2009

Dr. Mahathir sedih tuduhan rasis

-
KUALA LUMPUR 13 Dis. - Keseimbangan kedudukan antara kaum amat penting bagi memastikan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara berjalan dengan baik, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berkata, banyak juga usaha kerajaan untuk memperbaiki keseimbangan itu dianggap sebagai langkah yang bersifat perkauman semata-mata.

"Kita amat bernasib baik. Kita tidak macam negara lain, selalu ada kekacauan kaum sehingga menjejaskan ekonomi. Sebab itu perlu ada kestabilan kaum baru pembangunan negara dapat berkembang baik.

"Untuk mencapai matlamat ini, kita mungkin dianggap rasis tetapi percayalah jika satu kaum terlalu ke depan manakala kaum lain ketinggalan jauh ke belakang, akan wujud perasaan tidak puas hati lalu mengakibatkan kesan buruk kepada negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena sambutan Jubli Perak universiti itu, di sini semalam.

Dr. Mahathir berkata, penubuhan UUM 25 tahun lalu merupakan satu daripada langkah kerajaan ketika itu untuk mengimbangi kedudukan kaum bumiputera dengan kaum lain di negara ini dengan memberi penekanan terhadap aspek perniagaan.

"Masalah bumiputera paling ketara adalah di dalam perniagaan dan menguruskan kewangan dengan baik. Banyak persepsi salah mengenai perniagaan menjadi masalah untuk mereka berjaya. Maka UUM ditubuh bagi membetulkan persepsi salah itu," katanya.

Beliau berkata, langkah yang telah dilaksana itu tidak bermakna ia bersifat perkauman sehingga melupakan kaum-kaum lain.

"Saya ingatkan bahawa kita bukan rasis tetapi hendak pastikan agihan yang setimpal. Kita tetapkan 30 peratus kuota bumiputera sahaja dan tidak minta lebih," katanya.

Katanya, bukan mudah untuk mencapai kuota itu dan bermacam-macam usaha telah dilakukan namun masih ramai yang menuduh ia sesuatu yang tidak adil untuk kaum lain.

"Saya sedih sebab kita cuba berusaha perbaiki keadaan untuk lebih stabil tetapi dituduh rasis. Selama ini kita hidup dengan aman damai maka kita semua dapat membangunkan negara.

"Sebab itu kemampuan setiap rakyat Malaysia menjadi lebih baik berbanding di negara lain," katanya.

Beliau berkata, bumiputera harus menukar cara pemikiran mereka agar tidak hanya mengharapkan kepada kerajaan untuk membantu dalam soal perniagaan.

Katanya, untuk mengecapi kejayaan di dalam dunia perniagaan memerlukan kesabaran dan usaha jangka panjang dan bukannya hanya mementingkan keuntungan dalam jangka masa pendek.

"Kadang-kadang juga kita perlu mengubah tujuan asal kita untuk berjaya dalam dunia ini. Kita perlu ada persepsi yang tepat dalam bidang ini untuk berjaya," katanya.

(Sumber: Utusan Malaysia, 13 Disember 2009).
+

19 November, 2009

Semarakkan "Gerakan Razak" & Kempen Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)

-
Penulis teruja membaca sebuah rencana yang ditulis oleh Bakhari Ariff dalam Utusan Malaysia pada hari ini (19 November 2009). Sudah tentu kita semua boleh memanafaatkan apa yang tersurat dan yang tersirat di sebalik rencana ini. Segala semangat dan hasrat murni yang pernah dicetus oleh negarawan kita mestilah dilaksanakan tanpa sebarang istilah mengaku kalah.

Rujuk rencana penuh seperti berikut:


Semarakkan 'Gerakan Razak'
Oleh BAKHARI ARIFF

KETIKA berucap pada majlis konvokesyen ke-22 Universiti Utara Malaysia (UUM) awal bulan lalu, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mencadangkan agar dilancarkan "Gerakan Razak". Ia untuk menggerakkan perubahan sosial, seperti apa yang pernah berlaku ketika Tun Abdul Razak Hussein menjadi Menteri Pelajaran dan seterusnya Perdana Menteri.

Tun Razak pernah melancarkan "gerakan lampu suluh" atau "gerakan obor" iaitu bancian dan gerakan besar-besaran untuk memastikan semua kanak-kanak bersekolah.

Beliau melihat betapa perlunya pendidikan untuk menghasilkan generasi yang bersatu padu melalui Penyata Razak 1956. Beliau juga menggerakkan "kelas dewasa" bagi membasmi buta huruf.

Walaupun hasrat itu tidak sepenuhnya berjaya kerana mendapat tentangan ekstremis kaum, namun kewujudan sekolah kebangsaan telah menghasilkan majoriti rakyat berpendidikan kebangsaan.

Gerakan itu masih berkumandang sekarang dan begitu meriah dalam blog dengan gerakan dinamakan "Satu Sekolah Untuk Semua - Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara". Namun hasrat itu tidak menampakkan kejayaan kerana turut ditentang hebat.

Tun Razak juga melancarkan gerakan tuisyen besar-besar melalui Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) agar anak-anak bangsa tidak lagi tercicir akibat kelemahan sistem sekolah pada awal kemerdekaan.

Apabila melihat bangsa Melayu tercicir jauh dan boleh menyebabkan pergaduhan kaum akibat pengagihan ekonomi tidak seimbang, Tun Razak menggerakkan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1970.

Canselor pertama UKM ialah Tun Razak walaupun biasanya canselor di IPTA terdiri daripada Sultan atau Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Abdul Halim ternyata memahami bahawa bangsa hanya akan menjadi kuat menerusi penguasaan ilmu.

Baginda mahukan semua pihak termasuk pemimpin UMNO dan Pas berganding bahu atau menganjurkan pelbagai kursus, tuisyen, motivasi dan kelas bimbingan untuk anak-anak bangsa.

"Pada pendapat beta, visi Allahyarham Tun Abdul Razak sangat ke depan. Beliau mahu semua rakyat mendapat pendidikan yang lebih tinggi.

"Sehubungan itu, beta ingin menamakan gerakan baru untuk memastikan seluruh rakyat mendapat pendidikan tinggi ini sebagai 'Gerakan Razak' mengambil sempena arkitek pembangunan bangsa Malaysia," titah baginda.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika pelancaran buku Amanat Presiden UMNO di Kuala Lumpur barubaru ini, mengimbas pengalaman dan sumbangan setiap perdana menteri. Namun beliau lebih cenderung menghuraikan sumbangan Tun Razak berbanding yang lain.

Ini kerana dalam tempoh singkat sebagai perdana menteri, Tun Razak melakukan banyak perkara luar biasa.

Ramai pengamat politik berpendapat, Tun Razak dan Dr. Mahathir tidak jauh berbeza daripada segi ciri-ciri personaliti.

Kedua-duanya boleh memberi tumpuan kepada sesuatu secara terperinci, sentiasa mempunyai idea, tahu dan berani melaksanakan sesuatu, walaupun idea bersifat radikal relatif kepada zaman berkenaan.

"Pentadbiran Tun Razak boleh dianggap titik permulaan pembangunan ekonomi, khususnya di kalangan bumiputera. Beliau mampu berbuat demikian kerana membuka ruang untuk cendekiawan pada zamannya mengemukakan idea dan sesetengahnya diminta melakukan kajian terperinci dan hasil kajian dijadikan asas untuk bertindak," kata seorang pemerhati politik, Prof. Rahman Aziz.

Malah, Tunku Abdul Rahman ketika menceritakan mengenai Tun Razak antara lain berkata, beliau sebagai Perdana Menteri beruntung kerana mempunyai "Tun Razak" tetapi Tun Razak sedikit malang kerana tidak mempunyai "Tun Razak" ketika menjadi perdana menteri.

Bakri Musa (www.bakrimusa.blogspot.com) mengkritik hampir semua Perdana Menteri, tetapi menganggap Tun Razak sebagai "idola dan hero" kerana sumbangan yang bermakna kepada diri, keluarga dan seluruh bangsa Malaysia.

Beliau berkata, Tun Razak lebih awal melihat betapa pentingnya tumpuan kepada pembinaan rakyat berkualiti yang diperlihatkan melalui komitmennya kepada pembangunan luar bandar dan pendidikan.

Barangkali Tun Razak pernah terlatih dalam dunia tentera yang menyebabkan beliau cenderung memilih cara ala tentera dalam melaksanakan sesuatu program. Dan beliau menyempurnakan matlamat melalui pelbagai strategi sama ada secara halus (seperti melalui perang psikologi) dan terbuka (dengan memperlihatkan kepada khalayak melalui media).

Kejayaan sebagai Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) ketika Malaysia dihadapkan dengan krisis perkauman ekoran pilihan raya 1969 membuktikan cara operasi "gerakan" boleh menjayakan sesuatu program.

Tun Razak bukan hanya mempunyai idea (sama ada dari diri sendiri atau nasihat) dan ada pelbagai program, bahkan tahu cara bagaimana melaksanakannya.

Bagaimanapun, ketika Tun Razak tidak mempunyai cukup masa untuk melaksanakan pelbagai program bagi memartabatkan bangsa Malaysia dengan mengamati pelaksanaan secara terperinci, sesetengah pemimpin pelajar waktu itu, khususnya yang pandai berpidato, memilih untuk mengadakan siri demonstrasi jalanan.

'Peperangan' tercetus di antara mereka yang hanya pandai bercakap dan kadangkala boleh memetik satu dua ayat tokoh falsafah walaupun tidak memahaminya serta hanya tahu menganjur demonstrasi dengan "mereka yang beridea dan tahu melaksanakan idea berkenaan".

Berbeza dengan pemimpin yang hanya tahu mencetuskan retorik, Tun Razak - sama ciri dengan Dr. Mahathir - merupakan individu yang sanggup dan mampu melaksanakan sesuatu bagi membantu orang Melayu. Pada masa yang sama, turut membantu menyeimbangkan kedudukan kaum di negara ini.

Ketika kedudukan ekonomi orang Melayu hanya sekitar dua peratus pada tahun 1970, Tun Razak melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) melalui pelbagai program praktikal yang menguntungkan Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Pada masa yang sama beliau berusaha memperbesarkan kek ekonomi yang menguntungkan semua pihak.

Tanpa bercakap berdegar-degar, Dr. Mahathir yang terlatih dengan cara kepimpinan politik oleh Tun Razak ketika awal menjadi perdana menteri, telah menubuhkan HICOM untuk membuat kereta sendiri, Proton.

Walaupun ekonomis seperti Prof Dr. Jomo Sundram mengkritik hebat, pertimbangan Dr. Mahathir bukan hanya daripada segi ekonomi pada pandangan ahli akademik, tetapi melihat secara lebih jauh dan luas iaitu untuk membiasakan bangsa Malaysia dengan teknologi enjin. Perkara ini telah didedahkan oleh Dr. Mahathir kepada Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi.

Jika sebelum itu hampir tidak ada penjual dan mekanik Melayu, tetapi kesan adanya Proton, bengkel kereta dan penjual kereta kini lebih kelihatan menyeluruh di kalangan kaum, mencerminkan populasi rakyat.

Retorik selalu lebih menarik dan lebih mudah dilafazkan berbanding usaha melaksanakan sesuatu program pembangunan. Ini kerana retorik tidak semestinya bersandarkan realiti. Misalnya, mudah sahaja dikatakan kemiskinan dan kejatuhan harga getah di Baling, Kedah menyebabkan beberapa petani mati kebuluran.

Tan Sri Zainudin Maidin dalam Mingguan Malaysia menulis mengenai bagaimana mereka yang gemar beretorik pada zaman Tun Razak hanya bercakap dalam usaha memanipulasi masyarakat. Khususnya di kalangan mahasiswa dan sehingga kini masih ramai yang menjadikan mereka itu sebagai hero.

Inilah sebabnya, Sultan Abdul Halim yang menjadi Agong ketika awal pentadbiran Tun Razak, mahukan "Gerakan Razak" disemarakkan.

Jika pun tidak dilakukan sama seperti Tun Razak, slogan 1Malaysia ketika ini mesti diterjemahkan melalui pelbagai program. Pelaksanaannya perlu diawasi secara serius. Jika tidak, slogan ini hanya akan tinggal sebagai slogan dan tidak lebih daripada sekuntum bunga plastik.

Rasanya lebih manis jika "Gerakan Razak" ini disemarakkan dengan usaha anak sulung Tun Razak sendiri!

Penulis ialah staf di Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM).


(Sumber: Utusan Malaysia, 19 November 2009).


Lawati:



+

10 Jun, 2009

Data lengkap pencapaian ekonomi ikut kaum

-
KUALA LUMPUR 9 Jun - Kerajaan diminta mengeluarkan data terperinci pencapaian mengikut kaum dalam ekonomi meliputi peruncitan, borong, industri, pelancongan, perbankan, insurans dan lain-lain bidang.

Setiausaha Majlis Muafakat Melayu (MMM), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan (gambar) berkata, jika data itu menunjukkan penglibatan kaum yang tidak seimbang maka atas semangat 1 Malaysia, kerajaan secara bijaksana wajar melakukan pengubahsuaian.

Katanya, ini supaya komposisi kaum dalam aktiviti ekonomi dilihat lebih bersesuaian dan seimbang dengan demografi penduduk.

Menurutnya, sebab itulah data tersebut penting kerana kebanyakan perangkaan sebelum ini tidak mencerminkan keseluruhan ekonomi kerana hanya berasaskan bilangan profesional seperti peguam dan doktor.

''Apabila ada data terperinci maka kita tahu kaum mana yang ketinggalan sebenarnya, maka atas semangat Satu Malaysia, kita buat penyesuaian balik untuk imbangkan penglibatan kaum dalam ekonomi negara.

''Kalau Melayu lebih, maka buat penyesuaian. Tapi dalam hal ini, kita tahulah siapa yang lebih hingga tahap monopoli,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau yang juga Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM) mengulas kewajaran tuntutan kaum-kaum bukan pribumi yang dilihat banyak terkeluar daripada kewajarannya.

Menurut Zainal Abidin, kerajaan juga sewajarnya terbuka dalam memaparkan kedudukan sebenar ekonomi negara khususnya tentang kaum mana yang menjadi pemain utama di setiap sektor.

Katanya, dengan itu semua pihak boleh mengetahui kedudukan setiap kaum dan seterusnya menunjukkan secara tepat pengubahsuaian yang harus dilakukan bagi menyeimbangkan ekonomi negara.

''Dengan itu diharapkan tiada lagi suara-suara tidak puas hati menyoal penyaluran bantuan kerajaan walaupun sebenarnya usaha menyusun semula penduduk tidak boleh dilihat ikut kerangka perkauman.

''Formula Dasar Ekonomi Baru (DEB) menetapkan sasaran 30 peratus untuk bumiputera sedangkan jika diikutkan, ia juga boleh dipersoal kerana demografi penduduk Malaysia menunjukkan 65 peratus bumiputera,'' ujarnya.

(Sumber: Utusan Malaysia, 10 Jun 2009).
+

Dilema ekonomi Melayu

-
Oleh IBRAHIM ALI

Hari ini orang Melayu juga mengalami dilema ekonomi. Walaupun mulai 1970-an kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), dan kemudiannya Dasar Pembangunan Nasional (DPN), ekonomi orang Melayu masih tercorot dan amat ketinggalan.

Malangnya, segolongan bukan Melayu asyik mengecam dan mengkritik kerajaan, kononnya kerajaan tidak bersikap adil bila memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera. Ada segolongan bukan Melayu juga mendesak agar kuota pemilikan saham Melayu sebanyak 30 peratus dimansuhkan.

Segolongan bukan Melayu juga mendesak supaya kuota biasiswa untuk pelajar bukan Melayu mesti ditambah. Kata mereka, orang Melayu wajar berlumba-lumba dalam hal pendidikan dan ekonomi negara menerusi sistem meritokrasi, iaitu sistem siapa hebat dia yang dapat, sistem siapa yang kuat, dia dapat semuanya. Kalau sistem ini dilaksanakan, orang Melayu akan terpinggir dan akhirnya lesap daripada bumi tercinta ini.

Dalam hal ini, sekali lagi saya ulangi, suara-suara yang mengungkit-ungkit keistimewaan Melayu pada hari ini adalah suara orang yang sudah dapat betis, mahukan paha. Ini suara orang tamak dan haloba, tidak menghargai kedudukan orang Melayu dan Bumiputera yang mundur akibat penjajahan British. Kepada kelompok ini, fahamilah maksud perangkaan atau statistik di bawah.

Akibat dasar British membawa masuk orang asing ke Tanah Melayu tanpa sebarang kawalan, banci penduduk Tanah Melayu pada tahun 1931 mendapati jumlah orang asing ketika itu mengatasi pribumi di Tanah Melayu.

Pada tahun 1932-1933 ada kemelesetan ekonomi dunia. Orang asing pun ramai yang balik ke negara asal mereka. Biarpun begitu, banci penduduk Tanah Melayu pada 1947, pun masih mendapati orang asing mengatasi pribumi. Selepas Perang Dunia Kedua pada 1945, bancian penduduk Tanah Melayu, termasuk Singapura, mendapati daripada 5.7 juta penduduk ketika itu, orang Melayu dan Bumiputera hanya 2.5 juta orang, bukan Melayu seramai 3.2 juta orang (Cheah Boon Kheng 2007).

Perkembangan kependudukan seperti ini menyebabkan jumlah orang asing berbanding orang Melayu dan Bumiputera pada 1957 adalah hampir seimbang. Daripada keseluruhan rakyat Tanah Melayu ketika itu, 3.12 juta adalah orang Melayu dan Bumiputera. Orang Cina seramai 2.33 juta, India 690,000 dan 120,000 daripada lain-lain etnik (Federation of Malaya Year Book 1959).

Biarpun begitu, daripada segi ekonominya, keturunan Cina pada 1957 telah menguasai ekonomi negara secara kukuh sementara orang Melayu masih dalam kemiskinan. Contohnya, sejak 1937, pelaburan orang Cina di Tanah Melayu sudah pun menjangkau AS$200 juta berbanding pelaburan asing lainnya sejumlah AS$454.5 juta (Ling Liong Sik 1995:3).

Pada tahun 1950-an, syarikat-syarikat Eropah menguasai 65 peratus hingga 75 peratus perdagangan eksport dan 60 peratus hingga 70 peratus perdagangan import. Syarikat-syarikat milik orang Cina ketika itu menguasai 10 peratus agensi eksport. Syarikat-syarikat etnik India pula menguasai dua peratus perdagangan berkenaan. Pada ketika itu, orang Melayu langsung tidak memiliki sebarang ekuiti dalam mana-mana perdagangan. (Gomez & Jomo, 1997:14-15).

Pada tahun 2008, penduduk Malaysia adalah 25.056 juta. Melayu 13.667 juta, Bumiputera 2.963 juta, etnik Cina 6.256 juta, etnik India 1.880 juta, lain-lain etnik 290,000 dan bukan rakyat 2.826 juta (Unit Perancang Ekonomi:2008).

Bagaimanapun, pemilikan modal saham pada 2008 adalah RM100 bilion atau 18.9 peratus sahaja di tangan Bumiputera, RM215 bilion atau 40.6 peratus dikuasai oleh bukan Bumiputera, RM42.3 bilion atau 8 peratus dikuasai oleh syarikat nomini, dan RM172.3 bilion atau 32.5 peratus dipegang oleh pemodal asing.

Ekuiti Bumiputera sebanyak RM100 bilion pada tahun 2008 terbahagi kepada RM79.4 bilion atau 15 peratus milik individu, RM11.9 bilion atau 2.2 peratus milik institusi, dan RM8.7 bilion atau 1.7 peratus milik agensi amanah. Ekuiti milik bukan Bumiputera, RM207 bilion atau 39 peratus dikuasai oleh etnik Cina, RM6.4 bilion atau 1.2 peratus dalam tangan etnik India, dan RM1.9 bilion atau 0.4 peratus kepunyaan lain-lain kaum. (The Star: 27.6.2008).

Statistik di atas membuktikan jumlah penduduk Melayu dan Bumiputera berbanding lain-lain etnik yang hampir seimbang sewaktu kemerdekaan tanah air, meningkat secara prominen pada 2008. Tetapi, kenyataan mengenai kemiskinan serta lain-lain petunjuk ekonomi di era sebelum merdeka adalah manifestasi dan dampak dasar pecah dan perintah penjajah British yang memihak kepada bukan Bumiputera dan menindas orang Melayu dan Bumiputera.

Petunjuk ekonomi di era sesudah merdeka, seperti pada tahun 2008, adalah realiti dan manifestasi bahawa sehingga hari ini, orang Melayu dan Bumiputera adalah golongan rakyat Malaysia yang jauh ketinggalan berbanding bukan Bumiputera dan berbanding kedudukan pemodal asing di negara ini.

Hakikat ini jadi lebih ketara jika dikaji lain-lain petunjuk sosio-ekonomi seperti pendapatan isi rumah, kadar kemiskinan relatif dan kemiskinan tegar, jumlah profesional Melayu dan Bumiputera dan sebagainya. Dikaji ikut perspektif mana sekalipun, adalah jelas Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Negara (DPN) terbukti belum berjaya mengatasi jurang perbezaan ekonomi dan kadar kemiskinan antara orang Melayu dan Bumiputera dengan bukan Bumiputera di Malaysia.

Oleh sebab itu, apakah asas yang menghalalkan segolongan orang bukan Melayu untuk mempersoalkan DEB, DPN, keistimewaan orang Melayu, biasiswa untuk Bumiputera dan segala-gala dasar yang disifatkan memihak kepada orang Melayu dan Bumiputera kebelakangan ini?

Apakah alasan kerajaan melayan desakan demi desakan, termasuklah dalam bidang pelajaran rendah, pelajaran menengah dan pendidikan tinggi, daripada sesetengah kelompok bukan Melayu pada hari ini?

Kepada golongan ini, ingatlah bahawa di era penjajah, hanya 10 peratus sahaja anak Melayu masuk universiti. Bakinya yang 90 peratus semuanya dibolot oleh bukan Melayu.

Dalam hal dilema ekonomi ini, saya juga merayu semoga kerajaan tidak akan berkompromi dan tidak akan tunduk kepada tuntutan keterlaluan oleh sesetengah kelompok bukan Melayu.

Saya juga menyeru segolongan pegawai Melayu yang selama ini kononnya kurang sensitif terhadap kemajuan orang Melayu dan Bumiputera dalam bidang ekonomi, supaya insaf dan ubah sikap untuk membantu Melayu dan Bumiputera dengan lebih ikhlas dan dedikasi.

Kepada seluruh pegawai dan profesional Melayu dalam bidang korporat dan syarikat milik kerajaan (GLC), saya menyeru, fikirkanlah masa depan orang Melayu dan Bumiputera dalam ekonomi dan perniagaan.

Janganlah bila sudah dapat tempat tinggi-tinggi, kelompok pegawai dan profesional Melayu ini jadi seperti kacang yang lupakan kulit. Jangan di pandang hina usahawan dan peniaga Melayu dan Bumiputera.

Ingatlah bahawa tanpa perjuangan Melayu terdahulu, para profesional Melayu dalam GLC dan mereka yang berada dalam sektor awam dan sektor korporat pada hari ini, belum pasti dapat menikmati kedudukan yang mereka nikmati sekarang.

Seluruh pegawai Melayu dalam sektor kerajaan dan GLC sewajarnya memberikan peluang perniagaan kepada orang Melayu dan Bumiputera. Jangan tergamak sesetengah pegawai menafikan peluang perniagaan yang sepatutnya diberikan kepada usahawan dan peniaga Melayu serta Bumiputera.

Badan-badan korporat dan GLC Melayu perlu turut memainkan tanggungjawab sosial kepada NGO dan pertubuhan Melayu yang mendukung perjuangan untuk memperkasakan aspirasi Melayu dan Bumiputera.

Mereka perlu mempunyai keutamaan dan fokus yang tepat dan betul mengenai perkara ini. Janganlah kalau untuk hiburan yang melekakan, mereka sanggup menderma hingga berjuta-juta ringgit jumlahnya. Janganlah pula untuk menggerak serta memperkasakan perjuangan Melayu dan Bumiputera, mereka sentiasa berdolak-dalik untuk membantu perjuangan ini.

Saya sangat berharap, semoga golongan pegawai-pegawai Melayu dan eksekutif Melayu dalam syarikat korporat dan GLC, tidak akan tergamak untuk mengkhianati aspirasi perjuangan Melayu. Jangan digadaikan masa depan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini di masa akan datang.

Demikianlah penegasan semula saya mengenai perjuangan orang Melayu dan Bumiputera pada hari ini. Penegasan semula ini saya lahirkan semata-mata kerana saya tidak rela orang Melayu dan Bumiputera terus dilanda dilema politik dan dilema ekonomi di tanah airnya sendiri.

Penegasan semula aspirasi perjuangan ini saya lakukan kerana saya tidak reda dagang lalu ditanakkan, anak di rumah mati kebuluran. Penegasan semula aspirasi perjuangan bangsa ini saya lafazkan kerana saya mahukan majoriti orang Melayu dan Bumiputera kembali memberikan sokongan serta keyakinan mereka kepada pemerintah.

Penegasan semula aspirasi perjuangan Melayu ini juga saya lahirkan supaya pihak pemerintah juga sentiasa mempertahankan seluruh hak dan keistimewaan Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan yang termaktub dalam seluruh dasar afirmatif kerajaan.

Marilah sama-sama kita memohon restu dan hidayat daripada Allah SWT semoga usaha kita melakukan penegasan semula aspirasi perjuangan ini akan menghasilkan tindakan yang positif oleh semua pihak, rakyat jelata daripada semua keturunan, pemerintah, pemimpin politik, pemimpin masyarakat sivil, para pegawai kerajaan, pemimpin korporat dan para pendukung GLC di Malaysia.

Datuk Ibrahim Ali ialah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia.

(Sumber: Utusan Malaysia, 9 Jun 2009).
+

12 Mac, 2009

Semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB): Ingatan Buat Para Pemimpin & Pelaksana Dasar

-
“Rancangan pembukaan tanah melalui FELDA adalah contoh ketara kejayaan gemilang program fardu kifayah yang bukan sahaja berjaya mengatasi masalah kemiskinan bagi ribuan keluarga Islam malah turut berjaya membawa mereka menerokai kejayaan lebih luas dan lebih besar. Kejayaan sesuatu idea begitu juga kejayaan sesuatu dasar bergantung pada kejayaan melepasi ujian di peringkat pelaksanaan. Tabung Haji dan FELDA bermula dari satu idea, digubal dasar untuk memberikan roh kepada idea itu, ditubuhkan institusi untuk memberi kerangka lalu diterjemahkan kepada projek, diuji di peringkat pelaksanaan. Sepanjang melalui liku perjalanan, tidak dinafikan berlaku ketempangan dalam organisasi tersebut; kerana kehidupan yang bernama duniawi ini tidak bebas dari kesilapan dan kealpaan, tidak terlepas dari godaan syaitan dan bisikan iblis; namun oleh sebab air bersih terus mengalir, maka nila yang sekali sekala menitik warna, akhirnya dapat dijernihkan semula.

Dasar yang dirangka dengan teliti, digubal dengan baik, bertujuan murni dan dilaksanakan secara adil akan terus mendapat sokongan untuk dikekalkan. Dasar Ekonomi Baru dicetuskan dengan niat ikhlas - dengan matlamat murni untuk menyusun semula masyarakat supaya berlaku perimbangan ekonomi antara kaum dan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Ia adalah formula perancangan pembangunan ekonomi yang dilahirkan secara kolektif oleh masyarakat Malaysia pelbagai kaum selepas peristiwa 13 Mei 1969. Kata-kata yang diucapkan oleh Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail, dua arkitek utama melakarkan Dasar Ekonomi Baru tidak menyebut bahawa dasar tersebut digubal dengan tujuan mahu memperkayakan kumpulan tertentu, tidak juga bertujuan mahu menindas kumpulan tertentu. Jika semangat DEB itu diamalkan sebagaimana yang disebut di dalam rancangan tersebut – tiada kumpulan tertentu yang akan mengalami sebarang kerugian atau berasa diambil sesuatu daripada diri mereka, sudah pasti tiada orang yang akan menentangnya. Hari ini DEB dipertikaikan, dasar yang pada asasnya baik dan murni ini telah dipersalahkan dan dituntut untuk dikuburkan kerana digelincirkan di peringkat pelaksanaan.

Perkara ini disentuh sebagai peringatan kepada apa juga tindakan yang akan disusul dari resolusi yang dihasilkan pada hari ini. Betapa kepimpinan negara perlu memperlihatkan kebijaksanaan menarik rambut di dalam tepung, dalam menghadapi suasana diluah mati emak – ditelan mati bapa, untuk memastikan bahawa dalam melaksanakan keutamaan tetap tercermin kesaksamaan dan dalam melaksanakan kesaksamaan tidak meminggirkan keutamaan”.

Sedutan Titah DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr Nazrin Shah, 15 Januari 2009.
+

03 Disember, 2008

DAH TERSELAK WAJAH SEBENAR MEREKA!

-
Datuk Mukhriz mencadangkan penerapan hanya satu sistem dalam pendidikan negara tercinta, Malaysia. Namun seperti yang penulis jangka memang hak kaum bukan Melayu langsung tak boleh dipertikai, dicuit sikit pun tak boleh. Marah benar mereka. Hak mereka, mereka memang genggam dengan kemas biarpun alasan yang diberikan oleh Datuk Mukhriz ialah demi menghapuskan polarisasi kaum.

Bukankah Perkara 152 Perlembagaan mengatakan bahasa Melayu itu bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu adalah bahasa jiwa Bangsa. Mengapa perlu lagi bahasa selain itu untuk mewujudkan suasana muhibah di kalangan rakyat? Pandai pula mereka mempertahankan bahasa selain bahasa Melayu melalui klausa bahasa lain boleh diamalkan. Pelik kan? Terselak wajah sebenar mereka!

Kenapa pula mereka marah sedangkan tujuannya memang dilihat sangat baik? Bukankah selama ini mereka mempejuangkan bangsa Malaysia? Menyebut Ketuanan Melayu pun sudah mereka labelkan perkauman. Kenapa dengan membenarkan anak bangsa Malaysia bergaul dari kecil ditentang? Pelik kan? Apakah perjuangan "Anak Bangsa Malaysia" hanyalah sekadar mainan sahaja oleh mereka? Sekadar mahu berselindung di sebalik "Anak Bangsa Malaysia" untuk melaksanakan agenda mereka? Pelik kan? Terselak wajah sebenar mereka! Merekalah yang perkauman sebenarnya!

Jika bercakap soal menghapuskan pengisian Perkara 153 Perlembagaan bukan main hebat lagi puak-puak ini berbicara dengan seribu satu alasan dan hujah untuk menghalalkan tindakan biadap mereka. Dihapusnya semangat DEB, salah satu pengisian Perkara 153! Sebab DEB diseleweng, dakwa mereka, oleh itu DEB patut dihapuskan. Kalau benarlah kiranya DEB diseleweng sekali pun, mengapa mesti dihapuskan? Kan lebih baik mereka ini memperjuangkan untuk diperkasakan DEB itu? Tapi mereka pilih hapuskan! Pelik kan? Terselak wajah sebenar mereka yang jelas perkauman!

Berkenaan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, bersepah puak-puak ini pertikaikan. Alasannya, hak istimewa tersebut menyebabkan banyak perkara yang negatif. Dangkal punya alasan! Sengaja hendak buat Melayu dan Bumiputera melenting! Pandai pula mereka kata itu hak mereka untuk persoalkan (kebebasan bersuara, liberalisasi, hak sama rata, dan apa kejadahnya lagi), sudah hilang persoalan hak Melayu dan Bumiputera yang sepatutnya tidak langsung diungkit-ungkit dalam kepala otak mereka-mereka ini. Pelik kan? Terselak wajah pemuka-pemuka perkauman!

Dalam Perkara 153 itu sudah jelas memperuntukan agama Islam itu agama rasmi. Selayaknya Islam dihormati selaras taraf rasminya. Tapi bersepah puak-puak perkauman ini pertikaikan segala Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Bukannya Fatwa itu terpakai oleh puak-puak ini pun. Tapi mulut tu dah cabul sangat! Kebebasan bersuara katanya! Boleh pula puak-puak ni pertikaikan ye? Tak pandai pula puak-puak ni nak menghormati apa yang telah tertakluk dalam Perlembagaan. Pelik kan? Terselak lagi sikap perkauman mereka ini!

Buat Datuk Mukhriz, tidak ada salahnya perjuangan anda. Masyarakat majoriti sudah lama inginkan persekolahan satu sistem, cuma selama ini bersabar dengan karenah pemuka-pemuka perkauman yang cekap bermain politik. Apa pun, Tahniah buat Datuk Mukhriz! Tindakan anda telah membuatkan ramai pemuka-pemuka perkauman menampakkan wajah mereka yang sebenar!

Ayuh rakyat Malaysia kita gunakan kuasa undi untuk menolak seterusnya menghapuskan politik pemuka-pemuka perkauman ini yang kononnya mendakwa berjuang demi penyatuan umat Malaysia! Ayuh bangkit semua dalam PRU13 akan datang!!! Gunakan kuasa undi sebijaknya!!!
*****************************
Hansard Parlimen (1 Disember 2008 ):

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]:
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang untuk membahas, saya bangkitkan Butiran 080000, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, negara Malaysia kita ini adalah sebuah negara yang aman, dan ianya mempunyai satu rekod yang cukup cemerlang dalam soal ini sehinggakan kita dikenali sebagai, dengan izin, ‘beacon of hope’ di dalam dunia yang sentiasa bergolak ini, Tuan Pengerusi tidak banyak contoh-contoh yang baik yang boleh diteladani kalau kita lihat di sekitar dunia ini.Malaysia sentiasa dilihat sebagai negara yang majmuk yang berbilang kaum yang telah dapat mewujudkan satu kestabilan politik di atas mana ekonomi kita dapat tumbuh dengan pesat dan ini adalah kejayaan rakyatnya yang dipimpin oleh pemimpin –pemimpin yang berwibawa, yang mempunyai wawasan, yang memahami jiwa, aspirasi dan cita-cita rakyat, secara keseluruhannya.

Bukan hanya satu-satu kaum sahaja, tetapi semua kaum, dan inilah yang dikagumi oleh warga dunia kerana kita lihat di banyak negara-negara yang lain, apabila ada golongan majoriti yang kedudukan ekonominya terjejas berbandingkan dengan kaum-kaum yang lain, maka wujudlah satu suasana yang tidak membenarkan ekonomi negara tersebut tumbuh dengan pada tahap yang dikehendaki, tetapi di Malaysia, Tuan Pengerusi, kita mewujudkan ruang yang seluas-luasnya, peluang sentiasa ada untuk setiap warga kita mencari nafkah dengan cara yang halal dan sudah tentu yang membantu negara kita membangun dengan begitu pesat sehingga menjadi Harimau Asia pada satu ketika yang dahulu.

Kita kebelakangan ini dengar mengenai pelbagai isu-isu yang berkait dengan perkauman, walaupun ini timbul tetapi pada hemat saya Tuan Pengerusi, negara kita ini masih hebat walaupun pada satu ketika dahulu ada negara-negara barat yang mengatakan bahawa negara Malaysia ini tidak akan berjaya untuk dipimpin oleh orang kita sendiri iaitu rakyat Malaysia kerana kepelbagaian, kerana dengan izin, multi ethnicity kita, kerana agama yang begitu banyak yang dianuti oleh rakyatnya dan macam-macam lagi alasan yang digunakan bahawasanya negara kita ini hanya menanti-nanti saat dan ketika untuk meletup.

Akan tetapi kita telah berjaya mentadbir negara kita ini dengan sokongan rakyat yang majoriti dengan begitu baik sehinggakan kita dapat elak sebarang masalah dan hingga kita ini menjadi negara yang dianggap kalau tidak silap saya ke-18 paling global di dunia ini. Kita sebuah negara yang boleh berdagang dengan semua negara-negara lain dan itu yang meletakkan kita lebih tinggi daripada negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan pada tahun yang sama iaitu pada tahun 1957. Apabila dipersoalkan dan dipertikaikan, isu-isu yang dianggap sensitif oleh kaum-kaum di dalam Malaysia ini khususnya kaum Melayu, saya lihat ini sebagai satu perkara yang tidak bijak kerana ia secara langsung akan meleraikan dengan izin social fabric yang sedia wujud di dalam negara kita ini. Saya lihat setakat ini daya yang menyatupadukan kita di dalam negara kita ini masih kuat berbanding dengan daya-daya yang cuba memecahbelahkan kita. Oleh itu apabila dibangkitkan Ketuanan Melayu dan sekali gus juga menyentuh mengenai perpaduan.

Saya rasa ini satu perkara yang ganjil dan oleh itu sebentar tadi saya telah mengeluarkan kenyataan bahawa untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum ini, perlulah bermula di peringkat sekolah lagi. Makanya saya mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan seperti yang dilaksanakan di kebanyakan negara-negara di dunia ini. Pada hemat saya lebih kurang 99% agaknya negara di dunia ini di mana mereka menggunakan cuma satu sistem sahaja di dalam sistem pendidikan mereka dan tidak banyak sistem kerana apabila terlampau banyak sistem yang berbeza-beza ini, sudah tentu akan melahirkan perbezaan antara kaum dan ini yang kita cuba elak-elakkan.

Malah pihak pembangkang mahupun di pihak Barisan Nasional sekalipun selalu menyentuh mengenai peri pentingnya kita bersatu padu, peri pentingnya kita ada sifat perpaduan yang kuat supaya dapat kita bersaing dengan bangsa-bangsa yang lain di seluruh dunia ini sehinggakan duduk dan berdirinya kita ini sama rendah dan sama tinggi dengan kaum-kaum di seluruh dunia. Satu cadangan yang telah saya buat ialah supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil....

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]:
Penjelasan. Saya tahu apa Yang Berhormat Jerlun akan kata bahawa oleh kerana dia ada ulangi di luar dan saya mahu mengingati Yang Berhormat Jerlun ialah dalam perkara ini apa yang dia berkata dalam Dewan ini dia tidak ada apa-apa kekebalan, tidak ada apa-apa unity oleh kerana beliau akan terus mencadangkan penutupan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Ini sudah melanggar sensitive issue yang termaktub dalam Perlembagaan empat perkara yang tidak boleh disoalkan, tidak boleh diragui dan kalau dibuat dalam Parlimen pun, seorang Ahli Parlimen yang bersabit hasutan dan akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan lima tahun tidak boleh menyertai ambil bahagian dalam apa-apa election. Dalam perkara ini tidak kira apa sebabnya baik tidak baik, tetapi inilah undang-undang dan untuk mengingatkan Yang Berhormat Jerlun dalam perkara ini supaya berhati-hatilah, hati baik saya.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]:
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur di atas peringatan tersebut. saya menghormati beliau sebagai orang lama dalam Dewan yang mulia ini dan saya ini belum sampai setahun jagung lagi menjadi wakil rakyat tetapi pada waktu yang sama ingin saya perjelaskan kerana diberi peluang untuk menyatakan bahawa saya tidak pernah menyatakan bahawa atau mencadangkan supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini ditutup.Saya sebenarnya dimaklumkan oleh pembantu saya sebentar tadi mengenai kenyataan Yang Berhormat Ipoh Timur yang sebenarnya mengejutkan saya kerana seingat saya dan apabila saya lihat dalam laman web, laman-laman berita, jelas terbukti bahawa saya tidak pernah pun mengeluarkan sebarang ungkapan mencadangkan supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini ditutup. Jadi oleh itu saya minta supaya orang lama kita Yang Berhormat Ipoh Timur tidak memutarbelitkan apa yang telah saya katakan sebelum ini dan saya benar-benarfaham apa yang dianggap sebagai hasutan dan apa yang tidak menghasut.

Pada waktu yang sama saya ingin mengambil peluang ini untuk menjelaskan bahawa apa yang telah saya cadangkan ialah biarlah kita menggunakan cuma satu sistem seperti mana yang digunakan oleh kebanyakan negara malah 99% daripada negara-negara di seluruh dunia...

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]:
Penjelasan. Saya tidak mahu memutar belitkan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jerlun. Akan tetapi inilah sebagai contohnya Star Online, “Mukhriz - scraps vernacular schools”. Hapuskan sekolah-sekolah Tionghoa sekolahsekolah vernacular dan ini pun dalam online web yang...

Dato' Ismail Kasim [Arau]:
Tuan Pengerusi, kenyataan akhbar tidak boleh dijadikan rujukan.

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]:
Bukan, dia ada kata check website. Yang Berhormat kata tidak pernah, tetapi website ada. Sebab itu bukan saya memutarbelitkan tetapi saya buat dengan hati baik saya bukan untuk mahu Yang Berhormat jatuh terperangkap, tetapi supaya tahu apa yang berlaku.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]:
Yang Berhormat Jerlun sedang memperjelaskan kenyataan yang keluar di akhbar Yang Berhormat. Kita dengar dan perhatikan penjelasan beliau.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]:
Terima kasih Tuan Pengerusi. saya bimbang sekiranya Yang Berhormat Ipoh Timur sentiasa dengan izin, jump into conclusion tanpa usul periksa mengenai kenyataan-kenyataan yang dibuat orang-orang seperti kita ini di Parlimen mahupun di luar Parlimen, lebih-lebih lagi menyentuh isu-isu yang begitu sensitif. Kalau dibaca teks kenyataan walaupun yang dilaporkan oleh Star Online itu kita akan dapati bahawa apa kandungan laporan tersebut berbeza dengan tajuk yang diletakkan di paling atas. Ini malangnya seperti yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi. Antara perkara-perkara ataupun taktiklah mungkin yang dilakukan oleh pihak media yang kadang-kadang itumengelirukan kita.

Saya tidak tahu, saya tidak boleh kata dengan jelas bahawa ada sebarang niat yang kurang baik oleh pihak media tetapi seperti yang telah terbukti dengan kenyataan Yang Berhormat Ipoh Timur, rupa-rupanya ada salah tafsiran yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Yang Berhormat Ipoh Timur. Jadi itu sebabnya saya fikir terpanggil untuk saya untuk menjelaskan apa yang sebenarnya supaya tidak ada salah faham. Sebab yang kita lakukan di sini Yang Berhormat dan juga Tuan Pengerusi di Dewan yang mulia ini semata-mata untuk kebaikan negara dan tidak sekali-kali untuk memecahbelahkan di antara kaum di negara yangberbilang kaum.

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]:
Penjelasan. Saya hendak tanya antara sistem schooling yang berbeza dan juga kaedah kita di mana kita mendefinisikan semua orang sebagai kaum ini, kaum itu. Antara dua ini yang mana wujudkan perasaan perkauman, yang mana menghakiskan perasaan perpaduan. Saya boleh terima pada satu masa mungkin perlu untuk membangunkan satu masyarakat yang ketinggalan mungkin perlu tetapi pada...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]:
Ya, gulung Yang Berhormat, singkatkan Yang Berhormat.

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]:
Ya, tetapi pada tanggapan bolehkah kita buat perpaduan negara ini tanpa kurangkan definisi seseorang sebagai Melayu, Cina, India, Kadazan. Itu soalannya.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]:
Ringkaskan respons Yang Berhormat.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]:
Saya akan respons dengan cepat sebab ini bukannya amalan cuma di Malaysia sahaja, di seluruh dunia pun ada amalan di mana orangorang tertentu, kaum-kaum tertentu diberi nama Hispanic, Caucasian dan sebagainya. Jadi kalau itu pun diamalkan di Malaysia saya ingat itu bukan ganjil dan ia tidak secara langsung mengakibatkan satu perbezaan yang begitu ketara di antara kaum di Malaysia kita ini tetapi apa yang saya hendak teruskan ialah sebagai...

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]:
Yang Berhormat, habiskan Yang Berhormat.

Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir [Jerlun]:
Ya, insya-Allah. Bahawa kalau kita boleh wujudkan satu sistem persekolahan menggunakan Bahasa Melayu sebagai perantaraannya saya cadangkan supaya Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil yang kita anggap sebagi bahasa-bahasa yang penting diwajibkan kepada masyarakat Cina dan India di dalam negara kita ini dan sebagai mata pelajaran optional pada kaum-kaum lain termasuk kaum Melayu dan itu sebabnya saya rasa tidak seditious ataupun berunsur hasutan apa yang telah saya nyatakan di luar Parlimen dan itu sebabnya saya sanggup untuk mengulangi apa yang telah saya nyatakan tadi di dalam Dewan yang mulia ini, itu sahaja terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]:
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa cukuplah perbahasan untuk kementerian ini sudah 15 orang berbahas dan saya akan menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab selepas sesi soal jawab esok.
+

28 Oktober, 2008

Segenap Melayu Wajib Pertahan Kontrak Sosial

Henti polemik kontrak sosial

''Raja-Raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.''

Petikan di atas adalah sebahagian daripada kenyataan akhbar khas Majlis Raja-Raja yang menyeru semua rakyat Malaysia agar berhenti mempersoalkan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum semenjak lebih lima dekad yang lalu.

Demi kestabilan dan kemakmuran berterusan negara, semua rakyat tanpa mengira kaum perlu akur terhadap nasihat yang sarat kebijaksanaan ini.

Jika tidak dihentikan, polemik berpanjangan ini berpotensi meranapkan masa depan negara dan rakyat Malaysia.

Orang Melayu juga perlu mengambil iktibar daripada nasihat Majlis Raja-Raja tentang peri pentingnya kita bersatu padu bagi mempertahankan kemuliaan serta kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu, peruntukan-peruntukan teras Perlembagaan (agama Islam dan bahasa Melayu) dan hak-hak istimewa orang Melayu.

Jika perpaduan antara orang Melayu rapuh kerana politik kepartian yang tidak terkawal, maka janganlah kita terkejut jika golongan tertentu cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan pelbagai alasan termasuk alasan untuk mengembangkan demokrasi serta hak asasi manusia bagi mempersoalkan asas-asas kenegaraan Malaysia yang sudah sedia termaktub.

Isu jelas memperlihatkan Raja-Raja Melayu menjadi pelindung kepada orang Melayu untuk mempertahankan Artikel 153 ini daripada terus menjadi polemik di negara kita.

Hari ini kita menyaksikan pihak-pihak ini dengan berani mempersoalkan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Ini dilakukan walaupun majoriti penduduk Malaysia beragama Islam, walaupun Perkara 3 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan (undang-undang tertinggi negara) menyatakan Islam adalah agama rasmi negara, walaupun terdapat peruntukan Perkara 11 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan yang menghalang penyebaran agama lain di kalangan orang-orang Islam dan walaupun Malaysia adalah anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Selain daripada mempertikaikan status negara Islam Malaysia, mereka juga berusaha untuk menyama taraf kedudukan agama Islam dengan agama-agama lain melalui inisiatif seperti Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dan mereka berusaha meminda atau mentafsir semula melalui keputusan Mahkamah, Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang melindungi bidang kuasa Mahkamah Syariah dari campur tangan Mahkamah Sivil.

Yang menyedihkan usaha pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini dibantu oleh penganut agama Islam yang kononnya berfahaman liberal.

Selain daripada percubaan untuk menurun taraf Islam mutakhir ini juga terdapat pihak-pihak yang cuba mempersoalkan kewajaran sama ada secara langsung mahupun tidak langsung peruntukan-peruntukan teras Perlembagaan Persekutuan.

Antaranya peruntukan Perkara 152 berkenaan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kenapa setelah lebih lima dekad amat sukar bagi golongan tertentu untuk menerima kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara.

Kegagalan

Kegagalan untuk bertutur secara fasih dalam bahasa Melayu begitu juga kegagalan untuk menulis dan membaca dalam bahasa Melayu di kalangan generasi pascamerdeka tidak dapat dimaafkan.

Tiada alasan yang boleh menjustifikasikan keadaan ini. Kegagalan penguasaan hanya mencerminkan sikap endah tidak endah terhadap simbol kenegaraan ini.

Ada yang memberi alasan bahawa dalam era globalisasi kita hanya perlu menguasai bahasa Inggeris dan bahasa yang mempunyai nilai ekonomi.

Ini satu alasan yang pelik kerana antara negara G8 iaitu negara-negara yang super maju dan mempunyai kemajuan teknologi serta kuasa beli yang secara kolektifnya melebihi China dan India hanya tiga negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada.

Lima lagi negara G8 bangga menggunakan bahasa kebangsaan mereka iaitu Perancis, Rusia, Jerman, Itali dan Jepun malahan Wilayah Quebec di Kanada pun menggunakan bahasa Perancis. Bukan kita meremehkan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris tetapi apa yang ingin dinyatakan adalah janganlah menjadikan alasan globalisasi sebagai alasan memperlekehkan keperluan penguasaan bahasa kebangsaan.

Alasan globalisasi juga diberikan bagi mengabsahkan (mengesahkan) kenapa dasar ekonomi affirmative seumpama DEB yang dilaksanakan di bawah Perkara 153 (hak-hak keistimewaan orang Melayu) hendak dimansuhkan.

Bagi golongan yang tidak sukakan dasar affirmative, mereka mendakwa bahawa pelaksanaannya akan hanya melunturkan kelebihan persaingan negara dalam menghadapi globalisasi.

Mereka memberi contoh dalam bidang pelajaran tinggi bagaimana pengamalan dasar ini adalah penyebab kepada kenapa anak-anak muda bukan Melayu/bumiputera yang genius berhijrah ke negara lain.

Soalannya benarkah mereka bertindak demikian akibat tidak berpeluang mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam, mendapat biasiswa kerajaan untuk ke luar negara dan gagal mendapat peluang pekerjaan di sektor awam dan syarikat berkait kerajaan (GLC) atau sebab sebenar mereka bertindak sedemikian dan penyebab utama kepada apa yang disifatkan sebagai brain drain adalah pencarian peluang ekonomi yang lebih baik.

Alasan ini seolah-olah mengetepikan hakikat bahawa kerajaan semenjak pertengahan 90-an telah meliberalkan sektor pengajian tinggi bagi memberi peluang kepada seramai mungkin pelajar yang layak mendapat akses kepada pengajian tinggi.

Bukankah langkah ini terbukti berjaya kerana hari ini di kalangan kohort (kumpulan) umur 17-23 mereka yang mendapat peluang pengajian tinggi telah meningkat kepada 27 peratus. Angka ini dijangka terus meningkat kepada 40 peratus menjelang 2010.

Walaupun hari ini hanya terdapat 20 universiti awam tetapi hasil liberalisasi kerajaan kini terdapat 33 universiti dan kolej universiti swasta termasuk institusi yang diasaskan parti politik bukan Melayu seperti Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR/ MCA), AIMST (MIC), Universiti Terbuka Wawasan (WOU/Gerakan), 4 kampus tempatan universiti asing dan lebih 500 kolej swasta.

Sebahagian institusi swasta ini mengadakan program berkembar dengan institusi pengajian tinggi luar negara melalui program '3+0', '2+1' atau '1+2' di mana pelajar tempatan menghabiskan sebahagian atau keseluruhan pengajian mereka di dalam negara tetapi mendapat ijazah dari universiti-universiti asing.

Hakikat ini telah mengurangkan beban pelajar-pelajar dan para ibu bapa mereka yang tidak mendapat tempat di IPTA kerana kos yang terpaksa ditanggung adalah lebih murah berbanding menghabiskan keseluruhan pengajian di luar negara.

Statistik menunjukkan bahawa jumlah pelajar institusi pengajian tinggi swasta ini melebihi jumlah pelajar IPTA.

Dari segi kaum pula, pelajar bukan Melayu melebihi pelajar Melayu apabila jumlah pelajar kedua-dua institusi IPTA dan IPTS digabungkan.

Tidak cukup dengan langkah meliberalkan akses kepada pengajian tinggi kerajaan juga telah menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang semenjak lebih 10 tahun yang lalu telah mengeluarkan RM11 bilion di dalam pinjaman pelajaran.

Pinjaman ini telah berjaya memanfaatkan lebih 1 juta pelajar. Kenapa hakikat ini tidak diuar-uarkan apabila mempolemikkan angka penerima biasiswa mengikut kaum yang diberikan oleh kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mana jumlah biasiswa berkenaan hanya 2,000 setahun.

Cukuplah, janganlah kita mempolemikkan lagi kontrak sosial dan peruntukan-peruntukan teras Perlembagaan Persekutuan demi keamanan dan kestabilan negara. Malaysia adalah negara yang bukan sahaja berbilang kaum tetapi juga berbilang agama, budaya dan bahasa.

Tanpa kedua-dua faktor keamanan dan kestabilan manusia atau kelompok manusia yang super genius sekalipun tidak akan dapat mengoptimumkan potensi mereka di bumi tercinta ini.

Bagaimana Malaysia akan stabil dan aman jika dua pertiga rakyat Malaysia (65.1% Melayu/bumiputera) yang hanya menguasai kurang satu perlima kekayaan negara (19.4%) masih hendak terus diasak, dicemburui dan didengki.

IRMOHIZAM IBRAHIM
Pensyarah Fakulti Undang-undang,
Universiti Teknologi MARA (UiTM)


Sumber: Utusan Malaysia, 27 Oktober 2008

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin