Pada 19 october 2014, satu kempen saya ingin sentuh anjing ( I
want to touch a dog) telah diadakan di One Utama shopping center. Tujuan kempen ini adalah
membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan Melayu terhadap
anjing. Satu kempen yang dibuat khas untuk umat islam. Adakah pada pandangan
penganjur kempen ini, islam menggalakkan umatnya berlaku kejam terhadap anjing?
Adakah penganjur kempen ini (Syed Azmi Alhabshi) kurang
didikan agama islam atau dia mempunyai agenda mengliberalkan islam (seperti
kata ustaz Kazim Elias).
Sekiranya penganjur ingin
menyatakan umat islam ini berlaku kejam terhadap anjing. Untuk pengetahuan
pembaca, Islam tidak pernah mengajar umatnya bersikap kejam terhadap mana-mana
binatang. Jika tujuan akhir kempen itu, untuk menggalakkan umat islam membela
anjing seperti membela kucing, itu sama seperti menggalakkan
umat islam membuat
dosa. Tidakkah pengajur kempen (merupakan umat islam) sekiranya rumah mempunyai
anjing malaikat tidak masuk rumah. Pada pandangan penulis, melihat kempen ini dari
segi apa pun ia lebih memberikan perspektif negative terhadap islam dalam erti
kata lain kempen ini memfitnah islam. Seolah-olah ingin menunjukkan islam ini
kejam terhadap anjing dan juga ajaran islam tentang anjing adalah salah. Dan yang
paling menyedihkan ada surat kebenaran MAIS dan juga tazkirah membenarkan umat
islam menyentuh anjing tanpa darurat. Sepertinya ustaz yang memberi tazkirah
itu tidak mempunyai ilmu yang cukup. cukup menyedihkan.
Bagaimanapun umat islam dan para
ustaz, ulama diseluruh Malaysia menentang kempen ini. Umat islam nampaknya
bersatu menentangnya. Tetapi dengan tidak semena-mena Nurul Izzah (anak DS
Anwar Ibrahim), mengucapkan tahniah terhadap penganjuran kempen ini. Selepas
itu, para penyokong PKR yang beragama islam bermati-matian mempertahankan
pendapat pemimpin mereka itu. Dan akhirnya umat islam yang bersatu tadi
berpecah dua kerana politik. Apakah tujuan Nurul Izzah mengucapkan tahniah
kepada penganjur? Mahu memesongkan isu ini menjadi isu politik dimana umat
islam itu berpecah. Nanti pada akhirnya kempen meng-liberalkan islam mencapai
kemenangan. Sudah acap kali isu agama dipesongkan menjadi isu politik oleh
penyokong PKR. Sebelum ini isu video menghina Nabi Muhammad di luar Negara,
tetapi disini menjadi isu politik. Yang berpecah umat islam, yang rugi juga islam,
fikirkan…
Dalam bulan oktober dua
kemungkaran besar telah berlaku di One Utama, pesta Arak (octoberfest) dan
Kempen menyentuh anjing (I want to touch a dog) target audience nya adalah umat
islam. One utama sekali lagi menjadi tempat pengajuran aktiviti yang mencabar isla. Apa yang berlaku terhadap umat islam di Bandar Utama dan sekitarnya? Adakah
mereka telah diresapi oleh islam liberal? Adakah disana menjadi pusat
menjatuhkan umat islam. Umat islam di sekitar Bandar utama kebanyakannya
merupakan mereka yang telah Berjaya dan kaya raya. Samaada mereka diresapi oleh
islam liberal atau tidak “wallahualam”.
Tetapi kita sebagai umat islam harus bersatu dan
menentang kempen seperti ini. Boikot One Utama kerana penganjuran Octoberfest dan kempen "i want to touch a dog". Terus tingkatkan kecaman terhadap orang islam yang menganjurkan kempen yang
salah di sisi Islam. Berikut adalah fatwa kebangsaan tentang pegang anjing http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/kedudukan_anjing_dan_hukum_berkaitannya.pdf