Memaparkan catatan dengan label Barisan Nasional. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Barisan Nasional. Papar semua catatan

19 April, 2013

PENGUNDI MUDA TIDAK DAPAT BEZAKAN ISU REALITI DAN PROPAGANDA



Dari pandangan masyarakat marhaen
 
Propaganda merupakan salah satu cara untuk mendapat sokongan pengundi. Pengundi muda dan pengundi pertama kali adalah golongan yang baru menjengah kealam politik, walaupun sekadar pengundi. Alam politik yang penuh dengan isu-isu panas dan memanaskan. Dengan jiwa muda, jiwa yang cepat membara dan juga jiwa memberontak, golongan muda sebenarnya golongan yang mudah terganggu emosinya. Mereka adalah golongan yang paling ‘fragile’ dan akan memberi undi secara membuta tuli.

Pakatan Rakyat adalah pakar dalam propaganda dan meruntun semangat orang muda untuk memberontak. Lihat sajalah isu yang dipermainkan oleh PR, sebagai contoh isu rakyat tertindas, Kerajaan zalim, rakyat miskin dan banyak lagi. Bagi yang berfikiran rasional isu ini adalah tidak benar sama sekali. Tidak perlu kita mengkaji dengan angka-angka atau membuat kaji selidik untuk mengetahui perkara sebenar. Kita hanya perlu melihat apa yang berlaku di sekeliling kita, berjalanlah di kota kuala lumpur, lihat lah dan dengarlah. Bagaimana boleh dikatakan rakyat tertindas sekiranya kita boleh membuat pilihan, mana mungkin kerajaan itu zalim sekiranya rakyatnya bebas memaki hamun kerajaan (mereka tidak ditangkap), masakan rakyat miskin sedangkan jumlah kenderaan semakin bertambah.

Tetapi berfikir dengan rasional ini tidak ada dalam ramai golongan muda di Negara ini. Mereka mengatakan rakyat tertindas hanya dengan membaca blog (tidak ada kesahihan fakta), mereka kata kerajaan zalim hanya dengan satu dua perkara yang salah dilakukan oleh kerajaan (isu yang diperbesarkan oleh pembangkang), mereka kata majority rakyat miskin hanya dengan kisah yang digembar-gemburkan oleh blog pembangkang. Dengan slogan dari PR yang mengatakan berita TV dan akhbar arus perdana tidak betul, golongan mudah mentah-mentah percaya segalanya yang ditulis dalam blog. Memang ada perkara yang betul ditulis didalam blog, tetapi perkara yang bersifat umum seperti penindasan, zalim, majority miskin itu sebenarnya boleh dinilai sendiri dengan perkara yang berlaku didepan mata.

Mungkin kerana darah muda yang penuh semangat melawan dan ingin memperjuangkan sesuatu, akhirnya menjadikan golongan muda ini dijadikan alat permainan oleh PR. Mereka dipergunakan untuk merealisasikan kehendak politik rakus. Lihatlah kesilapan golongan muda, menyertai perhimpunan bersih yang berakhir dengan rusuhan terhadap polis. Mereka secara melulu menuduh polis kejam walaupun mereka tidak pernah merasai kekejaman itu (hanya baca blog sahaja). Lainlah cerita askar jepun dahulu, ramai yang kena penampar jepun dan ramai yang diseksa, itu barulah boleh dibuktikan dan tentang.

Kepada golongan muda, bukalah pintu hati, bukalah mata. Pisahkan cengkaman amarah dan emosi dari hati supaya akan dapat fikiran rasional. Lihatlah reality yang berlaku disekitar kamu. Memang benar kamu akan Nampak perkara-perkara yang salah dilakukan oleh semua pihak, tidak kira PR atau BN. Tetapi kamu juga akan dapat membezakan antara reality dan propaganda. BN biasanya akan memainkan isu reality, kerana banyak perkara reality yang baik telah dilakukan oleh BN. Manakala PR akan banyak menggunakan propaganda, kerana terlalu sedikit reality yang baik mereka lakukan.

Untuk apa memilih Pakatan Rakyat sekiranya segala yang diberitahu hanya propaganda. Pilihlah Barisan Nasional kerana memang telah banyak perubahan dan kebaikan yang dinyatakan telah menjadi reality.

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)

15 April, 2013

KEBAIKAN BARISAN NASIONAL VS PAKATAN RAKYAT DALAM MASA 4 TAHUN INI



Pandangan dari masyrakat marhaen
 
Berikut adalah kebaikan yang telah dilakukan oleh kedua-dua parti yang bertanding dalam PRU13. Kebaikan yang dibandingkan adalah kebaikan yang telah ditunaikan, bukan sekadar yang pernah tertulis didalam manifesto PRU2008. Berdasarkan perbandingan ini, penulis menyimpulkan BN adalah calon kerajaan yang terbaik diMalaysia. Sekiranya ada yang mengatakan semua kerajaan akan melakukan perkara sama seperti BN, ia adalah satu kesilapan. Hanya kerajaan yang bertanggungjawab sahaja akan melakukan seperti BN ini. Oleh itu... Undilah BN.

BARISAN NASIONAL
PAKATAN RAKYAT
  • BRIM – pemberian rm500
  • KARISMA – Peruntukan tambahan untuk penerima bantuan kebajikan masyarakat.
  • Kenaikan gaji bagi sector awam
  • 1000km jalan kawasan pendalaman telah dibina.
  • 27,000 isi rumah terima bekalan elektrik
  • 70,000 isi rumah terima air bersih
  • 1Azam – bantuan kepada orang miskin
  • BB1M- bantuan kepada pelajar IPT
  • Bantuan RM100 untuk pelajar sekolah rendah dan menengah
  • Pengecualian PTPTN untuk ijazah kelas pertama
  • Meningkatkan prestasi 636 sekolah berprestasi rendah
  • Meningkatkan taraf pengankutan awam dibandar.
  • Pudu raya  dinaik taraf menjadi Pudu Sentral.
  • Membaik pulih perhentian bas dikawasan Bandar
  • Kedai Rakyat 1 Malaysia
  • PR1MA – rumah mampu milik untuk rakyat
  • Pinjaman mikro dibawah AIM
  • Latihan keusahawanan untuk wanita
  • Skim Khas Sara 1 Malaysia- untuk galakan pendapatan rendah menabung
  • Pengurangan kadar jenayah
  • Malaysia meraih gelaran Negara paling selamat di Asia tenggara
  • 27,000 anggota polis di kawasan hotspot jenayah.
  • Akta ISA dihapuskan
  • Akta kediaman terhad dihapuskan
  • Akta buang negeri dihapuskan
  • Membatalkan tiga jenis pengishtiharaan darurat
  • Penggubalan Akta perhimpunan awam
  • Say 1Malaysia – latihan dan kemahiran belia

  • 10m³ Air percuma

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)

14 April, 2013

KEBURUKAN BARISAN NASIONAL DAN PAKATAN RAKYAT


BARISAN NASIONAL
PAKATAN RAKYAT
  • Kronisma.
  • Rasuah.
  • Terdapat MP/ADUN tidak menjaga kawasannya.
  • Terdapat pemimpin yang gila kuasa.
  • Terdapat pemimpin yang salah guna kuasa
  • Kronisma
  • Rasuah
  • Mengamalkan politik kebencian
  •  Salah guna kuasa (parti dikuasai anak beranak)
  • Tidak mengamalkan perkongsian kuasa antara kaum.
  • Perkongsian kuasa antara parti yang sangat rapuh.
  • Sentiasa berpolitik tanpa mengira isu.
  • Manifesto bukan janji (tiada perancangan mahu melaksanakan manifesto
  • Tidak patriotic (tiada semangat cintakan negara)
  • Terdapat MP/ADUN tidak menjaga kawasannya.
  • Tidak sensitive kepada isu perkauman (bakal mencetuskan ketegangan kaum).
  • Mahu menghapuskan keistimewaan Melayu.
  • Mahu menghapuskan Islam sebagai agama rasmi.
  • Mahu menghapuskan larangan penggunaan kalimah Allah untuk agama selain islam
  • Terdapat pemimpin yang gila kuasa.
  • Memberi sokongan kepada Israel.
  • Mahu mengiktiraf LBGT.
  • Mahu mengiktiraf fahaman plurisma.
  • Tiada sokongan dari kaum terbesar (Melayu).
  • Tidak menghormati Undang-undang Malaysia.
  •  Terdapat pemimpin yang gila kuasa.


sekiranya saya terpaksa memilih salah satu dari parti yang buruk, saya akan memilih yang paling tidak memudaratkan. Dalam perkara ini saya memilih BN, ternyata ia paling tidak memudaratkan. Penulis tidak akan menggadaikan Agama Islam, Melayu dan keamanan. Perjuangan akan diteruskan untuk menjaga perkara ini. UNDILAH BN.
 
(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)

13 April, 2013

AKAN WUJUDKAH MASYARAKAT IDEAL DAN PARTI POLITIK IDEAL DI MALAYSIA?


Dari pandangan masyarakat marhaen
 
Malaysia terdiri daripada masyrakat yang berbilang kaum. Kaum yang terbesar adalah kaum melayu. Semenanjung Malaysia adalah berasal dari tanah melayu yang telah wujud sejak dahulu lagi, malah sebelum kewujudan Melaka. Sebagai contoh kewujudan gangga Negara, kerajaan melayu sebelum Melaka. Bagaimanapun tanah melayu telah diduduki oleh kaum cina dan india yang telah dibawa masuk oleh inggeris. Kemerdekaan Malaysia mempunyai syarat, iaitu pemerintah Malaysia mesti menerima kaum lain sebagai warganegaranya. Pemerintah Malaysia telah menerima syarat itu dan akhirnya wujudlah Malaysia negara yang merdeka. 

Setelah lebih setengah abad merdeka, kaum cina dan india seolah-olah memberontak kerana mereka terasa tidak setara dengan kaum bumiputera yang lain. Kaum bumiputera diberi pelbagai kemudahan dan kuota, tetapi mereka tidak dapat. Sebagai warganegara Malaysia, mereka terasa di anak tirikan. Mereka mahu sebuah kerajaan yang tidak berpaksikan perkauman. Seorang rakan penulis dari kaum india, berkata tidak bolehkah semua kaum di Malaysia diperintah oleh parti yang tidak berteraskan kaum. Dia sudah bosan dengan parti politik yang berkata kita buat ini untuk kaum ini dan itu. Tidak bolehkah sesuatu itu dibuat untuk rakyat Malaysia. Akan wujudkah masyarakat dan parti politik seperti ini?

Dalam proses demokrasi yang menjadi keutamaan adalah penyokong. Proses demokrasi akan menjadikan yang ramai penyokong adalah pemenang (ia sama seperti yang kuat memerintah). Ia tidak berteraskan kebenaran, apa akan jadi jika rakyat memilih mengikut emosi. Kerana marah pihak yang salah akan menang. Sejak dahulu lagi, manusia ini sudah dikelompok mengikut kaum masing-masing. Kelompok itu sudah wujud dan cara paling mudah mencari penyokong adalah dengan menjadi juara kelompok atau kaum ini. Ini lah yang terjadi di Malaysia.

UMNO itu wujud setelah kaum melayu diasak oleh Malayan union yang bakal menghakis kuasa melayu ditanah airnya sendiri. Kebangkitan kaum melayu dibawah UMNO telah menggugat pihak inggeris. Tetapi untuk mendapatkan kemerdekaan, maka wujudlah MCA dan MIC sebagai suara kaum cina dan india. Parti-parti ini adalah juara kaum masing-masing. Setelah itu wujudlah DAP, Gerakan dan yang terbaru adalah PKR yang tidak berpaksikan kaum. Bagaimanapun demi mencari penyokong, parti-parti ini juga memperjuangkan nasib kaum-kaum tertentu untuk berkuasa. Sebagai contoh DAP dan Gerakan memperjuangkan masyarakat cina. PKR pada asalnya memperjuangkan DSAI sahaja, sekarang lebih memperjuangkan masyrakat cina demi mendapatkan pengaruh.

Pada pendapat penulis, selagi ada kaum di Malaysia ini, setiap parti politik pasti akan memperjuangkan nasib kaum tertentu sahaja. Tiada siapa dapat menghapuskan kaum didunia ini kecuali Allah. Allah juga telah berfirman, Allah mencipta manusia di bumi mengikut kaum supaya kita dapat mengenali antara satu sama lain. 

Setakat ini penulis tidak dapat lihat kesediaan semua kaum untuk melepaskan hak mereka. Kaum melayu tidak akan melepaskan hak mereka sebagai penduduk asal tanah melayu. Bersediakah kaum lain melepaskan hak mereka untuk rakyat Malaysia secara total. Sebagai contoh, lihat sajalah sekolah wawasan. Sekolah wawasan dibuat untuk merapatkan hubungan antara kaum, tetapi ia ditentang kerana bahasa pengantarnya dan pelbagai alasan yang bersifat perkauman. Ini menunjukkan kaum lain juga tidak bersedia untuk membuka pintu perkaumannya untuk dan bergabung menjadi rakyat Malaysia. 

Setakat ini apa yang terbaik untuk rakyat Malaysia ialah perkongsian kuasa. Untuk itu Barisan Nasional adalah pilihan yang terbaik. Perkongsian kuasa telah lama diamalkan oleh BN, dan ia kelihatan adil berdasarkan komposisi kaum di Malaysia. Walaupun BN banyak memihak kepada kaum melayu, ia adalah adil kerana melayu adalah kaum terbesar. Berbeza dengan Pakatan Rakyat, mereka mempunyai perkongsian kuasa yang lemah antara kaum. PR juga kelihatan lebih memihak kepada kaum cina yang bukan kaum terbesar dan ini juga seolah-olah menafikan hak kaum terbesar dan ia kelihatan seperti kaum cina ini gila kuasa. Adil itu bukanlah kesamarataan, tetapi meletakkan hak keatas haknya.

Pilihlah BN untuk keadilan dan kestabilan Malaysia. Ia tidak akan mengwujudkan masyarakat yang ideal, dan parti politik yang ideal. Tetapi ia dapat menjamin kestabilan dalam perkongsian kuasa. Itu adalah kunci keamanan Malaysia. Janganlah dibuang kunci ini, rakyat Malaysia belum bersedia. Terimalah hakikatnya.

(saya berdoa supaya Allah membukakan pintu hati rakyat Malaysia untuk memilh pemimpin yang akan membawa kearah kebaikan dan menolak pemimpin yang membawa kearah kebatilan, saya juga mendoakan Malaysia dirahmati dan diberi kemakmuran)

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin