Semalam sekali lagi Malaysia menjadi tumpuan dunia kerana pesawat MH17 dari amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas berdekatan sempadan Ukraine - Rusia. Punca pesawat ini terhempas masih belum disahkan, bagaimana berita yang panas diceritakan ialah pesawat itu ditembak jatuh oleh puak pemisah. Kesemua penumpang dan anak kapal mati ditempat kejadian (semoga roh mereka dicucuri rahmat). Majoriti penumpang pesawat ini adalah warganegara Belanda. Satu lagi malapetaka yang menimpa MAS. Tahun ini Malaysia ditimpa pelbagai musibah, MH370 belum lagi selesai timbul isu Sabah yang dikacau oleh orang-orang Nur Misuari, belum selesai isu Sabah timbul pula isu MH17. Tahun yang cukup mencabar, Malaysia di hujani dengan pelbagai masalah, diharapkan pemimpin Malaysia terus tabah menghadapi dugaan ini.
senarai krew penerbangan MH17 |
twitter yang menyatakan pesawat ditembak |
Setelah isu MH17 menjadi viral didalam media sosial, ramai orang mahu menjadi orang yang
pertama melaporkan berita tentang kejadian ini. Bagaimanapun lain pula dengan kerenah ahli DAP (Yuki Tan) ini, beliau menjadi orang yang pertama mahu memanipulasikan kejadian ini ke arah politik. Seterusnya menangguk di air yang keruh untuk mendapatkan keuntungan politik kepada partinya. Beliau mahu menunjukkan Malaysia ini sebagai negara yang sudah tidak selamat (pada hal kejadian ini berlaku disempadan Ukraine-Rusia. Tiada langsung rasa simpati kepada keluarga mangsa atau semangat cintakan negara. Inikah contoh pemimpin yang mahu diketengahkan oleh DAP? jika ada sesuatu perkara yang berlaku, perkara pertama diambil peduli adalah keuntungan politik. Andainya DAP menjadi pemerintah dan berlaku perkara seperti ini. sudah pastinya perkara yang mereka lakukan adalah menyalahkan orang lain (terutama UMNO) walaupun isu itu diperingkat antarabangsa.
Begitu juga perihalnya dengan DS Anwar Ibrahim, yang secara sembrono menyalahkan DS Najib. sudah terang lagi bersuluh mahu menghangatkan isu ini untuk kepentingan politik.
manipulasi berita oleh penyokong PR |
Memanipulasikan berita ini turut dilakukan oleh penyokong-penyokong PR. tanpa rasa bersalah kerana menyinggung perasaan keluarga si mati mereka terus menerus memainkan dan memanipulasi berita ini sehingga ia memberikan keuntungan politik kepada PR. Sungguh pelik pemimpin dan penyokong PR ini. Selagi boleh semua perkara mahu dipolitikkan. tidak kira perkara itu memberi kesan buruk pada negara dan orang berkenaan atau tidak. Pada mereka politik adalah perkara utama. Jika beginilah cara mereka, hancurlah negara jika diperintah oleh PR.
Dengan itu rakyat Malaysia yang mencintai keamanan dan kestabilan harus berjuang menolak PR sebagai pemerintah. kerana jika mereka memerintah negara akan jadi kacau bilau disebabkan mindset mereka hanya politik semata-mata, bukan untuk negara, bangsa mahupun agama.