CSS

Showing posts with label sup. Show all posts
Showing posts with label sup. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Stew Ayam -menu kanak-kanak


Assalamualaikum..

Hari ni rasa mcm nak laawan orang Mukah jek. Hhahaa..
Menu kanak2 sepanjang minggu untuk hari ini.
Lauk kanak2 dan memang kegemaran si kecil.
Kalau dia nampak ayam goreng aje, mesti dia sebut nak ayam air.
Sudahnya maknya memang saspen kalau buat lauk ayam yang kering2.
Mesti nak kene jenis bersup2 jugak.
Stew ayam ni memng simple tapi kena benar dengan selera anak2.
Di makan dengan nasi dan telur dadar, dah cukup menyelerakan.
Terima kasih Kak Chef Liza untuk resepinya.
^____^



AYAM STEW
resepi: Hanieliza

Bahan:
500 gm ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ] potong pendek
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]
3 biji jagung muda [hiriskan nipis]
minyak

Bancuhkan
1 sudu kecil kicap cair
1 s/k tepung jagung
1/2 cawan air
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...

Bahan Tumis [hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji cili merah

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga layu.
3. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan sehingga lembut.
4. Masukkan sayuran kecuali daun bawang &  daun sup.
5. Bila dah layu masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau rata.
6. Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.
7. Hidangkan dengna nasi atau roti.






Thursday, March 29, 2012

Mushroom Soup..Yummy!


Assalamualaikum..

Entry ni nak post semalam sebenarnya.
Tetibe kepenatan sangat nak buat entry.
Lagi pun anak bujang tak brapa bujang tu kejap2 nak ngadap lappy.
Dengan lappy yang asik warning disk full disk full memanjang. kikiki
Jadi nyer petang smlm saya ngadap enpon jela.
Nak buat entry cemana kan.
Mushroom soup ni ler yang saya ganding kan ngan garlic bread yang mantop meletups semalam tu.
Alhamdulillah ramai dh dapat merasa roti yang gebu tu kan.
So, saya kongsi kan pulak soupnya.
Resepi dibelek dari blog akak yang ayu iaitu kak Yatie.
Akakk... senyum sikit! Hehee.. Terima kasih kak dan tuan resepinya yang sudi share.


MUSHROOM SOUP
resepi: Minami@myR
sumber: kak Yatie


Bahan-Bahan
1 keping dada ayam
1500 ml air -boleh tambah lagi ikut kepekatan yg di kehendaki
500 ml susu segar ~ fresh milk
1 ketul kiub ayam - Yatie letak 2 ketul
1 tin kecil cendawan butang ~ dihiris
garam ~ secukup rasa *izah xletak
1 cawan tepung gandum-Yatie guna 1/2 cwn bancuh dngn 1 cwn air
Sedikit lada hitam


Cara Penyediaannya
Potong ayam kecil2.
Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.
Rebus sehingga masak.
Masukkan susu dan kiub ayam.
Masak guna api yang perlahan.
Masukkan mushroom.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. Tambah perisa, garam dan gaul sebati.
Sedia untuk di hidangkan bersama roti.

*izah ikut kak Yatie




Sunday, May 29, 2011

Sup Kentang Berkrim


Assalamualaikum..

Hmmm macam tak de idea nak mengarang. Perut pun kekenyangan. Hari makin kepanasan membahang. Si kecik ketiduran tak sihat badan. Kerja rumah tak settle lagi. Tibe-tibe mata ngantuk lak ni. Jom ler nengok sup kentang  niha. Sup ni buat 2 hari lepas tuk breakfast si abang yang tengah sakit gigi hari tu. 2 mangkuk tu dia makan dicicah roti. Kalau dah lembik roti tu senang dia kemam dan telan aje. Tapi hari ni alhamdulillah, dah makan macam biasa. Dah nak ngunyah roti dan muffin kesukaannya.

Resepi sup kentang simple ni saya tengok kat buku Aneka Sup dan Bubur alaf21. Saya sharekan di sini pulak.


SUP KENTANG BERKRIM

2 biji kentang sederhana
2 cawan santan
1 sudu besar minyak sapi@mentega
sikit lada hitam
sikit garam
sikit serbuk pati ayam

Caranya:
Rebus kentang hingga empuk. Lecek hingga halus. Ketepikan
Masak santan hingga mendidih. Masukkan kentang lecek.
Masukkan pula mentega.
Perasakan dengn garam, lada hitam dan serbuk pati ayam.
Masak hingga sedikit pekat atau ikut citarasa.
Hidangkan bersama roti bakar.


Tuesday, March 1, 2011

Sup Telur Bebola Daging


Assalamualaikum...

Selamat pagi. Alhamdulillah dapat buat entry lagi hari ni. Semalam mcm mcm kisah berlaku, nak BW pun cepat cepat je. Dengan kisah anak-anak yang tak sihat, kisah kereta yg nak dipecahkan cerminnya, kisah kuih bako yang lembik..muekeke..dan kisah toilet tersumbat. Erkk masuk kisah gak ke? Walau dalam duka ada sukanya, Cewaahh..apakahh..

Tak lupa buat kak Ummi kita, tahniah buat kak Ummi sebab dah melangkah bertapak-tapak lagi dengan resepi2 yang nampak best nya itu di dalam majalah Jelita. Berita kat sini. Tau pun dari blog kak Nor, laju2 blari wish congrats kat kak Ummi. Pastu berita sedih pulak terjadi kat kak Nor dan tadi dah interview kak Nor yang baru balik berjongging tu, kak Nor kata kak Nor dah ok. Alhamdulillah.. hehe


Sup ni dah lama dah buat, entah ler hari apa. Untuk bebudak berdua tu. Si adik memang suka makan sup sup cam ni. Abangnya kurang sikit tapi sebab ada telur tu gemor la jugak. Senang je, buat je mcm nak buat bakso, ejas ejas mana perlu dan tup pecahkan telur. Senang je kan. hakhak..dah la mak tak berkerjaya, lauk pun simple nyimple jek..waduhhh...ngahaha..pss kerjaya kat rumah pong tak larat weh. Demand tinggi tuuhh..ngee

Wokey ler..tak de apo yg nyepecel lagi.. Jumpa lak petang karang kalau ada kesempatan insyaAllah. Anak2 pun dah ok boleh la maknya meronggeng kat dapo.. kikiki..

Friday, January 28, 2011

Soto Ayam Madura


Assalamualaikum...

Ini menu kami anak beranak untuk lunch semalam. Sayakan bila tengok orang dan orang yang suka tayang soto kat dapur diakan, dalam hati ada sedikit rasa. Rasa sangat jauh....jauh...jauh sungguh sebab kalau dekat musti bermangkuk mangkuk juga saya telan dan hirup soto. Ye..saya sangat gemar soto!! Tapi peliknya saya tak rajin nak buat.  


Teringat lagi raya dua tahun yang lepas, kebetulan semua rumah mak mak sedara, ada dekat 4 buah rumah yang saya berkunjung tu semuanya hidangan utama adalah soto. Fuhh..dapat imagin tak keseronokkannya. Ye...2 mangkuk setiap rumah. Wakaka...mau muntah darah lepas makan.

Berbalik pada soto ni, bila saya ada kawan yang suka makan sup sup kat rumah ni, maka lepas ni rajin lah sikit saya nak 'mensoto'. Dan pula skill 'menge sup' saya dah makin baik. Ececehh..Maklum ler, masak sendrik makan sendrik kannn...ekeke.. Eh cik abang pun dah puji sup bini dia ni dah makin sedap okey la tuh. Tapi idak le mcm kat restoren, depa tabur cik aji je dah berapa cupakkan. Saya ni orang kampung yang sangat 'perempuan melayu terakhir' ni tak berapa reti nak masak letak aji. eheh..

Many many thanks dedicated to kak Hana for her lovely soto recipe. I likeee and we all like it very much. Tetiba cakap omputih yang salah nahu. Hahaha... Gasakkk..jangan pulak ada org komplen salah bahasa plak. 


SOTO MADURA
sumber: Hanamemories

Bahan-bahan
Bahan rebus ayam
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong empat @ leh gune daging
  • 1 batang serai - titik
  • 1 batang daun saderi - potong dua
  • 1 inci halia - titik
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 ikat sup bunjut - x ltk
  • Air secukupnya
Bahan Kisar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sk lada putih
Bahan Tumis
  • Rempah Tumis (kayu manis dan adik beradiknyer)
  • 1 sudu besar rempah sup @ (1sk serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar)
  • Air rebusan ayam di atas
  • Garam

Bahan Sampingan
  • Nasi impit
  • Ayam siat
  • Taugeh
  • Telur rebus
  • Kentang rebus@goreng
  • Begedil - resepi leh tgk sini
  • Daun sup@daun bawang
  • Bawang goreng
  • Suun goreng & kacang tanah
  • Limau nipis
  • Sambal kicap - resepi leh tgk sini

Cara-cara
  • Rebus ayam dengan bahan2 di atas hingga ayam masak. Angkat dan toskan ayam dan juga air rebusan. Siat2kan isi ayam dan ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar, rempah sup dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan air rebusan ayam tadi dan didihkan. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Hidangkan dengan nasi impit dan bahan2 lain.



Sambal kicap lah yang menambah ke 'umpphhhhgrrr'..


Wednesday, November 24, 2010

Bakso


Assalamualaikum...

Weh memang betul rupanya buat bakso ni amat amat la mudah tapi hasilnya amat amatlah sedap. Huhh makcik sorang tu sudah sudah la gelak ye...Cessss... Budak berdua tu pun kanmain lagi makan sampai tersandar kekenyangan. Walaupun bahan bahan sampingan tu banyak yang tak ada, tapi dah ada bahan utama tu pun dah sangat menyelerakan.

Lepas ternampak Kak Ana Wahid buat bakso, dan terbaca baca kak Hana dan Mas pun membakso, teringin jugak nak try. Baca pulak kat blog kak Hana buat bakso ni semudah ABC. Eh sonang nye bunyi kan. Rupanya memang tak susah mana pun. 

Resepi boleh tengok kat blog kak Ana Wahid, Kak Hana dan Mas. Resepi dari Che Iza. Che Iza pangkin ngan Che Iza myresepi tu orang yang sama kan?




Bahan-bahan

Bebola daging
•400 gm daging lembu kisar
•2 biji bawang merah diracik halus
•2 ulas bawang putih diracik halus
•sedikit lada sulah
•1 sk tepung ubi / jagung
•2 sb telur (1/2 biji)
•sedikit garam

Kuah
•2 biji bawang merah dihiris
•*2 ulas bawang putih
•*1/2 inci halia
•*1 sk lada putih biji.
•1 batang serai diketuk
•1 sb pati daging / ayam
•sedikit serbuk lada sulah
•Garam n perasa

Cara -cara
1.Utk bebola, gaul semua bahan utk bebola. bentukkan bulat (ikut suka nak besar camana)
2.Siap buat bebola ketepikan dulu.
3.Utk Kuah, tumbuk bahan bertanda *. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga garing. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi dan serai. Biar garing n naik bau, masukkan air. Masukkan pati daging, serbuk lada sulah, sedikit garam n perasa.
4.Bila mendidih masukkan bebola yg telah siap dibentuk tadi. Bila bebola timbul maknanya bebola dah masak dan sedia tuk dihidang...
5.Boleh gunakan mee kuning atau bee hoon.
6.Biasanya bakso dihidangkan dgn taugeh dan hirisan kobis halus..
7.Bakso sedap dimakan dgn lada n bawang putih yg ditumbuk... berasingan dgn kicap... Kicap yg diguna ialah kicap ABC. kat indonesia mcm tulah.....


*Versi saya guna mee kuning dan tak cukup bahan bahan sampingan. Teringat masa duduk blajo kat Gombak dulu, kalau gi umah akak yang juga di Gombak, selalu abang ipor beli Bakso. Pure masakan Indon..Atoii memang best bangett..

Tuesday, October 26, 2010

Sup Telur


Assalamualaikum..

Ahaak..  Menu mudah tuk anak-anak  yang menjadi kegemaran mereka. Si kecik skali tu memang suke sup-sup macam ni. Memang duduk elok je menanti suapan. Kalau menu yang tak berapa berkenan kat tekak dia, sah sah la berkejar nak suapkan. Haisshh...

Mekasih kak Chef Hanieliza. Resepi mudah dan sedap ditekak. Saya buat setengah dari resepi di bawah.



SUP TELUR

Bahan 
4 biji telur
2 biji kentang [potong kecil]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok sawi minyak ata kailan [potong pendek]
air secukupnya
minyak
garam

sedikit soo hoon yg direndam -saya tambah

Bahan tumis [tumbuk kasar] 
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 s/k lada hitam

Cara 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot.Biarkan emndideh dan lembut.
3. Masukkan telur masa air menggelegak.
4. Bla dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.
5. Hidangkan.