Assalamualaikum
Kak Anim suke guna resepi roti dari belog ibundo ni untuk tmpahan rotinya.
. So saya pun mencuba untuk di buat bun kaya.
Memang ternyata lembut dan sedap. Ia juga bergantung bagaimana kita nak menggayakan roti kita tersebut.
Meroti memang menggembirakan bila kita mendapat hasil yang kita idamkan.
Buat yang masih was-was hendak membuat homemade roti sendiri jangan bimbang. Dan jgn ada alasaan untuk tidak mencubanya. Jika belum ada bread maker itu memang bukan alasannya.
Saya juga bermula dengan uli tangan. Hatta yang dah ada bread maker pun kadang-kadang mnggunkan tangan utk menguli doh roti. Hasil nya sama.. cuba lah..
terima kasih kak Anim dan Ibundo.
RESEPI ROTI SOSEJ
by: Ibundo
Bahan A
600 gm tepung HP100 gm gula halus
20 gm susu tepung
6 gm garam
6 gm bread improver
11 gm yeast (1 peket mauripan)
Bahan B
285 gm air
1 biji telur
1 sudu kecil butter vanila
Bahan C
60 gm butter
Hiasan
Hotdog
mix vege
mayonis
cili sos
Masukkan bahan A ke dalam mangkuk adunan. Gaul sebati. Masukkan bahan B, blend slow speed selama satu minit. Masukkan bahan C blend high speed selama 20 minit. Guna pengadun roti ye. (Kalau nak uli pakai tangan boleh juga. *Boleh campurkan mengikut turutan. Uli sehingga sebati. Kemudian bahagikan doh kepada portion yang lebih kecil dan uli hingga elastik.)
Bila siap, keluarkan adunan dan bahagikan adunan kepada beberapa biji bebola seberat 50 gm setiap satu. Lebih kuranglah. Bentuklah sesuka hati. Biar adunan kembang (lebih kurang satu jam). Bila sudah kembang, sapu permukaan dengan campuran telur dan air. (sebiji telur dan air di kocok2 dulu). Taburkan mix vege. Picitkan sos cili dan mayonis. Kalau suka taruk cheese.
Bakar sehingga masak.
* izah tak buat sosej tapi buat bun. ikut berapa gram yang kita mahu.bulatkan ,leperkan dan intikan dengan kaya. Buat hingga habis dan tunggu doh kembang. Kemudian bakar sehingga masak. Kelihatan permukaan roti kelihtan perang.