19 November 2014

Ho Chi Minh - Day 3

hari ke tiga - aktiviti ke Chu Chi Tunnel.
agent menjemput kami jam 7.30pg.
kali ni kami xmenaiki bas. kami dibawa menaiki van. tour kali ni cuma mengambil masa setengah hari. 

 keadaan dalam van. bersih dan dalam keadaan elok
cuma seat xbole nk jatuhkan. tido dengan kerusi tegak.

perjalanan mengambil masa 1 jam. bergantung pada pemanduan.
uncle van ni bawa sedikit laju dr driver bas. siap pasang lagu balley lg.

hentian pertama kami di handicapped handicrafts. tempat hasil kerja dimana pekerja nya adalah mangsa kesan daripada perang dulu. mereka adalah insan istimewa dgn hasil kerja yg menakjubkan. pembuatan lukisan drpd kulit telur. kerja yg memerlukan kesabaran yg tinggi pd pndgn aku. ini kalo aku yg buat makan masa setahun untuk siapkan satu lukisan kecil tu. boleh juling biji mata ni sekali,...




selesai melawat kami meneruskan perjalanan ke chu chi tunnel.
 bilik untuk mendengar dokumentasi sejarah peperangan vietnam.

kusyuk mendengar. mcm tgk wayang. tp tv nye cenonit jer

 contoh lubang bawah tanah yg ada.

 lubang asal ni mmg kecil sesgt. ikut size badan org vietnam la kan. kalo ikot size badan mat salleh xde guna la dorg buat lubang tu untuk larikan dari tentera amerika.
tapi size amerika masih boleh masuk cuma agak sukar dari size badan org asia.

antara perangkap yang dibuat semasa perang
orang zaman2 dulu memang bijak memasang strategi untuk kalahkan tentera amerika

 area sini ada contoh beberapa perangkap zaman perang
time ni tipon aku buat hal lagi xdpt nk ambil gmbr

nasib bila smpai port makan ubi kayu ni dah ok sikit.
di sini kami diberi makan ubi kayu dan air teh pandan


 beberapa kawasan sekitar chu chi tunnel
pemprosesan kulit popia vietnam yg dibuat drpd beras tu ak xdpt ambil gmbr. sedih!

trip kali ni makanan tidak disediakan. pakej chu chi tunnel ni usd6 sahaja.
balik dari tour kami cari kedai makan. sememangnya kami ni kuat makan. sepanjang masa ada je benda untuk dimakan. kedai Halal Amin 2 ni kami jumpa selepas berjalan di area Malaysian street. harga makanan murah daripada kedai lain.


 bingka ubi super sedap. da makan kt kedai pon aku siap tapau bawa balik bilik

 nasi goreng seafood.

selesai makan kami terus ke ben than market untuk soping. memang pening kelapa nak memilih corak kain. kali ni aku pilih kedai kain thang sebab dia peramah daripada keda lin yang berhadapan shj. kalau ikot kan kedai lin lg rambang mata untuk memilih kain. tapi cara mereka layan customer buatkan aku xpuas hati. aku cuma membeli sebahagian kain yang tak ada di kedai thang saja. selebihnya aku borong di kedai thang. harga ditawarkan sama je untuk dua-dua kedai ni. untuk kain cotton nak bargain harga mmg susah. kalau kurang cuma rm 1-2 sahaja.
selesai memborong kami pulang ke hotel untuk hantar kain. xlarat nk angkut semua kain pusing2 dalam market tu. 

berehat dulu dalam bilik sebelum kami menapak ke kedai hard rock. agak tricky jugak nk hard rock ni gara - gara salah baca map. kalau masuk explorace ni mmg no last sekali. 
 nama bangunan ni aku lupa dan aku malas nk google. nk ke hard rock melalui bangunan ni. kira land mark kami nk cari kedai tu.

akhirnya jumpa jugak kedai ni yg agak tersorok ke dalam sikit. kalau berjalan kaki mcm kami ni jgn harap nak dapatkan info dari org awam ye. walaupon aku dah siap print nama hard rock dlm tulisan vietnam pon dorg masih xtau mana kedai ni. so kene study betul2 or amek jerla teksi yg melambak sepanjang jalan tu.



 bangunan ni pon aku lupa nama dia. heheheh

selesai di hard rock kami menapak semula ke pasar malam untuk habiskan sisa duit yang ada. t-shirt i love vietnam boleh dibeli dgn harga RM6. tshirt di pasar malam ni ada 2 jenis kualiti ye. tebal dan nipis. berhati2 masa memilih. kerana semasa menarik pelanggan mereka akan tunjukkan kain yang tebal. tetapi masa memilih mereka keluarkan kain yg nipis. mmg kami blah jer la bila kain lain yg diberi.

buah - buahan yang dijual disepanjang jalan market ni mmg besar size die. 
tah baja apa la dorg bagi kan. ciku 2x ganda dr ciku mesia.

 kekacang

 jenis kopi yang dijual. ada tanda halal. 
kalau awas - was xperlu beli. dan xperlu pertikaikan org yg yakin membeli tu ye.

sebelum pulang ke hotel singgah makan tepi jalan. gerai ni cawangan resotran kg. pandan. terletak berhadapan dengan restoran serai. malam sebelum nya aku dah try roti canai durian kt sini. sedap jugak la.



malam ni aku cuba kue teaw goreng pulak. 

selesai makan pulang hotel. masa untuk packing pulak.
flight balik aku keseorangan. yang lain balik petang. untuk ke airport aku booking taxi melalui hotel dgn bayaran 180000 dong. 

hasil rembatan aku. pening kepala nak packing. menyesal xbeli beg tarik tu. semua aku sumbat dalam beg deuters 50liter yg aku beli. nasib baik beli 2. kalo x mmg xmuat.
aku ni memang jenis malas packing. so aku sumbat jer semua dlm beg. bila agkt memang berat gile. 2beg tu je total 22kg. memang kene amek lugage la kan. xlarat aku nk memikul salah satu beg tu di klia nanti. tengah2 malam selepas pukul 12 baru aku nak manage lugage. kali ni nasib aku xbaik. payment untuk lugage xlepas aka pending. masa ni memang aku dah cuak. salah sendiri sebab lupa waktu tu airasia ada buat promo zero tix tuh. tidur pon xlena jadinya. memang tawakal jer la ke airport nanti. nasib aku xberbelanja lebih abiskan duit. incase lugage xmasuk dlm tix aku terpaksa bayar dikaunter. siap buat kira - kira harga yang aku perlu bayar. maklum la airasia akan charge mahal untuk lugage dikaunter. cerita selanjutnya dalam post berikutnya nnti.

...continue...


No comments: