CSS

Showing posts with label Muffin Blueberry. Show all posts
Showing posts with label Muffin Blueberry. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

Blueberry Cream Muffin dan "so sad"...

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. "so sad" tak habis  habis ek.
Memula komen masuk spam, ingat dah ok..rupanya title cik Spam masih tak kebah lagi. 
Semalam "so sad" ler pulak.
Kes apa lagi la ek.. kes amik gambor without permission ler
Bior le teman rahsiekan page FB mana yang amik. Eh tersebut pulak Page kat FB ye.
Page ni katanya koleksi resepi keturunannya dan resepi si admin ni ler.
Tapi ada masalah sikit ler ngan resepi2 yang dikongsi tu sebab kebanyakan gambar dan resepinya adalah dari blogger2.
Tanpa izin, tanpa link dn gambar2 semua di blurkan watermark dan di crop. 

Teguran sudah dibuat dan sudah didelete oleh admin page.
Dan admin page itu telah mengeluarkan satu stement yang sangat dikesali oleh kami.

Sudah ler perkataan maaf tidak ada.
Komen kami didelete.
Kekhilafannya  jugak tak diakui.
malah, Kami yang menegur diibaratkan "tetamu" yang tidak memberi manfaat kepadanya.
Dan kenytaannya menunjukkan rendahnya moral dan tanggapannya pada harta peribadi. .. so sad.

Dan kak Nor secubitgaram mengumpamakan kenyataannya seperti:
 *jiran sebelah boleh masuk kebun tepi rumah kita, ambik 3 batang serai, 2 tangkai daun limau purut, 2 tngkai daun kari, setangkai jantung pisang.. dengan alasan ... ini harta pinjaman yang boleh dikongsi. Takkan lah kedekut nak kongsi ngan jiran sebelah" *lebih kurang la ye. Sebab saya dah tak boleh nak access komen2 yang telah dibuat dilink yang di share dari page ni sebb page ni sendrik tak boleh dibuka.

Dan peminat2 page tersebut tlah menyokong prbuatan nya tanpa usul periksa.
*ada juga yang liked page ni sedar dan mesage saya di fb tq kak Naz, Fiza, Tina dan terutamanya kak MIMI yang memberitahu hal ini* 
Itu tak menjadi hal buat kami sebab mereka adalah pak angguk tanpa tahu kes sebenar.
Tapi kami *blogger2 gambar yang diambil tanpa kebenaran sngat terkilan bila "serai, daun kunyit, daun limau purut" kebun kami diambil tanpa kebenaran. 
BUKAN TAK BAGI.. tapi mintak kebenaran la dulu. 
Nanti kalau tetamu rumah anda makan gulai lemak daun kunyit dengan tomyam berlimau purut berterim kasih dengan anda, terima kasihnya lebih bermakna sebab anda mintak kebenaran dulu. 
Saya no hal, melihat hasil gambar dan masakan saya di situ DENGAN IZIN.
Saya no hal kalau awal2 saya bagitau jiran sebelah, kalau nak serai amik jela.
Kalau nak daun kunyit amik jela bila2 masa.
Dan kalau nak sayur kacang panjang petik jela bila2.


Huh letih baca "rencana so sad" saya pagi ni?
Korang renung dan korang pikir ler.
Sebenarnya tak elok buat gitu.
Itu berkaitan dengan hak. Kalau betul niat nak share, share lah secara baik.
Tak salah link kan..even tanpa kebenaran.
Tak salah minta kebenaran, even tidak dilink kan. 
Aaaa paham ke tu? Jgn buat muke blur ye.. tak paham rendam kepala dalam cuka. hehe
Dan saya harap admin page tersebut diberi hidayah dan diberi kesedaran dengan hal2 berkenaan hak.
*pagi ni page tersebut disable. Maybe admin dah menerima kesalahannya.Tq 

dah letih membebel jom makan muffin best ni.


Muffin rupa kureng, rasa ganteng..hehe
Sedap tau.. tapi tah napa lak kali ni tak brapa nak comel muffin ni.
Tu la kan duk pikir "stetment panas" makcik admin.
Dari ikan nak masak special jadi ikan goreng kunyit bodo.
Dari nak lipat kain sebakul, dah jadi 2 bakul.
Dari nak mop lantai, dah menyapu pun lupa.
Ikiki...
Kka yatie.. tq kongsi resepi muffin sodap niha,
Saya share kat sini pulak ye kak.



BLUEBERRY CREAM MUFFIN
diambil dari: bigoven 
sumber: kak Yatie 


Ingredients
2 cups all-purpose flour
1/2 teaspoon baking soda
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon salt
1 cups granulated sugar
1/2 cup vegetable oil
2 large eggs
1/2 teaspoon vanilla extract
1 cup (8 oz) sour cream ( I used plain yogurt)
1 1/2 cups fresh blueberries (or frozen thawed and drained)


Preparation
Place oven rack in lower-middle position of oven and heat to 375 degrees F.
In a medium bowl sift together flour, baking soda, baking powder, and salt. Sprinkle 1 tablespoon of flour mixture over blueberries and toss to coat; set aside.
In a large bowl, whisk eggs and sugar together until mixture is pale yellow. While whisking, slowly pour in oil; add vanilla and sour cream, and mix well. Fold in remaining flour mixture until just incorporated. Do not over mix. (Batter should be mixed just until it comes together. It's OK for some small sprays of flour to be visible in the raw dough.)
Gently fold in 1 cup of the blueberries.
Spray a twelve-cup muffin tin with vegetable cooking spray or coat lightly with butter (or use paper liners). Distribute muffin dough equally among cups. Sprinkle remaining 1/2 cup of berries on top of muffins and press down lightly. Place in oven and increase temperature to 400 degrees F.
Bake until muffins are golden brown and a toothpick inserted into the center comes out clean, about 20 to 25 minutes, rotating pan halfway through. Remove from oven and turn out, upside down on tea towel to cool completely. Serve immediately or store in airtight container for 2 to 3 days.





Monday, March 19, 2012

Muffin Cheese Bluberry


Assalamualaikum..

Muffin anyone?
Sesuai untuk bf dan minum petang.
Walaupun dah lupa tarikhnya saya buat muffin ni, tapi kelembutan dan kelazatannya masih terpahat diingatan.
Pergghh ayattt... ;-)
Dan saya akui, saya lebih suka muffin ni dimakan kosong tanpa inti.
Dan waktu saya buat ni, angkat je dari tray, cepat je licin.
Memang elok kejadiannya.
Gebu, lembut, lemak dan enak.
Seketul demi seketul masuk mulut.. pastu nyesal ;-(
Cek resepi jom.



MUFFIN CHEESE BLUEBERRY
by: Izah

bahan: (mendapat 18 biji size S)

50 gm mentega
1/4 cwn gula kastor *kurangkan jika menggunakan inti manis
125 gm cream cheese
1 biji telur
1/2 sk essence vanilla
1/4 cwn + 2 sb susu segar
1 cwn tepung
1 sk baking powder
1/4 soda bikarbonat
secubit garam

inti: bluberry filling atau apa2 filling kegemaran
atau sedap dimakan kosong


Caranya:
Panaskan oven pada suhu 200 C.
Putar mentega bersama gula kastor hingga kembang.
Masukkan pula cream cheese dan putar lagi hingga sebati.
Kemudian masukkan pula telur. Pukul hingga kembang.
Masukkan esen vanila, putar sebati.
Ayakkan tepung bersama baking powder , soda dan garam ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
Pukul adunan, masukkan berselang pula dengan susu segar. Pukul hingga sebati.
*Masukkan tepung 1/3 dan susu 1/3 kemudian pukul, dan ulang proses hingga habis.
Bila adunan sebati, cedukkan ke dalam mangkuk muffin 1/2 penuh dan isikan dengan bluberry filling. Kemudian tutup inti dengan menceduk 3/4 penuh mangkuk muffin.
Bakar muffin di dalam oven pada suhu yang dikurangkan 180 C selama 25 minit atau permukaan muffin kelihatan perang.
Hidangkan dan nikmati kelazatannya.

Nota Izah: disyorkan bagi yang mahu meletakkan inti, mengurangkan kadar gula yang digunakan.









Monday, July 25, 2011

Muffin Yogurt Bluberry


Assalamualaikum..

(* Ini post berjadual, tuan blog ada kroje sikit..daaa)

Last muffin yang ada dalam koleksi minggu lepas. Muffin dari adunan muffin yogurt ni boleh dipelbagaikan. Sangat sesuai diintikan dengan jem kesukaan. Inti bluberry ke, strawbery ke atau coklat ke..semuanya sesuai dengan rasa mapin tu. Muffin ni pun elok gebu sedang2 aje kepadatannya. Rasa die lemak2 enak lawan ngan inti tu. Adunan sama dengan MUFFIN STRAWBERRY YOGURT. Cume bezanya tiada penggunaan strawberry je la kan. Sesuai dibuat juadah untuk tetamu berkunjung, dijadikan buah tangan atau sebagai minum petang. Jom aa cek resepi, rasa cam terlebih formal lak ni. hehehe..




MUFFIN YOGURT BLUEBERRY
by: IzahDaut

2 cwn tepung
1 1/2 sk soda bikarbonat
3/4 sk baking powder
1/2 sk garam
1 cwn yogurt plain @ perasa
2 biji telur
2/3 cwn gula kastor
100 ml minyak sayur @ butter cair
1 sk essence vanilla
1 sk strawberry paste
5-7 biji strawberry size sederhana

Caranya:

Ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam.
Gaulkan bahan ayak hingga sebati. Ketepikan.
Satukan pula yogurt, telur, gula, minyak, essence vanilla,  dan sebatikan hingga licin.
Masukkan bancuhan yogurt tadi ke dalam tepung.
Kaup balik sehingga sebati kurang 1 minit.
Biarkan jika adunan agak berketul2 asalkan tidak terlebih mix.
Sendukkan ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 180 C selama 25-28 minit.





Ini pula gambar bagi yang bertanyakan soalan tentang paper cup muffin hari tu. Kalau menggunakan paperline mcm ni, memang kena menggunakan muffin pan. Muffin pan ni ada macam2 size mcm2 rupa. Ada size L beso la tu, ada size lagiii kecikk sesuai untuk paper cup sekut yang kecik2 tu. Yang saya tunjuk ni bersaiz S comel2. Size S ni bukan paling kecikk mini tu ye. Lain2 jenis muffin cup biasanya yang jenis keras. Mcm dlm gambar di bawah. Ynag ni tak yah ada pan pun, terus je letak adunan muffin dlm tu then bakar. Sebab cup tu keras, dan boleh menampung muffin. 





Atau pun kalau dah ada muffin pan tu, pulak2 jenis non stick, saya suke bakar muffin togel je. Macam gambar kat bawah ni. Biasaya muffin togel ni lagi cekci kn.. hehee..






Thursday, July 21, 2011

Muffin Inti Blueberry

'

Assalamualaikum..

Selamat pagi. Masih berkisar dengan muffin. Kan dah kata memang seminggu lepas asik mapin mapin mapin je. Ni dibuat untuk tempahan akak saya untuk majlis akikah anak kecik nyer. Tempahan dan sumbangan saya la kira nyer. Saya suke muffin ni. Texture n manis nyer sedang elok pada saya. Muffin bluberry memang kegemaran pun kan. Saya buat size cup S. Senang di ngap. Kalau hubby saya makan ni dia ngap 4 ketui skali hadap. Bila tengok dia laju je ngap, dlm hati saya..aduhh short lagi mapin aku. Makin dia laju ngap, makin cepat jugak saya membungkus mapin masuk dalam wraping. Haha.. cik abang ku tak pasan yee.. Ke buat buat tak pasan? Huhh..
Tu belum kira si Bais duk ngepau mapin ni lagi. Haii sabau jela kan.

Resepi mapin ni saya amik dari satu web omputih yg pada saya sukatan dia elok untuk sekali bancuhan yang mendapat banyak biji. Ayat apakah ituu.. Ahh lantak lerkan. Paham je kot. Penggunaan buttermilk, mmg menggebukan. Pada last2 bancuhan tu saya tukarkan pulak buttermilk kepada yogurt. Lebih kurang jelah pun hasilnya. Cume kalau nak guna yogurt kena lebihkan sikit yogurt nye. Kalau idak bancuhan sedikit pekat. Layan resepi jom.




BLUEBERRY FILLED MUFFIN
source: justbestrecipes

125 gm mentega
1 1/2 cwn gula kastor *izah kurangkan 2sb
4 biji telur
1 sk vanilla essence
3 cwn tepung
2 sk baking powder
1/2 sk garam
1/2 sk parutan lemon *optional
1 cwn buttermilk 
blueberry filling secukupnya

*buttermilk: 1 cwn susu segar + 1 sb lemon jus. Bancuhkan keduanyaa dan biar beberapa minit hingga menjadi pekat.

Caranya:

Pukul butter dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
Kemudian masukkan pula vanila esen dan pukul lagi sebati.
Tepung diayak bersama baking powder dan garam. 
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Tepung dimasukkan berselang2 dengan buttermilk.
Gunakan cara kaup balik semasa proses mengaulkan tepung dlm adunan butter.
Bukan pukul dengan mixer ye.
Bila semua bahan sudah sebati bolehlah diceduk kedalam muffin cup.
Diingatkan jangan overmix adunan tadi.
Cedukkan sedikit adunan muffin, kemudian isikan filling bluberry dan tutup balik dengan adunan muffin sepenuh 3/4 cup.
Bakar pada suhu 180  C slma 25 minit.







Friday, May 21, 2010

Best Ever Muffin

Allah berfirman: "(Yaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu maha luas ampunanNya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa." An Najm: 32

Assalamualaikum.. Rasa macam minggu ni tak de muffin je kan. Hikhik..sapa yang jemu muffin kesian lah kan. The latest muffin yang telah saya godek..tadaaa.. Satu bancuhan boleh buat memacam jenis muffin ni. Rasanya yang kurang manis, lemak, agak padat dan moist. Saya buat bancuhan ditambahkan dengan kismis dan blueberry. Patutnya blueberry segar tapi saja nak abih kan blueberry filling, jadi saya campurkan sekali. Resepi bersumber dari All Recipes tapi saya copy dari belog resepidiana. Terimakasih.



Best Ever Muffin
Copy : Resepi Diana
Source: All Recipes

Bahan-bahannya (Untuk 12 biji)
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula
1 biji telur
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran



Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.



Tuesday, May 11, 2010

Mufin Bluberry

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:" Seksa terpedih pada hari Kiamat ialah orang alim yang tidak memanfaatkan ilmunya."

Rasulullah bersabda : " Siapa menyembunyikan ilmunya, Allah akan mengendalikannya dengan kendali dari api."

Juga sabda Rasulullah SAW :" Di akhir zaman, akan ada orang-orang bodoh dan ulama-ulama fasiq."

Assalamualaikum.. slamat pagi selasa semua kengkawan yang disayangi. Hari ni nak berkongsi dengan semua kesedapan muffin lagi. Muffin bermuffin ni memang kesukaan ku tau!! Muffin bluberry yang saya amik resepinya dari belog MamaFami dan terima kasih buat mama. Muffin ni rasa masam masam manis dan dikunyah ngan inti bluberry tu kan alahai.. sedaplah gituw. Bawa sikit muffin ni buat buah tangan ke umah adikku di Kajang bebaru ni jenjalan ke umahnya. Adikku itu tak berapa layan kuihmuih yang berasas atau yang diletakkan yogurt. Dia kata tak boleh blah atau bahasa normal ku tak berapa nak masuk ke tekaknya. Akan tetapi setelah habis dibedal muffin tu, baruku bagitau rahsia kesedapan muffin tu adalah kerana yogurtnya yang melemak dan memoistkan muffin itu. Lalu dia hanya tersenyum. Hmmm tau tak pe! Memang sedapkan?



Resepi sebenar muffin ni letak yogurt plain tapi saya terbeli yogurt blubery, tapi rasanya sedap sangatlah, sebab kat tepungnya tu ada bijik2 bluberry jugak. Okay la mari check apakah ramuan rahsia muffin ni. Wah rahsia sungguh.........




BLUEBERRY MUFFINS
Source : MamaFami dan asalnya Munafadaaq

Ingredients :

3 cups flour
1 tablespoon baking powder
1/2 teaspoon bicarbonate soda
1/2 teaspoon salt
5 oz butter, softened (lebih kurang 75gm)
1 cup sugar
2 large eggs
1 1/2 cup plain yoghurt
1 teaspoon grated lemon peel (I didn't put)-tak letak jugak
1 1/2 cups frozen blueberries (I used blueberries pie filling)-sama ngan mama



Method :

1. Preheat oven to 175C.
2. Whisk together the flour, baking powder, bicarbonate soda, salt and set aside.
3. In a large mixing bowl, cream butter and sugar together until fluffy. Add eggs one at a time. Mix in grated lemon peel.
4. Into the cream mixture, add the dry ingredients alternately with the yoghurt until just incorporated.
5. Fold in the berries.
6. Bake until muffins are golden brown, about 25 to 30 minutes.
7. Set on wire rack to cool for 5 minutes. Remove muffins from the tin and serve warm.

Sunday, March 28, 2010

Muffin Blueberry resepi Chef Noraini



Ketemu lagi untuk menu muffin yang terkini. Terkini kat blog ni la.Orang lain dah bermacam2 jenis dah buat, saya baru nak cube cube buat. Muffin ni buat atas permintaan adik yang jadi mak buyung tu, nak makan muffin blueberry. Kesian plak nanti kot teringin time2 ngandung tuh, saya pun buat la, kot nanti meleleh plak airliur budak dalam perut tuh..

Saja try resepi lain plak, biasa saya buat resepi dari kak Yani. Resepi ni saya ambil dari kak Ummi. Tapikan..rasanya saya terlebih timbang tepung agaknya..kurang gebu tapi rasanya tetap menawan kalbu. Takpe, nanti boleh cuba lagi. Teringat pulak cerite teman baik saya yang calling calling bebaru ni. Katanya masa jejalan dengan anak-anaknya, anaknya nangis2 nak makan muffin dan die pun layan la dengan sebijik muffin blueberry yang harganya RM2. Tapi katanya muffin nya keras macam biskut. Ala...kesiannya muffin apa tu ek..tak pe la Diya, datang KL nanti singgah umah achik Pae, makan muffin blueberry chow punya...


Kak Ummi, saya copy resepi ni ye. Terima kasih kepada yang sudi share resepi ni. Allah jua membalas orang-orang yang ikhlas itu.

Bahan-bahannya:

125 gm butter (suhu bilik)
150 gm gula castor
2 biji telur
250 gm tepung kek / tepung gandum (saya guna tepung gandum)
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
70 gm susu segar UHT
inti blueberry secukupnya (dalam 1/2 cawan)
1 sudu teh essence vanilla

Cara-caranya: Panaskan oven pada suhu 180 C. Pukul mentega dengan gula sehinnga putih dan ringan. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan essence vanilla dan pukul rata. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan garam berselang seli dengan susu segar ke dalam adunan butter. Sudukan separuh adunan ke dalam muffin cup dan letakkan inti blueberry dan sudukan lagi adunan meutup inti. Bakar adunan selama 18-20 minit.

Sunday, March 7, 2010

Muffin Blueberry Jam lagi....

Assalamualaikum...Ku doakan semuga kita semua sentiasa dapat menjaga iman dan meningkatkan darjah iman kita. Muffin lagi..huhuhu. Seronok hubby bersedia menemani saya ke kedai bahan-bahan kek Jalan Serkut, Ampang. So malam tadi buatkan muffin untuk hubby berjamkan blueberry pulak. Resepi yang sama dengan Muffin Jam. Sebab dah tahu hubby suka muffin ni. Wah dapat pulak berjamkan blueberry besssssst sangat. Mari jamu mata.



Wednesday, March 3, 2010

Muffin Jam


Muffin ni saya dapat resepinya dari satu blog yang saya follow.Tapi tak ingat pulak blog apa ye..biasanya kalau saya salin resepi saya akan terus tulis sumber dari mana tapi kali ni terlupa la pulak. Tapi blog tu dapat dari kak Yani yang memang terror dan resepi yang best-best belaka. Muffin ni buat untuk hubby bawa bekal dalam pejalanan jauhnya dan untuk berkongsi rasa bersama-sama. Mulanya ingat hubby tak suka muffin vanilla macam ni, tapi sebab jamnya yang sedap dan saya buat kecil-kecil comel senang nak ngap terus dalam mulut. Mungkin tu la sebab hubby suka. Saya pulak memang suka muffin ni. Sedap dan lazat. Saya buat kecil kecil sebab senang Bais nak makan tak bersepah. Ngap dua kali dah habis. Dan sangat berbaloi sebab Bais dan hubby like it very much. Saya buat guna jam buah-buahan campur. Tak silap saya masa ambil resepi ni empunya blog guna blueberry. Wah mesti lagi sedap kot. Saya buat double adunan di bawah. Sebab sangat yakin dengan resepi kak Yani mesti sedap saya kena buat banyak sikit dari resepinya tu.


Bahan-bahannya:
70 g mentega
60 g gula (saya kurangkan jadi 40 g sahaja sebab jam dah manis)
1 biji telur (suhu bilik)
2-3 titik essence vanilla
4 sudu besar susu segar
100 g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
jam secukupnya

Caranya: Pukul butter sehingga berkrim dan ringan. Masukkan gula dan pukul lagi sampai jadi putih. Masuk telur dan pukul hingga sebati. Masukkan pula essence vanilla dan susu segar kacau hingga sebati (saya kacau guna spatula shaja) . Akhir sekali masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan kacau hingga sebati. Isikan setengah cawan muffin dengan adunan dan letakkan jam dan isikan separuh menutup inti. Bakar pada suhu 180 C selama 20-25 minit.