CSS

Showing posts with label teman blogger. Show all posts
Showing posts with label teman blogger. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Begitu Begini dan Bau2 Sakura?

Assalamualaikum..

Lahaiii best je ngadap lappy dengan bunyi2 riuh dibelakang tenggelam timbul ngan suara anak memanggil ummi dan esakan manja.. peduli apa kan.. Kehkehkeh.. ok sepantas yg boleh naaak jugak mengapdate belog suram sepi ditepi sungai yang tenang jangan disangka buaya ada ni.

Begitu dan begini bukan lah apa... banyak perkara membantutkan hasrat mengaktifkan balik dengan jayanya blog ni. Walaupun apdate kali ini setelah terpanggil kerana di sapa oleh seorang kak hajjah yang 'kembali aktif dipesada blognya' lah sangaat kan..boleh akak tu dtg mengomen blog saya suram dengan mapin pisang aje.. eh sabarr jela.. tercabar ai ok. walaupun xde menu baru.buat2 je ha ada menu nak diapdate.. kikiki

Tetiba tingat sos tauhu sumbat ..apakahhh..

Rutin harian setelah mengulit..menggigit dan bersilat dengan budak ini..


Haaa.. dia pun bersilat jugak ek..


Bila dia dah tenteram dan nyaman..beralih kepada kerja2 rumah dan perkara2 berbangkit seperti contoh dibawah ini. :-)


Kek coklat krim cheese


Kek coklat krim cheese


kek coklat


pavlova


Kek puding karemel


red velvet kek


snow cheese cake


rv cupcakes

durian crepes dan blueberry crepes




durian crepes dan oreo crepes size jamuan
mau order sms ke 0176871233 @ wassup
or emel ke baisku09@gmail.com


Dan apakah Bau2 Sakura tu?
inilah baunya.. 
sangat harum semerbak kaaannnlah sangat..
haha.
kak hana ko jangan serik datang rumah..
sebab aku yang serik, haha
Maaf sangat segala kesederhanaan yang aku tonjolkan.
siyes neh.. jgn serik dtg umah lagi..
tq tq untuk buah tangan alfateh.










Friday, September 21, 2012

Selamat berangkat kak Nim n suami

Panggilan haji 
telah tiba lagi
menunaikan ibadah 
panggilan Baitullah


Tanah suci Mekah

ya Makkatul mukarramah


Assalamuaalikum..



Familiarkan dengan nasyid evergren , nasyid lama tu?

Sebelum tu, maaf dipinta sebab seminggu sekali update bermakna seminggu sekali jugak la sempat jenguk blog kawan2 yang hari2 berupdate. Memang korang uptodate punya olang.. Hehehe.. Saya slow sikit. Banyak perkara harus diselesaikan, ditunaikan, yang akan nanti kita dipertanggungjawapkan. :-)


Ye musim haji dah tiba. Hari ke sehari ramai jemaah dari Malaysia landing nun di tanah arab untuk menunaikan rukun islam ke-5. Dan termasuk jugak kakak blogger yang sorang ni, bakal menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada ujung minggu ni. 



Dek kerana tak berpeluang dan bersama mendoakan dan meraikan bakal hajjah dan haji ni semasa kenduri doa selamat minggu ni, jadi last week berkesempatan lah saya dan beberapa blogger sengal Anna Qawinna dan Noorsha, turun ke Rembau berjumpa kak Anim. Berpeluang juga berjumpa kak Achik Erna yang cantik dirumah kak Anim juga seorang blogger. Antara gambar2 yang sempat dirakam.



 Sessi menyembang tak sudah2, tu belum bab makan lagi... ^____^


smile!!



awek pemalu.. 



Kak Anymz yang dikunjungi ramai saudara sahabat handai pada hari tersebut



Darwish dan Syifa




Err tengah jampi tuh


Gajah toys yg tibe2 mendapat perhatian ramai2.. ngeee



Syifa sibongsu



Nuryn Sufi Nadira.. Omputiss




Berbesar hati berpeluang bergambar bersama sebahagian keluarga kak Anymz dan suami, abang Tapa.
Dari kami semua, selamat menunaikan haji, semoga mendapat haji yang mabrur dan diberi kesihatan dan kemudahan beribadah di sana. 

Dan akhirnya terima kasih dengan layanan istimewa dari kak Anim sekeluarga dengan juadah dan senyuman.
^__________^









Monday, September 26, 2011

Gader bersama teman Blogger lagi


Assalamualaikum..


Ini lah rakan2 blogger yang sudi n berpeluang berkunjung ke rumah saya sabtu hujung minggu baru ni. Terima kasih banyak buat Kak Anim dari Rembau, Anna dari Damansara Damai, Mimiey dari Wangsa Maju dan Mas dari TUDM Subang, dan kegembiraan gader2 ni sukar diungkapkan. Walaupun tak lama mana berjumpa n berborak, tapi itu lah momen momen yang indah. Sebelum tu buat kak Dayang Jack, mohon maaf banyak2. Saya memang tak perasan yang akak Dayang tu, dekat je ngan rumah saya. Sebab dalam otak je, nampak kak Dayang nampak Sarawak. Sampai terlupa yg akak Dayang dekat KL. Maaf ye kak. Jangan majuk2 ye kak. Terasa jugak frust tak mengundang..huuhu. Dan kak Shiela pun tak dpt dtg di saat2 akhir kan.

Terima kasih buat akak anim yg amat lah sporting. Banyak bekalan dari Rembau di bawanya. Bila tengok buah tangan dari kak Anim tu, haa mula la keluar cerita tok moyang tok nenek bagaikan Kak Anim. Haaa... tu la hasil tangan org dah berpengalaman ni. Sangat sukar diterjemahkan dalam bahasa seharian, Cewahhh...  Tapi menu2 semuanya tak snap. Jurukamere verat vontot nak bangun gi ke meja makan gamaknya. Kikiki... Saya pun bila majlis usai, dah tak mandang dah nak snap bagai. Ngunyah je sedap time tu. Dan yang part sesat kat lif tu mmg tak boleh blah. Instinct cik abg kak Anim hanya boleh diguna pakai kat jalanraya je ke kak Anim, kat lif instinct dah hilang. Hahaha.. Kalau teringat ni nak gelak pun ado, nak kesian pun ado. Hehe.. 

Tak lupa buat teman sepermainan, sebasikalan, semerempit halal kat kampung dulu iaitu Norlida. TQ so much Nor sebab banyak tolong dikala kelam kabut tu. Hahaha... tq tq.. kenyang ke Nor makan ritu? Hehehe...

Anna pulak, aduhaii.. kek karemelnya yang sangat cantik dan sangat sedap. Betul2 cantik. Sampai memikat hati orang nak mengodernyer. Masyuukkk... hihihi.. Tq anna.. yg segan2 manja tu. Kekenyangan ngan kek ko tu.

Si anak dara mimiey pun ado jugak turut memeriahkan majlis. Ada jugak buah tangan buat budak2 ber2 tuha. Excited sungguh diorg. Sampai buat breakfast pun makan donut tu jugak. hihi. Dan ini 1st time la kami jumpa si Mimiey ni. Comel org nyer. Dah ada calon blom tu? hehe

Last sekali si Mas. Macam tak aci je tau...Dah la sampai lewat, pastu cepat2 je nak balik. Sabau jela.. haha.. tapi bawak jugak buah tangan. Mak aihhh sangat la elok menambbah lemak disamping gulai lemak tu kan. hehe.. Tq Mas. Suke nyer aku ngan cheese tart tu. Sapa2 nak order cheese tart si Mas ni, boleh la order sekarang. Order sedang dibuka. Hehehe... Nanti aku nk try buat lak. Comel sesangat dijadikan buah tangan kan.

Dan untuk kenangan..biarlah gambar bicara sendiri.











Terima kasih semua yang sudi bertandang. Terima kasih dan sudi2 lh datang lagi.  Maaf jika ada layanan n hidangan yg kurang sempurna dari tuan rumah ye. TQ..


Friday, September 16, 2011

Beraya dengan teman blogger ANNA QAWINA & KAK NAZ


Assalamualaikum..

Hari ni mcm sepoi sepoi je orang ngupdate blog. Masing2 sibuk dengan hal family dan rumah terbuka lagi kan. Saya anak beranak lepak lepak badak je kat rumah. Pepagi tadi dikejutkan ngan berita di FB yang seorg teman tu dah turun berat sebanyak 4 kg dlm seminggu. Biar lah saya nama kan teman itu sebagai Nor *bukan nama sebenar, hhahaha.. Penangan xbox kaann. Semangat aku berkobar2 tadi sesambil ngunyah nasi lemak kukus. Sesambil berpikir cemana jalan yg mudah nak turunkan berat badan sehingga tanpa sedar 2 pinggan nasi lemak jua ku bedal. Haiishh.. Mana ada jalan mudah kan.

Ok cerita pasal pertemuan berdebar2 seperti tajuk di atas. Bukan mudah nak berjumpa ngan teman blogger yang ini, ANNA QAWINA. Lautan kereta terpaksa ditempuh. Amboii ayat. Sebenornya kebetulan masa ke Damansara tu, ada accident. Accident maybe dah lama, tapi biasa la rakyat Malaysiakan perihatin. Ramai yg slowkan kereta nak menyaksikan accident tu la kan. Sesampai kat rumah Anna tu, cam segan jugak sebab ramai rupanya tetamu si Anna masa tu. tapi celah2 tu perasan seorang wanita berkaca mata. Mcm familiar je. Rupanya kak Naz Bahulu Inti D Bayu. Tapi masa tu cam segan2 je nak nyembang. Hehe.. Kak Naz ni ramah tamah je orang nyer. Sweet chinese looking kan. 



Ini la kak Naz. Kak Naz tak pe ke gambo ni ditepek?hihi.. 

Ini baby si Anna yg comel. Baik je baby ni, asik tido je walaupun duk menyembang dekat ngan dia.


Anak2 Ana yg lain tak dan nak snap. Anak2 nya comel2 belaka. TQ Anna, susah2 menjamu kami semua walaupun masih dalam berpantang. Suami Anna la yang busy kan. Jadi orang dapur keletung keletang.. rajin betui suami nya.. Dan suka la sangat dapat tapau puding berkuah tu. Sesungguhnya, puding tu aku bedal sorang je. Hahaha... lama dah tak makan. Dan TQ untuk semua hidangan dan layanan dari Anna sefamily. Tq Anna. Gambar yang diabadikan sebagai kenangan terindah.. wah!




Terpaksa dikelabukan. Karang kena marah. Hehehhee.. 






Monday, September 12, 2011

Bertemu Bloger Mas Duniaku

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dengan izin Allah, saya berkesempatan bertemu teman bloger, Mas, tuan punya blog Mas DUNIAKU.  Dah lama kenal dlam dunia blog, baru kali ni bersua muka. Jeng jeng..


Itu lah dia MAS, cun kan? Aisehh bila nengokkan Mas, semangat diet makin bertambah. Tapi bila tengok hidangan atas meja, waduhh kendur balik semangat. Hahaa... mau tak nyer, kami telah dihidangkan dengan soto lengkap semua set. Siap ada rendang daging yang sedap tu. Aduhaii.. sedap la sangat.. Bronok aka kuih sagu pun ada. Jeling2 kot ada tart cheese, demand ko. Haha.. Semuanya enak2 belaka.

Riuh kejap rumah Mas kami sampai. Menyembang sampai masuk dapur kan. Terkejut tengok oven Mas ada 3 bijik. Sapa nak sila PM mas ok.. hahaha.. marah mokcik. Aku gurau je yee.. Apa apa pun sekarang dah tau la, kat mana rumah Mas. Dan merasa la masuk kawasan TUDM Subang tu. Kalau tak de sebab tak de la sesaja nak sampai ke situ kan.

Terima kasih Mas n suami dan anak2 untuk layanan yang sangat mesra dan ramah. A ah.. memang ramah dan tamah mcm dah kenal lama je kan Mas. Dan maaf lah kalau kami n anak2 dah buat onar ke kat rumah Mas. Terutama anak2 berdua tu. Tapi diorang pun cepat mesra ngan anak2 Mas. Si kakak Ain yang sangat rajin melayan budak ber2 tu. Main sampai tak sedar diri nak balik. Lebih kurang Mak mak nya jugak duk menyembangkan. Hehe.. eh si Bais sampai panggil si Mas tu 'mak'. Adehhh.. lawak tul.



Kakak Ain




si hensem Daniel



Gambar kenang-kenangan

TQ Mas untuk semuanya.



Thursday, September 8, 2011

Bertemu akak Blogger- kak Madihaa dihari raya





Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. dapat saya berjumpa dengan akak blogger yang sorang ini. Saya memang kagum hasil n menu2 kak Madihaa a.k.a kak Ratna ni. Dari semua jenis masakan dah akak ni cuba. Cube la jenguk dapur akak ni kat Dari Dapur MadihaA niha. Macam2 ada. Teringat saya satu roti pintal twist tu, memang brpa kali duk study nak try, tapi terbantut sebab rasanya susah benor nak buat. Tapi akak Madihaa ni buat sangat cantik hasilnyaa. Sebenarnya lupa nak tanya nama akak ni betul2 nyer apa. Hehe.. Madihaa ke Ratna?

Kami berjumpa ni raya ke 2 kat rumah kampung saya Kuala Lipis. Kebetulan akak Madihaa ke rumah moyang suaminya kat Benta. Dah dekat la tu. Memang ontheway nak balik Raub semula  bila ikut sg Koyan tu. Memang terkejut juga kak Madihaa call. Dah petang dah masa tu, lepas tu mengejut je kan, kata dah ontheway. Jadi jamu apa yang termampu. Maaf la kak, bila dah ke petang tu paham2 jela kan. Hehee... Kalau call awal sikit ada jugak la yang special. Memang terkejut tergempar jekan. Nanti nex time leh datang lagi ye kak. Sebab dah tahu dah tu kat mana rumah.





Ni anak anak kak Madihaa. Ada sorang lagi yang kecik comel tak de dalam gambar. Geram menengoknya. Banyak je gambo tapi tayang banyak nanti tanpa izin kak Madihaa lak karang. Akak Mdihaa  ni cakap slow je, sopan dan santun. Suami akak tu pulak suka buat lawak. Siap bawak pengiring lagi kak Madihaa ni tau. Hehee... Sebab adik2 suami nyer pun ada berkonvoi naik motor . 3,4 biji motor jugak la. 

Terima kasih buat kak Madihaa sekeluarga sebab sudi berkunjung ke rumah kami. Maaf segala kekurangan yang ada, terima kasih sekali lagi. Nex time boleh jumpa lagi ye kakkk..



Sebenarnya sedang risau mendapat berita anak buah suami kat Kulim, accident semalam, motor bertembung motor. Motor bertentangan terbabas n melanggar motor anak buah ni. Yang terbabas tu meninggal. Yang membonceng hancur kaki. Anak buah ni pulak, memula nampak ok cume benjol sebesar telur kat kepala. Tapi bila bangun terus pengsan, tak sedar, darah keluar ikut telinga. Dan dia pun tak ingat apa berlaku. Dah ke hospital besar, katanya doktor duk keliling dia. Tak tahu sebab apa. Terus berdoa...




Tuesday, August 23, 2011

Surprise dari ANNA QAWINA


Assalamualaikum..

Wah tajuk seperais gitu kan. A ah memang pun terkujat jugak ni. Memang dah lama duk mengoder krim gatal kat si Anna Qawina ni, tup tup kelmarin baru dapat en suami nya nak membeli krim tu. Dan dah tahu pun yang Anna bagitau krim tu akan sampai hari ni. So tunggu kan aje. Bila bunyi ting tong tang tung tu, dah tahu la pakcik posmen dah sampai bawak parcel krim gatal tu.

Bila tengok kotak, dalam hati terdetik jugak, besar  jugak rupanya krim ni. Tengok kotak boleh tahan tu, besar2 kotak kasut baby. Biarkan dulu sebab nak nyetel rumah dan segala kemas mengemas bila anak2 tidur. Dah duduk rehat nak memasak baru la buka kotak parcel tadi. Wahhhh surprisee..haha.. bukannya krim aje..rupanya ada jugak hadiah besday yang dikirimkan sekali. Bertuah tul ibu berpantang neh. Comelll comel cup muffin tu. Tak pernah ada lagi dalam koleksi. Tu yang suke sangat tu. Cantik.. siap dapat kad raya lagi.. Jangan jeles hokehh..

Sebenarnya.. sangat surprise tau kalau dapat parcel ni. Ada lagi 2,3 kakak dan kawan bloggers yang kirim parcel, tapi nama kena dirahsiakan. Yang si Anna ni tak de la pesan lak dirahsiakan ke tidak, habis la rahsia bocor.. Hehe.. Apa apa pun buat Anna..tq so much dear... Kad raya tu buat aku gelak la pulak. Kalau ko dah berkurun tak tulis kad raya, aku lak dah berkurun tak dapat kad raya. Hehe... 

Ha.. sapa2 nak krim gatal tuk baby atau anak2 yang kulit jenis kering dan mudah gatal sila lah dapat kan dengan si Anna Qawina di SINI. Aku buat iklan ni, nanti komisen jgn lupa aku ye Anna. Hehhehee




Itu ler kotak krim tu.