CSS

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, December 31, 2015

Sepetang di Pantai Kuala Muda Kedah


Cerita balik kampung Kulim Last week.  Bejalan ke pantai berhampiran. Kuala Muda yg dulu pernah dilanda tsunami. Subhanallah alangkah indahnya ciptaan Allah.  Alhamdulillah Allahuakbar. 

Tuesday, August 5, 2014

Salam Lebaran 2014 Dari IzahDaut



Assalamualaikum





Mood raya masih ada,
Kunjung mengunjung berghather gather,
Mohon ampun maaf kot kot ada dosa,
Selamat hari raya aidilfitri buat semua.


Bagaimana raya anda tahun ini?
Ok ok je saya harap. Yang penting kesihatan dijaga.
Saya pula, pulang saja dari kampung bila settle beraya, mmg kesihatan sangat sangat tidak memberi kerjasama. Ditambah anak pun xsihat, terasa double tak sihat la kita kan. 
Agaknya kali ni raya diiringi musim buah. Batuk pun menjadi jadi.
Apa pun alhamdulillah, kita masih rasa 'raya'.Menyorot sepintas lalu anak-anak di bumi Ghaza, apakah mereka rasa raya seperti kita. Pasti mendalam keinsafan tiba tiba meresap bila saja menyebut Ghaza. Ya Allah tabahkan mereka dan kuatkan hati mereka. Semoga kejayaan dan kebangkitan seluruh umat islam akan datang jua. Dan semoga mati kami semulia mereka. Amin




SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN.




















Friday, March 21, 2014

Mereka Ber Youtube



Haaa ko bercucuran ayaq lior bila dapat berutube  ngan abg abg nya.
Dah lama gambar ni.. masa Fateh diusia bulan bulan lagi.
Dan diketika notes saya masih ada.. skrg dah kene amik dek orang. sob sob.





Sebagai kenangan mereka bertiga di Izah Muffin Lover. :)
Sekarang mereka bertiga jarang beryoutube bersama sebab asik Fateh yang nak conquer. 
Tapi mereka selalu bergolek gusti manja2 bertiga. Kepantangan Fateh ialah bila abangnya landing dilantai..dia pasti landing kan montotnya atas badan abg abgnya. Tak kesah la mana sempat. Kadang2 atas kepala abgnya.. selambaaa je. hehe.. 

Pantang abgnya tidur...di kejutkannya. Tepuk belakang..tampar pipi.. korek mata..korek idung..cekau pipi.. tarik rambut.. ajak abg tengah tidur tu bangun main. Saboo jela..keletah budak2 penghibur hati kann..

Semoga smuanya membesar dgn sihat!!






Thursday, January 2, 2014

Muaz dan Bais dengan semangat baru!!





Assalamualaikum

Kalau dulu ada entry si Bais mula melangkah ke alam persekolahan tahun 2012. Kali ini saya berkongsi kenebesan menghantar adiknya Muaz pula ke sekolah utk pertama kali 2014. Untuk Bais masuk ke darjah 1 tidak menjadi kerisauan saya kerana dia agak biasa dengan sekolah lamanya. Cuma mungkin tak ramai kawan lama yg masih sekolah di situ. Pasti kawan2 baru pun membuat dia teruja.



Gambar hari pertama persekolahan mereka.

Tapi bagi Muaz kali pertama ke sekolah dan menghirup udara kelas membuatkan uminya yg nebes. Kerana sifat si Muaz agak berbeza dengan abangnya dan saya memang mengharapkan tiada lah sangat blues2 di hari pertama persekolahan dia. Dan alhamdulillah... menghantarnya ke kelas dengan sedikit pesanan dan lambaian 'bagus'.. dia sangat bersemangat duduk dengan tenang di meja dan menghadap kertas lukisan yg diberikan cikgu. Dan cikgu pula dengan cepat men tackle perasaan anak2 baru masuk sekolah.




Tenang hati bila dia pun happy dan semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah. Maka bermula hari ini rutin harian ummi pun akan berubah. Amik Muaz sebelum tengahari dan petang pula amik si abg Bais. :)

Selamat belajar Muaz dan abg Bais. Semoga menjadi anak yg soleh beriman dan ceria!! Amin










Wednesday, February 6, 2013

Begitu Begini dan Bau2 Sakura?

Assalamualaikum..

Lahaiii best je ngadap lappy dengan bunyi2 riuh dibelakang tenggelam timbul ngan suara anak memanggil ummi dan esakan manja.. peduli apa kan.. Kehkehkeh.. ok sepantas yg boleh naaak jugak mengapdate belog suram sepi ditepi sungai yang tenang jangan disangka buaya ada ni.

Begitu dan begini bukan lah apa... banyak perkara membantutkan hasrat mengaktifkan balik dengan jayanya blog ni. Walaupun apdate kali ini setelah terpanggil kerana di sapa oleh seorang kak hajjah yang 'kembali aktif dipesada blognya' lah sangaat kan..boleh akak tu dtg mengomen blog saya suram dengan mapin pisang aje.. eh sabarr jela.. tercabar ai ok. walaupun xde menu baru.buat2 je ha ada menu nak diapdate.. kikiki

Tetiba tingat sos tauhu sumbat ..apakahhh..

Rutin harian setelah mengulit..menggigit dan bersilat dengan budak ini..


Haaa.. dia pun bersilat jugak ek..


Bila dia dah tenteram dan nyaman..beralih kepada kerja2 rumah dan perkara2 berbangkit seperti contoh dibawah ini. :-)


Kek coklat krim cheese


Kek coklat krim cheese


kek coklat


pavlova


Kek puding karemel


red velvet kek


snow cheese cake


rv cupcakes

durian crepes dan blueberry crepes




durian crepes dan oreo crepes size jamuan
mau order sms ke 0176871233 @ wassup
or emel ke baisku09@gmail.com


Dan apakah Bau2 Sakura tu?
inilah baunya.. 
sangat harum semerbak kaaannnlah sangat..
haha.
kak hana ko jangan serik datang rumah..
sebab aku yang serik, haha
Maaf sangat segala kesederhanaan yang aku tonjolkan.
siyes neh.. jgn serik dtg umah lagi..
tq tq untuk buah tangan alfateh.










Wednesday, December 26, 2012

Orang Baru...

Assalamualaikumm..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. dihujung tahun kami dikurniakan dengan kehadiran seorang lagi ahli baru dalam family. Anak ke-3, yang dinamakan Muhammad Al Fateh Mohd Daut. Lahirnya pada hari Rabu 12.12.2012 diawal hening subuh. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah..

 Terima kasih doa2 dan ucapan2 tahniah dari semua, kawan2 dari FB dan kunjungan teman2 tersayang ke hospital dan juga ke rumah. Terima kasih dari hati... ;-).. Terima kasih juga hadiah2 untuk baby alFateh, dari acik Anna Qawina, jauh terbang dari Mukah dari acik Hasue, kunjungan dan buah tangan dari kak Nazd, juga dari kak Sam jauh nun dari Penang, Kak Anim sekeluarga dari Rembau dan staff2 en suami yang sudi melawat baby alFateh. Terima kasih semuanya...

Sedikit untuk tatapan acik2 semua pembaca IML tersayang...
















Acik Hasue... Ni la moment yang klako, tarik rambut sendiri, pastu teriak..bila tangan dah lepaskn rambut..pandai senyap sendri.. hehehe..







Saturday, March 31, 2012

Mereka yang selalu menduga...


Assalamualaikum..

Salam hujung minggu. Baru pas memenuhkan perut.
Rilex2 jap sebelum buat aktiviti memejam kan mata. Hakhak..
Tajuk tak brapa nak berkait dengan entry. ;-)
Drama candid mereka. Saya rakamkan khas buat tatapan saya sok sok.
Kebiasaan terjadi kalau si abang Bais sedang buat homework dan si adik kebosanan.





abang Bais  


Muaz Alawi si adik..


Sedang senyum dan sedang mengusik abangnya..




^___^














Akhirnya..... tertewas jugaaa..

^_______^





Wednesday, January 4, 2012

Kenangan Buat Dia..

Assalamualaikum..

Bukan kenangan Tentang Dhia ye.. 

Tapi kenangan buat Dia.. Bais Umair.

Pertama kali Dia ke sekolah walau bukan lah sekolah darjah satu pun.

Cuma baru masuk Pra-sekolah.

Juga pertama kali dia akan berpisah dengan ummi dlm jangka waktu yg lama. 


gambar pagi tadi sebelum ke sekolah


Biasa, kanak2 mana yang tak teruja pertama kali nak ke sekolah.

Dia pun teruja.

Emak nya pun teruja juga nak melihat keletah Dia  nanti.

Alhamdulillah.. Dia bisa blend dengan keadaan. *ayat tak leh bla

Sesampai di muka pintu sek, terus saja cikgunya memimpin Dia untuk ke dewan tingkat 3.

Sekujur tubuhnya terus saja hilang, tak sempat umminya nak peluk cium meninggalkan kata2 azimat dan motivasi yang jitu kepadanya * ye terlebih-lebih di situ

Owhh rupanya emak2 n bapak2 boleh jenguk ke dewan. Sambil emaknya mengekori ke ting 3.

Ternampak Dia  sedang menyembang dengan cikgu2 yang sangat ramah nampaknya.

Sambil kemudiannya Dia berjabat tangan dengan abang2 senior yang nampak garang dan besar2 juge mungil2. owhh sekolah ni memang membekalkan makanan yang berkhasiat kepada pelajarnya *pendapat  umminya.

Kemudian Dia mampir untuk bersalam dengan ummi n ayahnya. Dan sempat mempamerkan  muka sedih, tapi dek kerna cikgu yang cekap dan amanah cepat bertindak, maka dia boleh menguasai keadaan semula.

Owhh.. sayu dihati. Ummi pergi dulu. Tata..*ummi je feeling2 lebih





Kemudian pukul 11.30 pagi, dengan excitednya ummi n ayahnya mengambil semula dia dari sekolah.

Alhamdulillah. Dia baik2 saja.

Ditanya keseronokkan dia di sekolah. Dia seronok sahaja.

Hai anak.. semoga terus saja bersemangat untuk ke sekolah.

Satu langkah yang baik untuk permulaan.

Semoga terus lah menuntut ilmu membina akhlakmu dan imanmu.

Kerna kelak, akhlak dan imanmu itulah yang menjadi mencorak kehidupanmu.





Friday, September 9, 2011

Kanak2 riang ria dihari raya


Antara anak2 sedara di hari raya. Ni semua yang sempat di snap. Yang kecik2 tu anak sedara baru muncul tahun 2011. 



























Wednesday, September 7, 2011

Satu Pagi di Hari Raya..


Assalamualaikum...

Apa khabar semuaaaaaa.. Huwaaa mood ngantukan lagi neh. Ku gagahi jua nak upload gambo n mengentry blog IML ni. Tau tau... ramai je enjin masuk air tak panas2 lagi nak mengupdate blog kan. Nak update apa? Update gambo raya je la ye.. aci la yee.. walaupun dah berapa Syawal dah. 

Antara gambo yang terpilih, sebab pagi raya kamere tersalah setting. Banyak gambo kurang menjadi. Sakit telinga jap kena bebel. Mueekeeke.. Sabau jela, bukan bulan puasa je kena banyak sabo, bulan raya pun ..sabauuu jelaaa.. Gambo 1 syawal di Kg Berchang Lipis.




ehem ehem.. no komen plzz no komen.. kikiki




Kelako nengokkan cara Bais bersongkok, suka jugak nunjukkan dahinyer tu. Muaz yang tak boleh dipisahkan dengan songkok.




Family abang sulung n kak ipar with Hassan Fahmi.




Adik paling bongsu. Pose exclusive sebab 1st time anak sedara dapat duir raya. Siap syarat sah duit dari dia hanya yang ada dipagi 1 syawal. Saboo jela. Yang ada cume 5 orang jela. Lagi 12 orang anak sedara tak dapat pun. Kan kan..





Pose2 gedik tuan tanah.. wakaka



Bersalaman dipagi syawal






Kami yang oren.

dan  

selamat hari raya...