"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

2-3 Potongan Lemon Direndam di Air Panas Ternyata Lebih Kuat Dari Kemoterapi !!

Tranungkite
"lemon panasPotong 2-3 keping lalu dimasukkan ke gelas, tambah air panas, air lemon bakal jadi sedikit "keruh", minum setiap hari dapat menyihatkan badan kita.

Air lemon panas dapat melepaskan zat anti kanser dalam tubuh kita, hal semacam ini jadi penyembuhan kanser terbaru dalam dunia perubatan. Ais air lemon cuma mempunyai kandungan vitamin C, sama seperti tomato, dari pada langsung makan, lebih baik dimasak dahulu dengan baik, kerana tomato mentah tak mempunyai kandungan lycopene.

Lemon merupakan buah ajaib yang boleh membunuh sel kanser, 10,000 kali lebih kuat dari kemoterapi, namun tak menghasilkan kesan sampingan seperti kemoterapi. Saat tekanan darah terlampau tinggi, lemon boleh mengatur tekanan darah, antidepresan serta gangguan saraf, 10,000 kali lebih baik daripada ubat, lemon boleh melambatkan perkembangan sel kanser.

Dihasilkan dengan therapy lemon, cuma akan memusnahkan sel-sel ganas, namun tak mempengaruhi sel-sel sihat.

Juice lemon, asam sitrat serta limau polifenol, boleh secara efektif mencegah tromboemboli urat, menyesuaikan aliran darah, mengurangkan pembekuan darah. Saya saat ini tahu bahawa limau merupakan buah yang sangat baik, jom share dengan rakan-rakan dan keluarga biar mereka juga tau!

Umur lebih 35 tahun berisiko menghidapi diabetes

DR SUHAZELI ABDULLAH
DIABETES adalah sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau insulin dikeluarkan tidak berkesan. la mengakibatkan paras glukosa dalam darah tidak normal dan jika dibiarkan akan menyebabkan komplikasi yang serius.

Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan dalam pankreas. la mengekalkan glukosa dalam darah pada paras normal dengan membantu mengeluarkan glukosa dari edaran darah memasuki sel badan.

Akibat dari kandungan insulin yang tidak mencukupi atau tidak berkesan di kalangan pesakit diabetis, glukosa tidak dapat memasuki sel-sel badan dan ia kekal di dalam darah menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat.

Terdapat dua jenis kategori diabetes yang dikenal pasti iaitu:

Jenis I atau Diabetes Yang Bergantung Pada Insulin

Jenis ini selalu terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja. Pengawalan penyakit hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman. Punca utama diabetes ini berlaku disebabkan kekurangan insulin dalam badan pesakit. Oleh yang demikian paras gula dalam darah akan meningkat.

Diabetis jenis I ini biasanya mempunyai kaitan dengan keturunan yang kuat antara ahli keluarga yang juga menghidap diabetes.

Jenis II atau Diabetes yang Tidak bergantung Pada Insulin

Bagi memudahkan pengklasifikasi jenis diabetes, ianya disebut "non- insulin dependent Diabetes Mellitus".

Walau bagaimana pun, rawatan terkini mengunakan insulin dalam merawat diabetes jenis ini adalah yang terbaik. Diabetes jenis II ini selalu berlaku di kalangan orang dewasa (40 tahun ke atas) dan individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Merawatnya adalah dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat. Pelbagai jenis ubat telah dicipta bagi mengawal paras gula yang meningkat dalam penyakit diabetes ini.

Secara asasnya diabetis jenis II ini disebabkan oleh kekurangan insulin atau insulin yang dikeluarkan kurang berkesan bagi mengimbangi penggunaan gula ke seluruh badan.
Ianya juga mempunyai kaitan keturunan yang kuat antara ahli keluarga yang menghidap diabetes.

Berikut adalah faktor risiko diabetes atas individu tersenarai di bawah:

1) Kegemukan. Rujukan asas yang mengatakan seseorang itu gemuk adalah dengan melihat saiz seluar mereka. Jika saiz untuk lelaki melebihi saiz 35 manakala wanita bersaiz melebihi 33, maka sudah dikira kegemukan.

2) Kurang aktiviti fizikal seperti senaman akan membolehkan seseorang itu menghidap diabetes.

3) Faktor pemakanan seperti pengambilan lemak berlebihan dalam makanan; pengambilan serat yang tidak mencukupi; kurang zat makanan di peringkat awal umur - Kelahiran yang tidak cukup berat badan juga disebut sebagai risiko menghidap diabetes.

4) Sejarah keluarga yang menghidap diabetis terutama adik beradik, ayah ibu dan bapa/ibu saudara.

5) Umur melebihi 35 tahun sudah dikenal pasti berisiko mengidap diabetes.

6) Kumpulan etnik tertentu mempunyai risiko yang tinggi.

Gejala Diabetes
  • Kerap dahaga
  • Kerap kencing
  • Susut berat badan walaupun berselera makan
  • Terasa letih atau lesu
  • Luka dan cedera yang lambat sembuh
  • Gatal-gatal terutamanya di bahagian kemaluan
Komplikasi Diabetes

Diabetes yang tidak dirawat atau dikawal dengan baik akan menyebabkan komplikasi yang lebih serius.

Komplikasi diabetes yang biasa adalah:
  • Penyakit buah pinggang
  • Serangan jantung
  • Kebutaan
  • Koma atau tidak sedarkan diri
  • Stroke/angin ahmar
  • Penyakit saraf
  • 'Gangrene' atau tisu mati
Pencegahan Diabetes

Diabetes terutama Jenis II, biasanya dikaitkan dengan berat badan yang berlebihan yang boleh dicegah dengan:
  • Mempunyai berat badan unggul. Insulin tidak berkesan bagi mereka yang mempunyai lebihan berat badan. Julat berat badan sihat ialah dengan memiliki 'Body Mass Indeks' (BMI) antara 20 – kurang dari 25 BMI = Berat (Kg) / [Tinggi (m) X Tinggi (m)]
  • Elak makanan berlemak, pilih yang rendak lemak.
  • Makanlah mengikut umur dan tahap aktiviti fizikal anda.
  • Makan lebih buahan, sayuran, kekacang dan bijirin.
  • Makan mengikut kebiasaan tetapi sedikit. Elak snek atau makanan ringan selepas makan.
  • Bersenam selalu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20 – 30 minit setiap kali.
Bolehkah diabetes sembuh?

Diabetes tidak boleh disembuh, tetapi boleh dikawal. Untuk mengawal diabetes, kadar glukosa dalam edaran darah hendaklah sentiasa berada pada kadar yang biasa (normal). Berikan perhatian terhadap perkara berikut;
  • Ubat
  • Pemakanan sihat
  • Penjagaan berat badan
  • Bersenam selalu
  • Elakkan jangkitan

Tanda Tanda Sakit Jantung Yang Perlu Kita Tahu. Usia Muda? Belum Tentu!

Tranungkite

Tanda Tanda Sakit Jantung

Pada zaman ini, penyakit jantung adalah pembunuh utama. Setiap saat yang berlalu ketika pesakit tersebut mengalami sakit jantung, adalah amat berharga. Oleh itu, ketahuilah tanda tanda sakit jantung yang mungkin boleh menjadi penentu di antara hidup atau mati. Ini sumber dari  Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar, DBKL.
  1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
  2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
  3. Lidah terasa tegang dan pendek.
  4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
  5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
  6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
  7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh atau rasa pedih.
  8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
  9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
  10. Rasa keletihan sepanjang masa.
  11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
  12. Degupan jantung tidak menentu.
  13. Nafas terasa pendek.
  14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
  15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
  16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.
Walaupun sakit dada atau ketidakselesaan adalah simptom utama dan tanda tanda sakit jantung, sesetengah orang mungkin tidak alami sebarang sakit dada. Ada juga yang alami sedikit sakit di bahagian dada sahaja. Ada yang alami satu sahaja simptom, tidak kurang juga ramai yang alami beberapa simptom yang membuktikan serangan jantung sedang berlaku. Kami terangkan dengan lebih lanjut lagi.

Rahang tidak selesa

Antara tanda tanda sakit jantung yang sangat jelas adalah ketidakselesaan atau sakit di bahagian rahang anda. Anda mungkin boleh rasa ketegangan di dalam dan di sekitar bahagian bawah rahang pada salah satu atau kedua-dua belah bahagian. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada ke rahang anda.

Leher rasa terbakar

Mereka yang pernah alami sakit jantung menggambarkan ketidakselesaan di bahagian leher seperti tercekik atau perasaan terbakar di dalam leher. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada atau bahu ke leher anda.

Sakit di bahu

Antara tanda tanda sakit jantung yang seterusnya adalah ketidakselesaan atau sakit di dalam atau di sekeliling salah satu atau kedua-dua belah bahu anda. Ia digambarkan seperti sakit biasa, berasa berat atau tekanan yang merebak dari dada ke bahu.

Rasa berat di bahagian dada

Seterusnya, tanda tanda sakit jantung yang lain ialah apabila terasa sedikit berat, tegang atau tekanan di bahagian tengah dada. Sakit yang dirasa begitu teruk sehingga anda boleh merasa tidak sihat. Walaubagaimanapun, sakit dada seperti perasaan tajam dan dicucuk-cucuk kebiasaannya bukanlah antara tanda tanda sakit jantung.

Sakit belakang

Sakit belakang juga merupakan di antara tanda-tanda bagi mereka yang megalami sakit jantung. Biasanya sakit itu dirasai di antara kedua-dua tulang belikat anda dan boleh merebak dari dada ke bahagian belakang anda.

Tidak selesa pada lengan

Ketidakselesaan atau sakit di salah satu atau kedua-dua belah lengan juga merupakan tanda-tanda sakit jantung. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada ke lengan anda.

Rasa Letih

Merasa letih yang amat sangat juga dialami oleh sesetengah orang yang berdepan dengan risiko sakit jantung. Mereka memberitahu yang mereka sukar untuk melakukan aktiviti yang senang, seperti berjalan ke bilik air atau mengambil segelas cawan untuk minum.

Elakkan aktiviti bersukan yang berat. Jangan tidak tahu, ada yang meninggal dunia kerana main futsal buat pertama kali. Jangan sesekali abaikan tanda tanda sakit jantung seperti ini.

Rasa Loya

Selain daripada itu, anda juga mungkin mengalami loya atau tidak sihat untuk tempoh yang lama. Anda juga mungkin berasa pening di samping tanda-tanda sakit jantung yang lain. Peluh yang sejuk atau peluh jantan juga mungking dapat dirasai. Dan akhir sekali, anda mungkin berasa seperti semput atau alami kesukaran bernafas. Ia boleh digambarkan dengan seseorang yang perlu menarik nafas yang panjang disebabkan dada terasa seperti ketat atau sempit.

Ini sumber dari DEMC yang menyenaraikan tanda tanda sakit jantung dalam bentuk yang ringkas:
  • Sakit dada semasa melakukan aktiviti kecergasan seperti apabila berjalan laju, naik atau turun tangga, bermain bola, berjoging atau sebagainya.
  • Badan merasa cepat penat, sentiasa termengah-mengah, lelah atau batuk berlebihan. Kebolehan melakukan aktiviti yang biasa dilakukan berkurangan daripada biasa.
  • Terasa letih, lesu, pening dan mudah pitam. Anda boleh merasakan denyutan jantung anda bergerak laju (palpitasi) dan cepat berpeluh.
Bila perlu jumpa doktor?

Ini sangat penting!. Bila sudah ada tanda tanda sakit jantung, jumpa doktor dengan segera apabila :
  • Anda berumur >40 tahun dan mempunyai lebih dari satu risiko penyakit jantung.
  • Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit jantung pada usia yang muda.
  • Sakit yang kuat.
  • Sakit dada apabila melakukan aktiviti.
  • Sakit yang diiringi rasa lemah, mual, mengah, berpeluh, pening atau pitam.
  • Rasa sakit menular ke bahu, lengan, rahang atau belakang badan.
  • Rasa sakit yang lebih teruk dari sebelumnya.
  • Sakit yang berterusan selama lebih dari 15-20 minit.
  • Sakit yang berubah sifat. Contoh: sakit yang semakin kerap.
Ini bukan kami yang kata. Ini doktor dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang kata.

Serangan sakit jantung mengejut

Andaikan sekarang sudah pukul 7:25pm dan anda dalam perjalanan balik seorang diri selepas hari bekerja yang luar biasa sibuknya. Anda benar-benar penat, gelisah dan kecewa.

Tiba-tiba anda rasa sakit yang menyucuk di bahagian dada yang mula menular ke lengan dan ke atas di bahagian rahang muka. Anda hanya 5 kilometer daripada hospital yg terdekat. Malangnya anda tidak pasti anda akan sempat sampai @ pun tidak ke hospital tersebut . Anda telah dilatih untuk melakukan CPR, tapi tidak diajar cara untuk melakukan CPR ke atas diri sendiri. Jika ada tanda tanda sakit jantung, apa perlu buat?

Jadi, bagaimana menangani sakit jantung bila seorang diri?
  • Kebanyakan orang berseorangan ketika diserang sakit sakit jantung. Tanpa pertolongan, mereka yang menghadapi masalah ini – jantung berdegup tak menentu dan mula rasa hendak pitam, hanya mempunyai masa 10 saat sahaja sebelum pengsan.
  • Walau bagaimanapun mangsa boleh membantu diri sendiri dengan batuk berulang kali secara kuat dan berterusan. Tarik nafas dalam -dalam sebelum batuk dan batuk mesti lah dalam dan berpanjangan seperti semasa anda ingin membuang kahak yg ada jauh di dalam paru-paru.
  • Menarik nafas dan batuk ini mesti diulang lebih kurang setiap 2 saat tanpa henti sehingga bantuan datang atau sehingga jantung berdegup normal semula.
  • Tarikan nafas yg dalam membawa oksigen ke dalam paru-paru & mekanisma batuk mengepam jantung dan memastikan darah terus beredar.
  • Tekanan ke atas jantung akibat gerakan batuk ini juga membantu jantung berdegup dengan ritma yg normal semula. Dengan ini mangsa serangan jantung sempat dan berupaya untuk ke hospital sendiri.
Harapan kami

Jika anda alami salah satu atau beberapa tanda tanda sakit jantung di atas lebih daripada 10 minit sehingga 25 minit, segera berjumpa dengan doktor atau terus hubungi ambulans untuk membawa anda ke hospital.

Dikhuatiri jika anda lambat bertindak, anda boleh pergi buat selama-lamanya. Siapa mahu mati muda?

Perlu baca ini untuk elak dari penyakit demensia

http://www.pendapatanda.com  
Dalam bahasa biasa, demensia ada juga yang panggil penyakit nyanyuk. Kalau dalam bahasa Indonesia, demensia mereka panggil sebagai Singkat Akal. Rasanya perkataan singkat akal mungkin lebih tepat memandangkan keadaan akal mereka yang mengidapinya mengalami situasi akal yang singkat daripada keupayaan berfikir dengan baik.

Apakah demensia itu sama dengan gila atau tidak saya tak dapat sahkannya. Tapi berdasarkan pemerhatian saya, pengidap demensia bukannya gila, mereka dapat berkomunikasi dengan baik seperti orang waras, cumanya keupayaan menghubungkan semua keadaan dengan baik dalam membuat penafsiran adalah lemah.
Menu mediterranean merupakan antara menu terbaik untuk kesihatan

Orang gila bukan macam itu. Mereka cakap ikut suka dan mereka jawab segala soalan ikut sedap mulut mereka saja tanpa memahami apa yang mereka cakapkan. Orang yang terkena demensia boleh diajak berbual seperti biasa dan mereka masih mampu menjawab segala soalan dengan baik.

Jika ditanya maklumat atau fakta-fakta lama seperti umur mereka, umur kawan-kawan mereka yang meninggal dan diajak mengecam siapa-siapa saja yang pernah mereka kenali, akan dapat dijawab dengan tepat tanpa sebarang masalah.

Punca demensia yang berbagai

Melalui pembacaan, saya dapati usaha untuk memahami penyakit demensia dan sebab-sebabnya masih giat dikaji. Puncanya kejadian masih tidak dapat sisahkan secara pasti setakat ini. Yang pastinya ia ada kaitan dengan sel-sel otak yang tercedera atau mati yang membuatkan perhubungan aliran maklumat antara sel otak menjadi tersekat.

Para pakar ada memberikan beberapa sebab yang berkemungkinan membuatkan orang terkena masalah demensia ini dan berikut adalah antara sebab-sebabnya:

Faktor umur

Risiko terkena demensia meningkat dengan meningkatnya umur. Jarang kita dengar orang yang berumur 30 tahun ada masalah demensia. Mereka mungkin ada masalah suka lupa, tapi itu masalah lain dan bukannya demensia.

Bermula dengan umur 65 tahun, faktor terkena demensia mula tinggi. Dikatakan risiko demensia terhadap mereka yang berumur 65 tahun adalah 1 dalam 14.

Bila umur kita naik kepada 80 tahun, risikonya semakin tinggi lagi. Kemungkinan terkena demensia pada umur begitu adalah 1 dalam 5. Sebab itu mereka yang panjang umur kerap terkena demensia. Lagipun ada dalam Quran mengesahkan bahawa kita bermula daripada keadaan kanak-kanak membesar, tua dan kembali kepada keadaan seperti kanak-kanak semula.

Jika anda ada pengalaman menjaga pesakit demensia, memang nampak amat ketara sikap mereka yang berubah menjadi sebijik macam kanak-kanak. Perlu banyak bersabar dan sentiasa ingatkan diri bahawa keupayaan mereka menganalisa dan berfikir secara logik tidak seperti keupayaan anda yang muda. Layanlah mereka dengan baik dan kreatif dalam menyelami perasaan mereka.

Faktor jantina

Fakta menunjukkan bahawa orang perempuan lebih berisiko tinggi terkena demensia. Memang orang perempuan biasanya panjang umur berbanding orang lelaki, tetapi itu bukanlah fakta sebenar terjadinya keadaan begitu.

Sebab utama kenapa orang perempuan lebih berisiko terkena demensia tidak dapat diputuskan lagi dengan tepat. Kajaian masih dibuat. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa kaum wanita kekurangan hormon oestrogen selepas mengalami menopause. Tapi tindakan menambah hormon pada mereka tidak memberikan apa-apa perubahan

Faktor genetik

Umum mengetahui faktor genetik dalam mewariskan berbagai penyakit dalam satu-satu keturunan. Jika ibu bapa anda ada rekod terkena demensia, kemungkinan anda juga bakal mengalami masalah yang sama adalah lebih tinggi berbanding mereka yang tiada.

Faktor sejarah perubatan

Sejarah perubatan juga memainkan peranan penting untuk membuatkan masalah demensia terbina. Jika anda ada masalah kencing manis, masalah darah tinggi dan juga masalah kolestro tinggi dalam darah, anda ada risiko tinggi untuk mengalami demensia.

Orang yang ada sejarah terkna strok juga ada potensi tinggi untuk mengalami masalah demensia. Malah faktor strok menyumbang risiko yang amat tinggi untuk demensia.

Orang yang mengalami tekanan dalam hidup atau mengalami kemurungan dalam waktu-waktu kehidupan zaman lalu juga berisiko tinggi untuk menghadapi masalah demensia. Namun begitu hubungan antara tekanan hidup atau kemurungan dengan demensia masih tidak jelas.

Ada yang kata tekanan hidup dan kemurungan menjadikan orang terkena demensia. Ada juga yang mengatakan disebabkan mereka ada bakat jadi demensia maka mereka mengalami kemurngan dan senang tertekan. mana satu yang betul tidak dapat dipastikan lagi.

Kalau kepala anda asyik tercedera banyak kali sepanjang hidup, anda juga berisiko tinggi untuk kena demensia. Jadi cuba ingat balik berapa kali anda terhantuk kepala sampai cedera.

Faktor persekitaran dan gaya hidup

Ini satu faktor yang sebenarnya merupakan ibu segala masalah penyakit dalam dunia ini. Persekitran yang sihat diikuti dengan gaya hidup yang sihat adalah ubat kepada segala aktiviti mengelakkan dan mencegah penyakit.

Makan tak tentu hala ikut nafsu, tak bersenam, merokok, mabuk todi, kera sumbang tak kawan dengan orang, tak ada kawan, tak bermasyarakat dengan jiran dan tak ada aktiviti ziarah menziarahi adalah gaya hidup yang boleh merosakkan dan ada bakat untuk terkena demensia.

Sikap malas menggunakan otak untuk berfikir selesaikan masalah, malas menjawab soalan terselindung, malas membaca buku atau mendapatkan dan belajar ilmu baru dan seupamanya adalah satu lagi gaya otak bebal yang boleh menjadikan anda terkena demensia.

Amalan membaca Al-Quran

Mereka yang banyak gunakan otak dalam sebarang aktiviti agar otak sentiasa berfikir dan aktif kurang terkena demensia berbanding mereka yang malas dan asyik manjakan otak. Sebab itu ramai para ustaz sarankan kita sering membaca Quran untuk aktifkan otak.

Ada yang kata dengan hanya membaca Quran setiap hari sebagai amalan dapat mengelakkan diri anda dari demensia. Tapi saya rasa baca saja tak berapa berkesan untuk latihan otak. Baca dan cuba hafal jika dijadikan sebagai aktiviti rutin adalah jauh lebih bagus.

Untuk lebih bagus lagi adalah dengan sering baca Quran, sering cuba hafal Quran dan sering hafal sekali dengan maknanya dan seterusnya memikirkan apa yang dikatakan untuk mendapat kefahaman Al-Quran dan diaplikasikan dalam kehidupan.

Mengelakkan diri daripada demensia

Dengan senarai yang saya sebutkan di atas, anda tentu dapat tangkap mana satu yang anda boleh kawal dan mana satu yang anda tak boleh buat apa-apa. kalau anda tak dapat tangkap dan faham, anda berkemungkinan ada masalah demensia.

Ada banyak perkara dari segi amalan gaya hidup yang boleh membantu anda elakkan diri daripada Demensia, Insyaallah. Tapi kalau iltizam tak berapa kuat dan masih tak dapat bendung nafsu dan mahu kekalkan juga gaya hidup yang merosakkan, anda tanggung sendiri akibatnya.

Apa kata anda mulakan hari ini juga untuk berjalan kaki dan keluarkan peluh selama 30 minit sehari setiap hari. Bersenam ada banyak faedahnya dan jangan banyak kasi alasan. sebaliknya cari jalan untuk buat.

Anda juga boleh mula amalkan puasa Isnin Khamis bermula sekarang dan jangan berhenti sehingga datangnya malaikat maut mencabut nyawa anda. Puasa banyak mengajar anda erti makan sekadar perlu berbanding makan walaupun tak perlu.

Apa pendapat ada dalam bab gaya hidup ini? adakah anda amalkan gaya hidup sihat sekarang atau anda ada seribu satu alasan untuk kekalkan gaya hidup tak sihat. Atau anda ada nasihat untuk mula mengamalkan gaya hidup sihat untuk saya dan pembaca lain?

Kongsikan pendapat anda di ruang komen di bawah... fikirkan sedikit, perah otak untuk menulis komen walaupun susah, ini adalah permulaan untuk membuang sikap malas menggunakan otak anda dan moga otak anda terus aktif dan terelak daripada masalah demensia... Insyaallah!

Awas sekiranya kencing anda tersekat-sekat

Kanser anggota reproduktif mungkin jarang didengar di dalam masyarakat berban­ding kanser lain seperti payudara, tulang dan otak. Namun, ia biasanya berlaku dengan menyerang pundi prostat, buah zakar dan zakar.

Seperti kanser lain, jangka hayat mereka yang menderita pe­nyakit ini dapat dipanjangkan jika dikesan pada peringkat awal.
Kanser pundi prostat biasanya menyerang lelaki berusia 65 tahun ke atas. Ia jarang dikesan pada mereka berusia di bawah 50 tahun.

Tanda awalnya ialah bengkak pundi prostat, sekali gus menyebab­kan salur kencing tersekat. Mereka yang menderita kanser ini akan menghadapi masalah kencing tidak puas atau tersekat-sekat.

Cara mengesan kanser pundi prostat:
● Kemunculan simptom kencing tidak lancar atau tersekat-sekat.
● Buat pemeriksaan DRE (Digital Rectal Examination).
● Ujian darah PSA.
● Pemeriksaan kencing untuk kesan darah.

Cara menghindar kanser pundi prostat:
● Kurangkan memakan makanan berlemak.
● Kurangkan memakan daging merah, sebaliknya banyakkan daging putih.
● Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
● Kawal berat badan.

Sementara itu, kadar kanser buah zakar dan zakar berlaku adalah sebanyak satu peratus daripada kanser yang menyerang lelaki. Ia biasanya dikesan dalam kalangan mereka yang berusia dari 15 hingga 30 tahun dan jarang berlaku kepada mereka yang berusia lebih 40 tahun.

Kemungkinan penyakit ini menyerang buah zakar yang tidak turun ke dalam kerandut adalah empat kali ganda lebih besar. Satu lagi fakta yang perlu diketahui jika ia berlaku kepada sesiapa, maka kemungkinan penyakit itu turut adik atau abang mereka ialah 10 kali ganda.

Cara mengesan kanser buah zakar:
● Kemunculan ketulan atau bengkak kepada buah zakar.
● Menjalani pemeriksaan kendiri buah zakar (testicular self examination) yang patut dilakukan sebulan sekali atau mengikut kesukaan lelaki. Dilakukan ketika mandi, pemeriksaan dilakukan dengan dua tangan dan dilakukan daripada bawah ke atas SERTA depan ke belakang dengan meneliti bentuk buah zakar secara menyeluruh.
● Perubahan kepada saiz, bentuk dan kemunculan ketulan perlu diselidik dengan berjumpa doktor.
-hmetro-

5 Makanan Pembakar Lemak, Perut Terasa Kenyang Lebih Lama Agar Tubuh Anda Sihat

Tranungkite
Jika ingin mendapatkan berat tubuh ideal, selain melakukan senaman gaya hidup sihat, berikut adalah 5 jenis makanan yang dapat membantu membakar lemak, juga mengawal paras gula dalam darah serta membuatkan perut anda terasa kenyang lebih lama seperti disalin dari fox news:
1. Minyak kelapa
Kandungan asid lemak rantai medium pada minyak kelapa, mampu diubah oleh tubuh menjadi energi bukan lemak.

2. Cuka Epal
Menurut studi yang dilakukan oleh American Diabetes Foundation, mengambil cuka epal sebelum makan besar yang sarat dengan karbohidrat, cuka epal dapat membantu menaikkan tingkat insulin, membuat tubuh tidak mudah lapar.

3. Lemon
Lemon memang banyak kebaikannya. Kali ini, menurut Journal of the American College of Nutrition, lemon yang sangat kaya dengan vitamin C yang diperlukan dalam tubuh seseorang membantu tubuh mengoksidasi lemak sehingga 30%.

4. Ikan
Tingginya protein dan Omega-3 dalam salmon, herring, trout, dan sardin membantu penurunan berat tubuh serta menjaga masa otot. Selain itu, kandungan Omega-3 yang terdapat pada ikan juga membantu meningkatkan metabolisme tubuh.

5. Anggur
Kelazatan anggur selaras dengan manfaatnya. Buah ini rendah kalori dan tinggi enzim membuat perut kenyang lebih lama. Disarankan untuk makan anggur segar sebelum makan, kerana menurut Journal of Medicinal Food ia boleh menurunkan berat badan secara signifikan.

Petua Hilangkan Gastrik [MESTI BACA...]

matuse68

Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali.

4 makanan yang membantu mengurangkan sakit gastrik anda, termasuk:

1) Pisang
Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi.
Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik
Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik

2) Susu sejuk
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut
Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.
Boleh lah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik

3) Bunga cengkih
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik.
Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut
Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

4) Halia
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.

MESTI BACA!!! 8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki

Jika selama ini anda malas untuk berjalan, fikirkan kembali. Satu kajian telah membuktikan berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit dan yang paling penting adalah proses rawatan tanpa mengeluarkan wang.
Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung: Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke: Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak: Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan: jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser: Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).

Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis: Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis: Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi: Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.
-tranungkite-

BONGKAR !!! Tips menjaga buah pinggang [MESTI BACA...]

matuse68

**Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

**Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

**Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

**Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick, dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

**Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
Mencegah adalah lebih baik dari merawat.. [Baca selanjutnya...]"

Puasa dua kali seminggu cegah Alzheimer, Parkinson

http://www.ustazcyber.com
Subhanallah...Puasa dua kali dalam seminggu mampu mencegah penyakit Alzheimer dan Parkinson
Para peneliti dari National Institute on Ageing menemukan bahwa dengan berpuasa, bahkan selama satu atau dua hari selama seminggu. Dapat melindungi otak terhadap beberapa efek buruk dari Alzheimer, Parkinson dan menjadi kunci untuk kehidupan yang lebih panjang.

Penelitian ini awalnya dilakukan terhadap binatang percobaan seperti tikus yang diberi makanan dengan kalori minimum dan hasilnya justru berumur dua kali lebih panjang. Percobaan selanjutnya dilakukan pada manusia dan ternyata memiliki manfaat yang sama melindungi jantung, sistem peredaran darah dan melindungi otak dari penyakit Alzheimer.

Menurut peneliti, bahwa diet rendah kalori adalah resep untuk hidup sehat, dan penelitian terbaru menunjukkan bahwa dengan mengurangi sekitar 500 kalori untuk satu sampai dua hari selama seminggu, secara signifikan memperlambat timbulnya penyakit pada otak.

Para peneliti mengatakan, dengan berpuasa, maka kimia di otak mendorong asupan kalori terbatasi. “Mengurangi asupan kalori boleh membantu otak Anda, tapi dengan cara mengurangi asupan makanan atau berpuasa,” jelas Mark Mattson, ketua laboratorium institut ilmu saraf di Johns Hopkins University School of Medicine, Baltimore, seperti disiarkan dari guardian.co.uk.......

Mattson dan rakannya berpendapat bahwa kelaparan sendiri kadang-kadang boleh mencegah bukan hanya kesihatan yang buruk dan kematian dini. Tetapi menunda timbulnya kondisi yang mempengaruhi otak, termasuk stroke. “Hewan percobaan kami jelas menunjukkan hal ini,” kata Mattson.

Dia dan rakan-rakannya juga telah bekerja di luar mekanisme tertentu di mana pertumbuhan neuron di otak dapat dipengaruhi oleh berkurangnya asupan energi. Jumlah dari dua pesan bahan kimia meningkat saat asupan kalori berkurang tajam. Pesan kimia memainkan peran penting dalam meningkatkan pertumbuhan neuron di otak, sebuah proses yang akan melawan dampak dari Alzheimer dan Parkinson.

“Sel-sel otak yang diletakkan di bawah stres ringan beranalogi dengan efek dari latihan pada sel-sel otot, efek keseluruhan yang bermanfaat,” ujarnya.

Hubungan antara penurunan asupan energi dan meningkatkan pertumbuhan sel di otak mungkin terlihat satu yang tidak mungkin, tetapi Mattson bertegas bahwa ada alasan evolusi suara untuk percaya itu menjadi kasus.

“Ketika makanan menjadi langka, kita akan mencari atau mencuri makanan. Mereka yang otaknya menanggapi terbaik – yang ingat di mana makanan tersebut dapat ditemukan atau ingat bagaimana untuk menghindari musuh – merekalah yang akan mendapatkan makanan. Jadi mekanisme yang menghubungkan periode kelaparan terhadap pertumbuhan saraf akan berkembang,” tandas Mattson.

Seperti yang diungkapkan Taruna Ikrar, MD., PhD, Specialist and Scieintist dari University of California, School of Medicine, Irvine, USA, bagi penyakit kardiovaskuler, tidak ada penanggulangan yang lebih baik selain mencegahnya. Hal ini dapat dilakukan dengan memperbaiki gaya hidup sehat, melaksanakan pola makanan yang sehat (memperbanyak makan makanan berserat dan bersayur, serta tidak makan berlebihan makanan yang mengandung lemak dan kolesterol tinggi), serta dilanjutkan dengan olah raga atau aktivitas yang teratur.

Nah, dengan berpuasa, akan melatih seseorang untuk hidup teratur, serta mencegah kelebihan makan. Menurut penelitian, puasa dapat menyehatkan tubuh, sebab makanan berkaitan erat dengan proses metabolisme tubuh. Saat berpuasa ternyata terjadi peningkatan HDL and apoprotein alfa1, dan penurunan LDL ternyata sangat bermanfaat bagi kesehatan jantung dan pembuluh darah.

Beberapa penelitian menunjukkan saat puasa ramadan berpengaruh terhadap ritme penurunan distribusi sirkadian dari suhu tubuh, hormon kortisol, melatonin dan glisemia. Berbagai perubahan yang meskipun ringan tersebut tampaknya juga berperanan bagi peningkatan kesehatan manusia.

Keadaan psikologis yang tenang, teduh dan tidak dipenuhi rasa amarah saat puasa ternyata dapat menurunkan adrenalin. Saat marah terjadi peningkatan jumlah adrenalin sebesar 20-30 kali lipat. Adrenalin akan memperkecil kontraksi otot empedu, menyempitkan pembuluh darah perifer, meluaskan pebuluh darah koroner, meningkatkan tekanan darah rterial dan menambah volume darah ke jantung dan jumlah detak jantung. Adrenalin juga menambah pembentukan kolesterol dari lemak protein berkepadatan rendah. Berbagai hal tersebut ternyata dapat meningkatkan resiko penyakit pembuluh darah, jantung dan otak seperti jantung koroner, stroke dan lainnya.

Puasa bisa menurunkan kadar gula darah, kolesterol dan mengendalikan tekanan darah. Itulah sebabnya, puasa sangat dianjurkan bagi perawatan mereka yang menderita penyakit diabetes, kolesterol tinggi, kegemukan dan darah tinggi. Dalam kondisi tertentu, seorang pasien bahkan dibolehkan berpuasa, kecuali mereka yang menderita sakit diabetes yang sudah parah, jantung koroner dan batu ginjal. Puasa dapat menjaga perut yang penuh disebabkan banyak makan adalah penyebab utama kepada bermacam-macam penyakit khususnya obesitas, hiperkolesterol, diabetes dan penyakit yang diakibatkan kelebihan nutrisi lainnya.

Penghentian konsumsi air selama puasa sangat efektif meningkatkan konsentrasi urin dalam ginjal serta meningkatkan kekuatan osmosis urin hingga mencapai 1000 sampai 12.000 ml osmosis/kg air. Dalam keadaan tertentu hal ini akan member perlindungan terhadap fungsi ginjal. Kekurangan air dalam puasa ternyata dapat meminimalkan volume air dalam darah. Kondisi ini berakibat memacu kinerja mekanisme lokal pengatur pembuluh darah dan menambah prostaglandin yang pada akhirnya memacu fungsi dan kerja sel darah merah.

Dalam keadaan puasa ternyata dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penelitian menunjukkan saat puasa terjadi pengkatan limfosit hingga sepuluh kali lipat. Kendati keseluruhan sel darah putih tidak berubah ternyata sel T mengalani kenaikkan pesat. Perubahan aksidental lipoprotein yang berkepadatan rendah (LDL), tanpa diikuti penambahan HDL. LDL merupakan model lipoprotein yang meberika pengaruh stumulatif bagi respon imunitas tubuh.

Pada penelitian terbaru menunjukkan bahwa terjadi penurunan kadar apobetta, menaikkan kadar apoalfa1 dibandingkan sebelum puasa. Kondisi tersebut dapat menjauhkan seragan penyakit jantung dan pembuluh darah.

Penelitian endokrinologi menunjukkan bahwa pola makan saat puasa yang bersifat rotatif menjadi beban dalam asimilasi makanan di dalam tubuh. Keadaan ini mengakibatkan pengeluaran hormon sistem pencernaan dan insulin dalam jumlah besar. Penurunan berbagai hormon tersebut merupakan salah satu rahasia hidup jangka panjang.

Sebuah tulisan penelitian yang dilakukan Dr. Ratey, seorang psikiaters dari Harvard, mengungkapkan bahwa pengaturan dan pembatasan asupan kalori akan meningkatkan kinerja otak. Dr. Ratey melakukan penelitian terhadap mereka yang berpuasa dan memantau otak mereka dengan alat yang disebut “functional Magnetic Resonance Imaging” (fMRI). Hasil pemantauan itu menyimpulkan bahwa setiap individu obyek menunjukkan aktivitas “motor cortex” yang meningkat secara konsisten dan signifikan.

Ilmuwan di bidang neurologi yang bernama Mark Mattson, Ph.D., seorang kepala laboratorium neuroscience di NIH’s National Institute on Aging. Dalam hasil penelitiannya menunjukkan bahwa diet yang tepat seperti berpuasa, secara signifikan bisa melindungi otak dari penyakit de-generatif seperti Alzheimer atau Parkinson. Hasil penelitiannya menunjukkan, bahwa diet dengan membatasi masukan kalori 30% sampai 50% dari tingkat normal, berdampak pada menurunnya denyut jantung dan tekanan darah, dan sekaligus peremajaan sel-sel otak.

Sebelum penelitian ini dilakukan, beberapa abad yang lalu Islam sudah menganjurkan manusia untuk melaksanakan puasa baik puasa wajib pada bulan Ramadhan, juga di bulan-bulan lain kita dianjurkan untuk berpuasa sunnah Senin dan Kamis. serta disebutkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassalam bahwa kita dianjurkan untuk berpuasa, selain mendapat jaminan pahala, kita juga akan menjadi sehat.

Subhanallah… Wallahu’alam bish shawab…

6 makanan untuk pesakit kencing manis amalkan

makanan untuk pesakit kencing manis makan selalu

Saya dah menulis tentang artikel makanan yang pesakit kencing manis perlu makan sebelum ini. Tetapi artikel 15 makanan power untuk pesakit kencing manis itu lebih kepada paparan gambar makanan tersebut sahaja dan tidak berapa ada ulasan. sumber imej roti

Memandangkan artikel sebegitu yang mana jumlah perkataannya kurang daripada 300 perkataan, membuatkan google tidak suka menyenaraikannya sebagai satu bahan bacaan baik, maka saya cuba tulis sekali lagi artikel yang sama.

Tetapi kali ini dalam bentuk yang lebih mesra google yang perlu ada banyak perkataan tentang makanan untuk pesakit kencing manis makan. Maklumat berkenaan jumlah perkataan kurang dari 300 itu saya dapat daripada pembacaan penulisan berkenaan cara google membuat carian. Entah tepat atau tidak, kurang pasti.

Senarai 6 makanan untuk pesakit kencing manis makan

Tanpa melengahkan permainan, kita terus kepada matlamat asal, khas untuk anda yang terkena sakit kencing manis atau yang biasa juga disebut Diabetes. Bukan untuk yang dah kena saja, untuk mereka yang tak kena lagipun perlu amalkannya.

Tambahan pula jika keturunan anda ada rekod cemerlang menghidapi masalah kencing manis ini, eloklah makan 6 makanan untuk pesakit kencing manis yang saya senaraikan di sini. Mencegah sudah tentu lebih baik daripada merawat.

Walaupun sebenarnya manusia terlalu sukar untuk meyakini sesuatu yang mereka tak boleh nampak terus (real sebijik) on-the-spot, kita mesti cuba yakinkan diri bahawa inilah makanan yang baik untuk dimakan.

Makanan kencing manis #1 - Apa saja jenis limau secara mentah

Makanlah segala jenis buah limau samada mandarin, sunkist, kasturi, lemon, atau apa saja asalkan ianya daripada kelompok atau keturunan buah limau. Samada besar atau kecil masam atau manis, banyakkan atau sering makan buah limau ini secara mentah.

Jangan makan jus limau, makanlah mentah sebiji begitu kerana ianya jauh lebih bagus untuk khasiat dan manfaat badan anda. Buah limau juga cukup baik untuk kesihatan jantung anda. Jangan kemut duit untuk beli buah limau dan jadikan hidangan rutin untuk keluarga anda.

Kalau tak banyak duit untuk beli buah limau, apakata tanam saja pokok limau kasturi yang kecil tu di kebun rumah anda. kalau tak ada tanah, beli pasu besar dan semai pokok limau dan bila dah berbuah, makan buah limau dengan dijadikan ulam bersama sambal belacan.

Makanan kencing manis #2 - Buah sayur Karela
6 makanan untuk pesakit kencing manis amalkan
Buah sayur Karela ini banyak ada dijual di pasar malam atau di pasar besar di kawasan tempat anda tinggal. Ia termasuk dalam satu jenis sayur-sayuran yang rupanya macam buat petula yang pahit tu. Tetapi warnanya lebih hijau pekat dan kerutan pada kulitnya lebih halus berbanding buah petula.

Kelebihan buah karela ini adalah ianya mengandungi insulin tumbuh-tumbuhan asli yang mampu mengurangkan atau memproses kandungan gula dalam badan kita. Jadi buat mereka yang ada masalah insulin yang lenah tak mampu nak proses kandungan gula dalam darah, dengan adanya amalan makan buah karela ini dapat membantu masalah dalam badan dan darah anda.

Ada kawan yang menghidap penyakit manis ini mengamalkan makan jus buah karela ini dua kali sehari. Dia buat jus buah karela dan simpan dalam peti ais. Setiap pagi dia minum sikit dan petang atau malam dia minum sedikit lagi. Anda juga boleh cuba buat begitu untuk kekalkan tahap kandungan gula jika dah ada masalah kencing manis. sumber imej

Makanan kencing manis #3 - Bawang Putih

Orang Cina memang suka makan bawang putih. Dalam masakan mereka mesti ada diletakkan bawang putih dengan banyak. Bawang putih ini memang ada banyak kelebihan perubatannya sehingga ada kapsul bawang putih dijual dalam bentuk bahan tambahan pemakanan.

Tetapi, kalau nak mudah dan mendapatkan khasiat yang mujarab, anda perlulah kakan sekurang-kurangnya 3 atau 4 ulas bawang putih setiap hari. Lebih elok dihancurkan dan dikunyah begitu saja. Itupun kalau anda ada kekuatan untuk buat begitu.

Makanan kencing manis #4 - Minyak zaitun

Minyak zaitun amat bagus untuk anda yang kena penyakit kencing manis. Minyak zaitun dapat mengawal kandungan gula dalam badan anda agar steady sentiasa. Oleh itu jangan lokek sedikit duit untuk simpan stok minyak zaitun dalam rumah anda.

Memag harganya agak mahal, jauh mahal berbanding minyak kelapa sawit yang selalu kita pakai. Harga seliter minyak zaitun lebih mahal daripada harga satu tong minyak kelapa sawit. Oleh itu janganlah pulak digunakan untuk goreng ikan atau masakan.

Makanlah secara mentah dengan resepi yang akan saya berikan di bawah nanti yang menggabungkan bawang putih, minyak zaitun dan juga makanan kencing manis yang ke 5 di bawah ini.
olive oil
Makanan kencing manis #5 - Roti gandum asli

Untuk pesakit kencing manis, makanan roti yang diperbuat daripada gandum memang amat bagus. Kalau boleh jangan makan roti yang putih lembut yang biasa kita beli dari kedai tu. Ini kerana dah terlalu banyak proses berlaku terhadap tepung gandum yang digunakan.

Makanlah roti padat yang banyak serta dan kasar yang ada dijual di pasaraya atau di kedai-kedai roti lain di pusat-pusat bandar atau pekan. Mat Saleh panggil whole grain bread. Nak menambahkan sedap makan roti ini sila ikut resepi rahsia yang saya belajar daripada kawan Lubnan ketika saya berada di luar negara. Ini menjadi makanan kegemran saya sampai sekarang.

Resepi kentang lenyet untuk makan bersama roti

Ini adalah resepi makan cara orang arab dengan menggunakan bawang putih sebagai salah satu daripada bahannya. Anda boleh cuba di rumah dan jadikan sebagai makanan sarapan pagi yang sihat.

Apa yang anda perlu buat adalah dengan merebus ubi kentang 2 atau 3 biji sehingga masak dan gebu. Selepas itu lenyetkannya di dalam bekas seperti mangkuk atau seumpamanya. Kupas 3 atau 4 ulas bawang putih dan hancurkan bawang putih tersebut.

Selepas itu campur kan dengan kentang lenyet itu agar sebati. Selepas kentang serta butiran bawang putih yang dilenyet itu di gaul, ratakan dalam pinggan. Kemudian tuangkan minyak zaitun di permukaan kentang lenyet yang diratakan dalam pinggan itu secukup rasa. Boleh tabur sedikit garam dan sedikit lada hitam di atasnya untuk menambahkan rasa.

Ha! dah siap menus lazat ini, untuk anda makan dengan roti seperti gardenier atau baguet (roti perancis), atau apa-apa roti yang tawar. Koyak sedikit roti, calitkan pada kentang bersama bawang putih dan minyak zaitun itu dan ngam! kunyah! memang lazat sebagai makanan sarapan yang berkhasiat.

Makanan kencing manis #6 - Yogurt

Rajinlah makan yogurt. Selain daripada baik untuk penyakit kencing manis anda, ia juga baik untuk menurunkan berat badan anda. Kalau boleh belilah yogurt asli yang ada dijual di pasaraya untuk dimakan dengan buah-buahan.

Ini saya perturunkan satu lagi makanan yogurt asli yang saya ambil daripada kawan-kawan Arab Lubnan ketika berada di laur negara. Anda boleh sediakan makanan ini untuk sarapan pagi yang lazat.
6 makanan untuk pesakit kencing manis amalkan
Resepi yogurt makan dengan roti

Dapatkan yogurt asli daripada pasaraya berdekatan. Biasanya saya akan beli di Giant yang meletakkan yogurt ini di bahagian yogurt perasa lain. Perhatikan label pada bekasnya terlulis "Natural Yogurt'.

Penyediaannya mudah saja. Ambil sesenduk yogurt asli itu, masukkan dalam pinggan kecil dan ratakannya sepeti kita buat pada kentang lenyet di atas. Kemudian tuangkan minyak zaitun penuh atas yogurt tersebut. Percikkan sedikit garam di atasnya dan siap!.

Ambil kepingan roti dan cicah yogurt asli bersama dengan minyak zaitun itu dan makan. Subhanallah lazat dan berkhasiat sekali. Anda dapat rasakan aroma yogurt bersama minyak zaitun yang memecah rasanya dalam mulut perlahan-lahan ketika anda mengunyah roti tersebut seara perlahan-lahan.

Jika anda dah dapat rasa kelazatannya, anda akan mula rasa nak makan selalu resepi ini dan ianya amat baik untuk kesihatan anda terutamanya mereka yang berpanyakit kencing manis.

Begitulah sedikit maklumat atau petua makanan untuk pesakit kencing manis yang dapat saya perturunkan di sini. Moga dapat kita amalkannya dan selamat mencuba. Insyallah nanti bila saya buat kat rumah akan saya ambil gambar resepi di atas untuk tontonan anda semua.
http://www.pendapatanda.com