Tranungkite
Bagaimanakah kita ingin mengetahui bahawa satu-satu madu itu 100% madu asli atau telah diubah atau memang bukan asli?
Madu tiruan adalah bermaksud sama ada madu asli dicampurkan dengan ”gula” peratusan kebiasaan 30% madu asli dan 70% gula. Gula ini boleh jadi , glukosa, dextrosa , molasses (produk dari pemprosesan dari tebu,anggur atau bit gula), sirap jagung , sirap gula , invert sugar (campuran glukosa dan fruktosa), tepung , kanji atau mana-mana produk yang menyerupai , selain dari nektar bunga yang dikumpul , diproses dan disimpan di dalam sarang lebah oleh lebah. Standard undang-undang dan keperluan dalam makanan, termasuk kualiti madu , dan pengujian terhadap madu tiruan terlalu pelbagai untuk setiap negara, dan ada sebahagiannya tidak menyebabkan ketidakpuas hatian bagi sesetengah pengguna.
Persoalan ini sering timbul di kalangan pembeli yang bimbang tertipu atau terbeli yang bukan asli. Yang mana mengakibatkan madu yang sepatutnya menjadi ubat berubah menjadi racun yang mnegembangkan penyakit atau langsung tiada apa-apa kesan sehingga membuang duit begitu sahaja membeli gula yang disangkakan madu.
Hasil dari penipuan terhadap madu bukan kecil, tetapi ianya mengakibatkan seseorang tidak yakin pada Allah dan Rasul , kerana Allah menyebutkan bahawa madu itu ”فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِۗ” – padanya penyembuh bagi manusia manakala Nabi صلى الله عليه وسلم telah bersabda “الشفاء في ثلاثة في شربة عسل : ”penyembuh itu pada tiga : minum madu ….” .
Apabila seseorang itu minum madu dan hasil yang didapati adalah tidak berkurangnya penyakit atau tiada kesan padanya atau bertambahnya penyakit dirinya, maka , dalam hati kecil akan berkata , ‘tak jadi apa-apa pun.” atau lebih parah lagi , akan diwar-warkan bahawa ”madu takde kesan apa-apa dan buat penyakit je” ucapan ini diwar-warkan pada orang lain , seolah-olah sudah menyebut bahawa apa yang Allah katakan itu tidak benar dan Nabi itu palsu dalam kata-katanya sedangkan yang dimakannya itu bukan madu hanyalah gula yang diubahsuai. Nauzubillah.
Ibnu Al-hasan pernah meriwayatkan dari Ibnu Umar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
Nikmat yang pertama diangkat dari bumi adalah madu. ( Rujuk kitab taarikh Asbahaan)
Jadi di sini, kami , sebagai peniaga dan pengguna madu (alhamdulillah ,setakat ini setiap hari kami minum madu) dari pelbagai jenis dan rasa , dari beberapa benua , cuba kongsikan sekadar pengetahuan dan pengalaman yang ada pada kami bagi kalian pembeli atau pengguna madu mendapatkan madu yang asli.
Di sini beberapa tips walaupun ianya bukan 100% pengujian asli atau tidak, tetapi sekurang-kurangnya ianya memberi sedikit gambaran pada pembeli @ pengguna madu, in sya allah.
0 – Lidah
Jika kalian sudah biasa dengan madu (merasa lebih 50-100 kali madu yang benar-benar asli) , maka lidah kalian tidak akan boleh tertipu lagi selepas itu. Ini cara paling mudah dan asas dalam pengujian madu.
1 – Bentuk Sarang Lebah dalam air – Hexagon.
Cara ini yang paling mudah dan cepat untuk diketahui.
Ambil sesudu madu dan masukkan ke dalam bekas yang tapaknya rata.
Masukkan air kosong/jarang (jangan air panas) ke tengah-tengah bekas/pinggan.
pusingkan bekas mengikut arah jam atau lawan.
Pusing sehingga keluar bentuk sarang lebah hexagon. (sekitar 1 minit )
Ada kala, bentuk hexagonnya memang persis seperti hexagon sarang lebah.
Dan ada kala , bentuk hexagonnya tidak seperti sarang lebah, tetapi masih hexagon.
Jika tiada bentuk hexagon, kemungkinan besar sama ada ianya madu yang dicampur gula atau gula yang diubah suai yang dijual atas nama madu asli.
Madu di tengah piring
bentuk sarang @ hexagon terhasil selepas beberapa ketika
** untuk madu yang kristalized (menghablur) , kami juga telah mencubanya, setakat ini juga jadi bentuk hexagon.
cuma lebih kecil dan lebih rapat.
2 – Kertas Putih
Ambil pencungkil gigi atau sudu, celupkan pada madu dan titiskan di atas tengah kertas putih.
Lihat kesan pada kertas putih di keliling madu.
Madu asli kebiasaannya tidak akan meresap masuk ke dalam kertas.
Madu asli juga akan mengekalkan bentuk titisannya dan tidak merebak.
Madu asli dengan mudah kita dapat mengambil semula dengan tangan.
Madu tiruan akan nampak kesan seperti air meresap di keliling madu.
Madu tiruan akan merebak dan meresap tanpa kekal bentuknya.
Madu tiruan apabila kita cuba ambil dengan tangan , kebiasaanya tidak boleh dan biasanya lekitan sedikit yang melekat di tangan kita.
Bentuk madu selepas dititiskan pada kertas
kesan selepas dicolek/cuit/ambil guna jari – boleh lihat perbezaan
3 – Air Kosong / Jarang
Ambil segelas kaca yang tembus dalam , dan masukkan air kosong/air jarang ke dalamnya.
Ambil sesudu penuh madu dan kemudian titiskan ke dalam air.
Madu asli akan terus turun ke dasar cawan, dan madu tiruan biasanya akan pecah-pecah sebelum sempat sampai dasar cawan.
Bagi memastikan bahawa madu yang kalian ada adalah asli , ketiga-tiga test ini, jika dibuat , in sya allah , memberikan hampir 100% kepastian yang ianya adalah asli.
Untuk test bentuk sarang lebah itu sebenarnya sudah memadai jika dibuat. Kerana tiruan tidak akan dapat membuat bentuk yang sama , bahkan tidak akan terbentuk sama sekali.
3 test yang pertama ini, mudah, cepat dan tidak memerlukan kos tinggi , hanya kerajinan sahaja diperlukan.
—————————————————————–
Bagi test yang kemudian ini, memerlukan sedikit kos.
4 – HMF(Hydroxymethylfurfural)
HMF adalah hasil pemecahan produk dari fruktosa ( satu dari komponen utama gula dalam madu) yang terbentuk secara perlahan ketika penyimpanan dan sangat cepat terbentuk apabila madu dipanasakan. kandungan HMF yang ada di dalam madu menyebabkan ianya digunakan sebagai satu panduan dalam menentukan waktu penyimpanannya dan jumlah kepanasan yang telah digunakan. Pembentukan HMF dan pengumpulannya di dalam madu sangat berbeza bergantung pada jenis madu. Kandungan HMF yang tinggi menunjukkan yang ianya telah melalui proses pemanasan melampau ketika proses pengasingan.
Madu yang dijual dalam jumlah besar biasanya perlu dibawah 10 -15 mg/kg untuk membolehkan selanjutnya diteruskan dan memberikan waktu shelf life sebelum mencecah paras 40mg/kg.
Ianya bukanlah suatu yang pelik bagi madu yang dijual/berada di negara yang panas (khatulistiwa/savana) kandungannya HMF nya setinggi 100mg/kg. Ini selalunya disebabkan suhu yang tinggi (lebih 35’C) dimana madu terdedah pada suasana persekitaran yang panas.
Beberapa negara termasuk Malaysia, meletakkan satu penanda aras untuk kandungan HMF yang diimport. Jika melebihi paras yang ditentukan, madu diiktiraf sebagai tidak asli dan akan ditahan di bawah kastam Malaysia dan tidak dibenarkan untuk dijual kepada umum. Kalian juga boleh cuba melihat pada warna madu kerana kadang-kadang ianya memberikan suatu penanda aras terhadap kualitinya, kerana madu menjadi semakin gelap dalam proses penyimpanan dan pemanasan.
Paras HMF yang tingg ( lebih dari 100 mg/kg) menunjukkan yang ianya campuran atau telah dicemari dengan inverted sugar. Gula tebu atau sukrosa , boleh ”inverted” dengan memanaskan asid makanan , dan proses ini membentuk HMF. Banyak makanan yang manis yang ditambah bersama siran jagung yang tinggi fruktosa seperti minuman ringan bergas, boleh mempunyai HMF setinggi 1000 mg/kg.
HMF ini untuk diketahui perlu di hantar ke makmal untuk diuji dan sedikit kos ringgit perlu dikeluarkan untuk membuat ujian mengenainya.
5 – Chloramphenicol dalam Madu
Chloramphenicol merupakan antibiotik jenis spektrum luas yang mula diperkenalkan pada tahun 1949.
Dalam pembuatan madu tiruan mereka menambahkan antiobiotik jenis ini (kebiasaaan) bagi menghasilkan madu tiruan.
Dos sebenar yang diperlukan oleh manusia tidak diketahui tetapi penggunaannya pada jangka waktu yang panjang (pengambilan madu tiruan yang ada antibiotik ini) , boleh menyebabkan berlakunya kesan sampingan ubat ini yang diketahui.
Antara kesan sampingan adalah -pemakan madu tiruan ini akan mendapat penyakit – aplastic anemia , bone marrow suppression , leukimia dan beberapa penyakit berkaitan darah.
Maka berhati-hati terhadap pengambilan madu yang tiruan.
Untuk yang dibawah ini , yang masih menjadi tanda tanya di kalangan masyarakat sendiri
6 – Crystallized / Hablur / Granulated Madu
Sering menjadi salah anggapan dari segelintir masyarakat bahawa madu yang bergranul atau madu yang menghablur atau dengan bahasa mudah kita, madu yang menjadi keras macam gula adalah bukti bahawa madu itu madu tiruan.
Kebenarannya adalah madu itu sendiri adalah supersaturated gula atau cairan tepu gula (fruktosa dan glukosa) , sama ada ianya telah ditiruankan atau ianya asli, penghabluran adalah normal , lebih-lebih lagi di negara beriklim sederhana.
Dan bagi sesetengah sumber pohon bunga , jika lebah mengambil nektar darinya, madu yang terhasil akan lebih cepat menghablur berbanding jenis lain.
Tahap penghabluran madu adalah bergantung pada 2 keadaan
Ratio glukosa dan fruktosa
Glukosa dan fruktosa ini adalah hasil dari nektar madu yang diproses lebah. Jika tahap atau level glukosa madu yang terhasil adalah lebih tinggi berbanding fruktosanya, maka madu itu akan lebih cenderung untuk menghablur
Kandungan air dalam madu
Kandungan air dalam madu adalah dari 15% sehingga 25% bergantung pada iklim dan kelembapan kawasan.
Jika kandungan air antara 15-20% , ditambah faktor glukosa yang tinggi, madu cenderung untuk menghablur.
Bagi negara di Nusantara , suasana persekitaran yang dikelilingi laut dan hujan yang kerap menghasilkan kelembapan yang tinggi , ini menyebabkan madu di kawasan ini kebiasaan dalam lingkungan 20-25% kandungan air dalam madu yang menyebabkan madu dari negara ini tidak cenderung untuk menghablur.
Apabila dua faktor ini ada dalam satu-satu madu , dan madu disimpan dalam suhu antara 0 – 25’C – kecenderungan madu untuk menghablur adalah tinggi.
Jenis hablur yang dihasilkan pula adalah bergantung pada tahap atau besarnya jarak/beza antara kandungan glukosa berbanding fruktosa.
7 – Madu dan Semut
Ada sebahagian dari pengunjung kedai kami sangat kuat berpegang bahawa semut tidak akan menghurung madu asli. Sebenarnya kepercayaan ini sudah berakar umbi sedangkan kita masih memikirkan atau sukar untuk memahami kerana apa semut lebih suka gula (madu tiruan) berbanding madu asli?
Sedangkan ada tempat yang memang tiada semut , dan ada kawasan memang banyak semut.
Fakta asas yang kita ketahui adalah, semut suka pada manisan.
Beberapa kajian atau teori berkaitan madu dan semut ini.
Ada yang menyebutkan bahawa di dalam madu itu ada enzim yang mana dengan kehadiran enzim ini semut tidak akan datang , dan apabila enzim ini terhapus (disebabkan suhu tinggi/persekitaran yang panas) , maka semut akan mula menghurung.
Pendapat lain pula mengatakan, bahawa di dalam madu adanya kuprum dan sulfer, jika madu mempunyai dua kandungan ini dengan aras yang tinggi , ianya menghasilkan haba yang tidak disukai semut. Jika kandungan madu tersebut rendah kandungan kuprum dan sulfurnya, semut akan hurung.
Secara jujurnya dalam pengetahuan kami , kualiti atau tiruan atau aslinya sesuatu madu itu tidak bergantung pada semut menghurungnya atau tidak.