BAB
8
Dah
seminggu aku bekerja di Hotel La Prince. Pada masa yang sama bergelar pelajar.
Penat. Tapi aku terpaksa tahan untuk sekarang. Nasib baiklah aku dah di tahun
akhir dan kelas aku pun tak banyak. Semester ini cuma ada tiga subjek dan hanya
dua daripadanya yang memerlukan peperiksaan akhir semester.
Aku sememangnya seorang yang cepat belajar. Walaupun
baru seminggu bekerja, aku dah mampu untuk membuat kerja sendiri. Aku dah
berjaya hafal peta hotel besar itu. Dheo juga dah percayakan aku untuk bekerja
seorang tanpa bimbingan.
Tapi dah tentulah aku akan selalu belajar. Di sana,
aku rapat dengan Arin. Mungkin sebab hari pertama aku dah bekerja dengannya,
sebab itulah kami boleh serasi. Selain Arin, aku juga turut rapat dengan
beberapa orang lagi staf di bawah Puan Rasyidah. Nasib baiklah semuanya baik
dan peramah.
Seawal tujuh pagi lagi aku dah tiba di Hotel La
Prince. Tapi suasana hari ini nampak agak berbeza sedikit. Nampak agak
kelam-kabut. Semua staf nampak sibuk. Ada apa? Mungkin sebab semalam aku cuti,
jadi aku tak tahu apa yang akan jadi hari ni.
Aku terus berlalu ke bilik rehat staf. Macam biasa,
tukar uniform dulu. Ketika aku tiba, bilik itu masih kosong. Mungkin masih
awal, belum ada yang sampai lagi. Aku buka loker. Ambil pakaian untuk ditukar.
Sebaik sahaja aku keluar dari bilik persalinan, kelihatan Arin dan Ainul baru
tiba. Mereka berdua memang tinggal serumah.
“Hai, Arin. Hai, Ainul,” tegurku dengan senyuman.
“Hai, Nurissa. Awal sampai?” balas Arin.
Aku cuma sengih. Nampak tak aku tak pernah datang
awal sebelum ni. Haha.
“Datang awal mesti sebab awal-awal dah kena attend Encik Han, kan?” Kali ini Ainul
pula bersuara.
“Attend
Encik Han? Dia tidur sini ke semalam?” soalku.
“Eh, Rissa tak tahu ke?”
“Tahu apa?” Aku blur.
“Hari ni ada event
besar kat hotel. Encik Han akan perlukan Rissa nanti.”
“Rissa kena buat apa?” Aku mula cemas. Dia yang ada
majlis, kenapa nak kacau aku?
“Itu tengoklah apa yang Encik Han perlukan nanti.”
“Kenapa nak perlukan kita? Bukan dia dah ada PA dia
ke?” soalku tak puas hati. Apatah lagi mengingatkan Nancy, si PA Dheo itu. Tiap
kali aku pergi kemas rumah Dheo, mesti Nancy ada. Kadang-kadang aku syak dorang
tinggal serumah.
Memikirkan kemungkinan itu, entah kenapa jantung
rasa bagaikan ditikam. Rasa pedih. Tiap kali kepala membayangkan mereka berdua
bersama, tiap kali itulah aku rasa macam tu. Kenapa ya? Padahal bukan urusan
aku. Entah-entah mereka berdua bercinta. Kalau duduk serumah pun, bukan masalah
aku. Mereka bukan Islam.
“PA buat kerja pejabat dia. Orang macam kita buat
kerja rumah dia. Macam orang gaji.” Kata-kata Arin itu buatkan aku tersedar
sesuatu. Baru sedar status diri. Memang aku ibarat orang gaji je di mata Dheo.
“Kalau macam tu, nak buat macam mana? Ikut je la,”
kataku mendatar. Reda.
Hari yang tak berapa indah dah tentulah makin tak
indah bila muncul Ummi yang mencariku. Menyampaikan pesanan dari Puan Rasyidah
yang Dheo Han dah seru aku masuk menghadap. Tahu pulak aku sampai awal hari ni.
Maka.. bermulalah kerjaku hari ini. Sigh!
---------
Aku
berdiri betul-betul di depan pintu rumah Dheo. Teragak-agak aku menekan loceng.
Agak pelik. Sebab kebiasaannya, aku akan kemas rumah dia bila dia dah pergi
kerja. Ataupun bila dia baru nak pergi kerja. Tapi sekarang ni awal sangat
kalau dia nak pergi kerja.
Dua kali tekan loceng, kedengaran pintu dibuka dari
dalam. Hatiku berdebar kencang. Sebab tahu tak sampai sesaat lagi aku akan
menghadap Dheo.
Tapi sangkaanku meleset sama sekali. Bukan Dheo yang
buka pintu. Tapi Nancy. Elegen dengan sut kerjanya. Dia senyum segaris bila
melihatku. Aku pula terpaksa balas senyumannya. Dapatku rasakan betapa kejung
dan tak ikhlasnya senyumanku sekarang.
“Masuklah,” pelawa Nancy. Dah macam tuan rumah.
Lambat-lambat aku melangkah masuk. Rasa macam tengah
pijak kebun mawar berduri. Seksa. Beberapa tapak aku melangkah, aku terkaku.
Kaku sebab melihat Dheo yang berada di ruang tamu itu dengan cuma memakai bathrobe berwarna hitam. Seakan-akan
baru lepas mandi. Apatah lagi rambut hitamnya itu berserabai ke pelbagai arah.
Pedih di hatiku datang lagi. Apa yang mereka tengah
buat sebelum aku datang tadi? Mereka tidur sekali ke? Entah kenapa, aku boleh terfikir
seperti itu. Aku tahu mereka bukan Islam dan tak pelik kalau mereka seperti
itu, tapi hatiku tetap rasa sakit.
“You are not
needed, Nancy. You may go.” Suara bersalut ais dari Dheo.
“I cuma nak tolong you je.”
“Tugas you tolong I di pejabat, Nancy. Bukan di
rumah. At home, I need her.” Dheo
berkata lagi. Kepalanya didongakkan sekali ke arahku.
Aku telan liur. Amboi, ayat terakhir dia! Nasib baik
takde orang dengar. Penuh kontroversi.
“Next time,
don’t bother coming.” Tegas!
“Okay, fine! See you at the office.” Suara
Nancy kedengaran sedikit bengang. Bila dia tarik handbag dan lalu di depanku, sempat dia jeling tajam. Nasib baik
cuma jelingan. Kalaulah anak panah, mahu tembus kepalaku.
Aku tak tahu nak buat apa. Hanya mampu kesian pada
diri sendiri. Dahlah kena paksa jadi penonton drama swasta. Kredit satu pun tak
dapat. Yang dapat adalah jelingan maut si Nancy. Hai.. menyesal pulak aku
datang awal pagi hari ni! Rosak mood
baik aku.
Lepas
Nancy berlalu, kami kini tinggal berdua. Dia pandang aku, aku pandang dia. Apa
aku nak buat ni? Patut ke aku pergi cari penyapu sekarang ni? Ya.. aku patut
cari penyapu tak pun kain lap!
“Iron baju saya,” arahnya sebelum aku
jalankan misi menjejak penyapu.
“Apa
dia?”
“Iron. Baju. Saya,” ulangnya sepatah demi
sepatah. Kalau aku tanya lagi, aku yakin mesti dia ejakan untuk aku pulak.
Tapi..
gosok baju dia? Itu pun termasuk skop kerja aku juga ke? Personal housekeeper atau personal
maid aku sekarang ni?
Tapi
tak pulak aku membangkang. Hanya angguk. Akukan kalau di depan Dheo mesti jadi
burung belatuk. Tugasnya cuma angguk dan ikut. No geleng-geleng! Betullah si Arin cakap, aku dah jadi orang gaji
daa.
Aku
berlalu ke dalam bilik tidurnya. Mencari pakaiannya untuk digosok. Dia dah
letakkan di atas katilnya. Lalu aku ambil dan gosokkan untuknya. Dheo aku tak
tahu ada kat mana sekarang ni. Kat ruang tamu agaknya. Baguslah. Takdelah rasa
oksigen tak cukup bila sebilik dengannya.
Lepas
siap gosok, aku sangkut pada hanger.
Kemudian kaki melangkah keluar untuk mencarinya. Betul sangkaanku. Dia berada
di ruang tamu dengan komputer ribanya. Ada mug hitam yang masih berasap di
sisinya.
Bila
dia menghirup airnya, aku nampak bathrobe
yang dipakainya sedikit terbuka mendedahkan dada bidangnya. Terusku larikan
pandangan. Rasa muka meruap merah. Malu entah kenapa.
“Err..
Encik.. saya dah siap gosok baju Encik,” laporku. Mata melihat ke tempat lain.
Dari
hujung mata, aku nampak dia angguk sekali sebelum bangun dari duduknya.
Susuknya mula menghilang di balik pintu. Aku hela nafas lega. Boleh sesak nafas
aku kalau duduk dekat-dekat dengan dia.
Aku
sambung membuat kerjaku. Kemas rumah dia. Aku mula dengan ruang tamu rumahnya.
Bantal kecil yang agak berterabur di atas sofanya aku kembali susun di tempat
asalnya. Kemudian aku bongkokkan sedikit badan untuk menyusun beberapa helai
kertas yang bersepah di atas meja kecil di depan sofa itu.
“Rose!”
Aku dengar namaku diseru.
Bagaikan
robot, kaki pantas diatur ke bilik tidur Dheo.
“Ya.
Ada apa, Encik?” soalku.
Ketika
itu Dheo dah lengkap berpakaian. Tengah memasang cuff links pada hujung lengan baju kirinya. Tubuh tegapnya masih
menghadap cermin besar. Di balik pantulan cermin besar itu, aku nampak matanya
terarah kepadaku.
“My tie. Tolong ambilkan.”
Aku
patuh. Segera kaki berjalan ke walk in
closet Dheo. Dah seminggu aku menjadi housekeeper
dia, aku dah hafal segala susunan pakaian dan aksesori Dheo. Bila Arin cakap
Dheo cuma jarang-jarang menginap di hotel, semua tu hanyalah tipuan semata.
Sebab aku rasa tiap-tiap hari aku kena menapak ke rumah dia.
“Encik
punya tie yang mana satu?” laungku
dari dalam. Takut dia tak dengar.
“I got plenty. Ambil je yang mana satu,”
jawabnya kembali.
Oh,
lupa! Baju hitam. Pakai dengan warna apa pun mesti masuk. Pembetulan! Kita
bercakap tentang Dheo Han. Kalau dah Dheo Han, pakai tali ikat lembu kat leher
pun aku berani potong kuku yang tiada siapa yang akan berkata dia buruk.
Mata
mula melilau di balik kaca lutsinar itu. Di dalamnya tersimpan beberapa pilihan
tali leher berjenama Dheo. Rambang mata aku nak memilih. Pertama, sebab aku ni
perempuan. Perempuan tak pakai tali leher. Kalau suruh aku pilih tudung, grenti
tak sampai seminit aku dah pilihkan. Kedua, aku ni tak tahu sangat tentang
fesyen lelaki. Ayah dulu pun mana pernah aku masuk campur kalau bab berpakaian.
Tiba-tiba
anak mata terarah pada satu tali leher berwarna royal blue. Cuma kosong, tapi kepekatan warnanya memikat mataku.
Tangan terus mencapainya. Aku usap lembut. Texture
kainnya sedap dipegang. Jatuh hati aku melihatnya.
Bolehlah
yang ni. Aku berlalu keluar.
“Yang
ni boleh ke, Encik?”
Dia
berpaling. Tangannya yang sedang menggayakan rambutnya terhenti. Matanya seakan-akan
terpaku melihat apa yang berada di tanganku.
“Why?” soalnya sepatah. Anak mataku
ditatap dalam-dalam.
Why?
Why apa?
Alamak..
Aku salah pilih ke? Dia tak suka ke? Telan liur.
“Why that tie?”
Aku
telan liur lagi sekali. Mudah soalan dia, tapi ngeri anak tekak nak menjawab.
Sebab kalau tengok pandangan dia sekarang, orang nak kencing pun tak jadi. Aku
cuba kumpul kekuatan untuk menjawabnya. Tali leher di tanganku dipandang
sekali.
“Sebab
saya rasa cantik,” jawabku berani dan jujur. Haraplah dia tak maki aku.
“Encik
tak suka ke? Kalau tak suka, saya boleh ambil yang lain.” Cepat-cepat aku
sambung sebelum dia betul-betul caci aku sampai bernanah telinga.
“It’s okay. Bagi saya tie tu.”
Cepat-cepat
aku serahkan sebelum dia berubah fikiran. Nafas takkan lega selagi tali leher
tu belum tersangkut di lehernya.
Diam.
Tangan
Dheo lincah melilit tali leher itu di lehernya. Satu.. dua.. dan entah berapa
kali tangan dia bergerak dengan cekap, tali leher itu dah cun terletak di
lehernya. Buatkan penampilannya nampak lebih berkarisma.
Kan
betul apa aku cakap. Dengan tali leher itu, dia nampak lebih…
“Handsome.”
Dheo
angkat kepala. Dan aku terus tutup mulutku! Oh, katakan tidak! Katakan bukan
suara aku tadi.
Tapi
melihat hujung bibir Dheo yang sedikit ternaik itu, aku tahu aku dah terlepas
cakap. Merah mukaku menahan malu. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata?
Padan muka kau, Nurissa!
Eh,
siapa cakap? Terlajak kata pun, boleh juga nampak senyuman Dheo yang mahal itu.
Berbaloi atau tak berbaloi?
“Should I thank you for stating something
obvious?” Kali ini suara Dheo berbaur usikan.
Wow..
biarpun kata-katanya tu kategori perasan tahap kelas satu, tapi aku tetap tak
percaya yang Dheo boleh bergurau! Kali pertama aku melihat Dheo seorang yang playful. Patut ambil gambar ni! Abadikan
dalam moment.
Dheo
kembali tenung cermin. Masih mencari apa-apa kekurangan untuk diperbetulkan
agaknya. Aku pula masih pegun di situ. Dia belum cakap ‘awak boleh pergi’, jadi
maksudnya aku tak boleh pergi lagi la kan?
“I hated blue, you know,” katanya
tiba-tiba.
Kata-katanya
buatkan air liur laju lalu tekak. Alamak.. aku dah buat kesalahan besar ke ni?
Tapi.. dia kata ‘hated’ bukan ‘hate’. Jadi secara teknikalnya dia dah
tak bencikan biru, betul tak? Harapnya la!
Aku
tunggu dia sambung kata.
“Then at about six years ago, I met someone
who loved blue. Dia hadiahkan saya tali leher biru ni. Dan mulai dari saat
tu, biru mula jadi warna pilihan saya. Tali leher ni banyak nilai sentimental. I used to wear it on my graduation day. Tak
sangka saya akan pakai lagi untuk event
yang penting hari ni.” Dheo mula bercerita. Dia seakan-akan menggamit memori
silam.
“Orang
yang bagi tali leher tu, mesti sangat bermakna dalam hidup Encik, kan?” soalku.
Entah kenapa, hati rasa cemburu dengan pemberi tali leher itu. Apatah lagi aku
dapat dengar suara Dheo bagaikan sedang merinduinya.
Dheo
pandang aku sekali.
“Very.” Mudah jawapan Dheo.
Dengan
sekelip mata, Dheo kembali ke versi iceberg
kutub utara. Wajah tak beremosi ditayang. Aku tunduk hormat kat dia kalau bab
tukar ekspresi muka. Tak sampai sesaat!
Dheo
kenakan jam tangan di pergelangan kirinya. Kemudian pusing menghadap aku.
“Lepas
kemas rumah saya, awak boleh balik.”
“Hah?”
Aku ternganga mendengarnya. Tak percaya.
“Tapi
hari ni ada event penting. Nanti tak
cukup staf,” protesku.
“Kalau
saya suruh balik, balik. Jangan banyak tanya. I don’t want to see you in the hotel especially when the event is taking
place. Don’t show your face at all. Understood?” Kali ini suaranya lebih
keras.
Aku
angguk. Agak kecil hati dengan kata-katanya. Aku tahu aku bukan siapa-siapa. Tapi
ayat dia tu macam nak cakap, dia malu dengan aku.
“Lucca
will send you home.”
Angguk
lagi. Apa lagi pilihan aku ada?
Ahahahahahahah😲😲😲😲😲😲😲
ReplyDeleteAkak saya terharu saya org petama jumpa dheo
Thanks kak...sayang akak gile gile
Someone tu rasanye rose kan.. kan.. kan 😊
ReplyDeleteHappy holiday 😍
hahaa... rsenya semua dh boleh agak yg nurissa ialah org yg dheo asyik mention kan...? but... is it seriously that dheo is a non muslim guy???😢
ReplyDeleteSaye rase dheo dan fateh orang yg sama...instinc saye kata...pasti!
DeleteHusband and wife kut diorang ni... ��
ReplyDeleteHah, saya rasa jugak gitu. Husband and wife tp terpisah sebab kemalangan itu maybe. And fateh and dheo nih orang yang sama. Yaallah aura dheo ni lain macam betul laaaaaa
Delete😊😊😊
ReplyDeleteuwaaaaaaa.....hyperventilating again and again.....different from Hilman who is always sarcastic whenever he opened his mouth,Dheo is someone who can freeze anyone with his coldness....love both of them
ReplyDeletetak sabar nak peluk buku nihhh... DHEO!!!!!!!!!
ReplyDeleteSomeone tu mesti rose. Argh! Can’t wait to read next post. ☺️
ReplyDeleteMakin menarik! Rose ni mesti cinta hati Dheo..
ReplyDeleteBest2..rasa nak menjerit je time baca. Hahahah
ReplyDeleteaarrrgghhhh.....serious best gler cter nie.akak pnyer story x prnh mngecewakan..x sbr nk peluk buku nie...looovee you sis...!!!!
ReplyDeleteBila nak keluar ni? Tak sabar rasanya 😍😍
ReplyDeleteMesti ada sbb kenapa Rose x boleh ada kat hotel....hmmm
ReplyDeleteaduiyai....ni yg x sabar nak tunggu next entry
Kenapa eh rose tidak boleh ada masa event tu??? i smell something!!!! alahai tak sabarnyaa tunggu novel ni publish,...
ReplyDeleteRose kah yg bg tie biru tu...
ReplyDeleteAgak2 bile buku ni nk publish yerr? Xbole move on niiii... Huwaaaaa😭😭😭
ReplyDeleteAgak2 bile buku ni nk publish yerr? Xbole move on niiii... Huwaaaaa😭😭😭
ReplyDeletenurissa ni tunang dheo oristeri dya?....NK LAGIIII...Serious curious gile skarang ni
ReplyDelete6 tahun lalu? xboleh ada time event? uwaaaaaa malas nak fikir tapi xboleh kalau x fikir...
ReplyDeleteI think, Nurissa ni mesti special dlm hidup dheo. Dheo tak nak nurissa ada kt hotel masa event tu mesti ada dalam kalangan kawan2 dheo dlm event tu kenal nurissa. . Huhu
ReplyDeleteKeep up with this story, sis. Sumpah ohsem 😍
ReplyDeleteHmm ... Dheo's nih betul2 bleh buat saya bertindak di luar jangkaan ... Kwn saya ada update yg bab 8 dh keluar sbb selama nih memang kami dok tunggu ja akk anjel update cita dheo's ... Too bad internet saya slow gilaa jdi memang mereput laa saya menunggu bab 8 nih ... N guess what ? Saya sanggup ambil sos topup maxis Rm 3 untuk beli internet sbb nk tngk bab 8 nih .. Selama nih saya x pernah lagi buat sos topup �� jadi penangan dheo's memang tip top ah ! Daebakk !! May Allah bless you akak anjel ..��
ReplyDeleteSaya sanggup buat sos topup Rm 3 maxis sbb nk sangat baca selepas kawan saya bagi tau kata akk dh update ... Hahaha sedangkan selama nih saya x penah buat tp demi Dheo's aku gagahi jua gitu ahahaha ... May Allah bless you ..😍
ReplyDeleteSetiap chapter mesti penuh dgn tanda tanya buat saya nk tau apa akan berlaku lepasni. Saya suka dgn character Dheo. Cold and mysterious.
ReplyDeleteDheo ni srs la non muslim?? awhhh srs comel la rose dgn dheo ni...i'm dying of curiousityyy can't wait for more & more
ReplyDeletetiba tiba teringat yg part hazel paksa dheo pakai bunny ke eh masa ade event kat univesity hazel 😂😂
ReplyDeletesesak nafas nak tunggu next entry😫
ReplyDeleteHuwaaaaaa so besttttttt , can't waittt
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebila keluar kak? tak boleh moveon dengan dheo'😍
ReplyDeleteCepatlah keluar novel 😩 tak sanggup tunggu lama
ReplyDeletekesian Rose.. hati ada terasa syg dah
ReplyDeletehilman is just a step beneath dheo..i guess
ReplyDelete