BAB 8
“Hai, awak!” Farhan tarik kerusi dan
duduk sebelah Nurin. Senyum manis sambil tenung wajah Nurin.
Terkejut Nurin yang tengok. Bila masa
mamat ni datang? Terasa semacam aura pelik di sekelilingnya. Bila angkat muka,
hmm.. patutlah. Semua tengah berbisik-bisik. Tak kurang juga yang jeling tajam
ke arahnya.
“Eh, Farhan. Awak buat apa kat sini?”
soal Nurin. Sedikit segan bila mejanya sekarang menjadi tumpuan semua mata. Tak
sukanya! Mesti ada yang mengata macam-macam nanti. Hilang je bayang Farhan
lepas ni, gerenti macam retis dia kena serbu. Tak percaya, tengoklah!
Ikutkan hati nak je dihalaunya Farhan.
Tapi, Nurin tak sampai hati. Farhan senyum lagi.
“Saya macam biasalah. Bila datang sini,
mesti nak jumpa encik bos kita tu. Alang-alang datang, saya nak jumpa awak
dulu. Dah dua hari tak jumpa, rindulah.” Farhan kenyit mata pula.
Macam-macam bunyi dah keluar dari mulut
masing-masing. Nurin tahan rasa. Nak makan siku agaknya si Farhan ni. Cakap
macam mereka berdua sekarang ni dalam hutan. Lupa agaknya si Farhan ni yang
mereka dalam pejabat.
“Okeylah.. saya taknak kacau awak kerja.
Saya pergi dulu. Kita jumpa tengah hari nanti, ya?” kata Farhan lagi sebelum
dia bangun.
Nurin tak angguk, tak juga geleng. Hanya
mata melihat susuk Farhan yang menjauh. Nurin buat-buat khusyuk tenung kertas
A4 putih depan mata walaupun tahu sekarang ni semua mata tengah pandang dia.
Malas dia nak ambil tahu.
“Nurin, you rapat dengan Farhan ke?”
Nura berminat untuk tahu.
Nurin cari Farhan. Haa.. kan dah cakap.
Hilang je bayang Farhan, mesti ada yang sibuk.
“Rapat? Macam tu je la. Kawan,” balas
Nurin. Ya.. hakikatnya Farhan je la kawan yang betul-betul dia rasa kawan. Dari
mula dia kerja, sampailah dah seminggu berlalu, hanya ada Farhan yang sudi
menemaninya dan memberi tunjuk ajar selain Eves.
“Untung you, Nurin. Ramai yang nak kenal
dengan Farhan tu. Tapi, you baru seminggu kat sini dah boleh dekat dengan
Farhan,” bicara Nura lagi. Ada baur-baur cemburu dalam ayatnya.
Nurin cuma senyum. Yang kau sibuk
kenapa? Dengki? Malas Nurin nak balas balik. Dalam hati menghalau Nura balik ke
tempat dia. Nak halau depan-depan, kurang ajar sangat pulak nampak. Menyemak je
nak ajak orang bergosip. Sebab ni la dia rapat dengan Farhan je. Sebab dia rasa
Farhan ikhlas.
“Tapi, you hati-hati, Nurin. Farhan tu
lebih kurang macam big boss kita tu je. Kaki perempuan. Paling lama you
bertahan dengan dia pun I rasa sebulan kut.”
Weh.. apa kes ni sampai
bertahan-bertahan ni? Aku dengan Farhan bukannya ada apa-apa pun. Lantak dia la
nak kaki perempuan ke, tangan perempuan ke, kalau badan perempuan sekali pun,
apa kaitan dengan aku? Kami cuma kawan. Aku pun tak gila. Kenal seminggu dah
terjatuh hati? Huh.. bukan Nurin Areesa namanya!
Nurin senyum lagi. Dalam hati membuku
geram. Kalau bukan nak jaga hubungan baik dengan pekerja-pekerja di situ, dah
disembur dah si Nura ni. Ramai betul kat sini tak kenal Nurin siapa sebab
sekarang ni adalah Nurin versi perempuan melayu limited edition
gitu.
“Terima kasih atas nasihat dan pesanan
penaja you, Nura. InsyaAllah I akan berhati-hati,” balas Nurin.
-----------------
Dalam lebih kurang pukul 12.00 tengah
hari, Eves datang ke meja Nurin. Senyuman diberikan kepada Nurin.
“Ada apa, Eves?” soal Nurin pelik.
Jarang Eves turun ke tempat dia. Kalau
turun mesti kerana titah si malaun tu.
“I nak sampaikan pesanan dari bos.”
Dalam hati Nurin dah mengeluh. Haa.. kan
dah cakap. Tak lain dan tak bukan, mesti si Harraz Naufal punya angkara. Nak
apa lagi ni?
“Apa dia nak?” soal Nurin. Nak suruh aku
buat apa lagi ni? Kipas dia pakai daun pisang ke apa?
Eves cuma senyum.
“I ada berita gembira untuk you.”
Berita gembira? Apa dia? Mamat tu nak
ajak aku sign perjanjian Pangkor ke? Nak berdamai? Nurin menunggu Eves
menyambung kata.
“Bos pesan dekat I, dia suruh you kemas
barang-barang you kat sini and then you boleh pindah naik atas,”
kata Eves.
Nurin terdiam sesaat. Ni dia cakap
gembira? Naik atas tu maksudnya naik ke tingkat atas ke? Tingkat berapa? Enam
belas? Tujuh belas? Atau lapan belas?
“Naik ke mana, Eves?” soal Nurin.
Buatnya Harraz tu gila, tak mustahil dicampaknya aku naik rooftop.
“Tingkat lapan belas. Tempat you kat
sana dah dikemas. Tinggal you duduk je.”
Lapan belas? Lapan belas tu maksudnya
sama aras dengan mamat rimau tu kan? Waa… taknak naik! Tak gembira langsung.
Dah aman dah hidup dia di tingkat lima belas ni. Apa lagi agenda Harraz ni?
Eh, kejap! Nurin baru ingat satu benda.
“Bila dia suruh saya naik, dia takkan
suruh saya turun balik kan?” Nurin inginkan kepastian.
Tak mustahil Harraz suruh dia turun
balik. Macam kes buka staple lepas tu staplekan balik hari tu.
Sampai hari ni tak boleh lupa. Kerja paling bodoh yang pernah dia lakukan
seumur hidup. Kalau betul Harraz suruh dia turun balik, memang tak tengok bumi
la mamat tu besok!
Eves cuma ketawa mendengar kata-kata
Nurin.
“Takdelah. Takkan la bos nak buat macam
tu pulak. Macam budak-budak je.”
Huh! Dia tak tahu yang bos dia tu, yang
lebih budak-budak lagi dia dah buat.
“I rasa ni petanda bagus, Nurin. I rasa bos dah mula terbuka hati nak terima you
sebagai salah satu arkitek syarikat ni,” sambung Eves lagi.
Nurin diam lagi. Ya ke? Macam musykil
je?
----------------
Nurin letak barang-barangnya di atas
satu meja. Kemudian lepas nafas panjang-panjang. Penat betul mengangkut kotak
sederhana besar tu naik atas. Nasib baik dia baru kerja. Jadi takdelah banyak
sangat barangnya.
“Hye, Nurin. I’m Eric. Nice to meet
you. We’re teammate now.” Nurin ditegur oleh Eric. Bersama Eric, masih ada
beberapa orang lelaki dan perempuan yang dia tak sempat nak kenal sebelum ni.
“Ni Eddie, ni Ash dan ni Elfira.” Eric
memperkenalkan kawan-kawannya kepada Nurin.
Nurin senyum lagi seraya mata memandang
pemilik-pemilik nama itu. Saat terpandangkan Elfira, senyuman Nurin agak
berubah sedikit. Kemudian dimaniskan balik wajah. Sempat ditangkap riak Elfira
turut sama tak senang dengan kewujudan Nurin.
“Hai.. sila beri tunjuk ajar.” Nurin
berbudi.
“I dengar bos tak suka you. Betul ke?”
sempat Ash bertanya.
Nurin senyum pahit. Tak payah nak dijaja
cerita menyakitkan hati. Baik diam. Diam-diam pun, orang tahu juga.
“Don’t worry. Bos memang macam
tu. Kalau you nak diterima di sini, baik you ikut apa yang bos nak. Macam El.
Dulu bos tak suka. Sekarang bos sayang. Kan, El?” tambah Ash lagi.
Muka Elfira dah tak senang duduk.
“Huh.. malas nak cakap. Baik I sambung
kerja.” Kemudian Elfira berlalu. Jalan penuh gaya dengan stiletto merah
setinggi jari kelingkingnya. Dengan skirt pendek separas lutut dan dengan
bangga menayang mahkota emas celupnya.
Nak aku jadi macam tu? Sampai kiamat pun
takkan jadi la. Nurin geleng-geleng kepala. Kesal.
Nurin akan buktikan. Tanpa menjadi apa
yang diinginkan Harraz, dia mampu menjadi yang terbaik. Dia akan cuba! Dan dia
yakin Allah akan bersamanya.
-------------
“Nurin!” Panggilan itu buatkan Nurin
berhenti melangkah. Nak ke tandas pun tak jadi. Nurin berpusing.
Nampak Elfira berjalan ke arahnya.
Elfira? Nak apa?
“Ada apa, El?” soal Nurin.
“Kau ingat aku, kan?” soal Elfira.
Nurin tengok Elfira dari atas sampai
bawah. Kemudian senyum sinis. Geleng kepala lagi. Ke mana pergi baju kurung
kau, El? Mana hijab kau? Terhantuk ke tiang ke apa kepala minah ni
sampai-sampai boleh berubah 360 darjah macam ni?
“Tak.. aku tak ingat kau. Aku tak pernah
kenal orang nama Elfira ke, El ke. El yang aku kenal cuma L Infinite kumpulan
k-pop tu je,” balas Nurin. Entah apa-apa. Main hentam apa yang ada dalam kepala
je. Kumpulan k-pop pun boleh, Nurin.
“Baguslah. Kalau kau ingat pun, aku nak
kat sini kau buat-buat tak kenal aku.”
“Kenapa? Takut?” ejek Nurin.
“Sebab aku taknak ada apa-apa hubungan
dengan kau. Sebab bos tak suka kau.”
Lagi-lagi sebab Harraz. Makin tak suka
Nurin dengan Harraz.
“Sebab Harraz, kau buka semua? Kau dah
tak takut dosa ke?” Nurin kesal lagi. Lagi kesal sebab Elfira pada satu ketika
dahulu sangat pentingkan aurat boleh berubah hati seperti itu. Nipisnya iman
seorang manusia. Astaghfirullahalazim!
“Ya.. sebab Harraz. Aku taknak sebab kau
pula, dia jadi tak suka aku balik.”
Sesat dah jiwa budak ni! Nurin sedih
sendiri. Besarnya dosa kau, Harraz. Sebab kau, ada orang memilih untuk lupakan
Allah.
“Kau jangan risau. Aku takkan cakap aku
kenal kau. Cuma satu je nasihat aku. Jangan sebab lelaki, kau sanggup lupakan
Allah. Esok lusa, dia belum tentu lagi suka kau. Masa tu, kau jangan menangis
pulak. Bertaubatlah, El.”
“Kau ingat aku tak tahu agama? Satu hari
nanti, aku bertaubatlah. Tak payah nak ceramah bagai. Aku rasa aku yang kena
berpesan dengan kau. Kalau kau rasa kau taknak jadi macam aku, baik kau
berhenti dari syarikat ni. Sebab kau tak kenal Harraz. Bila dia tak suka,
macam-macam dia buat. Sampai kau akan ikut juga kata-kata dia nanti. Jangan
salahkan aku kalau-kalau satu hari nanti kau serahkan tubuh kau pada dia.”
Habis Elfira berkata-kata, dia berlalu
pergi. Nurin mengucap dalam hati. Tak percaya dengan kata-kata terakhir Elfira.
Adakah itu bermaksud mereka dah….
Astaghfirullahalazim! Nurin beristighfar.
Semua tak kena dalam syarikat ni. Sesat.
Gelap. Masihkah Allah melindungi syarikat ini? Nurin jadi takut sendiri
andaikata suatu hari nanti sesuatu terjadi kepada syarikat ini. Ikutkan hati,
dia nak betulkan segala-galanya. Tapi, apalah kuasanya? Dalam syarikat ini, dia
bersendirian. Tiada orang bersamanya. Masih mampukah dia?
---------
Nurin tenung Harraz yang sibuk meneliti
sesuatu dalam macbook Applenya itu. Entah apa yang ditenung pun, Nurin
tak tahu. Senyap lagi antara mereka. Hanya bunyi aircond yang
kedengaran.
Haish.. apa motif Harraz panggil dia? Kalau setakat nak
jadi mak pacak lepas tu pandang muka handsome dia tu, baik cakap
awal-awal. Mesti dibawa dah popcorn tak pun air coca-cola supaya dia
boleh puas tenung muka kacak Harraz sampai subuh besok.
Wajah Harraz diteliti lagi. Memanglah
kacak. Kening tebal. Mata pula, boleh cair tengok. Hidung mancung. Bibir merah.
Tapi, alangkah indahnya kalau peribadi dan agamanya pun cantik. Pasti tiada
cacat celanya.
Teringat balik kata-kata Elfira tadi.
Nurin mengeluh tanpa sedar. Keluhan itulah yang buatkan Harraz angkat muka.
“Aku panggil kau masuk ni, bukan nak
suruh kau mengeluh.” Suara Harraz buatkan Nurin bangkit ke alam nyata. Dia
pandang Harraz.
Dah tahu panggil aku bukan nak suruh aku
mengeluh, kenapa tak cakap-cakap lagi? Bolehlah aku blah cepat-cepat dari
tempat ni. Nak tunggu aku belai ala-ala dayang layan maharaja atau suap anggur ke
mulut dia dulu ke baru nak cakap?
“Ada apa Encik Harraz nak jumpa saya?”
“Kau tahukan semua orang sekarang ni
tengah kejar due date projek kat Setiawangsa, kan?”
Nurin angguk. Encik Yaziz ada cakap
tadi. Tapi, disebabkan dia masih baru, tak semua maklumat diberitahu.
“So, peranan kau dalam kes ni
adalah tolong Eric. Dia ada banyak kerja. Yang mana kau rasa kau boleh buat,
kau buat. Faham?” Harraz beri arahan.
Itulah alasan kenapa Harraz panggil Nurin
berpindah tempat kerja. Projek Setiawangsa sangat penting. Dia nak kurangkan beban
semua orang yang terlibat dalam projek itu. Memang Nurin je la calon yang terbayang
dalam kepala dia sebab senang dia nak suruh Nurin macam-macam.
Tolong Eric tu, maksudnya terpaksa
bersemuka hari-hari dengan Elfira ke? Huh! Tak sukanya. Yang tak suka tu la
yang selalu dapat. Tapi, Nurin tak berani nak beri komen memandangkan ni tugas
rasmi pertamanya.
“Any doubts?” Harraz angkat
kening pandang Nurin.
Nurin turut pandang Harraz. Sebab mamat
ni la, aku dah tak tahu nak bersemuka macam mana dengan Elfira. Haish!
Apa yang dicakap Elfira kembali terngiang-ngiang. Nak-nak lagi part yang
paling last sebelum minah tu angkat kaki tadi.
Semuanya sebab Harraz la! Nurin rasa
macam nak siat je daging Harraz kalau boleh.
“Aku tanya, kau ada soalan tak?” Harraz
kuatkan suara.
“No
questions.” Nurin menjawab.
“Yang kau tenung aku macam tu kenapa? Aku handsome
sangat ke hari ni?” Nurin tengok dia sekarang ni macam nak dilenyek-lenyeknya
jadi lepat pisang.
Nurin cuma senyum. Agak sinis. Aku
tenung kau sebab kau handsome? Waklu.. dalam mimpi la! Memang kau handsome,
tapi tak bermaksud aku tengok kau sebab kau handsome. Oo.. ada cita-cita
nak dengar aku cakap dia handsome nampaknya. Okey..
“A’aa.. encik handsomeee sangat
hari ni. Sebab tu tak puas mata saya tengok.” Hah! Ambik kau! Kau tak kenal
habis Nurin Areesa lagilah, Harraz!
Puas hati Nurin tengok muka Harraz yang
agak terkejut. Mesti tak sangka Nurin berani cakap macam tu. Tu baru dia cakap
macam tu. Nasib baik tak kenyit mata. Kalau dia kenyit mata, mahu cardiac
arrest Harraz. Tapi, itulah.
Yang kena buat CPR dia juga nanti sebab cuma dia dan Harraz dalam bilik tu.
“Kalau takde apa-apa lagi, saya keluar
dulu.” Nurin minta izin. Sempat hadiahkan senyuman paling manis pada Harraz.
Dengan niat nak menyindir sebenarnya.
Harraz melihat Nurin keluar. Gila budak
tu! Tak sangka Nurin akan buat macam tu. Tindakan gila Nurin kadang-kadang
buatkan dada Harraz rasa berdebar. Haish.. itu baru namanya gila!
hehehhe.... nk lg n3 bru... ap la yg akn jd lpas nie... hehehehehe
ReplyDeleteTq anjell yg baik hati... muah
ReplyDeleteWah bestnya habis la harraz kalau nurin buat keje lagi gila haha gila bayang kau..... bestt gud job anjel 👍👏💞
ReplyDeleteLawak betullah nurin...hehhehe..bikin harraz lg pusing;)
ReplyDeleteRindu sungguh ! sy tau awk bz.. dlm kesibukkan sempat jua up kan n3 baru.. thanks a lot.
ReplyDeleteBaru jumpa buku dgn ruas...seronok2.
ReplyDeleteTq anjel.
~k.min~
tuh beru jer bedebar harraz...nk rase lak jantung mu jatuh tergolek golek...bila diri mu nan encom di reject tampa di adili olih si nurin..mase tuh siang ngan malam kot2 mu dh tk perasan....hehe...caya lh nurinnnnn....
ReplyDeleteHe he... Best best.. Jgn lme sgt tau update entry bru.. Hehe
ReplyDeleteBest..best..nyampah dengan elisa tu..harraz dok pandang dia pun..gud job nurin kasi jantung hararaz tu jatuh bergolek-golek..harap dapat ke versi cetak yep..
ReplyDeleteEila
best 3x.
ReplyDeletei like it angel
ReplyDeleteap ingat nurin x boleh buat ke?
ReplyDeleteBuku bertemu ruas. Ekekeke
ReplyDeleteWahhh... Best!! Thanks sis anjell :)
ReplyDeleteDidn't expect to get the new entry this soon... Hehe...
*Kira soon laa kan, sebab sebelum ni ada yg lagi lama tggu ;) Dan penantian yg sgt berbaloi... *
nurin memang tak makan saman.. kan harraz dah gelabah.. haha
ReplyDeleteHa..ha..ha..baru padan dengan harraz..selama ini dia ingat semua staff suka kat dia....anjel, next entry please...kak fadz tunggguuuuu....
ReplyDeletekan dh kena 'Kuch Kuch Ta Hai" Harraz tue...hahaha...
ReplyDelete-syadysl-
U tlupe ltk "Ho" la.. Haha
DeleteIes@-ro¢k
Bagus nurin..kalau si haraz tu bg satu..balas dgn dua atau tiga..biar dia reti diam..papepn thanks anjell..ai mmg layan sume cite u..infact dah ada koleksi novel u...suka cara penulisan u..dlm serius ada humor n sedih..cukup perasa gitu..terbaik ah..
ReplyDeleteNak lagi. Tak sabar nak tengok ripe harraz kena dgn nurin....suka perkataan "waklu"....sempoi...
ReplyDeleteBest sgt..suke watak nurin yg slambe...
ReplyDeleteNk lagi....makin mnrk la plk..nk harraz....nurin cool je..hehehe
ReplyDeleteDah diterbitkan ke ?
ReplyDelete