Sehelai lagi dibelek. Boringnya.. Dah dua hari Damia menginap di rumahnya, memperkenalkan lelaki itu kepada saudara-maranya. Senang pula lelaki itu mengambil hati semua orang. Oh.. lupa! Memang Tengku Aaron mempunyai aura dalam memikat hati orang. Sebab tulah kot dia jadi playboy berjaya. Semuanya memuji dia pandai mencari suami. Lengkap segala-galanya. Walaupun dia kurang senang, tapi Damia hanya mampu mendiamkan diri. membuka mulut bermaksud dia akan memburukkan suaminya ataupun akan berlagak riak tentang suaminya.
Dan baru semalam majlis sambut menantu diadakan di rumah mewah Tengku Aaron. Penat betul melayan semua tetamu. Penat melayan masa majlis persandingan pun tak hilang lagi. Dah berganda-ganda dah penatnya. Dahlah tetamu tak putus-putus. Kalu dah berada dalam dunia bisness, macam nilah. Ramai kenalan.
Malamnya pula, sempat pulak dia bergaduh dengan Tengku Aaron gara-gara rebutkan tempat tidur.
“Penatnya badan…” Tengku Aaron yang baru masuk bilik terus merebahkan tubuhnya pada tilam empuknya.
“Malam ni aku nak tidur atas katil.”
Kenyataan selamba Tengku Aaron yang hampir membuatkan Damia terjelupuk jatuh. Terkejut punya pasal! Cramp lidahnya sekejap.
“Habis.. saya nak tidur mana?” Tengku Aaron tayang muka bodoh.
“Suka hati kau. Ni bilik aku, suka hati aku la nak tidur mana. Aku dah tak sanggup nak tidur kat sofa. Aku rasa belakang aku ni dah pegal semuanya gara-gara tidur kat sofa punya pasal.” Tengku Aaron duduk daripada tidurnya.
“Takkan saya pulak nak kena tidur kat sofa?” Damia tak percaya.
Tengku Aaron angkat bahu. “Terpulang. Kalau nak tidur sebelah aku pun rasanya tak kisah.”
Tidur sekali dengan dia atas katil tu? Huh.. tak pernah terjadi! Aku rela tidur bawah katil. Bukannya boleh percaya Tengku Aaron. Dia kena mengalah ke malam ni dan esok? Damia mengeluh.
“Okey.. fine. Saya tidur kat sofa,” putus Damia.
Terangkat kedua-dua kening Tengku Aaron. Tak percaya Damia boleh mengalah begitu mudah. Biasanya Damia suka berdebat dengannya sehingga kadang-kadang nak je dia gam UHU-kan mulut perempuan tu biar diam.
“Kenapa? Kau takut?” cabar Tengku Aaron. Cuba bakar hati wanita itu.
Damia diam. Mestilah takut. Kenapa lelaki tu suka sangat bertanya dia takut ke tak? Kalau dia jawab takut, sengih melebar sampai mulut terkoyak agaknya. Damia tahan geram. Hanya mampu bersabar dengan perangai Tengku Aaron yang karenahnya macam-macam.
“Siapa cakap saya takut? Saya taknak sebab awak tu kuat berdengkur. Macam gajah tak cukup nafas je,” bidas Damia geram. lupa sekejap yang dia sedang bercakap dengan lelaki bergelar suaminya.
“Bila masa aku berdengkur?” soal Tengku Aaron. Tak sangka Damia berani berkata sebegitu. Tapi dia lebih suka daripada Damia bisu mengalah.
“Dahlah.. saya penat nak tidur. Good night.” Damia dah malas layan. Memang lelaki tu tak berdengkur. Cuma mulutnya yang gatal nak menjawab. Sebelum hal tu melarat-larat, baik dia tidur dulu.
Damia melangkah ke arah katil bersaiz King tu untuk mengambil satu bantal.
“Taknak bagi good night kiss ke?” usik Tengku Aaron dalam senyuman menggoda yang dibuat-buat. Sempat Damia menjelingnya.
“Dalam syurga,” balas Damia sebelum berlalu ke sofa kulit yang berada di hujung bilik itu. Meletus ketawa Tengku Aaron akhirnya.
Sakit telinganya dengar suara macho itu. Bahagianya hidup dia lepas sengsarakan hidup orang. Damia membebel-bebel kecil. Tapi bila difikir-fikirkan balik, memang kesian lelaki itu. Dah beberapa hari dah dia mengalah dengan aku. Orang kaya macam dia mesti tak pernah tidur selain tilam mahal macam dia punya tu. Takpelah.. bagi peluang pada Tengku Aaron pulak malam ni.
Damia terus menguap. Perlahan-lahan mata memberat sehingga dia tertidur. Dan yang anehnya bila dia bangun pagi tadi, best je dia berselubung dengan comforter tebal yang harum mewangi. Comforter? Bagaikan baru tersedar sesuatu dia terus bangkit. Jelas tubuhnya yang sedang berbaring atas katil. Katil? Patutlah lena je tidur dia semalam. Eh, kejap! bukan ke Tengku Aaaron tidur atas katil ke semalam? Dia mula cemas. Sebelahnya dipandang. Kosong! Mana Tengku Aaron?
Hujung bilik itu dipandang. Nampak Tengku Aaron yang lena beselimutkan kain pelikat miliknya diatas sofa yang patutnya menjadi tempat beradunya semalam. Damia pelik. System barter ke? Macam mana dia boleh ada atas katil ni? dan secara logiknya mestilah Tengku Aaron yang mengangkatnya. Takkan la dia yang angkat Tengku Aaron? Tapi.. kenapa langsung dia tak sedar? Ni semua penat punya pasal. Kalau Tengku Aaron apa-apakan dia semalam, memang tak lihat bumi lelaki itu hari ni. Hih, ngeri!!
Bunyi pintu terbuka menyedarkan Damia daripada lamunan panjangnya. Tengku Aaron baru masuk bilik. Ke mana menghilang pun tak tahu.
“Baca majalah Remaja? Sedarlah diri sikit yang kau tu dah tua.” Tengku Aaron tergelak sakan.
Damia pandang pada majalah di tangannya. Sindir dia la tu! Ada aku susahkan kau ke kalau aku baca Remaja? Damia tak puas hati. Aku ni masih remaja kalau tak kena kahwin dengan kau.
“Jelous nak baca jugak la tu. Don’t worry. Lepas saya abis baca, saya bagi awak,” jawab Damia mendatar.
Majalah di tangan ditutup dan diletak ke tepi. Dah hilang mood nak baca gara-gara Tengku Aaron. Pemusnah mood orang betullah. Kerja Tengku Aaron sepanjang hari ni adalah menghadap laptopnya. Oh, bukan! Kerja ni dah terjadi sejak awal-awal mereka cuti lagi. Bila ditanya, katanya nak siapkan kertas kerja. Aik?? CEO pun buat kertas kerja ke? Ingatkan kerja goyang kaki je. Tapi, kalau bab kerja memang dia tabik spring dengan lelaki tu. Siap suruh Adam bawakan fail-fail dari pejabat lagi. Workhalolic betul. Dan yang tak seronoknya, bila lelaki itu bosan, Damialah yang menjadi sasarannya.
Tengku Aaron tak balas kata-kata Damia. Dia terus ke arah sofa. Nak sambung kerja yang tergendala sekejap tadi.
“Esok kita pindah rumah baru. Petang ni orang-orang aku akan pindahkan barang. Kau dah siap packing semua barang-barang kau, kan?” soal Tengku Aaron.
Damia angguk. Sememangnya sudah lama dia bersedia.
“Tapi semua barang ada kat rumah orang tua saya.”
“Takpe.. nanti aku suruh dorang ambik kat sana. Aku start kerja lusa, kau bila?”
“Lusa jugak.” Damia memang tak sabar-sabar nak kerja. Takde maknanya dia nak terperap lama-lama dalam rumah. Sangat bosan. Apatah lagi menghadap Tengku Aaron.
“Rumah baru kat mana?” soal Damia ingin tahu. Sememangnya dia tak tahu di mana rumah baru mereka. Tengku Aron pun bukannya reti-reti nak bagitahu dia. Kalau jauh dari tempat kerjanya, payahlah. Macam mana dia nak pergi kerja? Dahlah kereta pun tak beli lagi.
Tengku Aaron memandang Damia yang sedang duduk bersandar pada kepala katil.
”Betul nak tau ni?” soal Tengku Aaron.
“Ya.. betullah. Cakaplah,” gesa Damia.
“Hmm…” Tengku Aaron berpeluk tubuh. Keningnya dikerutkan seolah-olah sedang mengingati sesuatu. Wajahnya bertukar serius.
Damia juga serius mendengar. Buatnya rumah baru mereka kat Seremban macam mana? Tengku Aaron bukan boleh dipercayai sangat.
“Dalam syurga.” Tengku Aaron sengih.
Rasa nak hempuk je kepala Tengku Aaron. Damia bangun. Malas dia layan lelaki itu. Buat penat tadah telinga semata-mata nak dengar jawapan mengarut lelaki itu! Dia melangkah ke arah pintu. Main-main pulak dia, ya! Copy paste ayat aku pulak tu.
“Nak ke mana tu?”
“Syurga. Nak ikut?”
Tengku Aaron hanya tergelak melihat Damia menghilang.
--------
Fuhyoo!! Ni rumah ke istana kayangan ya, Tengku? Damia hanya memerhati rumah banglo dua tingkat yang tersergam indah di depan matanya. Belum lagi air pancut buatan yang berada di tengah-tengah laman rumah. Sekeliling air pancut besar itu pula ada kereta-kereta Tengku Aaron. Itulah rumah yang dibeli oleh suaminya sempena perkahwinan mereka. Gila betul! Buat apa rumah besar-besar macam ni? Yang kena kemas, aku. Yang letih aku jugak. Tiga hari tiga malam ni kalau nak kemaskan rumah besar macam ni. Kalau penyamun masuk ni agaknya memang tak payah dah menyamun seumur hidup.
“Kita duduk rumah ni?” soal Damia sambil merenung Tengku Aaron. Sememangnya barang-barang mereka sudah pun diangkat oleh orang suruhan Tengku Aaron pada semalam hari. Jadi mereka tak perlu lagi bersusah payah hari ni.
“Habis ingat aku datang sebab nak jual kau ke?” sinis Tengku Aaron. Damia buat tak dengar. Rasanya dia dah dapat terima kenyataan yang suaminya seorang yang sinis. Jadi dah tak berbekas dalam hati pun.
“Awak nak sewakan bilik untuk staf kat office awak sekali, ya?” Damia pula menyindir.
Tengku Aaron melangkah masuk ke dalam rumah mereka. Damia hanya mengekor. Makin kagum Damia melihat perhiasan dalaman rumah itu. Lampu chandelier kristal yang bergantungan di tengah ruang nampak mewah sekali. Bila pandang lantai rumah pula, perghh…. Boleh dibuat tilik muka! Ok.. masalah cermin pecah dah boleh diatasi.
“Dalam rumah ni banyak bilik. kau pilih bilik mana yang kau nak tapi master bedroom is mine.” Ketika itu mereka dah naik tingkat atas.
Damia memandang bilik-bilik yang berada di tingkat atas. Empat buah semua. Campur tingkat bawah semuanya tujuh bilik. boleh pilih bilik sendiri ya?? Ni yang seronoknya! Hooreyy.. boleh berjauhan dengan mamat tu.
“Emmm.. master bedroom yang mana?” soal Damia. Dapat dirasakan yang master bedroom dah macam tiga buah bilik rumahnya dulu. Ada sebab dia bertanya. Sebab dia nak pilih bilik yang paling jauh dengan Tengku Aaron. Hehe..
“Ni bilik aku. Kalau macam tu, tu bilik kau,” selamba Tengku Aaron putuskan segala-galanya sambil menunjukkan sebuah bilik bersebelahan dengan biliknya.
“Saya tak cakap pun yang saya nak biik tu.” Damia tak puas hati.
“Aku yang cakap. Senang sikit kalau kau dekat dengan aku. Takdelah aku nak kena jerit kalau nak panggil kau.”
Damia tahan geram. baik tak payah suruh pilih bilik tadi! Senget betul.
“Sekarang ni, kemas bilik aku. Aku nak keluar kejap. ada kerja.” Tengku Aaron keluarkan arahan lagi. Segugus kunci di tangan diberi kepada Damia.
Damia hanya mampu pandang Tengku Aaron yang berlalu pergi. Dah macam bibik dah rasanya. Nak tak nak, kena buat juga. Damia mengeluh sebelum cuba membuka pintu bilik Tengku Aaron. Kunci! Damia pandang pula kunci dalam tangannya. Adoi.. mesti ada guna kalau Tengku Aaron tinggalkan benda ni.
Tapi…
Damia angkat kunci itu. Segugus! Hampir dua puluh kunci rasanya. Kena cuba satu-satu ke?
“Aaron Shah… kalau ya pun nak keluar, cakaplah yang mana satu kunci bilik ni!” bebel Damia geram sambil mencuba nasib membuka tombol pintu dengan semua kunci dalam gugusan itu.
haha..notti t.aaron nih
ReplyDelete