Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday, 1 January 2012

Eksperimen Cinta (BAB 6)

BAB 6

Aduh, letih Damia rasa! Dia terpaksa ulang-alik dari bilik meeting yang dijadikan bilik bertapa untuk hari ni ke bilik Tengku Aaron. Masuk kali ni dah lima kali.

     “Kesian saya tengok awak. Asyik ulang-alik je,” tegur Tengku Aaron ikhlas. Tengok.. Tengku Aaron pun perasan.

     “Apa kata awak stay je dalam bilik saya? Jimat masa dan tenaga,” cadang Tengku Aaron. Juga ikhlas.

     Duduk berdua dengan dia dalam bilik ni? Huh! Aku rela bertawaf lagi. Nehi.. Never. Tak pasal-pasal jadi kes lain pulak. Dah la perangai tu bukannya boleh nak percaya.

     “Takpe, Tengku. Saya perlukan ketenangan. Saya pun tak nak ganggu Tengku. Plus, walking is an exercise,” jawab Damia sespan mungkin. Tidak mahu mengecilkan hati Tengku Aaron. Damia senyum. Betul tu. Dia yang tersedia kurus agaknya boleh tertinggal tulang je.

     Keluar dari bilik Tengku Aaron, betul-betul depan pintu masuk, Damia hampir terlanggar seseorang.

     “Err.. sorry,” cepat-cepat Damia minta maaf.

     “Hei.. tak nampak orang ke? Idiot,” tengking perempuan itu.

     Damia angkat muka. Amboi, bahasa? Sebal hatinya melihat pemakaian perempuan itu. Ingat ni pertandingan American Top Models ke? Pakai dress atas paha je? Nasib baik la kaki takde kudis. Kenapa la tak naik je kurap setompok dua? Baru la reti nak tutup!

     “Dah.. pergi,” halau perempuan itu dengan selambanya macam syarikat ni bapak dia yang punya. Tak tahu la kalau tu adik Tengku Aaron. Tapi, nampak muka tak sama langsung. Kulit perempuan tu pun gelap. Macam India je aku tengok. Best Damia mengutuk sebelum buka langkah.

     “Siapa tu?” soal Damia kepada Mellisa. Kebetulan bertemu..

     “Tu Cik Lysda.”

     Ooo.. Agaknya girlfriend dia kot… Kenapala girlfriend-girlfriend Tengku Aaron ni takde tatasusila semuanya? Penat…
-------
“Ehh.. Mana pulak kertas ni?” rungut Damia lagi.

     Dah setiap fail sudah dibelek. Tapi, tetap tak jumpa. Mana kau menyorok, wahai kertas? Tiba-tiba Damia tepuk dahi. Allah..

     “Mesti tertinggal dalam bilik malaun tu.”

     Arghh.. malasnya dia nak kembali ke bilik Tengku Aaron. Dahlah jauh bilik tu. Kena naik setingkat. Waa.. kenapa boleh tertinggal ni? Tula.. Tengku Aaron suruh stay bilik dia, tak nak. Damia mengeluh. Nak tak nak, dia mesti pergi ambil sebab dia memang perlukan kertas tu untuk siapkan tugasnya.

     Padan muka kau, Damia. Walking is an exercise. Banyakla kau punya exercise..

    ------
Damia ketuk pintu. No respon. So, dia redahla macam biasa. Betul-betul tak sangka dapat tengok freeshow. Tergamam habis. Nasib baik tak pengsan je dia. Dan masa tulah Tengku Aaron cepat-cepat rungkaikan pelukan perempuan seksi itu pada lehernya.

     Tengku Aaron pandang laptop. Lysda merengus kasar. Marah kot sebab dia kacau adegan romantik tu. Agaknya apa yang akan berlaku kalau Damia tak redah tadi? Ah.. Amal makruf, nahi mungkar!

    “Haa.. awak nak apa ni?” Suara Tengku Aaron sama ada memang betul nak marah atau sengaja nak tutup malu dan rasa bersalah.

     “Saya ketuk pintu. Tapi, takde respon, jadi saya masuk la. Saya nak ambil kertas saya yang tertinggal.” Damia menjelaskan niatnya. Kononnya tak kisah dengan apa yang berlaku tadi padahal hati sentap habis. Entah berapa kilo sumpah seranah kepada lelaki itu.

     “Ooo.. ni dia.”

     Kertas A4 putih itu bertukar tangan. Langsung Damia tak peduli dengan Lysda yang tengok Damia macam nak kasi tembus. Damia tetap tenang. Tapi, dalam hati tengah tahan rasa menyampah yang amat. Betul la orang kata, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Buaya darat ke buaya platinum? Entah..

     “Kalau takde apa-apa lagi, saya keluar dulu.” Damia mula melangkah. Sampai depan pintu, dia berpaling.

     “Oh, ya! Bukan nak menyibuk. Tapi, sebagai umat Islam yang mempunyai tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran, saya rasa eloklah kalau Tengku dan Cik Lysda cepat-cepat kahwin kerana antara seorang lelaki dan seorang perempuan bukan muhrim, ada syaitan di tengah-tengah...”

     Free-free Damia bagi ceramah. Kaw-kaw dia Clorox. Siap campur varnish lagi.

     “Sekian tazkirah untuk hari ini, wassalam.” Damia keluar.

     Tak peduli dah dengan riak Tengku Aaron dan Lysda yang jelas-jelas tergamam. Dan tak peduli juga dengan Adam yang tengah terkekek-kekek ketawa menekan perut yang berdiri betul-betul di depan pintu masuk bilik CEO.

     Entah apa yang lucu, Damia sendiri tak tahu. Nasihat je..
----------
Selepas kena berus dengan Damia, Lysda terus angkat kaki. Patah mood nak bersama Tengku Aaron. Tak tau pulak syarikat Tengku Aaron dah ada ustazah sorang. Dan hidup Tengku Aaron kembali tenang tanpa gangguan Lysda. Syukur juga sebab Damia Dah jadi penyelamat biarpun dah dapat kuliah free hari ni.

     Namun, ada satu hal yang buat dia geram. Adam! Sakit hati dia tengok Adam yang dah sakan gelak. Dia tak rasa sikit pun lucu.

     “Wei, diamlah!” Rasa macam nak humban je Adam dari tingkat lima puluh lima ni. Tapi, kalau betul terjadi grenti sahabatnya itu jadi arwah. Dia masih sayangkan Adam. Sengal-sengal Adam pun, tulah kawan dia dunia akhirat.

     “Sorry, bro. So lawak la. Aku memang tak boleh nak ingat. Tambah pulak bila ingat muka tergamam habis si Lysda tu.” Adam kembali ketawa.

     “Sekian tazkirah untuk hari ini, wassalam,”ajuk Adam. Sedikit sebanyak kata-kata Adam buat Tengku Aaron tersenyum. Betul la lucu!

     “Tak sangka betul dia berani nak brainwash kau. Memang kena berus directly proportional la. Clean and clear. Macam mana? Ada aura nak insaf tak?”

     Hai.. ni dah lebih ni!

     “Dam, kau pernah rasa tak macam mana model kapal terbang ni masuk mulut?” soal Tengku Aaron geram. Salah satu model kapal terbang Triumph Air yang menghiasi mejanya dah digenggam. Bila-bila masa boleh dilancarkan ke dalam mulut orang. Ketawa Adam dah mula mereda. Tapi sengih masih bersisa.

     “Betulla aku rasa dia ni sesuai untuk kau. Aku rasa aku setuju kalau kau nak jadikan dia wife kau.” Adam dah berdiri.

     “Even ni satu perkara yang kejam, and aku tak tau apa yang aku cakap ni salah atau betul, I wish you good luck to win her heart,” tambah Adam lagi sebelum keluar.
--------
Damia buat-buat selamba saat terasa bagaikan diperhatikan. Angkat muka, memang betullah andaiannya. Tengku Aaron tengah asyik memandangnya. Naik segan Damia dibuatnya.

     “Kenapa Tengku tengok saya macam tu?” soal Damia. Kalau ada tiga mata, agaknya ketiga-tiga mata detenungnya aku. Agaknya dia marah kot sebab kena ceramah tadi? Nak balas dendam? Entah la..

     “Nak cuci mata pun tak boleh ke?”

      Nak cuci mata pun tak boleh ke? Hii..aku korek jugak mata dia ni! Aku datang sini bukan nak suruh kau cuci mata. Dan aku pun tak nak cuci mata. Tak boleh la wei... Kalau kau tenung aku macam tu, buatnya aku jatuh cinta dengan muka kacak membunuh kau tu, tak ke haru? Tak kesian ke aku? Nanya wei.. nanya.

     “Pandangan mata seorang lelaki kepada perempuan atau sebaliknya mesti dijaga. Kalau tak nanti jatuh ke hukum zina mata,” sekali lagi Damia bagi ceramah. Tersenyum Tengku Aaron mendengarnya. Ni mesti cita-cita masa kecik nak jadi ustazah ni. Kesian.. Tak kesampaian.

     “Awak ingat tak perbincangan kita yang sebelum ni yang tak sempat habis lagi,” kata Tengku Aaron tiba-tiba. Damia cuba mengingat.

     “Yang mana, ya? Rasanya semua dah habis.”

     “Awak dah lupa..”

     “Saya tak ingat la pulak…” Damia cuba mengingat. Betulla takde.. konfem!

     “ Saya pernah offer awak, nak jadi isteri saya tak?” Terus tegak duduk Damia.

      Sengal la dia ni. Isu tu jugak yang dibangkitkan. Tu out of the issue la!

     Damia tak dapat tahan daripada nak tergelak. Sampai nak berair matanya gelakkan ‘offer’ Tengku Aaron. Bila angkat muka, tajam pandangan lelaki itu mencecah matanya. Terus putus tawa Damia.

      Jangan cakap dia serius pulak!

     “I’m serious.”

      Betulla dia serius. Damia sudah berdebar. Hal-hal macam ni, tak boleh dibuat main! Apa dia ingat aku ni anak kucing ke? Aku anak orang, tau? Ada mak bapak. Dasar gila nak berbini!

     “Saya betul-betul nak awak jadi wife saya.” Kali ni dah bunyi macam satu paksaan pulak. Betulla dia ni gila talak. Hati Damia dah meradang. Tapi, memandangkan Tengku Aaron orang penting bagi syarikatnya, diskaun lima puluh peratus suhu marahnya. Sabar.. Sabar..

     “Jangan macam tu, Tengku. Nanti kecut habis segala organ dalaman girlfriend Tengku.” Damia cuba berhemah. Hati dah berdebar bukan main melihat riak serius Tengku Aaron. Ni part yang paling dia tak suka. Bila Tengku Aaron bermuka serius! Waa.. Ngeri seh.. Nak lawan pun kena fikir dua tiga kali dulu.

     “I’m very serious,” tekan Tengku Aaron lagi. Bukti yang dia memang tak main-main.

     Terus terdiam Damia. Suara pun tak berani nak keluar. Apa hal pulak ni nak paksa-paksa orang kahwin ni? Kenal pun tak berapa. Beraninya dia? Kalau aku ni kaki kikis, macam mana?

     “Ingat saya cakap, you will find out? This is what you found out. Atau awak betul-betul nak saya tarik sponsor RM300 million tu?” ugut Tengku Aaron.

     Dah main ugut-ugut la pulak. Damia dah tak sedap duduk. Syarikat.. Syarikat jugak! Tapi hal jodoh jangan dibuat main.

     “Tapi Tengku, kahwin bukan sampai esok je. Tengku boleh mintak apa je. Asalkan bukan yang ni. Ni melibatkan future saya. Juga future Tengku.”

     “Well.. saya tak kisah. I can create my future. Pokoknya, saya nak awak kahwin dengan saya. Titik.”

     Waa.. Damia dah rasa nak nangis. You can create your future. But you can destroy my future too!! Umi.. tolong!! Kalau Tengku Aaron pokoknya nak kahwin dengannya, dia pula jangankan pokok. Daun ke, akar ke, bunga ke… dia tetap tak nak kahwin. Tambah pula dengan Tengku Aaron yang memang dah kena blacklist jadi calon suaminya.

     “Cuba awak bayangkan. Apa yang akan terjadi kat Raffi Holdings kalau saya tarik balik sponsor ni. Boleh jatuh muflis, tahu? Dan awak pun akan hilang kerja.” Dengan berlagak nak mati, Tengku Aaron berkata.

     Huh! Sombong dan pentingkan diri sendiri.

     “Damia.. Damia.. don’t be too selfish. Awak nak ke semua orang tahu yang gara-gara awak, Raffi Holdings jatuh? Semua orang takkan pandang salah saya. Percayalah.. Sayang.. Syarikat tu baru je nak melonjak naik sekarang ni.” Tengku Aaron terus-terusan mengugut.

     Nak nangis Damia dibuatnya. Aku je yang dia nampak selfish. Habis, dia tu apa? Selchicken? Kalau tak setuju, tak mustahil Tengku Aaron melaksanakan kata-katanya. Kalau betul terjadi, sanggup ke dia bertanggungjawab. Tapi,takkan nak setuju pulak? Gila! Betulla ditelan mati emak, diluah mati bapa. Silap-silap dia pun boleh mati jugak.

     “Tapi..”

     “Think of it, Damia. I know it is hard for you. I give you one week to say yes,” putus Tengku Aaron.

     Damia terkaku di kerusi empuk itu. Hanya melihat langkah bergaya Tengku Aaron meninggalkan bilik mesyuarat. Bagaikan tak percaya dengan ugutan Tengku Aaron.


8 comments:

  1. paling x mehnahan la ... sekian tazkirah untuk hari ini .

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawak giler siot..selamba badak jer..mmg trbaekkk

      Delete
  2. yg pling best skali dngr damia tazkirah damia, hha! lwk thp

    ReplyDelete
  3. haha, ader plk Selfish tkr jadik SelChicken mmg otak genius laa penulis novel ni, Tabikk spana la kat kau.

    ReplyDelete
  4. SELCHICKEN HAHAHHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHA!

    ReplyDelete
  5. sekian..wassalam..muah ha ha..lawak le..mucho gracias cik penulis..lawak sei...

    ReplyDelete
  6. Cheryel Charissah12 November 2013 at 10:22

    i like hehe

    ReplyDelete
  7. kikiki,,gawat wey part nie

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )