BAB 24
“Bos, saya dah jumpa dah perempuan tu!”
Laporan daripada orang buahnya. Dia dah jumpa perempuan misteri yang
disuruhcari dahulu. Sangat lama masa diambil untuk membongkarnya.
Entah kenapa, hati Harraz tak teruja
langsung untuk mengenali wanita yang dijumpai itu. Melalui maklumat yang dia
dapat, dia yakin bukan Nurin. Cukup bila orang buahnya cakap, ‘berambut ikal,
dia tahu memang bukan Nurin.
Harraz keliru. Nama perempuan itu
Haslin. Model. Berbulan-bulan berada di Milan kerana kerjanya dan baru beberapa
hari pulang Malaysia. Sebelum Haslin dijumpai, dia terlebih dahulu jumpa Nurin.
Tapi, kenapa dua perempuan yang berbeza?
Harraz ambil keputusan untuk berjumpa
Haslin. Hanya itu caranya untuk dia pastikan kebenaran.
---------------
Dari jauh lagi, Harraz nampak seorang
wanita ranggi tengah duduk bersendirian di meja yang ditempahnya. Tak salah
lagi, itulah Haslin. Harraz tak terus melangkah. Tapi menganalisis Haslin dari
jauh.
Haslin duduk. Jadi dia tak boleh agak
tingginya macam mana. Berambut perang ikal mayang separas pinggang. Memakai blouse putih bersama skirt pendek paras
paha. Imej yang sangat berbeza dengan wanita misteri itu. Dia ke? Kalau ya,
entah kenapa, Harraz rasa kecewa.
“Haslin?” Harraz menyapa wanita misteri
itu.
Haslin angkat muka pandang Harraz. “Yes, I’m Haslin. You yang nak jumpa I tu
ke?”
Harraz duduk dulu. Dia diam tanpa
perkenalkan dirinya. Mata wanita di depannya dipandang. Rasa macam tak sama
dengan wanita misteri itu.
“Did
you remember me? Kita pernah jumpa.”
Terus deberi soalan ujian.
“Of
course. Harraz Naufal. The handsome and prodigious CEO of Harraz Holdings. We
met at Palace of Golden Horses,” jawab Haslin yakin.
Harraz agak terkejut. Dia pernah sebut
namanya dan pangkatnya ketika bertemu wanita misteri itu sebelum dia
ditinggalkan.
“You model terakhir Nashrain Lee dulu?”
Harraz minta kepastian.
“Yes,
I was.”
“But
you look different.”
“Well..
maybe sebab masa tu I pakai tudung,
pakai purdah. Sebab tu you tak kenal I masa tu,” jawab Haslin lagi.
Tapi Harraz tetap ragu-ragu walaupun
semuanya betul. Tapi, kenapa pula perempuan depan dia ni nak tipu?
“Well..
don’t worry. Semua tu cuma atas permintaan Lee. Kerja I memang kena pakai
apa yang disuruh pihak penganjur. Inilah I yang sebenar,” kata Haslin.
“Tapi, kenapa I rasa you tetap tak sama
macam dulu?” Harraz masih sangsi. Atau sebab di depan matanya sekarang cuma
terbayangkan Nurin?
“Memang I yang you cari, Harraz. You tak
yakin ke?” duga Haslin pula.
“Tapi, kenapa you lari dulu? Kenapa you
semacam mengelak bila berdepan dengan I?”
“Oh, masa tu I kena cepat. Sorry sebab ignore you.”
Harraz pandang lagi wajah Haslin.
Akalnya cuba yakinkan yang Haslin wanita itu, tapi entah kenapa hatinya tidak.
Susah nak percaya melainkan suruh Haslin pakai purdah. Tapi kalau dia suruh,
nak ke Haslin? Entah-entah Haslin cakap dia sakit mental.
Tiba-tiba terbayangkan Nurin. Nurin atau
Haslin? Nurin atau Haslin, Harraz? Mana pilihan kau sekarang ni? Kau nak siapa?
“Nampaknya, I tak salah cari. Memang you
yang I cari, Haslin. Did you know how
much effort I put to look for you? Betapa I gembira sebab akhirnya dapat
jumpa you.”
“Me
too, Harraz. I tak sangka you cari I. Kalau I tahu, dah lama I cari you
juga. I tak sangka our simple meeting
boleh buatkan you tercari-carikan I.”
Harraz senyum manis. “I look for you because I like you. Tak
pernah I rasa macam ni untuk mana-mana gadis. Tapi you berjaya buatkan I
tercari-cari you walaupun I tak nampak muka you macam mana dulu. I think you’re special.” Harraz
menyatakan apa yang dia rasa sekarang ni.
“Tapi, satu hal yang I nak pastikan. Can you hold my hand? So that I know it’s
really you.” Harraz hulurkan tangannya kepada Haslin.
“Of
course.”
Mana mungkin hanya dengan rasa tangan,
Harraz boleh cam perempuan itu. Tangan perempuan semua sama. Haslin ingin
menyambut huluran tangan Harraz. Yakin yang Harraz takkan dapat bezakan
tangannya dengan tangan sebenar perempuan yang dicari Harraz. Namun terkejut
bila Harraz tiba-tiba tarik tangannya.
Harraz senyum.
“Thanks
for the confirmation. And now, I’m definitely sure you are imposter. You’re
fake. Beyond doubt, you’re not her.”
Harraz bangun dari duduknya.
“Rancangan you sangat teratur. Semua
yang you cakap betul. I sendiri pun hampir-hampir tertipu dengan lakonan mantap
you. Kalau I buta, I memang dah ingat you ni dia. But one certain thing you don’t have but she has. She refuses to touch
me. She never accepts my hand shake. And to be precise, she hates skin contact
with non-mahrams of her,” jelas Harraz yakin. Terbayang Nurin di matanya.
Haslin terkedu. Terkejut bila Harraz
berkata begitu. Damn! Apa yang
diaturkan hancur. Penat dia atur rancangan nak jerat jutawan muda ni. Nampaknya
bukan rezeki dia kali ni. Harraz tak senang diperdaya rupanya.
“Macam mana you yakin sangat? Macam mana
kalau sebenarnya I orangnya. Macam mana kalau sebenarnya masa tu I sengaja
sebab nak jual mahal? You akan menyesal, Harraz.” Haslin masih cuba
memutar-belitkan cerita.
Harraz senyum lagi. Kemudian geleng
kepala. Dia yakin dengan firasatnya. Firasatnya tak pernah salah.
“From
the very first time we met, I like her. I fell for her beautiful eyes. Even
only eyes that I could see, but my instinct tells me you are not her. My heart
beats crazily in front of her. But not in front of you.”
Ya.. dan semuanya terjadi hanya bila
dengan Nurin. Harraz yakin memang Nurin orangnya.
“Oh, I lupa nak cakap sesuatu. Actually, I’ve met the real her. Tapi,
saja I nak pastikan lagi. You penipu. I tak tahu macam mana you boleh tahu
pasal ni. But, thank you sebab dah
buatkan I yakin yang I memang jumpa dia yang sebenar.”
Harraz angkat kaki sesudah berbicara.
----------
Harraz keluar dari restoran itu. Lega
tak tahu kenapa. Mungkin sebab Haslin bukan wanita misteri itu. Atau lega sebab
memang Nurin orangnya.
Nurin Areesa.. wanita itu adalah wanita
misterinya. Dekat tapi dia buta. Bukan tak pernah firasatnya menyatakan
persamaan Nurin dengan wanita misteri itu, tapi ego yang sentiasa menidakkan.
Tak mungkin budak itu mampu jadi model dalam majlis gah dulu.
Tapi, memang Nurin! Nurin yang selalu di
depan matanya. Tapi kenapa Nurin tak pernah sekali pun mengungkit pasal hal
ini? Berlagak macam tiada apa-apa di depannya.
Patutlah mata Nurin mampu buatkan dia
bukan dirinya. Sedih, marah dan gembira. Semuanya memberi kesan kepada Harraz.
Sering dia rasa bagaikan ada sesuatu pada wajah Nurin yang menariknya, tapi dia
tak dapat pastikan apa. Inilah rupa-rupanya. Apa yang dicari di depan mata.
Tapi kenapa dia tak nampak semua ni?
Arghh..
this damn feeling!
Tak sukanya! Kenapa kau kena ada dalam hati ni? Harraz tiba-tiba buntu.
Oh, Allah! Kalau betul Nurin orangnya,
tunjukkanlah kepadaku. Harraz berdoa dalam hati.
Harraz pandang ke arah kanannya. Nampak
Nurin. Tak keseorangan. Bersama Lee dan seorang lagi perempuan yang dia tak
kenal. Mereka bertiga. Bergelak ketawa macam dah lama kenal. Mereka tak perasankan
Harraz.
Dalam masa yang cukup singkat, doa
Harraz dimakbulkan. Itulah kuasa Tuhan. Harraz yakin yang wanita itu memang
Nurin. Tiada apa yang harus diragukan lagi.
-------------
Seminggu berlalu, kenapa Nurin rasa
Harraz dah berubah? Jarang Harraz menyerunya masuk menghadap. Dah tiada
titah-titah yang diturunkan untuknya. Kerja untuknya pun lebih senang gunakan
Eves sebagai orang pengantara. Pelik. Harraz marah dengan dia ke? Tapi, bila
dia bercakap dengan Harraz, tiada apa-apa yang berubah pun. Lagi pelik.
Nampak Eves datang ke tempatnya. Hati
dah teruja. Harraz panggil dia ke?
“Encik Harraz nak jumpa saya ke?” Nurin
terlebih dahulu tanya Eves. Eves geleng kepala. Rasa hampa.
“I saja je datang sini. Nak bagi ni. Bos
suruh bagi.” Eves serahkan satu sampul surat kepada Nurin. Nurin sambut. Rasa
keras. Macam kad. Kad apa? Kad kahwin ke? Harraz dah nak kahwin ke?
Cepat-cepat Nurin buka. Tak tahu kenapa
dada rasa berdebar. Laju mata scan
isi kad itu. Laa.. bukan kad kahwin Harraz la. Kad jemputan dari Datuk Khalil
ke majlis perasmian projek barunya.
Kenapalah dia boleh terfikir kad kahwin
Harraz? Nurin rasa nak gelak mengenangkan kebodohan diri. Ada ke fikir macam
tu?
“Siapa lagi yang dapat kad ni?”
“Supposedly
Eriq and Ash. Tapi sekarang ni kan dua-dua outstation.”
“Dorang takde. So, saya kena pergi sorang ke?” Nurin dah bimbang. Taknaklah dia
kalau pergi sorang. Jumpa Datuk Khalil pulak tu. Memang macam rusa masuk
kampung la dia nanti.
“Apalah you ni. Mestilah dengan bos. Bos
pun dapat juga. Nanti you pergilah dengan bos.”
Dengan Harraz? Nak ke Harraz ajak dia?
Harraz kan pernah cakap dia kolot. Takkanlah Harraz nak bawak dia? Memang tak
pergilah jawabnya.
Sebut pasal Harraz, tiba-tiba
teringatkan sesuatu.
“Dah lama tak jumpa bos. Dia okey tak
sebenarnya? Awak tak rasa macam ada sesuatu tak kena ke dengan dia?” soal
Nurin. Manalah tahu Eves pun perasan juga. Eveskan paling dekat dengan Harraz
kat pejabat ni.
“Betullah. I perasan dia dah lain macam
sikit sekarang ni. I tengok dia banyak diam dari bercakap. Muka dia pun nampak
penat sekarang ni. Banyak kerja sangat agaknya.”
Maknanya Harraz berubah bukan dengannya
saja. Kenapa Harraz jadi macam tu? Dia perasan sejak Harraz balik dari London
dulu. Ada kaitan dengan ‘sesuatu’ yang Harraz maksudkan dulu ke?
“You mesti sukakan, Nurin? Sebab bos dah tak
buli you dah.”
“Eh, mana adalah. Tapi saya pelik. Rasa
macam hidup tak lengkap je sebab tak masuk bilik dia,” kata Nurin jujur. Dan
lagi pelik bila dia mengharapkan Harraz bagi dia macam-macam kerja. Gila betul!
“Dia ada cakap tak pasal apa yang dah
jadi masa kat London dulu? Kenapa meeting
cancel?” korek Nurin lagi.
“Meeting tak cancel. Dia yang tak pergi.”
“Kenapa?” soal Nurin lagi. Lagi pelik.
Tapi Eves cuma angkat bahu. “He didn’t tell me.”
Apa yang sebenarnya terjadi kat Harraz
ni? Memang sebab ni ke Harraz nampak lain sekarang ni?
---------
“Nurin, bos panggil!” Eves menyampaikan
arahan bos.
“Bos panggil? Saya?” Nurin tunjukkan
dirinya. Tengok.. lama punya lama dia tak masuk bilik Harraz, bila kena
panggil, rasa macam kena seru menghadap menteri.
“Yalah.. ada berapa banyak Nurin dalam office ni? Youlah.”
Nurin patuh. Dia masuk ke dalam bilik
Harraz. Ketuk pintu macam biasa sebelum masuk.
Nampak Harraz tengah khusyuk menghadap macbook Applenya. Macam biasa juga. Riak
wajah Harraz pun, macam biasa juga. Serius bekerja dan senyap.
“Ada apa encik nak jumpa saya?” Dan dia
pun, macam biasa juga bertanyakan soalan rasmi masuk bilik Harraz.
Harraz angkat muka. Mata tepat
bertentang mata dengan Nurin. Baru sekarang Harraz nampak persamaan itu dengan
gadis misterinya. Kenapa lepas dia tahu hal sebenar baru perasan? Kenapa baru
sekarang dia perasan mata Nurin sangat cantik? Rasa sangat lama tak jumpa
Nurin. Dekat tapi jauh.
“Kau pergikan event Datuk Khalil Sabtu ni?” soal Harraz.
“Saya tak tahu lagi la, encik. Saya tak
biasa majlis-majlis macam tu. Malam pulak tu. Saya pun tak tahu abah saya izinkan
tak.”
“Kau kena pergi, Nurin. Kau je wakil
arkitek yang tinggal. Tak pergi nanti, apa kata Datuk Khalil pulak?”
“Tapi..” Nurin masih berat hati.
“Don’t
worry. You have me..” potong Harraz. Terdiam Nurin.
Don’t
worry. You have me.
Sedap la pulak telinga dengar Harraz cakap macam tu. Bunyi macam Harraz nak
lindungi dia pun ada.
Mengarut kau Nurin! Macam tak kenal
Harraz tu siapa?
“Tengoklah dulu. InsyaAllah.” Hanya itu
yang diputuskan. Janji macam-macam karang, terjadi sesuatu, orang cakap dia
mungkir janji pulak.
“I
hope you will.” Suara Harraz seakan-akan memujuk.
“Itu je la aku nak cakap. Kau boleh
keluar sambung kerja.” Harraz memberi izin kepada Nurin untuk keluar.
“Err..
encik! Encik sihat ke? Saya nampak muka encik macam pucat,” tegur Nurin.
“Ya ke? Aku rasa aku sihat je. Mungkin
sebab penat kut.”
“Kerja-kerja juga, encik. Tapi jangan
sampai lupa kesihatan. Makan kena on time.
Tidur pun kena on time. Kalau rasa
tak sihat, kena pergi jumpa doktor. Kalau encik sakit, siapa lagi yang nak jaga
Harraz Holdings ni?” Nurin membebel panjang.
Bila Nurin nampak Harraz terkebil-kebil
pandang dia, baru tahu yang dia dah membebel entah apa tadi.
“Err..
pedulikan apa yang saya cakap tadi.”
Harraz cuma senyum. Nurin dirasakan
sangat kelakar.
“Sayang jugak kau kat aku ya? Aku ingat
kau suka aku sakit,” usik Harraz.
Muka Nurin tiba-tiba merah. Tak tahu
kenapa dia jadi malu bila Harraz cakap macam tu. Padahal kalau dulu, mahu bisu
Harraz dibalasnya.
“Tak. Saya..”
“Ya.. ya.. aku gurau je la,” potong
Harraz cepat. Nak ketawa kalau tengok muka Nurin sekarang ni.
“Anyway, terima kasih sebab peduli. Nanti aku
ikut semua nasihat kau tu. Don’t worry.
Sakit ke, sihat ke, aku tetap akan jaga Harraz Holdings ni.”
“Err..
Saya keluar dulu, encik.” Nurin cepat-cepat ingin berlalu. Kenapa Harraz
sekarang nampak berbeza? Senyum dan kata-kata nampak ikhlas. Kalau tak kena
cara, boleh laju detakan jantungnya.
Ah, gila kau Nurin!
Yeehaaaa...saya org pertama..
ReplyDeleteTerima kasih anjell..
Sis anjell thanks for this entry...
ReplyDeleteSedeyhhhhh
Bukan sedih ape, sedih sbb entry TPI dekat blog sampai Bab 25 je :'(
It's hard to bid farewell to nurin and harraz...
Mohon lepas Bab 25 nanti sis anjell sekali sekala buatlah teaser ;p
Setuju...
DeleteSetuju sangat....kak anjell buat la teaser..blh la mengubati rindu nnt..hehe..
DeleteMacam berat sgt nak let go harraz n nurin slpas bab 25.....oh anjell syg do something please.....
DeleteYou're the best!
ReplyDeleteWaalaikumusalam...
ReplyDeleteDah bace dah komen..
Sudi sudilah balas komen jugak..hihii
I luv your story..gd luck anjell..
Hhlehe... Bestt!!
ReplyDeleteApa jadi erk kat London. Harraz x g meeting bukan cancel. Nurin mcm dh care je kat Harraz.
ReplyDeleteThanks Anjell.
Tinggal lg 1 bab je lg..sblm kena berpisah dgn haraz n nurin..sobsob. Btw wish u all the best, sis...
ReplyDeleteTgl 1 bab jer lg... compom rindu dkt nurin n harraz... btw penulisan anjell mmg de boommmm...hihihihiii permintaan utk last bab nt blh bg pnjng x cite nye... hihihihiii gud luk anjell.... 😘
ReplyDeleteMacam dh naksuka aje nurin pda harraz
ReplyDeleteHehehehe t.q
anjell……a good n3..simple yet classy. Am going to miss them very much. Good luck in your writing…..muahhhhhh
ReplyDeleteWaaaaa so suwetttt
ReplyDeleteAih.....tggl 1 bab sja, utk harraz & nurin....apa pn....crite mmg menarik, harap penangan dia sm hebat mcm eksperimen cinta.....can't waiting to hug TPI ;)
ReplyDeleteyess....dah jumpa...
ReplyDeletebila lagi nak mula langkah harraz....
xlama dh, 1 bab je lagi...xsabar nk tau kisah nurin n harraz ni..harapnya cepatlah dpt publish novel ni nnti kan anjell...suka karya anjell ni..all the best anjell...:)
ReplyDeleteRasanya lama lagi ke versi cetak...ni sis.. just wonder apa tema ya utk mlm tu yg mungkin mamat tu suruh pakai...just utk puas kan hati mamat sengal tu..
ReplyDeleteErmm...dh ada bunga2 diaorg nih..klu harraz approach nurin mst sweet kn?hahaaa...berangan tk next n3 la anjell
ReplyDeleteEmmmm best sgt. Rasanya Harraz falls already to Nurin....nasib dia blh guna akal & kata hati masa kena prank dgn model perasan....Tp rasa Mcm pendek la Pulak bab ni....dan bakal sedih sbb tggal 1 bab aje kat blog....x blh ke tmbh sikit lagi bab kat blog....
ReplyDeleteassalamulaikum..Kak anjell..tak cukup..dah ada bunga2 kat hati mereka berdua...hope harraz will not dissapointed Nurin... so sweet...alahai...bukukan jelah~
ReplyDeleteHmm pendek.
ReplyDeleteBab 25 bagi panjang sebab lama nak hilang rindu tu.
SPS pun tak keluar keluar lagi.
Tertanya siape pulak Haslin ni?boleh pulak menyamar jadi nurin,nasib baik Harraz tak terpedaya...
ReplyDeletebest 3x.
ReplyDeleteHaha..sweet..dah de bunga2 cinta dihati harraz n nurin...
ReplyDeleteArghh !!! Haraz gilakan kau Nurin.
ReplyDeleteNurin yg care..
ReplyDeleteHarraz yg dh pndai mengusik..
Sweetttttla mereka ber2 ni..
Thx Anjel!
Sedihla tgal 1 je lg entry
Ahhhh....bestnye...x terkata....mmmmmmm tggl satu lagi bab...:(((
ReplyDeleteDh 4 kali ulang...huu...sedey..1 chap to go..huu
ReplyDeleteMasa Harraz pegi jumpa Haslin tu, saya dah berdebar ingatkan Harraz terpedaya dengan lakonan Haslin. Kang panjang lagi ceritanya kalau Harraz ingat itu la gadis misteri yang dia beriya-iya cari selama ni.. pheww~
ReplyDeleteSuka tengok Harraz dah boleh terima Nurin.. kalau macam ni la gayanya, tak perlu Puan Sri suruh Nurin tundukkan Harraz.. Harraz sendiri dah tertunduk dengan relanya.. huhu
Thumbs up... karya Anjell memang best. I sokong u dek...harap tak tunggu lama....setia menanti.
ReplyDeleteAlahai,tinggal 1 bab je lagi,cpat2 lar kluar dlm versi cetak...I will miss harraz & nurin :'( btw gudluck akak
ReplyDeleteWahhh...terharunyaa..hati akak pun dap dup dap tau...episod dah nak berakhir...
ReplyDeleteHarraz yg nakal tapi bijak... tak mudah tergoda dgn lakonan haslin.. akhirnya harraz pasti nurinlah gadis misteri yg di cari2nya... nurin rasa kehilangan bila harraz tidak lagi mengganggunya... adakah hati telah terusik...
ReplyDeletetq best sgt
ReplyDeletewaiting 4 te next chapter...the story guin interesting lyk ekperiment cinta..
ReplyDeleteArgghh.. best nyer bca nhe! Thx kak anjell.. hmmmm. Sdih :-( tggl stu chpter je lg blh bca..
ReplyDeleteSo sweeetttttt...and nice! Would you mind if i ask you to make chaptr 25 a bit longer. Hehehe nk get ready nnti mesti rindukan Harraz and Nurin :'( Btw bila SPS nk kluar eh? Wish u all the best anyway xx
ReplyDeleteBesttttt
ReplyDeleteI LOVE YOU HARRAZ!! FALL IN LOVE WIF HARRAZ
ReplyDeleteBest..best..best...huhu x sabar nak tunggu SPS n TPI...
ReplyDeleteHuaaa.... tinggal 1 bab aje lagi.....rindulah kite dengan perangai diorang berdua ni.....
ReplyDeleteHarap n3 lastpjg dr biasa..XD.. nana
ReplyDeletebestnya.....nak lagi..
ReplyDeletemcm biasa tak pernah hampa dgn gata bahasa yg santai dan jln cerita yg menarik
ReplyDeleteBest! Nk buku cpt2.
ReplyDeleteBaru selesai marathon TPI ni.... Bestnyaaa... Sayangnya tinggai lg 1 bab je lg... Smoga cepat² jd novel. 💖
ReplyDeleteWah cepatlah kak anjell keluarkan versi cetak punya
ReplyDeleteWaiting for SPS :(
ReplyDeleteharraz x pegi london kenapa? skodeng nurin eh? hihi
ReplyDelete