Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Friday, 23 March 2012

Eksperimen Cinta (BAB 32)

BAB 32

Damia mengurut kepalanya lagi. Sangat pening rasanya. Dah dua biji penadol ditelannya. Namun, kesannya masih belum terasa. Entah kenapa dia boleh pening. Nasib baik la hari ni cuti. Damia hanya berehat dalam biliknya.

     “Pening kepala dah okey ke?” Puan Solehah datang menjenguk Damia yang terbaring atas katil. Nampak sedikit pucat wajah anaknya itu.

     “Belum, umi. Tak pernah-pernah sakit kepala macam ni.” Damia mengadu manja pada Puan Solehah. Sejak berkahwin, dia tak pernah dapat bermanja dengan uminya itu.

     “Entah-entah pening ada makna tak?” teka Puan Solehah.

     “Makna apa umi?” Damia bertanya dengan muka blur. Betul dia tak boleh tangkap apa maksud uminya itu. Puan Solehah ketawa.

     “Mana la tau, kut-kut umi nak dapat cucu baru.” Puan Solehah tersenyum. Kalau betul, memang gembiralah hatinya.

     Damia pula rasa macam nak terguling-guling di situ. Alang-alang dah atas katil. Kelakar sangat rasanya kata-katanya Puan Solehah. Tak mungkin la. Kalau betul dia mengandung, memang dialah orang pertama yang Tengku Aaron akan bunuh. Tak jadi apa-apa tapi boleh mengandung, apa hal? Damia ketawa.

     “Tak la, umi. Pening biasa je la.” Damia menyangkal.

     “Mana la kita tahu. Kalau rezeki Allah nak bagi, nak buat macam mana? Pergilah check kat klinik.”

     “Tak, umi. Percayalah..” kata Damia lagi.

     “Mia ni, taknak anak ke?” Puan Solehah sedikit marah. Anaknya itu macam taknak mengandung je gayanya.

     Damia telan liur. Alamak.. umi dah naik angin la. Dia taknak anak ke? Mestilah nak. Perempuan mana yang taknak anak? Tapi, bukan dengan Tengku Aaron. Anaknya mestilah daripada lelaki yang betul-betul cintakan dia dan dia pun cintakan lelaki itu.

     “Mestilah nak, umi. Tapi.. Mia memang tak mengandung kali ni. Sebab Mia baru je period minggu lepas.” Jawapan Damia mematikan angan-angan Puan Solehah.

      “Umi.. sakit la. Rasa berdenyut-denyut je.” Damia berkata manja. Cuba keluar dari topic itu. Kepalanya dipicit.

     “Ni umi bawakan minyak cap kapak. Pakai la dulu. Lepas ni, umi picitkan kepala Mia.”

Puan Solehah menyerahkah satu botol minyak cap kapak kepada Damia.

     “Sayang umi.”

     Damia menyapu sedikit minyak cap kapak di kiri dan kanan kepalanya selepas Puan Solehah keluar. Kejap lagi umi datang nak urut kepala.. hmm.. Tiba-tiba rasa matanya berat. Damia menguap. Dia tak tahu bila masa dia tertidur, sedar-sedar terasa ada tangan memicit kepalanya. Leganya.. Damia senyum sendiri. Pandai umi picit.

     “Bestnya umi picit.. makin sayang Mia kat umi.” Damia memuji dengan suara manja dan mata memejam tanda kelegaan.

     “Lama betul umi tak picit kepala Mia. Rasa macam makin best hari ni. Umi pergi kursus picit kepala, ya?” Damia mengusik uminya sebelum dia ketawa sendiri.

     “Macam mana, Mia? Dah okey?” soal Puan Solehah.

     Damia buka mata. Tersenyum dia memandang uminya.

     “Dah okey sikit..” jawab Damia.

     Tapi, melihatkan uminya yang sedang berdiri di ambang pintu sambil tersenyum simpul itu membuatkan Damia teringatkan sesuatu. Kalau umi ada kat pintu, tangan siapa yang sedang bermain kat kepala aku ni? Cepat-cepat Damia mendongakkan wajahnya.

     Rasa macam hijau, biru, ungu, coklat, entah warna apa lagi dah warna kulit wajahnya sekarang ni. Entah-entah dah jadi warna pelangi. Malunya! Rasa nak tertepis tangan Tengku Aaron di kepalanya. Nasib baik sempat ditahan tangannya memandangkan Puan Solehah sedang memerhatikan mereka. Bila pulak mamat ni balik? Damia pandang jam. Dah pukul satu petang. Allah.. lamanya aku tidur! Serius dia tak sedar langsung bila lelaki itu balik dari bermain badminton.

     “Sayang dah okey ke?” soal Tengku Aaron. Damia memandang wajah suaminya itu. Tiada reaksi. Nampak macam tak berperasaan je. Senyum tak. Sinis pun tak.

     “Dah okey. Dah tak payah la picit.” Damia menolak tangan Tengku Aaron. Terus Damia duduk daripada pembaringannya. Bila masa pulak aku tidur atas paha dia ni? Malunya.. Kepalanya masih sakit. Tapi dia rela sakit kepalanya dibiarkan hilang sendiri daripada dipicit Tengku Aaron.

     “Tak payahlah nak malu dengan umi, Mia. Biarlah Aaron tu picitkan kepala kamu tu. Tadi pun Mia dok puji sedap Aaron picit, kan?” kata Puan Solehah berbaur usikan.

     Makin malu Damia dibuatnya. Kenapa aku tak perasan ni? Siap pose manja lagi. Malunya! Rasa nak bungkus je wajahnya letak dalam handbag. Tak berani nak pandang muka Tengku Aaron. Kalau dia tahu itu Tengku Aaron, memang haramlah dia nak puji.

     Puan Solehah keluar dari bilik itu, meninggalkan Damia berdua-duaan dengan suaminya.

     “Umi cakap kau sakit kepala. Dia suruh aku picitkan kepala kau,” jelas Tengku Aaron.

     “Dah lega dah. Tak payah dah nak picit. Betul!” Damia meyakinkan Tengku Aaron.

     “Jangan nak auta aku la. Muka kau tu pucat lagi. Cepat.. biar aku picit kepala kau lagi.” Tengku Aaron cuba menarik Damia. Tapi, Damia cepat-cepat mengelak.

     “Awak baru balik main badminton, kan? Mesti berpeluh. Pergilah mandi. Saya tak boleh tahan dengan bau peluh. Makin sakit kepala saya.” Damia mencari helah lagi.

     “Apa kau merepek ni? Dah lama dah aku balik. Dah siap mandi dan tukar baju. Lagipun, aku dah picit kepala kau nak dekat sejam dah. Okey je,” balas Tengku Aaron pula.

     “Takpela.. kalau macam tu, biar saya picit kepala saya sendiri. Saya taknak susahkan awak.” Damia mengelak lagi.

     Tengku Aaron mengetap bibir memandang Damia. Geramnya dengan perempuan ni. Ada saja alasan nak mengelak. Makin Damia megelak, makin nak dipaksanya mengikut kehendaknya. Dan kehendaknya sekarang ini adalah dia nak picit kepala Damia. Makin Damia tak suka, makin dia sengaja nak buat.

     “Jangan sampai aku paksa kau.” Tengku Aaron gunakan cara terakhir. Mengugut.

     “Tapi..”

     “Cepat baring,” arah Tengku Aaron. Ada nada paksaan dalam arahan itu.

     “One… two…” Tengku Aaron mengira. Sepantas kilat Damia berbaring di tepi Tengku Aaron. Membelakangi lelaki itu.

     Tengku Aaron bersorak dalam hati. Tahu pun takut. Pantang diugut. Damia pula menaruh rasa geram. Arghh.. kenapa aku ikut? Damia tak berpuas hati. Apa yang dia pasti, dia cukup fobia dengan ciuman pipi oleh Tengku Aaron suatu ketika dulu.

     “Sayang.. abang suruh baring atas paha abang la. Senang sikit nak picit.” Tengku Aaron mengarah lagi. Seronok hatinya melihat Damia yang malu begitu.

     “Macam ni jela..” Damia menolak. Kepala atas paha dia? Taknak la!!

     “Cepat, sayang..” aura mengugut dah muncul! Buatkan Damia mengalah. Dengan teragak-agak Damia meletakkan kepalanya di atas paha Tengku Aaron. Damia mengiringkan sikit tubuhnya. Matanya dipejamkan. Malu nak pandang wajah Tengku Aaron yang bertentangan dengannya.

     “Hmm.. macam ni la. Good girl.”

     Tengku Aaron mula memicit dahi Damia. Lembut sekali picitan Tengku Aaron membuat Damia sedikit terbuai. Betul-betul tak sangka mamat ego tu rupa-rupanya jaguh picit kepala.

     “Rasa macam mana?” soal Tengku Aaron.

     “Much better. Tak sangka awak pandai bab-bab picit kepala ni,” puji Damia.

     “Tengok jari la.” Tengku Aaron berlagak. Damia ketawa.

     Dalam hati Tengku Aaron senang dengan keadaan itu. Dia suka bila berada dekat dengan Damia. Hampir sejam dia memicit kepala Damia tadi, Damia tengah tidur. Dia tahu kalau Damia dah tidur memang susah nak jaga. Jadi, dia gunakan peluang itu untuk tilik wajah Damia. Nampak tenang macam bayi.

     “Kalau awak lenguh, stop je la.” Suara Damia menerbangkan lamunan Tengku Aaron. Dipandangnya Damia yang sedang memejam matanya. Makin senang dia ingin menilik wajah perempuan itu. Sesekali tangannya bermain-main dengan rambut panjang Damia yang lembut itu.

     “Tahu la aku bila nak berhenti.”

     Fikiran Tengku Aaron kembali teringat pada pertaruhannya dengan Adam pagi tadi. Bukan main lagi dia bertaruh. Boleh berjaya ke? Runsing juga Tengku Aaron. Kalau tak free je BMW M6nya terbang. Tapi.. dia tak mudah jatuh cinta. Sebab dah ramai wanita yang didampinginya, tapi tiada siapa yang berjaya melawan tempat Seri dalam hatinya. Termasuk Damia.

     “Damia pernah bercinta tak sebelum ni?” tiba-tiba pertanyaan Adam pagi tadi menjelma di minda. Tiba-tiba juga Tengku Aaron rasa nak tahu.

     “Kau pernah jatuh cinta tak?” tanpa sedar Tengku Aaron bertanya pada Damia. Damia yang mendengar sedikit pelik.

     “Tak,” jawab Damia sambil geleng kepala.

      “Kenapa?”

     “Entah. Dah takde orang nak, nak buat macam mana?” mendatar sekali Damia menjawab. Tengku Aaron kurang percaya. Tak mungkin gadis secantik Damia tiada peminat.

     “Dah kau tu garang sangat.” Tengku Aaron ketawa.

     “Bila masa saya garang?” panas hati Damia mendengarnya.

     “Yalah.. lelaki dekat semeter pun boleh jeling maut. Cuba la jangan jual mahal sangat,” jawab Tengku Aaron. Damia mencebik.

     “Habis nak saya jual murah ke? Macam takde maruah pulak. Kalau dah orang taknak tu, maknanya jodoh takde. Cintan-cintun bagaikan nak terbalik rak buku sekali pun, kalau dah takde jodoh, takkan ada,” bidas Damia.

     “Kau tak teringin bercinta ke?” soal Tengku Aaron lagi.

     Damia berfikir sejenak. Keinginan itu ada, tapi tak mungkin akan tercapai selagi dia bergelar isteri Tengku Aaron. Jangan disuruhnya aku bercinta dengan dia, sudah!

     “Tunggulah masanya nanti. InsyaAllah saya akan bercinta dengan suami saya nanti,” pendek Damia jawab.

     “Kau nak bercinta dengan aku tak? Akukan suami kau.” Tengku Aaron menawar diri. Sekadar menguji.

     Damia baru teringat yang Tengku Aaron suaminya. Tiba-tiba dia gelak.

     “Lupa.. awak dikecualikan,” sambung Damia selamba.

     “Kenapa aku dikecualikan pulak?” Tengku Aaron bagaikan tak puas hati.

     “Sebab.. kitakan kahwin kejap je. Lambat-laun awak akan ceraikan saya jugak, kan?”

     Tengku Aaron diam. Tak berniat nak jawab soalan itu. Tapi, lain pulak yang ditanya.

     “Kau sayang aku tak?” soal Tengku Aaron selamba.

     Damia terkejut dengan persoalan itu. Makin pelik Damia dengan Tengku Aaron. Pertama kali dia bercakap dengan Tengku Aaron serapat itu. Bangkitkan isu perasaan pulak tu. Ke sebab lelaki itu sengaja nak main-mainkan dia hari ni? Okey.. kita layan.

     “Tak.. buat apa saya sayangkan orang yang tak sayangkan saya.” Damia turut menjawab dengan mendatar.

     “Siapa cakap aku tak sayang kau?” bisik Tengku Aaron perlahan ke telinga Damia dengan penuh romantis. Meremang segala bulu dalam tubuh Damia. Goosebumps.. sengaja nak test aku la tu!

     “Ee.. meremang bulu saya. Dahlah.. keluar tajuk tu,” putus Damia. Tengku Aaron ketawa. Test sikit pun dah gelabah ke?

     “Okey.. kita cakap tajuk lain. Hmm.. kalau aku nak kahwin lain, kau izinkan tak?” duga Tengku Aaron.

     Kali ini Damia membuka matanya. Tepat ke dasar anak mata kelabu Tengku Aaron, buatkan Damia rasa segan sendiri. Damia berpura-pura alihkan tubuhnya sedikit sebelum kembali menutup mata.

     “Awak nak kahwin lain, ya? Hmm.. kahwin je la,” suara Damia bagaikan orang takde jiwa.

     “Kau bagi la ni?”

     Damia sedikit pelik dengan suaminya itu. Gaya cakap macam dah ada calon je? Kalau betul Tengku Aaron dah ada calon, maksudnya tak lama lagi dia kena keluarlah daripada rumah Tengku Aaron.

     “Dah awak nak kahwin, suka hati awaklah. Tapi, awak kena ceraikan saya la dulu,” jawab Damia.

     “Kenapa perempuan ni suka sangat mintak cerai kalau suami nak kahwin lagi?”

     “Kalau saya, saya mintak cerai sebab awak dah jumpa orang lain. So, takkanlah saya nak  terseksa seorang diri. Tengok awak bahagia dengan orang lain sedangkan saya tersepit tengah-tengah. Banyak cantik? Awak dah jumpa bahagia awak, so saya akan cari bahagia saya sendiri,” selamba Damia membidas.

     Tersenyum Tengku Aaron mendengarnya. Entah kenapa dia rasa kelakar. Nasib baik mata Damia terpejam. Tak nampak dia yang tersenyum sendiri.

     “Tu kalau saya sorang la. Kalau orang lain, pada pendapat saya, isteri mintak cerai sebab tak suka berkongsi. Isteri takkan percaya sekalipun suami cakap nak berlaku adil. Sebab dalam hal kasih-sayang la yang paling nampak ketidakadilannya. Tak kisah la orang cakap rela bermadu tu dapat payung emas sekalipun. Tapi, kalau hati menderita sendiri buat apa? Bila suami nak kahwin lain, maksudnya dia dah taknakkan isteri dia lagi,” sambung Damia lagi.

     Kali ini Tengku Aaron tak boleh tahan gelak. Bukan main serius dia tengok Damia berbicara.  Benci sangat nampaknya bila lelaki nak kahwin lain.

     “Gaya kau cakap macam dah ada experience dah.”

     “Banyak cakap pulak awak hari ni. Picit je la kepala tu.” Damia rasa geram. Tadi bukan main mengelak daripada dipicit Tengku Aaron. Sekarang siap mengarah pulak. Damia.. Damia.. Damia rasa nak ketawa pulak. Tapi.. serius la best lelaki ni picit! Dah makin lega.

     Tengku Aaron kemudiannya diam. Damia pula lebih senang memejam mata. Rasa nikmat pula jari Tengku Aaron yang menjalar di sekeliling dahinya itu. Dalam fikiran Tengku Aaron tiba-tiba terlintas kata-kata terakhir Adam sebelum mereka balik tadi.

     “Apa kata kau kau buat dia jatuh cinta dengan kau..”

     Hmm.. macam menarik juga idea Adam tu!

29 comments:

  1. walaweiiii, eksperimen dh nk bmula, best giler ni... siyes klakar, part aaron suka paksa damia tu memang nk trgelak.... tersangatlh best + daebak. tq cik writer.. cepat2 la buat novel....

    ReplyDelete
  2. besttt,continue plezzz

    ReplyDelete
  3. ok eksperimen dah start! 3 2 1 go aaron!

    ReplyDelete
  4. Alahai br nk start dh abis plak..nk lagiii huhu

    ReplyDelete
  5. waaa ... this is so suweeet! Damia & Aaron - paksa tp suka jugak hehhee .... we all pon suke gak - teruskn Aaron/Damia!! luv both of u!

    yeah let's start d experiment - hope Aaron will b d FIRST to fall in love for Damia hahhaaaa .... must be hilarious to know Aaron akan ANGAU ngan Damia .... jeng ...jeng!!

    ~ جزمين ~

    ReplyDelete
  6. Tq Anjel for d n3!! NIce...

    ReplyDelete
  7. citer mmg best, salute kt writer...ln dr yg ln...tp, skit comment utk writer, be careful, ad kslhn ejaan skit. apapun, best...

    ReplyDelete
  8. Saya suka citer ni,selalu tertunggu-tunggu next enrty..anyway congrats tu writer.citer ni tak da dlm perancangan untuk di terbitkan ke,rugi lah citer ni best..

    Su

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu citer nhe d terbitkan . . comfirm sya beli . .
      slalue t'tunggu2x next bab ..

      Delete
  9. so sweet...cepat2 la upload lagi...

    ReplyDelete
  10. owh.. suwitt!! bgs aaron ni makin lama makin gentleman.. :)
    ok, lets start the experiment..! adam tu saje je tuu.. dia nye cdgn tu la yg akan menyebabkan aaron ilang kete dia nti.. plus kasi cair sket ego aaron tuu.. two thumbs up to ADAM!!

    ReplyDelete
  11. beest la =) saya ikot semua siri at penulisan 2u,lepastu blog blog ni.thnx ya writer =) gudluck!

    ReplyDelete
  12. sweetttt sangat..
    cepat le sambung...

    ReplyDelete
  13. bez giler citer nhe . .
    writer , upload lar lgk..

    ReplyDelete
  14. NAK LAGIIII....... so sweeeetttt... <3

    ReplyDelete
  15. bile nk jadi novel cerite nie..x sabar nk beli..^^

    ReplyDelete
  16. suuuiiiiittt sangt2...
    tengku aaron buat eksperiment..
    last2 nanti...die yang angau....
    x sabar la nak tnggu....
    writer btl2 buat kte layan.....

    ReplyDelete
  17. tak payah bukukan pun tak pe.Malaslah nak gi beli novel.best sangat.

    ReplyDelete
  18. bila nak sambung niii.. ari2 buka kut2 ada sambungan x sabar dah

    ReplyDelete
  19. wah .. best sangat2 .. cepatlah sambung tak sabar nak bace beb seterusnya :) shill ^_^

    ReplyDelete
  20. alaa, sambunglah cepat.. shweet nyaaa..

    ReplyDelete
  21. besttttttt sgt2.. :)

    ReplyDelete
  22. oooo my gosshhh... best2... x sabar nak tgu sambung nyer...

    ReplyDelete
  23. rindu giler dkt damia n Aaron...novel nie sy da aim tok beli bila kuar t...arap2 dpt kuar cpt ea...

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )