TEASER 3 (LAST)
Ni teaser last untuk EC. Ada yang request nak saya jadkan teaser kali ni pasal 2 orang tu yang dah/sedang bercinta. Ni dia anjell dah bg entry baru.huhu.. Memandangkan ni dah last teaser, anjell panjangkan sikit entry ni. Panjang je?? Entahle.. Bolehla kut. Ahajs!!
Entry kali ni pasal surat yang Damia pernah tulis untuk luahkan isi hatinya sebelum dia kahwin dengan Tengku Aaron. Masih ingatkah anda?? Kalau tak ingat, ni dia saya dah selitkan isi surat tu.
Tengku
Aaron… pejam mata nampak kau. Bukak mata pun nampak kau. Boleh tak cari satu
sudut dalam dunia ni yang aku tak payah nampak kau? Muka punyalah kacak maut
tapi ada perangai yang boleh bawak maut. Macam lanun hutan.. jembalang tanah.. Apa
lagi yang aku nak describe mamat tu? Dahlah gila talak. Nak kahwin pun jangan
jadikan aku sebagai mangsa. Ingat aku teringin sangat nak kahwin dengan kau?
Kacang hantu punya makhluk Bumi. Sepatutnya spesis macam kau ni hidup kat
Neptune. Dasar paramecium tak cukup flagella. Tak cukup monosodium glutamate
punya homo sapien. Masa aku tulis menda ni, tahap tak puas hati aku dan tahap
menyampah aku dengan kau dah sampai tahap infiniti. Dah sampai otak aku dah
saturated dah nak fikirkan perkahwinan bodoh ni. tahu tak aku tertekan.
Tertekan!! Kadang-kadang nak je aku doa biar kau tu tak pernah wujud atas Bumi
ni..
----------
Malam
tu Damia kena migrain teruk. Semuanya sebab dia tidur terlalu lama petang tadi.
Sampai-sampai sakit belakang kepalanya. Yang paling bimbang pastinya Tengku
Aaron. Tengok wajah pucat Damia pun dah buatkan hatinya risau. Damia terbaring
di atas katil.
“Mia, sakit lagi ke?” soal Tengku Aaron
lagi.
Dia panjat katil Damia. Kepala Damia
dibaringkan di atas pahanya. Mahu mengurut kepala Damia. Damia dah tak berdaya
nak melawan. Hanya mengikut je tangan Tengku Aaron yang pegang kepalanya.
“Saya rasa nak muntah.”
Tekak Damia tiba-tiba rasa loya habis. Isi
perut bagaikan berebut-rebut nak keluar. Damia cuba menahannya. Cepat-cepat dia
bangun. Tengku Aaron membantu Damia. Tubuh Damia terus dicempung untuk ke
tandas.
“Uwekk..” Dari luar bilik air, Tengku
Aaron dapat dengar bunyi Damia muntah. Teruk sangat migrain Damia kali ni
sampai-sampai boleh muntah.
“Mia.. okay
ke?” soal Tengku Aaron bimbang bila Damia terlalu lama berada dalam bilik air.
Tak lama kemudian pintu bilik air terbuka.
Wajah Damia begitu pucat. Lembik terasa kakinya. Nasib baik Tengku Aaron sempat
menyambutnya. Lantas tubuh Damia dicempung balik ke atas katil.
“Teruk ni, Mia. Kita pergi klinik, jom?”
Tengku Aaron cuba memujuk Damia. Damia geleng kepala.
“Kejap je ni. Biasanya lepas tidur dah
lega,” jawab Damia. Bukannya dia tak pernah kena macam ni. Ni mesti migrain
sebab terlalu lama tidur petang tadi, tambah pulak dia tak makan sejak pagi.
Cuma dia tak cakap pada Tengku Aaron yang dia tak makan. Kalau tak, pasti kena
bebel.
“At
least makan panadol dulu. Kejap..
abang ambilkan air.”
Sekejap je Tengku Aaron menghilang.
Beberapa minit kemudian, dia datang kembali bersama segelas air kosong dan juga
sebungkus roti berperisa blueberry.
Sebagai alas perut sebelum Damia makan ubat.
“Nah, makan roti ni dulu.” Tengku Aaron
mencubit sedikit roti itu sebelum disuakan di depan mulut Damia. Damia geleng
kepala. Serius selera hilang.
“Makan, Mia.” Tengku Aaron memujuk. Lembut tapi tegas. Tapi
cukup untuk buatkan Damia akur. Perlahan-lahan suapan Tengku Aaron disambutnya.
Tengku Aaron tersenyum lega.
Sekurang-kurangnya Damia nak juga makan.
“Mana Mia letak panadol?” soal Tengku
Aaron lagi.
“Dalam handbag
saya. Cuba la cari.”
Tengku Aaron berdiri. Meja solek Damia
dirapati. Beg tangan Damia diselongkar untuk mencari penadol. Damia pulak
selesa berbaring sambil memicit kepalanya. Mata dipejam agar sedikit lega.
Kenapa Aaron ni lama sangat nak cari ubat?
Tak jumpa ke? Damia pelik bila beberapa minit berlalu tapi Tengku Aaron masih
tak datang-datang lagi padanya. Damia buka mata. Tengku Aaron masih berdiri di
depan cermin bersama handbagnya. Juga
bersama satu kertas di tangan. Tengku Aaron macam tengah baca kertas itu.
Kertas? Rasa macam kenal je kertas tu.
Mata Damia terus membulat. Terus ingatkan sesuatu pasal kertas tu. Terkejut
punya pasal, hilang sekejap migrainnya untuk 0.05 saat. Tu kan…. Gulp! Damia
telan liur. Matilah aku. Mengamuk ke dia nanti?
Tengku Aaron pandang Damia.
“Macam ni sekali ke Mia tak sukakan
abang?” Suara Tengku Aaron macam kecewa. Wajahnya pun sama. Buatkan hati Damia
berdebar-debar. Saya bukannya tak sukakan awak la!! Nak je dia jerit tapi dia
tak mampu.
“Err… kertas tu dah lama.” Damia menjawab.
Tak tahu Tengku Aaron percaya atau tak.
Betul.. Kertas tu dah lama. Kertas tu
adalah isi hatinya yang diluahkan masa kat kampung hari tu. Isi hatinya yang
menyatakan betapa dia taknak kahwin dengan Tengku Aaron. Ala.. aku ni pun satu
hal. Pesal la tak koyak je? Rasa macam nak ketuk-ketuk je kepala mengenangkan
kebodohan diri. Serius dia lupa yang kertas tu berkurun lamanya dalam tas
tangannya.
Tengku Aaron mengeluh dalam. Tas tangan
serta kertas itu diletakkan balik ke atas meja solek. Dia merapati Damia dengan
satu papan panadol.
“Nah.. makan ubat ni. Biar lega sikit
kepala tu.” Tengku Aaron menyuakan air kosong itu kepada Damia.
Dia panjat katil Damia. Ingin mengurut
kepala Damia.
“Pasal surat tu, saya..”
“Dah.. tidur, Mia. Mia kena banyak rehat.”
Damia tak jadi nak teruskan kata-kata.
Cukup tak selesa rasa sekarang ni. Dia pandang Tengku Aaron. Tapi, Tengku Aaron
hanya mengurut-urut kepalanya tanpa senyum pada wajahnya. Buatkan Damia makin susah
hati. Tengku Aaron marah ke? Ke sebab dia sakit maka Tengku Aaron tak jadi nak
marahkannya?
Tapi.. dia rela Tengku Aaron mengamuk atau
marah padanya daripada Tengku Aaron yang keruh wajahnya seperti berkecil hati
dengan kelakuannya. Damia rasa sangat berdosa. Tengku Aaron dah salah sangka
ni!
Damia pejam mata dengan hati
gundah-gulananya. Hatinya betul-betul rasa bersalah. Tengku Aaron merajuk ke?
Marah ke? Apa nak buat ni?
-------------
Sah
Tengku Aaron merajuk. Sepanjang perkahwinan mereka, inilah kali pertama Tengku
Aaron merajuk dengannya. Damia susah hati bila kenangkan Tengku Aaron. Macam
mana ni? Nak kena pujuk ke? Dia tak reti la nak pujuk-pujuk orang ni.
Semua salah kau, Mia. Bila Aaron merajuk,
kau pulak yang tak senang duduk.
Pagi ni Tengku Aaron tak bercakap satu
patah perkataan pun dengannya. Bila nak breakfast
pulak, Tengku Aaron tinggalkannya tanpa menyentuh air tangannya. Pertama kali
Tengku Aaron tak breakfast di rumah.
Dia kecik hati, tapi dia tahu Tengku Aaron lagi kecik hati dengannya.
Apa nak buat ni? Damia fikirkan cara. Nak
pujuk Tengku Aaron ke? Tapi macam mana? Haish… tak pernah-pernah dia pujuk anak
teruna orang merajuk.
---------------
Tengku
Aaron mengeluh berat. Perutnya ditekan. Laparnya.. Jam tangan dijeling sekilas.
Baru pukul 8.00 pagi. Memang awal sangat. Pertama kali dia tiba seawal itu.
Staffnya pun masih ramai yang belum datang. Awal sangat sampai-sampai pak guard yang tengah jaga kat bawah pun
boleh ternganga tiga saat.
Kriukk…
Perutnya berbunyi lagi. Semuanya sebab dia tak makan breakfast tadi. Pertama kali dia tak sentuh breakfast yang dibuat Damia. Bukannya apa. Sengaja dia lancarkan
mogok lapar. Kononnya nak merajuk dengan Damia pasal semalam. Tapi, nampak
gayanya mogok yang memakan diri. Dah la dia tu ada gastrik. Janganlah gastrik
dia menyerang pagi ni.
Bila sebut pasal semalam, serius dia cakap
dia tak kecik hati langsung. Err.. tak kecik hati langsung ke? Okay… dia kecik hati sikit. Tu pun sebab
terkejut. Panjang lebar Damia mengata dia. Terkelu jugak dua millisecond. Tapi tu pun kejap je sebab
Damia tengah sakit. Dan dia masih ingat janjinya yang menyatakan apa-apa yang
terjadi sebelum perkahwinan mereka kalau sekadar untuk menggoyahkan hubungan
mereka, dia akan lupakan.
Bukannya apa lancarkan mogok. Saja je nak
merajuk sayang dengan Damia. Asyik dia je yang memujuk Damia sebelum ni.
Sekarang ni nak jugak dia rasa kena pujuk dengan isteri sendiri. Nak jugak dia
tahu macam mana cara Damia pujuk suaminya. Boleh cair ke Tengku Aaron nanti?
Kau tu, Aaron. Tak perlu Damia bentang
skrip sepuluh kajang kertas. Cukup hanya Damia senyum, tu pun dah cair la.
Tengku Aaron gelak sendiri. Betul.. betul..
setuju dengan suara hatinya.
Tapi, cair tak cair, perut ni rasa
laparlah. Tak boleh jadi ni. Silap perhintungan memang boleh kena gastrik.
Tengku Aaron bangun sebelum melangkah keluar biliknya. Tentu Adam yang akan
diheretnya. Adam dah makan ke belum, memang dia akan heret Adam jugak.
“Oh.. pagi, Tengku.” Salah seorang
pekerjanya terkejut melihat Tengku Aaron. Terkejut sebab Tengku Aaron tak
pernah sampai ke pejabat sepagi tu.
Tengku Aaron cuma tersenyum hambar sebelum
mengangguk kepala sebagai tanda hormat.
“Adam dah datang tak?” sempat Tengku Aaron
bertanya.
“Dah.”
Hmm… baguslah!
“Thanks..”
Belum sempat Tengku Aaron melangkah ke
bilik Adam, lelaki itu terlebih dahulu keluar. Macam tahu-tahu pulak Tengku
Aaron mencarinya.
“Good
kau dah datang, Dam. Jom.. teman aku breakfast.”
Terus tangan Adam ditariknya. Adam tak
sempat berkata apa-apa bila diheret sahabatnya tu. Pelik jugak. Rasanya dah
lama kawannya tu tak makan breakfast
kat luar. Rasanya tak pernah sepanjang kahwin.
---------
Adam
tenung kawannya yang sedang makan mee goreng itu. Lapar benar gayanya macam tak
makan setahun. Dia pelik. Damia tak bagi makan ke? Ke kawan isterinya tu lari
lagi? Kalau betul Damia lari lagi, dia rasa dia perlu cadangkan kat Tengku
Aaron supaya beli tali dan ikat Damia.
“Kau tak makan ke Dam?” Tengku Aaron
bertanya pada Adam yang hanya memesan teh panas. Adam geleng kepala.
“Aku dah makan rumah ibu aku la. Dah
kenyang ni, tahu tak?”
“Oo.. kau balik rumah ibu kau ke?” Adam
angguk. Kemudian dia pandang Tengku Aaron lagi.
“Anyway,
kau pesal makan luar hari ni? Bini kau tak bagi makan ke?”
“Aku sekarang ni dalam mood merajuk ni, tahu tak? Sengaja aku
tak makan breakfast kat rumah tadi.”
Adam ketawa lepas Tengku Aaron habis
bercerita. Oo.. merajuk!
“Merajuk sangat la kan sampai-sampai makan
macam orang kebulur je aku tengok.” Adam ketawa lagi. Merajuk tak kena tempat.
“Tunggu Mia pujuk kau la ni?” soal Adam.
Tengku Aaron sengih. Haruslah.. Bukanke tujuan merajuk adalah untuk dipujuk.
Iya tak?
“Dia tahu kau merajuk ke? Kalau dia taknak
pujuk macam mana? Kau pun tak tahukan hati dia macam mana lagi?” Adam cuba
menakutkannya.
“Aku yakin dia akan pujuk aku.” Tengku
Aaron membalas yakin.
“Yakin nampak?”
Tengku Aaron mengelap bibirnya dengan tisu
lepas habis makan. Air teh o limau yang masih belum terusik diteguk sampai habis.
“Mestilah. Sebab aku kenal siapa Damia.
Hati dia lembut. Lagipun, dia sayang aku.” Tengku Aaron sengih. Macam yakin
sangat Damia sayangkan dia.
“Dahlah.. jom balik. Kenyang dah.” Tengku
Aaron sengih lagi. Adam geleng kepala.
---------------
“Err…
siapa Tengku Aaron Shah?”
Tengku Aaron berpaling bila melihat
seorang lelaki sedang bercakap dengan salah seorang pekerjanya menyebut
namanya. Di tangan lelaki tu ada sejambak bunga.
“Tu dia Tengku.” Pekerjanya menunjukkan ke
arah Tengku Aaron yang baru masuk bersama Adam.
“Tengku Aaron Shah?” Lelaki itu meminta
kepastian di antara kedua-dua lelaki segak di depannya.
“Saya Tengku Aaron Shah,” jawab Tengku
Aaron.
“Saya Adam Hariz.” Adam sengih.
“Dia cari aku la, sengal. Bukan kau.” Adam
ketawa. Tahu.. saja nak menyibuk. Joke
pagi-pagi ni pun tak boleh ke? Serius maut la kawan aku ni. Emo..
mentang-mentang merajuk dengan bini dia.
“Ada penghantaran bunga untuk Tengku.”
Lelaki itu menunjukkan bunga di tangannya.
“Untuk saya?” Tengku Aaron dah terlopong.
Adam dah gelak sakan. Para pekerjanya juga
turut berpandangan sesama sendiri. Semuanya macam tertanya-tanya bila bos
mereka dapat bunga. Nampak gayanya pemberita TV3 harus dijemput untuk berita
hangat ni. Letak tajuk, “Pecah Rekod: Lelaki Pertama di Triumph Air Terima
Bunga adalah CEOnya Sendiri..”
“Sure
untuk saya?” Tengku Aaron meminta kepastian.
Lelaki itu angguk.
“Tengku boleh tandatangan sebagai tanda
Tengku dah terima?” Lelaki itu menyerahkan satu kad kepada Tengku Aaron.
Tengku Aaron teragak-agak untuk
menandatanginya. Sebab dia mana pernah dapat bunga sepanjang dia hidup ni. Yang
ada, dia yang bagi bunga kat orang. Haish.. siapa pulak yang bagi bunga ni? Terlintas
satu wajah dalam benaknya. Rasa-rasanya dia boleh agak siapa. Hatinya tersenyum
sendiri.
“Thanks.”
Lelaki itu berlalu pergi.
Tengku Aaron menilik-nilik bunga yang berada dalam
tangannya. Cari kad. Dia membacanya. Tersenyum. Damia.. Damia..
“Pink
carnations? Pink?” Adam
gelakkannya. Lelaki dapat bunga pun dah tak macho.
Dapat warna pink lagilah tak macho kuasa dua. Tapi dia dah tak peduli
bila dah tahu siapa penghantarnya.
“So
what? Cantik apa?”
Tengku Aaron pandang bunganya lagi. Kalau
Damia yang bagi, bunga tahi ayam pun tak kisah. Bagi pasu bunga je pun takpe. Memang
dia akan sengih sampai tengah hari agaknya. Tengku Aaron berjalan ke biliknya
dengan bunga di tangan. Tak peduli dah dengan Adam. Tak peduli dah dengan semua
orang yang pandang pelik padanya.
Adam geleng kepala. Dah boleh agak dah
siapa pengirimnya kalau senyum sampai telinga macam tu. Hai.. dah nak terpujuk
la tu! Aaron.. Aaron..
-----------
Bilik
itu sepi tak bersuara. Yang dengar hanyalah bunyi pensel kayu yang terlakar
pada sekeping kertas dan sesekali bunyi pemadam yang bergesel dengan kertas.
Damia pandang pada lukisannya. Berkerut keningnya meneliti setiap kelemahan
pada lukisan itu.
Tak lama kemudian, tangannya kembali ligat
melakarkan kembali apa yang ada dalam kepalanya. Apa-apa pun terjadi,
lukisannya mesti siap hari ni jugak. Mesti!
Pintu bilik diketuk.
“Assalamualaikum. Boleh saya masuk?” Damia
pandang pintu. Hmph.. Suraya rupanya.
“Weh, buat apa?” soal Suraya lepas duduk
di depan Damia. Pelik bila sahabatnya tu langsung tak keluar bilik hari ni.
Sibuk sangat nampaknya.
Suraya pandang lukisan Damia.
“Hmph… patutlah busy sangat. Busy melukis gambar hubby dia rupanya.” Suara Suraya menyindir Damia. Punyalah khusyuk
melukis. Ingatkan lukis bangunan ke apa.
Lukisan itu ditarik. Hmm… sempurna. Suraya
tenung lukisan tu macam sedang menilai berapa bintang yang harus diberikan
kepada Damia.
“Handsome.”
Suraya puji selamba. Kenyataan yang memang tak boleh nak tolak.
“Lukiskan aku satu, boleh?” usik Suraya.
“Weh.. laki aku tu!”
Suraya ketawa. Tahu pun jelous. Damia mencebik. Sibuk je si Su
ni.
“Alah… bukannya dia sorang je yang ada
muka macam ni, kan?” Kata-kata Suraya macam misteri. Damia kerutkan keningnya.
Cuba mencerna kata-kata Suraya.
“Memanglah.. Abang Rean, kembar dia.”
Damia teringatkan kembar Tengku Aaron. Suraya senyum.
“Kau senyum ni, kenapa?” Damia curiga.
Dahlah tiba-tiba keluarkan pasal Tengku Andrean. Senyum-senyum pulak tu.
Musykil.. musykil..
“Nak senyum pun tak boleh ke? Aku cuma
rasa pelik bila kau tiba-tiba lukis gambar Aaron ni. Kenapa?” Suraya alih
topik.
“Adalah.. bukan urusan kau.” Damia sengih.
Mana mungkin dia cakap kat Suraya yang dia
lukis gambar tu sebagai satu strategi nak pujuk Tengku Aaron. Kemuncaknya malam
ni. Haha.. Dia akan pastikan yang Tengku Aaron takkan marahkannya lagi. Menjadi
ke strateginya ni? Arghh.. cuba la dulu.
-------------------
Damia
pulang agak awal hari ni untuk memasak makan malam. Dia dah rancangkan mahu
masak apa malam ni. Mestilah lauk kegemaran Tengku Aaron. Tom Yam kaw-kaw
punya. Tapi.. satu je yang dia tak tahu. Tengku Aaron balik awal ke tak hari
ni. Minta-mintalah jangan balik lambat hari ni. Kalau tak, hancur programnya.
Lebih kurang pukul 7.00 malam, kedengaran
bunyi enjen kereta Tengku Aaron. Damia tarik nafas lega.
“Awak dah balik?” Damia menyambut
kepulangan Tengku Aaron.
“Emm..” hanya itu yang dibalas Tengku
Aaron. Dia terus naik tangga.
Huh.. marah lagi nampaknya? Damia sedikit
kecewa.
Lepas isyak, Damia mengetuk pintu bilik
Tengku Aaron. Ingin mengajak Tengku Aaron makan malam. Tengku Aaron langsung
tak keluar bilik sebelum tu. Buatkan hati Damia makin rasa bersalah. Naik
lenguh tangan Damia mengetuk pintu, tapi tetap tak berjawab.
Apa nak dibuat ni?
“Aaron.. awak marahkan saya lagi ke?”
tanya Damia dari luar pintu. Senyap. Damia mengeluh.
Tengku Aaron keluar dari bilik air bila
mendengar pintu biliknya diketuk beberapa kali. Baru je dia nak pulas tombol
pintu, dia melihat di bawah pintunya bagaikan satu kertas ditolak masuk ke
dalam biliknya. Dia tak jadi nak bukak pintu.
Kertas? Tengku Aaron tunduk mengambilnya.
Tulisan Damia.
Awak
marahkan saya lagi ke? Saya minta maaf. Bukaklah pintu..
Tengku Aaron tersengih sendiri bila
membacanya. Macam budak-budak. Kemudian, kertas kedua ditolak masuk ke dalam
biliknya.
Saya boleh
explain pasal surat tu. Bukak pintu. Please..
Tengku Aaron tergelak sendiri. Tapi cuba
ditahan supaya Damia kat luar tak dengar. Nampaknya Damia nak main balas-balas surat
dengannya? Okay.. kita layan. Tengku
Aaron mengambil pen dan buku kecilnya. Dia duduk bersila di depan pintu.
Sekarang ni, cuma ada pintu yang memisahkan kedudukan mereka berdua.
Abang sedih
dengan Mia.. L
Kertas itu ditolak keluar. Damia nampak.
Haish.. balas-balas surat pulak dah? Sekurang-kurangnya ada respons. Kertas itu
dibacanya. Cewah.. smiley siap! Dia
tulis lagi.
Saya
minta maaf sangat-sangat. Surat tu dah lama la. Bagila peluang
untuk saya explain. Awak bukak la
pintu.
Tengku Aaron tersengih sendiri. Di setiap
surat Damia, mesti akan ada pujukan supaya dia bukak pintu.
Abang tak merajuk la, sayang. Abang
bukannya taknak bukak pintu. Tapi, abang dalam toilet tadi. Apalah.. mesti Damia dah salah sangka. Sekarang ni
pulak, memang dia sengaja taknak bukak pintu lepas dapat surat daripada Damia.
Sengaja nak lancarkan perang psikologi.
Explain apa lagi?
Dulu Mia bagi nama abang kat kambing. Sekarang
ni macam-macam Mia kata abang. Cakap
je la yang Mia memang
tak suka abang, kan? Mia memang tak
pernah sayang abang, kan?
Kali ni Tengku Aaron buat ayat touching sikit. Hehe.. Sengaja nak
gundah-gulanakan hati Damia. Surat itu ditolak keluar bilik.
Damia mengambilnya? Haish… Tengku Aaron
sedih sangat ke? Damia gigit bibir bawahnya. Memikirkan ayat yang paling sesuai
untuk dikarang kepada Tengku Aaron.
Jangan la cakap
macam tu. Masa tu tak sayang.. Kalau nak tahu,
awak bukaklah pintu ni.
Masa tu tak sayang. Wah! Menarik ni..
Tengku Aaron sengih sendiri. Kalau masa tu tak sayang, macam mana sekarang ni?
Laju tangannya menulis apa dalam kepala. Kertas itu ditolak keluar.
Kalau masa tu tak
sayang, habis tu macam mana sekarang ni?
Damia gigit bibir bawah lagi. Apa nak
jawab ni? Damia betul-betul tak tahu nak jawab apa. Ambik kau, Damia. Cakap
macam-macam lagi. Lain kali susun ayat betul-betullah! Tak pasal-pasal sekarang
ni rasa terjerat. Apa mahu cakap ni? Damia cuba susun ayat dalam kepalanya.
Kalau masa tu tak
sayang, maksudnya saya sayang la sekarang ni…
Hish.. tak boleh.. tak boleh… Direct sangat la pulak. Damia potong apa
yang ditulis.
Dulu lain,
sekarang lain.. tu pun tak faham-faham lagi ke?
Damia potong lagi. Macam kasar pulak
bunyinya.
Damia fikir lagi. Tapi, terkejut sakan dia
bila pintu bilik Tengku Aaron terbuka dari dalam. Damia yang sedang duduk
bersila terus bangun. Terus gagap kalau Tengku Aaron depan mata. Pasal apa
pulak mamat ni nak keluar masa ni?
Tengku Aaron bersandar pada pintu sambil
bersilang tangan. Mukanya selamba. Tak marah. Tak jugak senyum. Tapi, dalam
hati Tuhan saja yang tahu betapa dia nak ketawa melihat Damia yang macam
pesalah je mukanya. Tengku Aaron cuba kawal saraf mulut agar tak tersenyum.
Penat menunggu dalam bilik, akhirnya
Tengku Aaron membuka pintu. Lama sangat la Mia ni.
“Abang dah bukak pintu. Apa yang Mia nak explain?” Tengku Aaron berkata serius.
Damia ditenungnya.
Damia diam. Mahu karang ayat apa ni? Nafas
ditarik dalam-dalam.
“Pasal surat tu, saya tengah marah masa
tu. Macam yang pasal kambing hari tu, saya tulis sebab nak lepaskan rasa hati.
Tu je.. saya pun tak ingat dah yang surat tu ada dalam handbag saya. Dah lama dah.” Damia menjelaskan kepada Tengku Aaron.
“So?”
tanya Tengku Aaron selamba. Macam tak kisah apa yang nak dikata Damia. Muka
masih bajet merajuk sayang.
“Dulu lain. Sekarang lain..”
“Apa yang lainnya?” soal Tengku Aaron.
“Dulukan saya takde perasaan apa-apa. Dulukan
rasa marah. Dulukan tak sayang..”
“Dulu tak sayang? Sekarang ni?” Kali ni
Tengku Aaron tersenyum nakal. Muka Damia dah merah.
“Sekarang ni.. macam tu la.” Damia pandang
tangga. Tak sanggup rasanya nak cakap. Malu! Muka pun dah rasa macam colour traffic light masa tengah
berhenti dah.
“Macam mana apa?” Tengku Aaron buat-buat
tak tahu. Tapi bibirnya tersenyum nakal. Nasib baik Damia tak nampak
senyumannya.
“Kalau dulu tak sayang, maksudnya sekarang
ni berlawanan dengan tak sayang.” Damia masih putar-belitkan fakta.
Tengku Aaron nak tergelak mendengar
kata-kata Damia. Tapi cuba ditahannya.
“Abang faillah
sinonim antonim ni. Abang tak tahu. Kalau berlawanan dengan tak sayang tu apa?”
Tengku Aaron buat-buat tak tahu. Dia mahu dengar daripada mulut isterinya
sendiri.
“Kalau dulu tak rasa sayang. Sekarang ni
dah rasa sayang,” kata Damia perlahan. Tunduk habis dia sebab terlalu malu.
Makin lebar senyum Tengku Aaron.
“Mia cakap apa? Abang tak dengarla.”
Tengku Aaron sengaja mengusik Damia. Damia gigit bibir bawahnya.
“Kalau dulu tak sayang, sekarang ni dah
sayang.” Damia kuatkan suaranya.
Tengku Aaron ketawa lepas. Cukup gembira
dengan luahan hati isterinya yang sememangnya ditunggu-tunggu selama ni.
“Mia nak abang maafkan Mia ke?” soal
Tengku Aaron sambil sengih.
Damia angkat muka sebelum angguk. Aik…
cakap sayang terus baik? Tapi.. kira okaylah
daripada menghadap Tengku Aaron yang merajuk. Tak tenang hidup. Dia baru sedar
yang dia rindukan senyuman dan lesung pipit Tengku Aaron.
“Tapi abang ada syaratnya.” Tengku Aaron
mula tawar menawar.
“Apa dia?”
“Abang cuma akan maafkan kalau ada orang
peluk abang.” Tengku Aaron depakan tangannya.
Ewah… nak peluk siap? Damia teragak-agak.
Segan!
“Err.. nak saya panggilkan pak cik jaga
ke?”
“Mia…” Tengku Aaron geram. Sempat lagi
Damia nak berloyar buruk dengannya?
“Ya la.. ya la..” Damia mengalah.
Perlahan-lahan kakinya merapati Tengku Aaron.
Kemudian, kedua-dua tangannya perlahan-lahan memeluk Tengku Aaron. Malu tak
malu, buat muka toya dah. Tengku Aaron terus menarik Damia erat ke dalam
pelukannya. Gembira!
“Abang pun sayangkan Mia.”
Damia angkat muka pandang Tengku Aaron.
Senyum manis terukir pada bibir merah itu.
“Awak dah tak marahkan saya?” soal Damia.
“Mana pernah abang marahkan Mia la. Abang
tak ambil hati pun dengan apa yang Mia tulis hari tu. Abang saja je nak uji
Mia. Saja nak Mia pujuk abang. Asyik abang je yang kena pujuk Mia,” jelas
Tengku Aaron.
“Anyway,
kalau Mia pakai baju macam semalam nak pujuk abang, lagi abang suka.” Tengku
Aaron senyum mengusik.
Makin merah muka Damia. Taknak ingat dah
pasal baju tu. Malu kut!
“Huh.. kalau macam tu, awak sambung la
rajuk awak tu. Tak ingin saya nak pujuk awak.” Damia berkata geram. Tangan
menolak dada Tengku Aaron. Tapi Tengku Aaron terlebih dahulu menarik Damia ke
dalam pelukannya.
“Okay..
abang mintak maaf. Jangan la merajuk, sayang.” Dalam beberapa minit je,
semuanya dah terbalik. Dia pulak yang pujuk Damia yang merajuk.
“Satu je abang tak faham pasal surat tu?
Seharian abang fikirkan benda tu.” Tengku Aaron tayang muka bingung.
“Apa dia?” Dada Damia berdebar. Apa lagi
yang tak kena dengan surat tu? Dia ada cakap yang teruk-teruk ke? Ada keluarkan
nama lelaki lain ke? Dia sendiri tak ingat apa yang ditulisnya sebab dah lama
sangat.
“Paramecium
tak cukup flagella tu apa?”
Damia ternganga. Perlu ke Tengku Aaron
tanya dia pasal benda tu?
“Tak kenal Paramecium tu apa?” soal Damia.
Dengan muka yang penuh tak bersalah, Tengku Aaron geleng.
“Awak cari sendiri. Google paramecium tu
apa. Mengarut je awak ni, kan? Ingat ke apa tadi. Berdebar-debar saya sebab
takut awak salah faham lagi.” Damia berkata geram.
Tengku Aaron sengih.
“Jom turun makan. Saya masak special untuk suami saya yang merajuk
ni.” Damia jeling manja kepada Tengku Aaron.
Tengku Aaron sengih. Baguslah… perut dia
pun dah lapar ni.
-------------
Tengku
Aaron makan dengan berselera sekali. Kan dah cakap. Tom Yam yang dibuat Damia
pasti buat dia terangkat. Sedap gila! Satu periuk dia sanggup hirup.
“Sedap?”
Tengku Aaron angguk. Jangan ditanya,
Damia.
“Saya ada satu hadiah untuk awak.”
“Hadiah? Bunga lagi?” Tengku Aaron senyum
mengusik.
Menggeleng kepala dia bila membaca kad
yang ditulis Damia pagi tadi. Kelakar. Macam mana la Damia boleh terfikirkan
ayat macam tu?
“Bunga yang cantik, untuk lelaki yang handsome yang selalu tersenyum, hah?”
Tengku Aaron mengajuk kata-kata yang tertulis atas kad itu.
Damia gelak.
“Kali pertama perempuan bagi abang bunga.
Kalau sebelum ni abang yang selalu bagi perempuan bunga.” Tengku Aaron ketawa
lagi bila teringatkan bunga teluki pink
yang dikirim Damia.
“Anyway,
kenapa bagi pink carnations?” Tengku Aaron ingin tahu.
“Err… sebab saya tahu bunga apa yang sesuai
dan saya tahu lelaki tak suka bunga, so
saya bagilah pink carnations. Bunga tu favourite saya.” Damia sengih. Apa daa..
Bagi bunga kat orang pakai bunga kegemaran sendiri ke?
“Oo.. ya ke?” Tengku Aaron baru tahu. Dia
tak pernah tahu bunga kegemaran Damia. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.
“Macam yang Khalysq bagi hari tu, kan?
Nampaknya dia lebih tahu kegemaran Mia daripada abang.” Tengku Aaron tayang
muka sedih.
“Apa awak ni. Tu kan dah berlalu. Kita dah
kosong-kosong hari tu, kan?” pujuk Damia. Tengku Aaron senyum dalam hati.
Nampaknya Damia dah maju sekarang ni. Dah boleh nak pujuk-memujuk dah.
“Apa hadiah abang?”
“Saya taknak tengok Tengku Aaron yang
sedih, marah atau berserabut..”
“So?”
“Saya cuma nak tengok Tengku Aaron yang
macam ni.”
Damia keluarkan satu kertas dari bawah
meja sebelum ditunjukkan pada Tengku Aaron. Tengku Aaron memandang lukisan itu.
Tersenyum sendiri. Sebijik macam yang ada dalam lukisan itu.
“Hmm.. handsome,
kan?” Tengku Aaron perasan sendiri. Damia mencebik. Malas nak jawab soalan yang
memang dah tahu jawapannya.
“Thanks,
sayang. I love it.”
Tengku Aaron senyum lagi. Tak puas
memandang lukisan Damia. Apatah lagi pandang potret sendiri. Ahaks.. makin tak
puas. Damia memang berbakat. Halus seninya. Bila potretnya dilukis oleh isteri
tersayang, memang rasa sayang yang teramat pkepada lukisan itu.
“Bila Mia lukis?”
“Pagi tadi. Gigih tahu semata-mata nak
gembirakan hati orang yang tak merajuk tapi buat-buat merajuk ni.” Dia jeling
Tengku Aaron.
Tengku Aaron ketawa. Bahagia.
“Sorry..
tapi berbaloi jugak sebab dapat dengar orang tu sayang kita.” Damia malu campur
geram. Laju tangannya mencubit pinggang Tengku Aaron.
“Adoi..” Tengku Aaron menggosok
pinggangnya. Tu la.. cari pasal lagi.
Tengku Aaron cuma sengih sebelum sambung
menghirup tom yam buatan Damia.
****SEKIAN UNTUK TEASER..HOPE ULL ENJOY THIS ENTRY.APA2 TYPO HRP MAAF.. KALAU XBEST ENTRY NI, HARAP MAAF..HUHU..SEGALA KOMEN DAN SOKONGAN ANDA SEMUA AMATLAH DIHARGAI..HUHU..TQ