Sabtu, 14 September 2013

Cinta Di Penghujung Senja




Betapa….. cintaku hadir di hujung senja
Berbalut dengan sejuta nista
Bersama pedih luka dalam ketawa
Menggores cinta yang kini ternoda
Wahai kenangan.

Tolonglah lenyapkan debu ini
Terombang ambing di liku sepi
Tersembam berjuta mimpi
Terpasung di mata hati….
Wahai insan
Usahlah tunjukan taringmu
Egomu tak sampai ke mana
Kasihmu tak pernah nyata
Duniaku tetap berbeza
Bukan sebagaimana yang kamu sangka
Kutunggu cintaku di penghujung senja
Adakah akan ada sirna mentari 

Kemilau bahagia menjelma kembali 

Bisa ku gengam kembali sejarah mungkin

Akan berulang atau lenyap

ditelan masa.....









Bersama sebuah puisi luka di kembara yang panjang




Kulenggokkan pena dijari
sebuah puisi berirama pilu
sebuah gurindam beralun syahdu
mencari cinta berteman air mata
masih tersembunyi di sudut hati
kenangan yang dulu

yang penuh berliku dan kini
sudah  berlalu....


Tintaku bersulam kebiruan
Warna-warna kerinduan
masih berkaca dalam ingatan
walaupun engkau pergi
tingkahmu sering tersimpan
di sudut hati dalam kenangan


Kini......setelah engkau pergi
aku  sering ditemani sepi
bersendiri meniti gelombang
dalam kembara yang panjang
cuma dapat kutulis kini
menjadi sebuah memori
bersama sebuah puisi

Dalam linangan air mata
aku redho dengan permergianmu
dalam sujud aku meminta
dilenyapkan segala memori luka ini
yang sering bertahta 
dalam lipatan kenangan
muga dikau ketemu ruang
kegembiraan disebalik
kepedihan dan sengsara
insan lain yang pernah
engkau kecewakan

Masih tergiang di ruang kenangan
kau ucapkan kata2 sayang,
kau coretkan puisi sahdumu bahawa
aku tidak akan sia siakan kamu
dan aku akan menyintai kamu selamanya
sehingga keakhirnya
aku akan sayang kamu...
aku akan simpan semua ucapan kosong mu
dalam lipatan kenangan penuh tragis ini

percayalah duhai pengorbanan
bahawa setiap inci detik nadi ku
akan aku titipkan segala kenangan
pahit manis bersama
biarlah biarlah kerana sejarah tidak akan 
berulang lagi
menutup segala tirai kebahgian 
monolog luka tetap bernanah
sehingga mana ia dapat bertahan
hanya waktu dan ketikanya 
akan ada penentu segala
Oh Pencipta
tenangkan jiwa ini
damaikan hati ini
merana kehujung dunia sekalipun
tidak akan berpatah kembali



**************