Boleh kaya ke dengan berjudi macam tu!. Selama ni pun aku rasa
belum ada lagi orang yang jadi jutawan Islam dik pasal main judi, seperti
no ekor, magnum,melaga ayam, lumba kuda dan yang sewaktu dengannya..
cuma yang aku tau menghabiskan duit adalah dan lagi papa kedana
dibuatnya bila dah jadi satu ketagihan. Lupa segala tanggung jawab pada anak-anak
dan isteri dirumah yang memerlukan perbelanjaan dapur dan persekolahan.
Setiap kali aku melintas kedai Seven 7 sudah pasti aku akan menoleh
seketika sebuah kedai Ekor(sport toto) atau pun Magnum..Kan aku dah kata
tidak lain hanya beberapa orang yang pasti ada kat situ.
Mmm sudah pastinya beberapa orang Pak Cik-Pak Cik yang beragama
Islam masih bergayutan kat kauter pembayaran judi..
Kesian aku nengok binatang ni.. buat apalah di buat pertaruhan hanya kerana nak cepat
kaya.. akhirnya satu pun tak dapat apa. umpama macam kisah Lebai Malang,
"Kalah Bersabung Tergadai Kampong Halaman"..
Entahlah apa nak jadi umat dan bangsa kita ni...
Implikasi dan akibat berjudi aku rasa banyak yang memberikan keburukan
dari kebaikan.
Contohnya:
Kancah hutang dan masalah kewangan lebih serius.
Kecenderungan masyarakat Malaysia yang sukakan skin cepat kaya
yang sering diserbu selain diharamkan oleh kerajaan.
Membawa masalah dan krisis rumah tangga.Pergaduhan suami isteri
anak mencuri duit ibu bapa untuk berjudi,suami mencuri duit isteri
dan sebagainya.
Kanak-kanak akan turut serta dalam perjudian,khususnya secara dalam
talian, dan tidak ada siapa boleh menghalang kerana lesen diberi olah
kerajaan manakala perbuatan itu tidak lagi dianggap satu kesalahan.
Masyarakat tidak progresif kerana meneka dan bertaruh serta menonton
bola sepak secara berlebihan.Kalau dulu penonton hanya gembira untuk
melihat pasukan yang disokong, kini bakal menjadi taksub dan tertekan
kerana keputusan perlawanan membabitkan wang pertaruhan.
Mendorong rakyat fokus pada perolehan keuntungan secara cepat tanpa
teknik, namun akhirnya ditimpa kerugian.
Kesan buruk kekalahan menyebabkan kemarahan, memandu berbahaya
di jalan raya, pergeseran rumah tangga, kesan psikologi ditempat kerja,
dikejar lintah darat atau along dan banyak lagi.
Pemberian lesen itu seolah-olah menjolok sarang syaitan kerana kemungkinan
ada individu yang tidak terdorong untuk berjudi kerana ia aktiviti gelap
dan salah di sisi undang-undang. Namun dengan pemberian lesen, mereka
melakukannya.
Merosakkan moral manusia dan memalingkan orang dari mengingati Allah s.w.t
dan menjauhkan dari melakukan solat...
****************