Sabtu, 10 Julai 2010

MONOLOG RINDU BUAT KENANGAN ABAH



(setelah 25 tahun pemergiannya)



Suara Mak Uda sayu dalam telefon ketika menghubungiku
"Abah hang tak sihat, dia dah masuk hospital pagi tadi"
lantas aku kabarkan kepada Hubby yang ketika itu sedang
bermesyuarat di pejabatnya.
Aku,hubby dan anak-anakku pulang menziarahi abah. Jauh
perjalanan kami ratusan batu. Ketika sampai abah tersenyum
dalam kepayahan menyambut kepulangan kami.


Seketika di sisi abah, Senyuman sakitnya mengiringi kami
pulang ke Mersing.
Maafin aku abah kerana tidak betah menjagamu seperti
mana engkau menjaga aku semasa melahirkan anak-anakku
Aku perlu mengikut hubby pulang ketempat kami mencari rezeki.

Dua minggu kemudian aku dan keluarga pulang semula
ke kampung untuk menziarahi abah kerana kebetulan
hubby ada mesyuarat di Perak.
Sebak pilu menyentap hati, Redup matanya memandang
aku dan cucu-cucu disisinya. Abah terlantar tanpa gerak
tanpa kata. Kuusapkan abah penuh kasih penuh sayang.
Belum puas menemani abah, hubby kena pulang semula
kerana tugasan menantinya di pejabat.


Seketika di sisi abah, Senyuman sakitnya mengiringi kami
pulang ke Mersing.
Maafin aku abah kerana tidak betah menjagamu seperti
mana kau menjaga aku semasa aku melahirkan anak-anakku.
Aku perlu mengikut hubby pulang ketempat kami mencari rezeki.


Tiga hari di Mersing, aku sedang menyediakan makan tengahari
untuk hubby yang sebentar lagi akan pulang kerumah untuk
makan bersama anak-anak. Hubby pulang dengan wajah sedih
dan aku nampak tergenang dikelopak matanya butir-bitir airmata
Kabar sedih aku terima menyatakan abah telah kembali menyahut
panggilan Illahi.
"Daripada Allah kita datang, kepadaNYA kita kembali".


Lemah segala sendiku dan aku tanpa sedar terpana dan hampir
pengsan kerana tersangat sedih mendengar berita pemergian abah.
Nasib hubby menolongku ketika itu, jika tidak mungkin aku sudah
tidak sedarkan diri.Mana mungkin aku dapat mengawal perasaanku
kerana abah adalah kasih ku dan sayang ku selamanya. Tanpa abah
aku seperti orang hilang arah.

Maafin aku abah kerana tidak betah menjagamu seperti
mana engkau menjaga aku semasa aku melahirkan anak-anakku.
Adakah nanti anak-anakku juga akan berkata begitu ketika akhir
hayat aku nanti?.



*****************************

Jumaat, 9 Julai 2010

BANGKITLAH SANG KUPU KUPU DARI TIDURMU




Kesejukan pagi yang meresap
embun jernih bersinar di pepohon
kicauan beburung dan unggas bersahutan
mentari kian menampakkan wajahnya
membangkitkan suasana pagi nan indah


Sayup-sayup kedengaran suara Azan
menyeru insan yang dibuai mimpi
bangunlah dari lekamu
lakukan kewajipan
berzikir, bertasbih, bertahmid padaNYA
Yang Khaliq dan Yang Pengasih
Yang Pemurah dan Penyayang
bacalah surahNYA


Sayang,
masih ada yang lalai dibuai keseronokan
melupakan yang Esa, menurut rasukan iblis
nafsu nafsi bersarang
hingga lupa janjimu padaNYA dulu
hingga tertutup segala pintu rezeki
terlepas nikmat pagi
pada Illahi,
kita lalai dan tersasar
kita leka dibuai keindahan fata morgana


Hingga petang
kita saksikan lagi watak utama
menerjah diri ke alam pura-pura
bilakah kita mahu sedar
bilakah kita akan terus dibuai keasyikan ini
usahlah ditambahkan watak antagonistik
kerana babak kehidupan seperti topeng
yang membungkus kepalsuan
yang jelas segala kepalsuan
tetap terserlah diwajahnya


Kala malam
kita mampir kelurah gersang
indah tidak tergambarkan
persis sang kupu-kupu malam
namun hatinya bukan walang
seperti pelakuannya
Yang dulu terpancar yang putih pada wataknya
wayang hitam menular pada pelakunya
sayang keimanan yang tipis
si antagonis akhirnya tersungkur dipentas

Maka kerancakan pentas itu
tanpa melabuhkan tabirnya
kita hanya penyaksi segala
kemungkaran didepan mata..


**********************

Rabu, 7 Julai 2010

BAIT-BAIT LUKA SEMALAM




Dia yang merangkul dan mencium
dikala malam sundal
melalui langkah syaitan
kisah kasih
yang membenamkan aku
ke jurang neraka.

Oh!! aku terleka
lontaran palitan hitam
sang jalang yang bertebaran
di parti itu
menjamah setiap ruang tubuhku
si celaka itu menjejaki aku
hingga kesini

Robek sudah maruah diriku
terbang segala keimanan
tasbihku tersungkur insaf
tahmidku berdarah najis
sejadahku berkecai lunyai
menanggisi kehancuran iman
yang punah
tatkala malam menjemput waktu
aku yang tertipu

Baris-baris noda ku buang
mencari terapi luka semalam
kerana aku dan kau tidak sehaluan
jauhilah aku, sang dosa
tinggalkanlah aku!

Kerana aku kini
mencari cahaya Illahi..

*********************

Selasa, 6 Julai 2010

CERITA KOMPUTER BURUK...CURANGKAH ATAU SAYANG!...




Ucapan pertama dari mu menegur aku,

"bagaimana ari ini!, sayang sihat dan dah makan ker,

bagaimana sayang tak rindu kan i ker!

I rindu sangat-sangat.... really sayang!.. i love u to

bila kita boleh berjumpa sayang.....

rindula rasa nak jumpa hari ni juga.. rindu tak tahan la sayang!.....


Bahaya sikap curang ni...jangan main-main
silap-silap haribulan masuk jurang dan
tersungkur dalam longkang, dibuang macam
sampah, masyarakat sikit pun tak pandang.

Mengapa perlu jatuh cinta tatkala usia semakin senja
kenapa perlu curang , sepatutnya tenang menghadapi
kehidupan dengan lebih bermakna, habisi sisa-sisa
usia yang ada dengan kebahgiaan yang telah terjalin
sekian lama bersama-sama pasangan masing-masing.

Kecurangan dan cinta diusia semakin senja secara
zahirnya adalah punya perasaan dan naluri yang
tidak tergambarkan oleh perasaan.Batin sentiasa
teringatkan kekasih lama atau lelaki lain ditempat
kerja sering terbayang-bayang diruangan mata.
Inilah kecuaian yang mengundang kecurangan.

Pasangan suami isteri sedikit mengekalkan kehangatan
hidup berumah tangga, kesunyian dan tidak ada lagi
penambahbaikan kasih sayang perkahwinan menjadikan
isteri berpindah usaha kepada lelaki lain yang selalu
memberikan motivasi manja dan romantik, manakan
tidak, pasti isteri tergoda pada lelaki lain.

Kerana sering tidak ada tolak ansur dalam sikap tidak
kisah suami, isteri yang gundah gulana sering mencari
rakan sekerja untuk mencurahkan segala keperitan
disebabkan rumahtangga mula meruncing dan tidak
ada lagi keharmonian.

Pasangan cinta terhalang ini sering goda mengoda
dan prihatin satu sama lain, maka mereka sering mencurahkan
segala isi hati dan segala gelojak jiwa pada pasangannya.
Tambah pula bini orang ni ada sikap 3M - Mengoda, manja dan
mengada-gada, mula suka menceritakan masalah rumah
tangga sendiri pada orang. Hah jejaka - jejaka ini pun apalah
lagi tunjukkan prihatin dan peka semacam.Sedangkan
isteri sendiri ada masaalah buat pekak dan tak peka langsung.
Akhirnya akibat selalu mendengar cerita-cerita peribadi ini
hati mula terpaut dan sama-sama hanyut dalam lautan
asmara di bawah bulan purnama ......

Kisah cinta terhalang dah tentu seronok, thrill, bahagia
gembira, rasa dikasihi dan pelbagai jawapan positif, sebenarnya
semua itu mengarut, kerana jawapan yang sebenarnya adalah
bahang api neraka... Mana mungkin isteri yang curang kepada
suaminya tidak akan mencium bau syurga...Ingatlah diri
kerana kasih dan sayang dan pelukan lelaki lain cukup panas
hangat dan menyeronokkan akan menjurus kepanasan dari
panas bahangnya api neraka.... Bertaubatlah sebelum pintu
taubat tertutup.....Nauzubillah.




************************************

Isnin, 5 Julai 2010

MASIH PUNYA RUANG KAH BUAT KITA DI SINI.!!




Bersuanya ruang
aku dan engkau seakan bersatu
menyerahkan jiwa dan raga
seakan dunia tiada penghujung
engkau dan aku adalah pelakun
yang sandiwaranya hanyalah hayalan

Lewat dinihari itu
antara kita seakan berpadu jiwa
menyerahkan isi hati dan perasaan
engkau dalam gengaman
dan aku dalam anganan
mana mungkin engkau dan aku persis
dua sejoli memadu jiwa
mungkin itu cinta penuh kepalsuan
seakan akan ada penghalangnya
kerana kita tidak mungkin bersatu
cinta kita kian terhalang dan terlarang

Kasih..
andai itu jalan terbaik buat kita
antara engkau dan aku
bisa dipisahkan
kerana kita berbeda
hidup kita terhimpit
diantara dunia yang penuh benteng penghalang
tidak bisa ditembusi
walau pun kita bisa laluinya
halangan itu pasti kukuh
kelak kita juga yang kecundang
cekalkan hatimu
usahlah dikau menyesali keadaan
kerana keadaan ini tiada
ruang buat kita bersama
taupan cinta kita bisa punah
sadarlah...

akhirnya kita juga yang merana
biarlah ini saja jalan
ceritera kita sebagai sejarah
sejarah mungkin akan berubah
menjadi lagenda cinta terhalang
antara dua dunia yang berbeda.


***********************