dititip sebuah puisi
tentang pelangi:
bagai ular danu
menelan segala warna bunga-bunga
sehingga pada esoknya
bunga tidak lagi berseri.
seorang gadis sunti
bersimpuh dan menangis kerana
semua bunga-bunga menjadi putih,
gadis itu memetik dan mencampakkan....
lalu kukutip setiap bait puisi yang bertaburan
dan kususun semua kata menjadi sebuah kota
di atas tugunya tertulis
“chan fhaod gràdh a bhith aonaichte” - 151220
DPMP
1 comment:
Post a Comment