Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, October 22, 2013

UMNO JERANTUT: GARIS SEMPADAN ANTARA YANG MENANG DAN YANG KALAH





CnP skrin shoot di laman facebook


1. Pemilihan sudah berakhir. Tahniah kepada Hj. Nazlan kerana berjaya menghadapi segala macam cabaran. Takziah buat Ku Lan kerana gagal pertahankan jawatan. Tahniah kepada semua yang menang dan takziah kepada semua yang kalah. Pertarungan sudah berakhir. Walau apa alasan sekalipun yang menang sudah menang dan yang kalah sudah kalah. Sepatutnya UMNO mesti disatukan dan dikuatkan semula kerana perjuangan sebenar adalah dalam menghadapi PRU14 akan datang.

2. Yang menang bukan menang semua dan yang kalah bukan kalah semua. Mantan Ketua Wanita patut dilantik kerana ada kekuatan pada dirinya, beliau banyak membantu memenangkan UMNO dalam PRU13 lalu biarpun tidak diwar-warkan kepada khalayak. Menyingkirkannya akan melemahkan UMNO. Usaha juga mesti dilakukan untuk memujuk semula para perwakilan yang juga pengundi dalam PRU14 nanti. Mereka yang sudah di'rasuah'kan untuk tidak menyokong seseorang mesti di'neutral'kan semula fikirannya kerana kemungkinan orang itu juga yang akan jadi calon PRU akan datang dan kita akan merayu pula supaya menyokong dan mengundi mereka nanti.

3. Pada mereka yang berjanji mestilah menunaikan janji-janji mereka. Jangan ada sebarang alasan untuk menolak janji-janji dan jangan juga ada sebarang alasan untuk menghalalkan cara kerana matlamatnya. Ahli-ahli UMNO dan masyarakat melihat apa yang kita lakukan sekarang ini. Jikalau kita memberikan contoh yang tidak baik tidak mustahil mereka akan menolak UMNO dalam PRU14 nanti. Yang berjanji untuk bersara mesti bersara, yang berjanji untuk berhenti kerja kerana berikan tumpuan kepada tanggungjawab juga mesti laksanakannya.

4. Budaya cantas mencantas dalam UMNO masih berleluasa dan tidak dapat dibendung, biasanya yang tewas akan merajuk hati, jika UMNO semakin kecil dan tidak kuat dalam menghadapi PRU akan datang, kita sudah tahu siapa yang akan kita salahkan. 'Rasuah' sudah jadi budaya dalam UMNO dan tidak dapat dipisahkan. Jangan salahkan kalau ada yang menyindir bahawa UMNO dan rasuah berpisah tiada kerana ianya memang sudah nyata. Siapa yang mengedar kain pasang kepada perwakilan? Kita ada banyak rakaman kenyataan namun kita simpan untuk laporan resmi dan didokumentasikan supaya anak cucu kita nanti akan tahu bahawa masih ada 'Si-Kitol' dan 'Raja Mendaliar' dalam peradaban moden sekarang.

5. Perwakilan jangan salahkan pemimpin, kerana hanya yang buta memilih yang pekak, yang rompong memilih yang bisu. Mudah-mudahan UMNO masih akan kekal menjelang PRU14 nanti, jika ianya tenggelam, maka salahkanlah diri kita sendiri yang menjual segala akal dan budi kerana memilih kepentingan diri.

6. Benar, ada alasan menolak mentan ketua kerana kroni sekelilingnya namun apa jaminan bahawa tidak akan ujud kroni disekeliling ketua yang baru?  Konon, sudah merancang mengahih-agihkan 'harta rampasan perang'. Kita perhatikan, kerana usia UMNO mungkin juga sudah tidak akan bertahan lama. Orang Melayu lebih mudah bersatu untuk kalah.

2 comments:

Anonymous said...

Memang biasalah mana mana pemimpin akan ada kroni kroninya yg berkeliaran di keliling pemimpin tersebut.Cuma janganlah kroni kroni yg berada di keliling pemimpin tersebut terdiri dari org yg merosakkan pemimpin tersebut.

Anonymous said...

asal jgn kroninya mcm dullah ketchup... lim kling...hj kulatt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN