Bila di kaji atau diselidiki secara rambang, aku rasa tidak mustahil pasangan yang bercerai berai adalah tergolong dalam situasi peribadi. Mungkin nak bercerai tanpa ada alasan kukuh, atau saja suka2, rasa tak hendak pasangan itu boleh lepas, rasa nak balik rujuk balik, macam jual goreng pisang di tepi jalan.
Sampai bila boleh selesai selagi ada perbalahan, tiada tolak ansur, dendam kesumat, tuduh menuduh tanpa kawalan, selagi boleh kesalahan diri sendiri mahu di sembunyikan, nampak kejahatan bagi pihak lawan, tiada kata putus, aku yang baik, dia tak baik. Ada anak pula di tuduh pasangan itu menghasut, saja nak war warkan pada orang yang dia tu suka bercerai, lepas tu heboh mengatakan anak2 tak menghormati orang tua samada ayah atau ibu mereka.
Tiada kesudahan , tohmahan demi tohmahan selagi ego meninggi dalam diri. Tidak ada keputusan muktamat hanya kerana rasa malu atau besar kepala. Semua keputusan dari pihak yang mentadbir urusan Agama di pertikaikan. Rasa diri lebih arif dari yang Arif., Cukuplah bagi aku timbal balik kejadian perceraian adalah sikap selfish atau penting diri sendiri dan tidak mahu mengaku silap. Kesudahan kes sampai berlanjutan beberapa kali, keluar masuk mahkamah hanya kerana hendak menuntut keadilan. Sampai bila kes nak selesai selagi ada prajudis , bongkak sombong, perangai masih berdendam menyebabkan perkara yang mudah jadi bertambah rumit.
Ada peruntukan dalam perbicaraan keadilan untuk si isteri iaitu termasuk undang2 kanun akta perbicaraan dalam Mahkamah Syariah menyatakan seksyen 52(1) mempunyai 12 sebab musabah mengapa perceraian boleh di ambil, pihak di aniaya boleh menuntut perceraian samada dengan Talak,Taklik atau Fasakh.
Banyak sebab tuntutan cerai boleh di terima antaranya:
1) Suami isteri mempunyai sebab harus menuntut fasakh
2) Buat aduan membatalkan perkahwinan
3) Ada bukti kukuh aduan betul, pihak mahkamah boleh membatalkan perkahwinan
4) Batal perkahwinan cara fasakh "tidak boleh rujuk" selain akad nikah baru.
Antara sebab perempuan boleh tuntut fasakh antara lainnya adalah:
Suami menghilangkan diri beberapa lama lebih satu tahun
Suami tidak menyediakan peruntukan nafkah lebih dari tiga bulan
Suami tidak menyediakan nafkah lahir batin terhadap isteri.
Disebabkan perkara yang tersebut diatas kebanyakan pihak lelaki selalu mengabaikan perintah
mahkamah atau mengingkari arahan. Menjadi nasib malang kepada isteri kerana ramai yang
di tinggalkan dan tidak di ambil perhatian oleh si suami. Penderaan mental lebih kejam dari
penderaan fizikal. jika si isteri menjadi seorang yang tidak bertimbang rasa, bagi aku semua adalah kerana sifat perempuan kalau sudah sayang, mereka akan sayang sepenoh jiwa raga mereka. Tapi andainya mereka di kecewakan dan di buat seperti sampah tidak dipedulikan, kekerasan hati perempuan lebih kejam dan mereka tidak akan mengalah biar pun kes yang mereka tuntut berulang kali.
Ingatlah wahai pihak suami, hidup berkeluarga perlu ada kasih sayang, pengorbanan, hormat menghormati, dan tolong menolong sesama pasangan, pasti akan membuahkan rasa kasih sayang dan harmoni dalam rumah tangga. Bukan berkahwin hanya untuk melepaskan nafsu atau hanya untuk mendapatkan anak sahaja. Terimalah seada nya kekurangan pihak isteri andai berlaku pertelingkahan jangan sampai isteri merajuk dan membawa diri sehingga mereka mengadu ke pihak Mahkamah untuk menuntut keadilan.