Sabtu, 14 Januari 2012

PENTINGKAN SARAPAN HARIAN KITA


Lama tak menulis,mungkin minda ni makin lemah dan tak ada lagi idea nak ditulis diruanganku ini. Cuma kadang2 jika kesempatan seharian aku lebih tertumpu kepada rutin
menghadiri kelas2 testimoni makanan kesihatan nutrisi selular.

Namun kemahuan untuk menulis kadang2 tergendala juga. Kini aku rasa ruangan ini
sepi tanpa kata2 dari coretan aku yang tah apa2.

Oklah mengisi waktu hanya sekelumit ini,
Ingin berkongsi :-

Bagaimana kehidupan kita sewaktu bangun dari lena yang panjang!
Apakah rutin kehidupan sarapan pagi kita menepati kehendak kesihatan
diri kita!
Mungkin kita sambil lewa dengan tahap sarapan pagi kita !
Bila perut semakin lapar diwaktu pagi, selalunya kita jarang bersarapan
dengan kandungan nutrisi yang mempunyai kandungan khasiat penting
dalam membina kekuatan mental dan tenaga dalam tubuh kita..







Ini sering berlaku, kita bersarapan hanya untuk keperluan mengisi
perut yang kosong tanpa mengira kandungan tabiat pemakanan yang sihat
asalkan di isi makanan yang mengenyangkan sudah memadai bagi kita.
Sebenarnya kandungan asid dalam perut kita akan bertambah tinggi jika
kita mengambil makanan yang punya kalori yang tinggi di kala pagi.
Contoh kita sedang tidor diwaktu dini hari dengan nyenyak sekali,
lalu kita cuba mencurahkan sebaldi air di tubuh kita yang sedang lena
dibuai mimpi indah, apakah akan terjadi jika dilakukan demikian!

Pasti kita akan terkejut bangun atau kita akan memaki hamun orang
yang mencurahkan air ketubuh kita. Perut pun akan terkejut juga jika
kita isikan kekosongan perut kita dengan di sumbat berbagai makanan yang
tinggi kalorinya seperti kabohidrat, lemak, minyak dan berbagai macam kandungan
yang terdapat dalam menu masakan yang kita ambil.

Soalannya! apakan kita mahu menjadikan usus kita satu masa nanti akan
menjadi bertambah parah dengan dijangkiti penyakit kronik seperti
kanser usus, mudah mendapat gastrik atau pedih perut bila makan makanan
yang pedas. Usus adalah kehidupan kita, tanpa ada usus tak bermakna
kehidupan ini. Dari usus juga penyakit lain akan muncul, bukan saja dari
perut,mungkin dari jantung,hati dan perjalanan darah kita tidak stabil.

Malah kita akan dihidapi sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan
kita juga akan dapat kegemukan pada tubuh kita. Pasti semua ini akan
mendatangkan kesulitan untuk meneruskan kehidupan kita dengan lebih
sempurna.

Oleh itu ingin saya memberikan panduan untuk sesiapa yang membaca
nukilan aku ini, berikan perhatian yang lebih untuk pemakanan kita
mulai dari hari ini. Jika kita mengalami kesihatan yang tidak baik,
tidak bermaknalah kehidupan ini walaupun kita mempunyai kewangan,
keluarga, harta benda yang banyak, akhirnya semua itu akan habis
dipergunakan untuk mengubati kesihatan kita yang semakin parah.

Ingatlah!! Cegah sebelum parah, Berubatlah sebelum kita sakit.

Kesihatan adalah mutiara kehidupan kita.....


*******************