Selasa, 18 Disember 2012
"Pieces Of My Heart"
Now that all my dreams
have again been shattered,
the pieces of my heart
will be gently gathered,
just waiting for the next fall.
My heart is getting older
each failure takes a great toll,
but now it's time to dry my tears
and work on becoming whole.
I hesitate to believe again,
that love could be meant for me,
it's like I have some foresight
that no future love I'll see.
How many times can you keep trying
when you always lose in the end,
I sit and watch my dreams all dying,
never cared much for those who pretend.
Now that all my dreams
have again been shattered,
the pieces of my heart
will be gently gathered,
waiting for the next fall.
Jumaat, 5 Oktober 2012
PERJALANAN HIJRAHKU KE KOTA SUCI MEKAH DAN MADINAH
Pada 17hb Ogos sehingga 27hb Ogos yang lalu aku bersama keluarga Besanku bertolak ke Jeddah sebelum menuju Mekah untuk menunaikan Ibadah Umrah selama sebelas hari. Waktu itu masuk hari ke 28 Ramadhan dan kami menyambut suasana Hari Raya Aidil Fitri di Kota Mekah Al Muqarramah.
Perjalanan kami dari KLIA dan terus ke Jeddah dan dari Jeddah kami terus di bawa menuju ke Kota Mekah. setibanya disana hampir dalam pukul 1.30 pagi. Kami melakukan Ibadat Umrah pertama sehingga selesai dengan syarat dan rukun dan wajibnya
Lima perkara rukun Umrah
i) Niat
ii) Tawaf
iii) Sa'ie
iv) Bercukur atau bergunting
v) Tertib
Dua perkara wajib umrah
i) Niat Ihram di Miqat
ii) Meninggalkan perkara
perkara larangan
masa ihram
Sebelum bertolak ke Lapangan Terbang sempat bergambar bersama anak menantu di Shah Alam
Sebelum meneruskan perjalanan ke Jeddah aku dan famili besan berkumpul di KLIA
Selepas melakukan Tawaf Umrah bersama anak lelaki dan menantuku
Di Hijir Ismail... tempat letaknya Tapak Kaki Nabi Ibrahim..bersama anak sedara..
Ya Allah betapa Agong dan bersyukur kerana aku dapat menjejaki ke Baitullah ..
Melaku Tawaf sunat sebelum menunaikan solat Aidil Fitri
Jemaah sedang menunggu waktu untuk solat sunat Aidil Fitri
Di dalam Masjidil Haram aku bertemu sahabat dari Russia 'Aishah' namanya sebelum menunai solatkan Solat sunat Aidil Fitri 19hb Ogos 2012
Selepas solat sunat Aidil Fitri di Masjidil Haram
Waktu kemuncak malam Aidil Fitri 2012.. Ramai umat Islam membanjiri Kota Mekah seperti
suasana kehadiran musim Haji
Kota Mekah masih lagi melakukan perubahan pembinaan Hotel-hotel baru yang lebih besar untuk Jemaah Haji pada tahun 2012
Sa'ie... berlari lari anak antara Safwa dan Marwah sebanyak 7 kali pusingan
Masjid dua kiblat (Masjid Qiblatain)
Bukit Uhud
Tugu peringatan gugurnya Pahlawan Agong Islam seperti Syaidina Hamzah dan lain-lain
Pemandangan khemah di Mina
Lapangan Muzdalifah
Atas Bukit Jabbal Rahmah di mana di riwayatkan disinilah bertemunya Nabi Adam Ailaihissalam dan Siti Hawa setelah di campakkan ke dunia setelah melanggar perintah Allah di syurga..
Kaki Bukit Jabbal Rahmah
Sempat bergaya di sebelah Unta di kaki Bukit Jabbal Rahmah
Kami berihat sambil melepaskan lelah sejauh perjalanan dari Mekah menuju ke Madinah selama hampir 8 jam perjalanan.
Di hadapan pintu masuk ke Masjid Nabawi Madinah..Lihat Penutup seperti cendawan kembang bila waktu siang hari dan akan menguncup waktu malam hari.
Masjid Nabawi tatkala matahari terbenam
Masjid Nabi tempat kedua paling suci dalam Islam
Makam Nabi Muhammad terletak di bawah Kubah Hijau Al-Masjid an-Nabawi di Madinah yang penoh berkat ini
Masjid Quba adalah masjid pertama dalam sejarah
yang dibina oleh Muhammad setibanya di Madinah
Kami tiba di Madinah pada jam satu pagi dan menginap di Hotel Al Fayroz Shatta yang terletak 15m dari Masjid Nabawi. Dari jauh lagi setibanya di kota Madinah yang suci sudah kelihatan minaret Masjid Nabawi yang tersergam indah. Madinah adalah sebuah kota besar yang pesat membangun. Pandangan dari Hotel penginapan kami lihat masyarakat Arab di Madinah adalah lebih lemah lembut peribadi mereka jika dibandingkan dengan masyarakat Arab di Mekah yang agak kasar. Mengikut Mutawif kami, ini adalah kerana latarbelakang dan sejarah keturunan mereka. Mungkin begitulah kelembutan peribadi Baginda Rasulullah semasa hayatnya.
Hotel tempat kami menginap di Kota Madinah " Al Fayroz Shatta Hotel"
Mengikut Mutawif kami, ini adalah kerana latarbelakang dan sejarah keturunan mereka. Mungkin begitulah kelembutan peribadi Baginda Rasulullah semasa hayatnya yang kini jasadnya di makamkan di bawah Kubah Hijau Masjid Nabawi di Madinah yang berkat ini.
Sesungguhnya perjalanan kali ini amat memberikan seribu pengertian yang sukar aku gambarkan.Sedih, sayu,gembira dan berbagai perasaan yang sukar di luahkan dan di ceritakan.. Hanya kepada sesiapa yang telah pergi menjejaki kaki ke sini dapat menyelami betapa Agongnya Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Syukur dan nikmat yang diberikan kerana aku di jemput untuk menjejaki bumi Ambiya yang penuh Berkat. Semuga perjalanan ini mengubah dan memberikan aku seribu pengalaman dalam kehidupan yang penoh onak duri..Ya Allah Engkau jemputlah aku untuk bertemu kekasihmu Nabi Muhammad dan juga untuk aku menyentuh Qiblatku Kaabah. semuga Allah mengampunkan setiap dosa-dosa yang aku telah lakukan.
TERIMA KASIH DAN SAYANGKU UNTUK KEDUA ANAKKU NADIA DAN AMRAN KERANA KAMU BERDUA TELAH MEMBERIKAN AKU PELUANG YANG PALING BERHARGA DALAM HIDUPKU MENJEJAKI KAKIKU KETANAH SUCI HASIL TITIK PELUH KAMU BERDUA. SEMUGA ALLAH MEMBERIKAN RAHMAT DAN KASIH SAYANGNYA UNTUK KAMU BERDUA ANAKKU.. IBU SANGAT BERSYUKUR PUNYA ANAK SEPERTI KAMU.
Juga buat menantuku Hasnor Amirah dan kedua besanku Norizan serta Mohamed Hasnan,aku ucap ribuan terima kasih atas kesudian kamu berdua membawa aku bersama keluargamu menunaikan ibadah umrah di samping menyambut suasana Hari Raya Aidil Fitri bersama.. Muga Allah yang akan membalas budi baik anda berdua.
Tulisan ini ku coretkan lewat pukul 2.34 pagi hari jumaat 5hb Oktober 2012.
*********************************************************************************
Sabtu, 11 Ogos 2012
13hb Febuari 2012...Kenangan bersama Birasku Rohaya Ismail.
Untong kan korang ade mak. taon ni first time aku puase tanpa umi aku. sedih doe. untong la korang kan meriah. korang nampak je aku happy sume kt skola , tpi korang x nmpk aku sedih :( sbb aku x ske nk tunjuk kt org yg aku sedih. kali terakhir umi peluk n cium aku mse die bru lepas kuar drpd icu. pastu mlm tu jgak die msok balek icu sbb sesak nafas. pastu seminngu umi da x sedar n trus meninggal. :'( mse tuh mmg x tau nak buat ape. cam nk ikot je umi pergi. tpi yg hidop kene tros kan. slalu puase aku slalu tunggu umi hbis msak kt dapur smbil buat keje skola. n klau aku buat keje skola smpai mlm umi slalu ade kt sebelah aku teman. tpi skrg da x de. aku da kene berdikari. umi meniggal dlm keadaan senyum :'). so korang yg mseh ade mak lgi tuh. hargai la die :) sebelom terlambat.
"Curahan hati seorang anak terhadap ibunya yang telah kembali kerahmatullah....anak sedara aku sangat kuat semangat dan tabah orangnya.. semuga Allah cucuri rahmat keatas rohnya.. "
Ahad, 27 Mei 2012
PERJALANAN KU DENGAN HERBALIFE
Insan ini yang Allah swt berikan kekurangan fizikal pada tubuh badannya,
tapi semangat kental yang ada dalam dirinya untuk berubah dalam kehidupannya
menjadi sihat.
Semasa berada di Event Zero 2 Hero di Tiara Beach Resort, kenangan bersama adik
yang bersemangat kental..seperti iron lady. Tiada alasan untuk berubah..selagi ada
semangat dan usaha pasti berjaya.
Sempat bergambar bersama adik angkatku dan juga dengan President Team Member One Dimond baru
Puan Kamilah Jusuh di Tiara Beach Resort Port Dickson.
Tahun lepas aku ke Bangkok untuk menghadiri Event terbesar Extravaganza seramai lebih
32 ribu delegasi Asia Pasifik berkumpul...
Kenangan bersama temanku..Kini dia kurang aktif lagi huhu..
Berphoto depan galeri Raja Thailand
Aku di Kelab Nutrisi Encik Brian di Sungai Petani Kedah.
Semasa event Nutrisi Club di Istana Hotel. Speaker jemputan Prasat Bhatt
Kenangan bersama si bungsu aku di Spectecular di PICC Putrajaya..
Jemput ... Have You Had Your Shake Today!!!!!
WAW...Inilah Executif President Team Member 20K melayu pertama Malaysia Puan Rahimah
dan suami Captain Mohd Shaiful. Pendapatan lebih dari tak habis makan kalau dapat kat aku..
Tahun ni aku dapat membawa seorang teman ke Extravaganza di Singapura untuk kali kedua
Macam2 peristiwa pahit manis berlaku...
Ini lah pasukan GenH Akedemi Bangi..bakal menjadi President Team Member kelak
Delagasi dari India adalah peserta kedua terbesar selain dari Malaysia.
Inilah Idola Aku yang banyak membantu aku dalam susah senang kehidupan dengan
Herbalife ini. Semangat yang ditunjukkan beliau tidak dapat aku lupakan. Terima Kasih
Rahimah. Muga Allah merahmati Kamu dan di permudahkan dalam segala urusan serta
diberikan kesihatan yang lebih baik.
Inilah keadaannya Dewan Expo di Changi Singapura yang menampong seramai 25ribu
orang delegasi dari Asia Pasifik. Peserta dari Malaysia adalah terbesar dalam sejarah
hadir event tersebut.
Sempat bergaya di pentas Herbalife Extravaganza..Dream it. Build It SINGAPURA 2012
AKHIRNYA SETELAH AKU MENGAMBIL PRODUK HERBALIFE SELAMA SATU TAHUN
LIMA BULAN AKU SEMAKIN BERTAMBAH SIHAT DAN BERTENAGA.
Semuga aku senantiasa mensyukuri nikmat yang Allah berikan untuk aku. Aku akan terus
mencari dan menolong insan-insan diluar sana agar bertambah sihat dan kurangkan peratusan
MALAYSIA NEGARA NO 1 DI DUNIA MEMPUNYAI PENDUDUK BERPENYAKIT
KENCING MANIS DAN OBESITI..
**************************
Langgan:
Catatan (Atom)