Isnin, 3 Februari 2025
MADANI HEBAT LAWAN RASUAH
SPRM dipersoal biarkan DBKL lakukan 'siasatan dalaman' skandal kontrak babitkan artis pro-Anwar
Tekanan kini tertumpu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas badan antirasuah itu memberikan ruang kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menjalankan siasatan dalaman kes rasuah membabitkan Afdlin Shauki, pengarah dan pelakon yang merupakan penyokong tegar Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Ini kerana sebelum ini, SPRM pernah menahan pegawai majlis perbandaran tanpa perlu menunggu siasatan dalaman.
Pada Julai tahun lalu, seramai tujuh penguatkuasa DBKL ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melindungi premis yang beroperasi secara haram.
Pada 2021, badan itu menahan seorang Datuk Bandar pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor bagi membantu siasatan berhubung kesalahan rasuah kerana dipercayai menerima suapan daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek oleh PBT tersebut.
Pada tahun berikutnya, SPRM membongkar kartel memonopoli tender projek Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan menahan sembilan individu termasuk beberapa kakitangan MBSA bagi membantu siasatan.
Peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla mempersoalkan pendirian SPRM membenarkan DBKL menjalankan siasatan dalaman terlebih dahulu, sambil mengingatkan SPRM bahawa bidang kuasanya membolehkan siasatan dijalankan tanpa perlu menunggu mana-mana pihak terlebih dahulu.
"Konsistensi tak ada. Kalau misal kata biar bagi DBKL jalankan siasatan dalaman dahulu, kenapa tak lakukan tindakan sama kepada agensi-agensi lain dan syarikat swasta lain?
"Boleh Azam Baki jawab soalan itu?" katanya, merujuk ketua pesuruhjaya SPRM.
Katanya, SPRM perlu memahami peranan agensi itu bukan sahaja menyiasat pihak yang memberi atau menerima wang tetapi termasuk juga amalan salah guna kuasa yang ditakrifkan sebagai rasuah.
Terdahulu, Edisi Siasat, saluran popular Telegram yang khusus melaporkan pelbagai salah laku dan rasuah melibatkan agensi kerajaan dan individu berkuasa, mendedahkan dakwaan membabitkan Afdlin dalam sebuah projek DBKL bernilai jutaan ringgit.
Hantaran Telegram itu mendakwa Afdlin melanggar prosedur perolehan dalam projek pembinaan studio dan konti radio bernilai RM7 juta, sebelum ia dibatalkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Maimunah Mohd Sharif.
Ia juga mendakwa projek-projek itu diketahui setiausaha politik Anwar, Azman Abidin. Azman bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
Menurut hantaran itu lagi, Kelab Sukan dan Kebajikan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan (KSKYWP), iaitu yayasan yang tertakluk di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan di Jabatan Perdana Menteri, telah menyalurkan kontrak DBKL bernilai RM4 juta untuk penerbitan bahan kreatif kepada syarikat milik "kroni".
Katanya, kontrak untuk penghasilan video bagi saluran TikTok "Friends of DBKL" tidak melalui proses tender yang betul, sambil menambah seorang podcaster terkemuka masih berhutang lebih 100 klip kepada DBKL.
Afdlin yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah DBKL tidak lama selepas Anwar mengambil alih kuasa, menyifatkan itu usaha pihak yang yang mahu memburukkan namanya.
"Agenda pihak ini hanya didorong oleh perasaan hasad dengki dan dendam yang tidak bertempat," katanya selepas isu itu mula menjadi perbualan hangat.
Susulan pendedahan itu, SPRM mengambil pendirian tidak memulakan sebarang siasatan, sebaliknya akan menunggu keputusan siasatan dalaman.
Azam mengambil pendirian kes tersebut akan dirujuk sekiranya terdapat unsur rasuah atau salah guna kuasa ditemui siasatan dalaman DBKL.
Ketika dihubungi MalaysiaNow, Azam berkata pegawai integriti SPRM yang ditempatkan di DBKL turut terlibat dalam siasatan dalaman itu.
"Sekiranya terdapat unsur rasuah, atau salah guna kuasa di bawah Akta Pencegahan Rasuah, maka SPRM akan menjalankan siasatan.
"Saya mendapat tahu DBKL bertindak berdasarkan suatu maklumat dan kami tidak tahu duduk benarnya kesalahan ini," katanya.
Haniff bagaimanapun berkata tindakan membiarkan siasatan dalaman berjalan terlebih dahulu akan menjejaskan siasatan SPRM selepas itu.
"Kalau SPRM nak tunggu mereka selesai dulu siasatan dalaman, mana buktinya tiada keterangan pun yang telah ditukar, diubah, disembunyikan dan dilapangkan?
"Itu sebabnya saya kata dia beri hormat (kepada DBKL) tak kena tempat.
"Adakah Azam Baki berani memberi satu jaminan bahawa tidak akan ada pelupusan keterangan tanpa SPRM masuk siasatan sekarang?
"Azam kena berani bagi jaminan itu sebab nampak macam dia tidak tahu apa itu SPRM," katanya.
Haniff meluahkan kebimbangan sekiranya ada usaha menutup skandal perolehan tersebut daripada terdedah dan dibongkar lebih teruk kepada masyarakat umum.
Sementara itu, aktivis antirasuah Jais Abdul Karim berkata perbezaan pendekatan SPRM dalam kes membabitkan Afdlin mungkin menimbulkan persoalan konsistensi dalam menangani kes-kes yang melibatkan DBKL.
"Adalah penting untuk memahami rasional di sebalik keputusan ini. Mungkin terdapat faktor-faktor tertentu yang dipertimbangkan oleh SPRM dalam menentukan sama ada sesuatu kes perlu disiasat secara dalaman oleh DBKL atau diambil alih sepenuhnya oleh SPRM," kata Jais, yang juga presiden Pemerhati Rasuah Malaysia.
"Bagaimanapun, ketelusan dan penjelasan lanjut daripada SPRM akan dapat membantu mengurangkan kekeliruan dan memastikan kepercayaan masyarakat terhadap integriti proses siasatan," katanya kepada MalaysiaNow.
WOIT
RAMAI TAK SEDAR
MADANI HEBAT
MELAWAN
RASUAH
AMIN
BUKAN SPRM SAJA
KINI ADA SATU LAGI
BERNAMA DBKL
KAH KAH KAH
DUA BADAN
LAWAN RASUAH
INI BUKTI
MADANI HEBAT
KHALAS
KES MENANTU MENTERI
Kes Anak Menteri KDN:
Saifuddin Wajar “Bercuti” & Hak Wanita Di Dalam Malaysia Madani.
3 Februari 2025: Beberapa minggu yang lalu negara kita dikejutkan dengan pendedahan seorang wanita muda yang telah menuduh anak lelaki kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah merogol, menghamilkan dan melakukan kekerasan terhadap diri beliau.
Pada 31 Januari 2025 pula, seorang aktivis politik Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) telah dipanggil oleh pihak PDRM dan disiasat di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana telah mengkritik tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan ke atas laporan yang dibuat ke atas anak Menteri KDN tersebut.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Chegu Bard adalah satu menifestasi kegusaran masyarakat umum terhadap ketelusan sebuah jabatan (PDRM) di bawah Kementerian Dalam Negeri yang menyiasat satu tuduhan yang berat terhadap anak kepada menteri yang “berkuasa” terhadap kementerian tersebut.
Sungguhpun pada Tarikh 11 Januari 2025, Menteri KDN telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa beliau tidak akan campur tangan dengan siasatan PDRM, perkara ini mendatangkan satu perasaan sebal di hati kita rakyat Malaysia yang amat meragui ketelusan siasatan yang akan dilaksanakan oleh PDRM.
Sewajarnya, sebagai “pendokong” utama agenda Reformasi di bawah Kerajaan Madani yang diterajui oleh Perdana Menteri Malaysia, adalah lebih baik sekiranya Menteri KDN “bercuti” terlebih dahulu bagi membolehkan siasatan yang lebih menyeluruh dan terperinci dilaksanakan oleh PDRM tanpa sebarang perasaan gentar atau takut.
Saya jangka, sekiranya Menteri KDN dapat mengundurkan diri buat sementara waktu daripada terus mentadbir Kementerian Dalam Negeri sehingga kes ini selesai, ia bukan sahaja dapat meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kerajaan tetapi juga dapat memberikan keadilan yang sewajarnya kepada pengadu/mangsa.
HAK WANITA DI DALAM KERAJAAN MADANI
Selain itu, melalui kontroversi ini terdapat isu yang lebih besar untuk dibincangkan, iaitu hak mangsa keganasan seksual khususnya dari kalangan wanita yang tidak boleh dianggap remeh oleh mana-mana pihak.
Mangsa serangan seksual di kalangan wanita bukan sahaja hidup dengan keadaan trauma akibat daripada perbuatan jenayah tersebut, tetapi juga terpaksa berhadapan dengan stigma dan prejudis segelintir masyarakat di Malaysia yang sering menyalahkan mangsa (victim blaming).
Secara umum, sekiranya pihak berkuasa juga menggunakan alasan seperti kononnya “mangsa sudah berkahwin dengan pelaku”, ini dengan menidakkan hak seorang wanita terhadap tubuh badannya sendiri.
Di Malaysia, sekiranya sesuatu jenayah itu berlaku, pihak PDRM akan melakukan siasatan dan pertuduhan dibuat oleh Pejabat Peguam Negara. Kes tersebut seterusnya akan dibawa ke Mahkamah, yang mana Hakim yang akan menentukan sama ada berlaku atau tidak jenayah tersebut setelah mendengar hujah dari kedua-dua belah pihak.
Di dalam kes yang diadukan oleh pengadu/mangsa terhadap anak menteri tersebut, perkara ini belum lagi berlaku, tetapi pihak berkuasa seolah-olah sudah bersedia dengan alasan yang dilihat amat dismissive kepada aduan pengadu/mangsa.
Ini jelas bertentangan dengan implementasi Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) yang telah ditandatangani oleh Malaysia pada tahun 1995 yang melarang segala bentuk kekerasan atau keganasan dilakukan terhadap golongan wanita di negara ini.
Perkara ini juga bercanggah dengan konsep Negara Rahmah, Malaysia Madani dan juga keluarga Sakinah yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama beliau bergiat aktif dalam politik dan kepimpinan di Malaysia.
Sebagai sebuah kerajaan yang dikatakan membawa agenda progresif, sewajarnya pihak berkuasa juga mempunyai iltizam dan aspirasi yang sama agar hak wanita yang dapat dipertahankan dan nasib golongan wanita di negara ini terus terbela.
Jangan kerana hanya ingin mempertahankan anak-anak orang ternama, kita terus mengenepikan perkara benar dan tercari-cari alasan untuk menutup aib individu tertentu yang mungkin telah melakukan sesuatu jenayah berat yang tertentangan dengan undang-undang negara ini.
WOIT
KES INI MASIH
HEBOH?
PASAI APA?
KAH KAH KAH
BUKANKAH MEREKA
DAH KAWIN
KAH KAH KAH
TAK CAYA TANYA
KPN : KETUA
KAWIN NEGARA..
..OOPS... SILAP
TANYA KETUA POLIS
NEGARA
KAH KAH KAH
KHALAS
BUKAN KES ROGOL
JANGAN SILAP
BUKAN ROGOL
BERANCUK
SUKA SAMA SUKA
HANYA BUNTING
SEBELUM NIKAH
KHALAS
Amier The Hero commented on
"KES BUNTING TAK BERTALI"
Den perhati je anak mentoghi ni tt, sejak² kes ni naik.. dio sonyap ajo. Takdo lansung muncul utk bersihkan namo, itu pun kalau dio tak salah ler. Serupa pondan, nyorok blkg apak lopeh tunjuk hero!!! Hahahahaha
KENAPA HAMAS MENANG !!!
KENAPA HAMAS
MENANG LAWAN
ZIONIS
BLACKROCK
AMIN
Unknown commented on
"HAMAS GAGAL
DIMUSNAH"
Tentera Israel berperang untuk hidup, militia HAMAS berperang untuk mati syahid.
SIASATAN DI RAJA UNTUK BATU PUTIH DAN BATU HITAM
SIASATAN DIRAJA
UNTUK BATU PUTIH
DAN BATU HITAM
JIKA RCI PULAU BATU PUTEH BOLEH
MENGAPA TIDAK RCI :
FOREST CITY
AMBALAT
BLACK ROCK
ADENDUM ?
Jumaat - 31/01/25
1. Semoga Majlis Raja - Raja yang bersidang kali ini MENCAPAI persetujuan menubuhkan RCI menyiasat :
FOREST CITY
AMBALAT
BLACK ROCK
dan ADENDUM
seperti penubuhan RCI berhubung Pulau Batu Puteh yang di PERSETUJUI Agong
2. Mustahil Agong tidak tahu atau lupa atau menggangap rakyat tidak tahu sejarah Pulau Batu Puteh
3. Beranikah Datuk M. Seth Saaid , ketika itu Pemangku Setiausaha Kerajaan Johor menyerahkan Pulau tersebut kepada Setiausaha Kolonial atau Colonial Secretary Singapura TANPA di arah oleh Sultan Sir Ibrahim Johor , moyang kepada Agong sekarang yang secara kebetulan mempunyai nama sama
4. Surat bertarikh 21 September 1953 itu adalah jawapan kepada pertanyaan Setiausaha Kolonial , Singapura yang berbunyi antara lain 'Kerajaan Johor TIDAK LAGI BERMINAT dengan Pulau Batu Puteh yang di kenali juga sebagai Pedra Branca'
5. Siapakah pada asalnya yang MENGGADAI maruah Bangsa dan Negeri Johor kepada Singapura - Sultan Johor sendiri atau Tun Dr. Mahathir
6. Nasihat saya :
JANGAN CUBA
MENUDING
JARI
7. Kalau tidak ada motif politik dan niat jahat , sepatutnya PMX boleh menasihat kan Agong walau pun MUNGKIN beliau yang mengarahkan penubuhan RCI Pulau Batu Puteh ini
8. KITA BOLEH
MERANCANG
TETAPI ALLAH
ADALAH
SEBAIK - BAIK
PERANCANG
9. 7 dari 10 Ahli Parlimen TERMASUK penyokong Kerajaan yang menggambil bahagian membahaskan usul Pulau Batu Puteh ini yang di bentangkan oleh Azalina Othman Said , Menteri Undang - Undang dan Institusi Reformasi telah MENOLAK usul yang di kemukakan Kerajaan
10. Penggundian HANYA akan di lakukan bulan Februari ini , iaitu 2 Bulan penangguhan - ini kali pertama usul Kerajaan di tangguhkan
11. Bagaimana Ahli - Ahli Parlimen hendak menggundi dengan sempurna jika Kerajaan sendiri dengan SENGAJA memadam hitamkan atau blackout bukan 4 tapi 47 mukasurat RCI tersebut MELAINKAN mereka telah di beli atau di janjikan sesuatu seperti perlantikan GLC atau syarikat - syarikat kepunyaan 'tauke' atau wang tunai dan projek
12. JANGAN JUAL DIRI DAN MARUAH saperti 6 Ahli Parlimen BERSATU :, pepatah berbunyi :
LEMBU
DI CUCUK
HIDUNG
13. PEMBOHONGAN BESAR di lakukan oleh Dr. Wan Azizah yang juga pada masa itu Timbalan Perdana Menteri , Mat Sabu ( AMANAH ) dan Anthony Loke ( DAP ) yang menandatangani sepucuk surat mengatakan isu Pulau Batu Puteh ini Tun tidak pernah kemukakan ke Kabinet
14. Dr. Wan Azizah Ismail ialah isteri kepada Anwar Ibrahim
15. Samada mereka di paksa oleh orang yang berdendam dengan Tun , Wallahualam
16. FOREST CITY
Forest City merangkumi lebih dari 20 , 000 ekar bertaraf Title Selama ,- lama nya atau Freehold land title yang di tambak khas di jadikan pulau untuk pembangunan Apartment bernilai tinggi dan di cadangkan 700,000 unit ; yang mampu. membelinya dari China
17. Jika di BANDINGKAN dengan Pulau Batu Puteh yang sebesar 1 padang bola , Forest City jauh lebih besar
18. Patut SIASATAN RAPI atau RCI MENYIASAT dari A higga Z projek ini yang mana jika majority pembeli nya rakyat dari China dan Singapura dengan Pegangan Bebas atau Freehold Title , jawab nya selama - lama nya mereka AKAN BERKUASA - cakap - cakap kedai kopi dan warong konon nya ada orang TELAH mendapat RM4 Billion SEBELUM Projek ini bermula
19. Bukakah ini lebih DAHSYAT dan PENGKHIANATAN BESAR bukan sahaja kepada Johor juga kepada Negara.
Semua rakyat TERMASUK Sultan dan Raja - Raja bukan sahaja perlu MEMATUHI bahkan MENJUNJUNG Perlembagaan dan Undang - Undang Negara
20. AMBALAT
Persekitaran Pulau ini kaya dengan gas asli yang nilai nya RM Trillion namun mengikut pengemuman PMX isu yang berlarutan ini TELAH SELESAI dengan kunjungan singkat Presiden Jokawi ke Kuala Lumpur pada masa itu , dan akhbar - akhbar utama Indonesia dengan bangga melapurkan lawatan Jokowi adalah kemenangan bagi Indonesia
21. Selama berbelas tahun Pulau Ambalat dan sekitarnya menjadi rebutan antara Malaysia dan Indonesia
22. Sehingga sekarang Kabinet , Ahli - Ahli Parlimen dan rakyat TIDAK TAHU cerita sebenar , kerana kenyataan Kerajaan berbelit - belit
23. Hanya dengan RCI sahaja cerita sebenar dapat di rongkai
24. BLACK ROCK
Anwar yang ingin menjadi JAGUH atau Hero Islam di kalagan Negara - Negara Islam dan di kalangan umat Islam di negara ini dengan isu Palestin tapi sebenar nya itu SANDIWARA yang di pertontonkan beliau
25. Kalau benar MENGAPA Khazanah yang mana Pengurusi nya beliau sendiri dan KWSP menjual majoriti pegangan nya dalam Malaysia Airport Holdings Berhad atau MAHB kepada Black Rock yang mengusai GIP atau Global Infracture Partners yang menjadi pembekal utama senjata kepada IDF atau Israel Defend Force yang membunuh hampir 50, 000 rakyat Islam di Semenanjung Gaza
26. Apakah TIDAK ADA syarikat tempatan yang MAMPU ?
27. Mengapa MAHB di jual murah dengan nilai susut RM500 juta dan beli balik dengan harga lebih tinggi - siapa kah yang mengaut untung RM 500 juta itu ?
28. Di fahamkan Kabinet HANYA di maklumkan SELEPAS penjualan kepada Black Rock mendapat tekenan orang ramai
29. Rakyat berhak bertanya berapa kah Khazanah dan KWSP. mendapat untung dari penjualan tersebut , dan MENGAPA kepada Black Rock sedangkan MAHB membuat untung setiap tahun
30. ADENDUM
Ini satu perkara pelik , MENGAPA hampir setahun Adendum ini di sembunyikan - siapa yang bertanggung jawab dan mengapa ; sedar kah bahawa menyembunyikan TITAH Agong yang kini Sultan adalah satu PENDERHAKAAN (. TREASON ). dan HUKUMAN nya amat berat
31. Agong dan .Raja - Raja Melayu TERHUTANG BUDI kepada rakyat khas nya kepada Orang Melayu kerana TANPA mereka MEMBERONTAK. Negara ini akan terus di jajah Inggeris
32. MALAYAN UNION YANG DI TAJA PENJAJAH BRITISH DAN MENDAPAT SOKONGAN SULTAN IBRAHIM , JOHAR DAN DI IKUTI OLEH BEBERAPA SULAN LAIN AKAN MENIDAK JAWATAN AGONG KERANA JAWATAN ITU AKAN BERPINDAH KE GOVENOR GENERAL YANG DI LANTIK OLEH KING ATAU QUEEN ; RAJA - RAJA PULA AKAN BERTINDAK SEBAGAI MUFTI MENJAGA AGAMA DI NEGERI MASING - MASING DAN PERLU MELAPURKAN KEPADA PENASIHAT BRITISH
Wassalam
Terima Kasih
LANGKAH BIJAK INDONESIA
Kakitangan awam Indonesia diberi pilihan kerja 4 hari seminggu
JAKARTA: Kementerian Badan Usaha Milik Negara Republik Indonesia secara rasmi melancarkan inisiatif bekerja empat hari seminggu kepada kakitangan kerajaan yang berminat.
Menurut laporan portal berita Channel News Asia, inisiatif itu dilancarkan berikutan kejayaan projek perintis yang bermula pada Jun tahun lalu.
Inisiatif dikenali sebagai Jadual Kerja Mampat itu merupakan program sukarela bagi membolehkan kakitangan kerajaan terpilih yang memenuhi keperluan bertugas selama 40 jam, bekerja hanya empat hari dalam seminggu.
Semasa program perintis itu dilaksanakan pada Jun 2024, pekerja yang mengambil bahagian mampu bertugas 40 jam seminggu sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan.
"Jadi, jika seseorang bekerja selama 40 jam dalam seminggu, mereka boleh memilih untuk bekerja empat hari pada minggu sama.
"Ia memerlukan kelulusan jika ada pekerja yang mahu mengikutinya," kata Timbalan Menteri Pengurusan Sumber Manusia, Teknologi dan Maklumat, Tedi Bharata kepada CNN Indonesia.
Bagaimanapun, jika syarat bekerja selama 40 jam gagal dipenuhi, pekerja terpaksa bekerja lima hari seminggu.
Tambah Tedi, ketika ini ini hanya pekerja Kementerian Badan Usaha Milik Negara yang diterajui Menterinya, Thohir, yang dibenarkan bekerja selama empat hari seminggu.
katanya, inisiatif minggu kerja empat hari masih dalam proses penilaian keberkesanannya sebelum ia berpotensi diperluaskan kepada syarikat di bawah bidang kuasa Kementerian Badan Usaha Milik Negara.
The Jakarta Globe pada November melaporkan bahawa terdapat 47 syarikat milik negara di Indonesia, namun terdapat rancangan untuk mengurangkannya kepada hanya 30.
Thohir pada Mac tahun lalu berkata bahawa matlamat utama inisiatif minggu kerja empat hari adalah untuk mengurangkan tekanan pekerja sambil meningkatkan keseimbangan kerja dan kehidupan.
"Kita mengambil kira bahawa 70 peratus daripada generasi muda hari ini menghadapi cabaran kesihatan mental yang menjejaskan produktiviti mereka.
"Ekonomi Indonesia akan berdepan pelbagai cabaran pada 2024 dan 2025. Jadi, adalah penting untuk mengekalkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan," katanya dalam satu hantaran di Instagram.
Belgium menjadi negara pertama dalam Kesatuan Eropah (EU) yang melaksanakan undang-undang membenarkan minggu kerja empat hari, yang berkuat kuasa pada Mac 2022.
Pekerja di Belgium boleh memilih antara bekerja empat atau lima hari seminggu, dengan jam kerja harian yang lebih panjang bagi mereka yang memilih minggu kerja yang lebih pendek.
Di Asia, beberapa bandar di Jepun turut mula menguji inisiatif minggu kerja empat hari.
Kerajaan Jepun juga memperkenalkan sistem sedemikian, tetapi hanya untuk pekerja yang mempunyai tanggungjawab tertentu seperti menjaga anak atau ahli keluarga lain. Pelan itu akan dilaksanakan untuk semua pekerja di Jepun pada April 2025.
Sementara itu, di Indonesia, minggu kerja empat hari setakat ini telah diterima pakai terutama oleh syarikat pemula, termasuk syarikat fintech patuh Syariah Alami, platform e-dagang Bolt, dan platform pembiayaan awam Kickstarter. - AGENSI
CEPAT KERJA
SELESAI KERJA
AMIN
TAK PERLU
HARI HARI
DI PEJABAT
AMIN
INI CARA BAIK
LAGI
BIJAK YG WAJIB
DI IKUTI
KHALAS
KAKI BODEK
KAKI BODEK
KHALAS
Unknown commented on
"TITAH BARU"
Kah kah kah maharaja baru banyak songeh banyak karenah tetapi apa dia cakap memang benar, yang menumpang yang tidak bekerja malas yang menunggang agama bangsa dapat gaji setiap bulan, begitu juga orang politik bekerja sekali dalam lima tahun, ramai begitu tidak pernah turun kawasan tidak pernah nampak, asyik sibuk tetapi sibuk bab apa pulak tidak tahu, ini jadikan mereka sebagai free loader ramai begitu, kah kah kah
kalau cakap benar pun akan dijimatkan ini lumrah dunia, golongan cium tangan akan hidup selesa, orang biasa akan suka jenama cium tangan bodek kaki buka pintu tetapi paling terhebat Ketua Nikah Negara tukar portfolio sekelip mata woit kah kah kah terbaik TT
Langgan:
Catatan (Atom)