AKAL DAN ISLAM BUDAYA

Babak berbuka puasa di Gurdwara ini saya tonton dalam klip di YouTube. Klip ini bertajuk - Isu Berbuka Puasa Di Kuil – Kuliah Dhuha terbit pada 28 Mei 2019. Seorang lelaki bertaraf Ustad memberi kuliah dalam Masjid Al-Falah Subang Jaya. Saya belum pernah melihat muka Ustad ini. Mungkin pendatang baru dalam YouTube.
Saya rajin dan selalu mengekori ceramah-ceramah Ustad You Tube. Saya mengekori Ustad YouTube ini sebagai fenomena baru. Hasil dari teknoloji algorithm.

Dalam klip Ustad yang melarang berbuka puasa di kuil ini untuk saya juga adalah satu contoh Lawak Duduk. Klip 4 minit 55 saat bermula dengan menolak manusia dari menggunakan akal fikiran.
‘… Nak jugak fahamkan agama ikut faham otak sendiri mana jadi..’ Kata-kata Ustad ini dengan serious.

Sang Ustad ini juga lupa bahawa alat pembesar suara, rakaman video yang diguna pakai ketika memberi kuliah semua nya hasil dari otak manusia. Ini kerja manusia kapir yang berfikir. Malah munculnya Sang Ustad di YouTube adalah kerja otak manusia.
Wajib diberitahu kepada umum bahawa tanpa computer tidak ada internet. Tanpa internet susah untuk ditularkan lawak Sang Ustad. Pereka dan pemula computer pertama dalam dunia ialah lelaki Inggeris bernama Alan Turing. Wajib juga Sang Ustad dan para pembaca diberitahu bahawa Alan Turing ini seorang homosexual. Alan Turing menggunakan otaknya untuk mencipta konsep komputer dan algorithm.

Sistem waze – peta jalan dan mencari alamat yang kita gunakan untuk mencari surau, masjid, rumah awek, atau rumah pelacur – adalah rekaan dua orang Yahudi di Israel. Syarikat Yahudi ini kemudian menjualkan system waze ini kepada Google. Apakah Sang Ustad dan pengikutnya akan mengharamkan umat Islam dari menggunakan sistem waze? Saje tanya jangan marah kerana dua ekor Yahudi ini telah menggunakan otak.
Justeru rukun pertama mazhab Islam Budaya ialah mengunakan otak. Meggunakan otak dan pemikiran adalah sine qua non dalam mazhab Islam Budaya. Tanpa penggunaan otak kita semua tidak wjud. Kita wujud kerana kita berfikir. Kita befikir apabila melihat alam dan dunia disekeliling kita. Wujudiah dan fikrah tidak dapat dipisah.
Justeru pada ajaran mazhab Islam Budaya adalah tidak masuk akal yang kita membuat satu kesalahan apabila kita berbuka puasa di kuil atau di gereja atau di gurdwara. Akal yang rasional akan membenarkan kita membuat kebaikan dan kebajikkan dimana sahaja. Kebaikan dan kebajikkan kita agihkan kepada sesiapa yang memerlukan tanpa mengira agama atau bangsa.

Sang Ustad atau sesiapa sahaja yang melarang berbuka puasa di gurdwara ini wajib menonton satu klip YouTUbe yang bertajuk – Iftar in Gurudwara, What? Klip ini baru muncul pada 30 Mei 2109 ini. Dalam klip ini kita digambarkan bagaimana sebuah gurdwara bernama Gurunanak Darbar Sikh Tempel di Dubai telah menjemput penganut Islam, anak semua bangsa dan bangsa semua agama untuk datang berbuka puasa dalam gurdwara ini.
Semenjak bermulanya bulan Ramadan tahun ini , gurdwara ini telah mengadakan majlis jamuan berbuka. Kadang kala seribu yang datang. Ada ketika 10 ribu yang datang. Jamuan berbuka puasa ini ditaja oleh gurdwara Sikh ini.
Malah salepas berbuka puasa ada diperlihatkan dalam klip ini beberapa orang penganut Islam bersembahyang. Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah - apa yang berlaku di gurdwara ini adalah ciri-ciri Islam Budaya.

Ini bermakan warga Dubai lebih bijak membaca Quran, lebih memahami Quran kerana ini adalah bahasa ibunda mereka. Ini sama saperti Bani Melayu menghayati pembacaan pantun atau gurindam. Jika Arab Dubai mendapati perbuatan berbuka puasa di gurdwara salah atau ada larang dalam Quran maka pasti majlis berbuka ini dilarang. Atau Gurdwara Gurunanak ini ditutup.
Berbuka puasa di gurdwara di Johor Baru itu adalah tanda bahawa penganut Islam Budaya ini ramai. Islam Budaya ini ada dimana-mana. Islam Budaya tidak mengakui bahawa Islam sahaja yang mememiliki kebenaran. Islam Budaya tidak memenopoli kebaikkan. Islam Budaya mahu merayakan roh dan semangat kemanusiaan untuk anak semua bangsa dan bangsa semau agama. Malah kepada yang tidak beragama dan tidak percaya kepada agama pun Islam Budaya menjemput mereka merayaan kemanusiaan.
Akal. Akal. Dan meggunakan akal ialah kunci Islam Budaya. Islam Budaya menolak semua yang karut lagi marut. Menolak semua yang tidak masuk akal.

Akal. Akal dan fikrah manusia adalah kunci Islam Budaya.
Pada petang Senin 4 Jun 2019 berita melaporkan bagaimana Mufti Wilayah telah menaikki Menara Kuala Lumpur untuk melihat anak bulan. Melalui teropong Sang Mufti telah mencari-cari bayangan si anak bulan. Petang kelmarin hujan lebat. Justeru berkabus. Hasilnya anak bulan tidak kelihatan. Maka diumumkan , kita warga Malaysia – anak semua bangsa dan bangsa semua agama akan menyambut hari raya pada Rabu 5 Jun 2019. Amin
Tup tup pagi ini berita tersebar bahawa di Arab Saudi dan beberapa negara Arab telah berhari raya pada 4 Jun 2019. Sehari lebih awal dari Malaysia.
Opsss… bagaimana pula jika ada orang kapir ketawa melihat hari raya orang Islam ini berbeza-beza kerana bulan. Ada yang nampak bulan. Dan ada negara yang tak nampak bulan. Malah Sang Kapir akan berhujah bahawa orang Islam ini kolot kerana mereka masih mencari-cari bulan. Walhal Neil Armstrong dan Buzz Aldrin – dua orang kapir kelahiran Amerika - telah memijak kaki di bulan pada 20 Julai 1969 jam 20.17 UTC (waktu tetap dunia).

Amerika sudah sampai ke bulan tapi kita masih mencari-cari bulan dari Telok Kemang ke Menara Kuala Lumpur. Kenyataan ini memilukan. Apa yang berlaku keliatan komidi. Kenapa ini berlaku. Apakah bulan di Malaysia lain dan di Saudi lain? Mustahil – ini tak masuk akal.
Justeru kuncinya ialah akal. Kuncinya menggunakan akal. Setiap sosok wajib menggunakan akal. Jangan menjadi Pak Turut. Jangan menjadi Tukag Ikut kerana diberitahu bahawa Si Mamat ini lama duduk di Mekah. Si Mamat ini fasih bahasa Arab. Si Mamat ini pandai merujuk kital al-kitab. Atau Si Mamat ini berserban macam Bengali Roti. Gunakan akal dan fikir sendiri. Masuk akal atau tak masuk akal pekara yang dikuliahkan oleh Ustad itu.

Mari kita tengok tahun depan apakah ada lagi larangan yang tak masuk akal. Apakah akan muncul lagi larangan dari Pak Lebai melarang kita mengucapkan Merry Christmas , atau Kong Fee Fat Chai atau Selamat Menyambut Dewali.
Jawapan kepada Pak Lebai yang suka melarang ini ialah: Pak Lebai kami tak ada masa untuk mendengar lawak bodoh. Kami sudah berani menggunakan akal. Kami ini dari mazhab Islam Budaya. Maka kami akan ucapakan selamat kegumbiraan untuk semua umat manusia. Selamat Hari Raya. (TT)
