INI EMAK BADAK KE ANAK BADAK NI?

TIGA PELAJAR UNIVERSITI MALAYA DIDAKWA LAKUKAN KHIANAT – berita hairan
Tiga pelajar Universiti Malaya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan cuba melakukan khianat dan menceroboh Fakulti Akademi Pengajian Islam universiti itu, 24 Jun lalu.
Mohamad Aizat Rosle, Mohammad Saufi Jelani, masing-masing 21 tahun dan Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin, 22, didakwa bersama-sama cuba melakukan khianat dengan api terhadap bangunan itu, mengikut Seksyen 436/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Mereka juga menghadapi pertuduhan menceroboh bangunan fakulti itu mengikut Seksyen 447 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.
Ketiga-tiga mereka yang masih menuntut turut didakwa melakukan kesalahan khianat dengan menyimbah petrol di atas karpet dan menconteng di dinding dewan utama fakulti itu.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Ssemua kesalahan itu didakwa dilakukan di pintu utama dewan fakulti itu jam 4 pagi, 24 Jun lalu.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan untuk setiap tertuduh.
Kesemua mereka diwakili peguam bela Mohamad Arfizi Mohd Ramli merayu kepada mahkamah membenarkan anak guamnya itu diikat jamin dengan RM3,500 atas alasan mereka berasal dari golongan yang sederhana, selain mempunyai adik-beradik yang masih bersekolah.
Hakim S M Komathy Suppiah membenarkan mereka dijamin RM3,500 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.
Sementara itu, Mohd Mokhzany memohon kepada mahkamah agar kes dua pelajar dari universiti itu yang turut dituduh terhadap pertuduhan yang sama pada 30 Jun lalu, dibicarakan bersama atas alasan melibatkan pertuduhan yang sama.
Dua pelajar itu dari universiti yang sama mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rozana Ali Yusoff terhadap pertuduhan mengkhianat dan menceroboh dewan fakulti universiti itu.
Hakim Komathy menetapkan 12 Januari depan untuk sebutan semula kes di hadapan Hakim Rozana untuk menetapkan tarikh bicara.
Ketiga-tiga mereka dijamin oleh ibu bapa masing-masing.
nota:
lihat bagaimana laporan ini dibuat oleh akhbar bodek
tidak ada langsung disebut BINI PUAKA atau PEMBUNUH ALTANTUYA
tidak ada disebut tulisan di dinding?
khianat itu apa?
khianat untuk apa?
macam mana siswa ini menceroboh fakulti?
ini fakulti mereka sendiri
ini semua nak menipu orang melayu
tak hendak beri tahu apa yang terjadi sebenarnya
akhbar china dan laman web melaporkan dengan penuh
bila china jadi bijak dan pandai
kata china nak tipu melayu
kata china tak hormat melayu
yang akhbar melayu ini tipu melayu tak nampak
anak gajah berkeliaran tak nampak
yang nampak china tipu melayu
melayu tipu melayu halal
kerana baca bismillah kah kah kah