UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

TAK SAMPAI SATU MINGGU
macam kelmarin aku mengetik
mengucapkan selamat berbuka puasa
macam kelmarin aku mengetik
mengucapkan selamat bersahur
bagitulah hidup ini
pejalanan yang tak henti henti
detik yang telah pergi
tidak akan dapat ditangkap kembali
seribu ingatan
sejuta harapan
detik itu telah berlalu
lalu aku ingin bertanya
seperti yang telah
aku lakukan berkali kali
lalu aku ingin bertanya
sesudah ini hendak kemana
kenapa agaknya aku sampai disini
soalan hakiki
yang tak mungkin aku temui jawapan
soalan yang akan menimbulkan soalan
jawapan yang mememilik jawapan
jawapan yang memiliki soalan
maka disinilah aku
maka hadapan cermin ini lah aku
maka kau bacalah apa yang aku tulis
linkaran fikrah aku
yang menjalar jauh
dari ramadan je shawal
ke musim runtuk ke musim sejuk
musim hujan ke musim panas
jika sekiranya kita tak pernah bertanya
jika sekiranya kita tak menyoal
jika sekiranya kita hanya mengikut detik dan arus
jika sekiranya kita hanya bernafas
apakah indahnya hidup ini?
PETANG INI AKU UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA
aku mengucapkan lebih awal
aku mengucapkan 6 hari sebelum raya
aku mengucapkan keriangan untuk semua
aku mengucapkan kegumbiraan untuk seluruh umat di dunia
aku mengucapkan setiakawan sepanjang masa
aku mengucapkan kesejahteraan umat manusia
aku mengucapkan semua akan makan tapai!
PUYU MASAK GULAI LOMAK TEMPOYAK

PETANG INI AKU MASAK
petang ini aku masak
iakan puyu dengan temnpoyak
aku tak pakai kelapa
aku pakai susu
puyu ini aku beli ahad dahulu
ketika aku merakamkan klip
puyu ini besar daru puyu yang
pernah aku panncing
petang ini juga aku merebus jagong
kali ini aku tidak terlupa
memasukan garam ketika merebus
buah buah telah habis
aku tidak ke pasar
kerana esok
aku akan pergi ke pasar
yang paling spesial
tunggu laporan aku!
REBUS JAGONG LA PETANG INI

PETANG INI REDUP BERBAHANG
tidak bagitu panas
tidak bagitu terik
ketika aku mengetik ini
semua senyap
yang akau dengar hanya putaran kipas
murai entah kemana?
salakan ajing entah ke mana?
kokok ayam hutan entah kemana?
kenapa semuanya senyap
mungkin dunia memberi tanda hormat
kepada kita semua agar kita
berjanji pada diri sendiri
untuk menjadi manusia yang baik
SELAMAT HARI RAYA LEBIH AWAL
