INI SEKOLAH YANG BAIK - MURID PEREMPUAN PUN BOLEH MAIN BOLA

TIMUR : SEKOLAH DIMINTA SEDAI PROGRAM GALAK MEMBACA – berita hairan
Pentadbir sekolah diminta melaksanakan program bagi menggalakkan amalan budaya ilmu di kalangan pelajar sebagai usaha melahirkan generasi yang tidak terpengaruh dengan masalah gejala sosial.
Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Daerah, Mohd Nadzri Abd Wahab turut menyarankan supaya Guru Besar merancang program pembangunan pendidikan di sekolah secara berterusan yang menepati perkembangan serta kehendak pelajar.
Malah, saranan PPD Temerloh itu bertujuan membentuk pelajar cemerlang sahsiah diri serta akademik selaras hasrat memajukan negara menjelang Wawasan 2020.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Abu Bakar Mentakab, Salim Rantau, berkata program budaya ilmu perlu lebih kerap dijalankan di peringkat sekolah untuk mendidik pelajar supaya memahami konsep menuntut ilmu.
"Oleh itu, generasi muda akan menjadikan budaya membaca sebagai amalan dalam kehidupan sekali gus membantu membentuk keperibadian,” katanya ketika ditemui pada majlis Mesyuarat Perancangan Tahunan 2010 peringkat daerah ini, di sini kelmarin.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang, Hasan Mohd Amin berkata budaya ilmu perlu disemai dalam jiwa pelajar supaya mereka menjadi generasi yang cemerlang.
Justeru, katanya, pihak sekolah perlu mempelbagaikan program untuk memastikan pelajar sentiasa mengamalkan budaya ilmu supaya ia selaras dengan hasrat kerajaan yang inginkan pelajar menjadi insan cemerlang.
"Negara memerlukan generasi yang memiliki peribadi dan pengetahuan tinggi untuk mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang," katanya.
KAH KAH KAH...
kah kah kah.... NAK KETAWA SUSAH... NAK MENANGIS PUN SUSAH... kah kah kah..
woit... APA SUDAH JADI DENGAN NEGARA INI?.... kah kah kah...
woit..... SEKOLAH BUKAN TEMPAT BELAJAR MEMBACA KE?.... kah kah kah..
woit... SEKOLAH BUKAN TEMPAT ASAS DI MANA ANAK ANAK DI DIDIK UNTUK MEMBACA.... kah kah kah..
woit.... INI SUDAH TEROOOOK.... kah kah kah..
kah kah kah.... APAKAH SEKOLAH SEKARANG SUDAH JADI PUSAT MAIN GASING KE?..... kah kah kah..
woit... ITU PASALAAAA... HENTIKAN BUDAYA BODEK...kah kah kah..
woit... HENTIKAN BUDAYA BUAT REKOD.... kah kah kah...
woit... BALIK KEPADA ASAS...SEKOLAH TEMPAT BELAJAR...BUKAN TEMPAT MEMBODEK.... kah kah kah..
nota:
kenali budaya bodek
jika berjumpa perkataan-perkataan ini
bermakna berjumpa budaya bodek:
1 - cemerlang
2 - modal insan
3 - nilai nilai murni
4 - membangun negara
5 - masa depan negara
6 - wawasan 2020 negara
7 - panggung negara
8 - stadium negara
9 - muzium negara
10 - batang negara kah kah kah