Aktivis Hishamuddin Rais ditahan polis
berhubung perhimpunan Hari Pekerja

Aktivis Hishamuddin Rais yang terbaru ditahan polis berhubung perhimpunan Hari Pekerja yang dihadiri puluhan ribu orang di Kuala Lumpur semalam.
Menurut Hishamuddin, 3 orang pegawai polis datang ke rumahnya untuk membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.
"Tiga orang polis berpangkat ASP di rumah saya sekarang untuk bawa ke IPD Dang Wangi," kata Hishamuddin kepada The Malaysian Insider dalam satu kiriman pesanan ringkas (SMS).
"Sekarang dalam van bersama enam orang anggota polis dibawa ke Dang Wangi."
Menurut Hishamuddin, sebaik sahaja tiba di IPD Dang Wangi, polis memaklumkan beliau ditahan mengikut Sekyen 143, Kanun Keseksaan.
Peguam Michelle Yesudas memberitahu The Malaysian Insider, Hishamuddin akan diwakili peguam G. Sivamalar dan Azri Malek.
Terdahulu, polis menerima perintah mereman 23 orang yang ditahan berikutan perhimpunan di tengah bandaraya semalah, sementara tujuh tahanan remaja direman sehari.
Setakat lewat malam tadi, hampir 50 orang, termasuk peguam terkemuka dan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, ditahan kerana menyertai perhimpunan tersebut.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/aktivis-hishamuddin-rais-ditahan-polis-berhubung-perhimpunan-hari-pekerja#sthash.ff4Nf5c1.dpuf
-----------------