JEMPUT TENTERA BANGSA BANGSA BERSATU - HAJAR PENIPU INI
PRO-MAHASISWA UKM ARAK KERANDA SIMBOL KEMATIAN DEMOKRASI - malaysianinsider
Kira-kira 150 mahasiswa, yang kecewa dengan keputusan pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk tidak mengadakan pilihan raya kampus baru ekoran dakwaan penyelewengan, hari ini mengakhiri tempoh berkabung “kematian demokrasi” dengan mengadakan perarakan membawa “keranda” dan “patung mayat”.
Mereka mengadakan perarakan dari Sudut Pidato UKM pada pukul 2 petang menuju ke arah bangunan Canselori — jaraknya kira-kira satu kilometer — sebagai tanda kemuncak perkabungan “kematian demokrasi kampus”.
Dengan diketuai wakil Pro-Mahasiswa UKM, Hilman Idham kira-kira 150 orang mahasiswa menyertai protes itu bagi menuntut keadilan ditegakkan dan menolak penyelewengan dalam pilihan raya kampus itu.
Mereka membawa patung mayat dan “keranda demokrasi” kampus, yang ingin disampaikan kepada pentadbiran universiti dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar sebagai simbol “kematian demokrasi kampus”.
Hilman yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen menyampaikan nota permohonan mereka kepada wakil Naib Canselor.
“Kami sudah menyerahkan nota permohonan dan berharap tindakan susulan akan diambil untuk sesi berdialog antara mahasiswa dengan pihak pengurusan universiti,” kata Hilham ketika dihubungi.
Pada Khamis lalu, pelajar UKM dari kumpulan Pro-Mahasiswa melahirkan kekecewaan dengan pengurusan universiti itu memutuskan untuk tidak mengadakan pilihan raya kampus yang baru.
Jawatankuasa rayuan pilihan raya UKM yang bersidang pada hari itu memutuskan pilihan raya baru tidak akan diadakan walaupun mereka memperakui wujudnya elemen “penyelewengan” ketika pilihan raya yang berlangsung seminggu sebelum itu.
Jawatankuasa rayuan itu dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Prof Datuk Ir Dr Hassan Basri.
Pilihan raya pada 28 Jan lalu dimenangi oleh kumpulan Pro-Aspirasi dengan memperoleh 20 kerusi manakala Pro-Mahasiswa pula 15 kerusi.
Kumpulan Pro-Mahasiswa mengadakan bantahan terhadap keputusan peringkat Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Alam Bina, sebahagian daripada kerusi Majlis Perwakilan Pelajar, atas alasan berlaku kesilapan kiraan
nota:jangan jadi bodoh nak bawa kes ini ke mahkamah
lebih baik panggil tentera amerika macam rakyat iraq
bagi lunyai para kang kong di kampus kampus
bila kong kang sudah lunyai boleh
buat baja untuk pesawah dijitra kah kah kah