Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Saja2 Nak Kongsi. Show all posts
Showing posts with label Saja2 Nak Kongsi. Show all posts

Sunday, October 21, 2012

Durian Tembaga..hehe

Salam Ahad.. Entri pendek merangkap entri takde keroje.

Musim buah kat kampung tapi dah hujung2 kata orang..tayang durian tembaga jer dulu eh..ni amik gambar aritu dah..eh,durian musang king takde..ni pun jadi laa kann.. sedap nih..
Nak buat menu apa berasaskan durian? Durian crepe? aritu dah buat tapi tak amik gambar lak..nanti buat lagi.heh.. bubur durian? sudah biasa.. :-)
Bingka durian? Serimuka durian? kek lapis durian?huh..last2 makan gitu aje..haha

Ok..jap lagi nak gerak dari kampung dah ..masa untuk mengisi bonet..daaaa...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, May 24, 2012

Oh!Astro B-yond PVR


Assalamualaikum..

Fheww..! Setengah hari menahan rasa nak online guna broadband sebab tak perasan prepaid broadband expired pagi tadi..semalam dah tau sebab ada reminder kan..tapi boleh lagi lupa tu.nak pegi kedai semata2 beli kad prepaid malas la pulak jadi tunggu tengah hari selepas amik anak dari sekolah baru singgah kedai jap..

Dah sampai umah, ada pulak astro installer call bagitau set PVR dah sampai kat kedai dorang n akan datang umah sebelah petang ni jugak untuk install..untuk rekod(ala2 blog mazidul lak),sebenarnya aku tak apply pun pvr tu,pihak astro call awal bulan aritu katanya free install..masa tu memang yeyy yey...sambil menari cha cha laa kan,kalo biasa harga katanya rm250 ke berapa tah..tapi installer tadi kata memang akan kena caj rm50..pfttt(tak puas ati)..kira aku terpedaya olehnya laa jugak kan..lepas tu tanya lagi,ada extra caj tak untuk monthly? Katanya rm5 sebulan tambahan dari bil sebelum ni..'ok,kalau macam tu saya tanya hb saya dulu laa..' Nampak sangat sifat seorang isteri taat kan?
'orait'kata apek tu. Jadi aku pun mengadu kasih laa kat buah hati aku yang sebenarnya sedang sibuk amat sebab masih menguruskan urusan kematian pekerja yang merupakan pekerja asing dan memerlukan banyak urusan di hospital nun jauh..urusan nak memandikan dan penghantaran ke negara asalnya dan sebagainya..

'helo,yang.."*dengan suara sedikit tergedik2
"yea sayang..?' rileks je
"bizi ke? "
"bizi sangat2.. "adeh..potong setim je nak ngadu kasih pasal astro nak tambah bil rm5 bulanan...muahaha..
Jadi aku pun teruskan la mengadu ala2 orang kena kejar(bercakap dengan laju )..
sila baca dengan laju-"astro nak pasang pvr tapi diorang tetap caj rm50 lepas tu caj bulanan tambah rm5. So nak teruskan atau nak kensel? "tanya ku dengan harapan dia pun kesal macam aku jugak..
"Hermm...oklah.. teruskan saja." Macam dia nak cepat2 habiskan perbualan pun ada aku rasa.*buruk sangka
"OK ke? perlu ke kita ada set pvr tu?*dah macam dialog filem usop selam lak pertanyaan aku tadi rasanya..
"Ok lah tu..rm50 jer kan..kira jauh la jugak diorang datang nak pasang tu..bulanan pun tambah rm5 jer.. kalau banding dengan bahan masakan yang beli tapi tak abis pakai tu.. "-yang hujung tu aku tambah..makan cili terasa pedas katekan..ahahak
"Oklah..kalau macam tu" ujarku perlahan..dalam hati dah terbayang2 nak record citer apa..nak record..jakun2.
"Ok??ok.."Dia tanya,dia jawab..tanda nak mengakhiri perbualan"ada waiting call ni syg.."sambungnya lagi..takut aku merajuk laa tu guna suara lembut..*tak abis2 buruk sangka..hee
"OK2..kataku juga.. kiranya kalau buat drama nak aje aku buh tajuk drama OK sebab asyik sebut OK je..

Nasib baik installer tu betul2 sampai petang ni jugak.. dah la aku ni jenis tak suka tertunggu2..(ada ke orang yang suka?hehe..)
Terbantut hasrat aku nak bekerjaya di dapur buat menu minum petang nih..huhuu.. takpelah,jap lagi leh buat kan.. :D

Dipendekkan cerita, sekarang dah ada astro pvr..hoyeyy2. Boleh rakam cerita yang kite miss nak tengok(tapi astro selalu jer buat ulang tayangan kan) tapi kadang2 time dia mengulang tu time kite takde kat umah ke mana ke.. Atau pun masa berebut anak beranak laki bini nak tengok cerita kegemaran masing2..huahua..tapi selalunya kalo cik abangku ada,yang lelain mengalah.. bagi chance laa kan...suami penat2 nak juga rilex tengok cerita kegemarannya.. kadang2 jer kalau ada cerita terlampau best,pandai2 laa pujuk ajak tengok sama ^_^

Entri ni sekadar berkongsi dan bukan berniat nak menunjuk2 yer. Korang jangan asyik negatip thinking jer..hahak.. kot2 laa ada yang teringin nak pasang gak kan.. :D
Dah..nantikankan menu selepas ini... ni entri selingan je..hehe

*Drama di atas telah dialih bahasa. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 11, 2012

Musim 'Makan Tahun' Kembali Lagi

Assalamualaikum..!

Salam Jumaat buat semua. Dah beberapa hari blog bercuti atas sebab2 kesibukan yang sukar diceritakan ditambah pula kelembapan line tenet,kini kembali aktif seperti biasa insyaAllah..walaupun tenet masih agak lembap..

Tanpa membuang masa,nak cerita sikit laa perihal makan tahun dan kesinambungan cerita kelupis pada entri sebelum ni.
Makan tahun semenangnya tradisi di daerah sekitar kampung aku di Bekenu,Miri. Ia tradisi kaum kedayan yang dahulu kalanya sebagai majlis meraikan tamatnya musim menuai padi.. kiranya untuk kenduri ni akan dihidangkan beras yang baru dituai.. tapi zaman sekarang semua beras yang dituai kat kedai aje.. :D
Orang2 dari kampung berdekatan pun dijemput untuk majlis kenduri nih.. Jadi 2 hari laa meriahnya sebab hari Sabtu tu bergotong royong membungkus kelupis dan keesokannya baru makan kenduri secara besar2an.

Makan tahun kali ni aku berpeluang laa join sekali,tapi tak berpeluang merakamkan banyak gambar2 dan aksi menarik sebab handbag hidup asyik nak berkepit aje dengan aku..dah lama2 tu pandai pulak dia bermain dengan rakan sebaya cuma pada masa tu aku tak ingat dah nak snap2 gambar..huhuuu

Tapi takpe,layan jela gambar2 dan cerita ringkas mengenainya ek..sebelum ni pun rasanya dah cerita kat blog ni. ^_^

Hari Sabtu lepas, maka bermulanya projek gotong royong membungkus kelupis dimulakan dengan memasak pulut untuk dijadikan 'dadih' (bukan puding tu yer,maksudnya pulut yang dimasak separuh masak,sedia untuk dibungkus dalam daun).
Adegan memasak pulut ni dilakukan oleh kaum lelaki... sila rujuk gambar di bawah.

Nampak tak kawah2 yang tersedia tu,tu dah digunakan untuk membuah membuat dadih pulut tu..dadih tu bukan puding ye(kot2 korang tak baca atas td). Masa aku snap ni dah kawah ke berapa dah dimasak..huhuu..
Proses membuat dadih ni kena didihkan santan dahulu sampai naik minyak(haha..betul ke istilah ni),macam nak buat minyak kelapa tuu.. lepas tu baru tuangkan beras pulut dan kacau dan kacau dan kacau..sampai setengah masak gitu..

Proses menuang beras pulut ke dalam kawah..

Model kawah..kakaka.. sebenarnya Ryo lepas lari nak tolong angkat guni beras pulut tadi tu tapi tak sempat - ye laa sangat.hahaha

Nih laa rupa beras pulut dalam proses nak dijadikan dadih atau dimasak sehingga setengah masak tu..

Ni haa dadih yang dah siap..sedia untuk dibungkus dengan daun nyirik@irik atau ada yang guna daun palas..tapi bukan seperti ketupat palas..ia guna daun yang lebih tua. Kalau ketupat palas guna daun yang muda kan? Tapi cara buat kelupis ni macam buat ketupat palas pun ada..

Potong kiri kanan dan sudukan guna sudip(sukati aku je panggil sudip) khas yang panjang dan diperbuat dari buluh...kalau nak guna senduk nasik boleh jugak tapi tu menyusahkan diri la namanya kan.. dah disediakan peralatan khas lagi ko nak guna senduk nasik..huhu..

Lepas tu buh laa atas daun nyirik atau irik atau iikk( ni sebutan ikut tempat masing2 laa..kat tempat korang ada tak?) atau guna daun palas ye.. aku takde amik lak gambar guna daun palas tu.. tapi selalunya orang2 muda cam kami..diulangi,macam kami..(hehe..) tak gemar guna daun palas tu sebab mencabar la sikit nak bungkusnya kan sebab permukaan yang tidak rata.

Lepas tu zup zap..jadilah gini..ala,cam bungkus lepat pisang jek.. tapi pastikan saiz dia sedang2 je..kalau ada orang tua menegur bungkusan kelupis korang macam tapai,jangan bangga lak..tu maksudnya harus diperbaiki lagi..maknanya bungkusan korang tu besar gedabak macam bungkusan tapai nasi.hehe..


Hasil kelupis dibungkus tadi selitkan aja bawah talam besar tadi haa..nanti ada laa collector yang amik kelupis2 tu dengan bakul untuk dijalin oleh pihak lelaki pula..tapi ada juga kaum perempuan yang tolong jalin bila kerja membungkus tertangguh sebab menunggu dadih seterusnya masak lagipun sebab kan kaum lelaki lambat buat kerja,nak jugak perempuan tolong baru cepat abis.hee

Kat atas ni laa lebih kurang suasana ketika membungkus kelupis secara beramai2 tu..yang ni memang semua jawatan disandang wanita belaka..Aku nak amik gambar banyak2 tapi segan lak tetiba..maklum laa aku kan pemalu tak bertempat orangnya..
Nampak tak daun palas tuu..tuuu(muncung mulut) yang digunakan oleh makcik yang berbaju pink tu ha..yang biru tu contoh bakul yang digunakan untuk mengutip kelupis2 yang dah siap untuk dijalin...tu pun aku nak bagitau kan.

Lagi jugak nak tayang kelupis yang dah siap.. kalau yang kemas dan cantik2 tu anggap jela aku yang buat..hahaha

Ni proses menjalin kelupis(ehsan gambar dari FB Ryo)...gunakan tali(dari akar kayu yang hanya boleh dicari dalam hutan,maksud aku akar hutan la tu) yang dah siap dibelah2 pada saiz yang sesuai.. tapi kini digunakan juga tali rafia sebab susah nak cari akar tu kalo banding zaman dulu.. lagipun zaman dahulu kala mana ada tali rafia kot eh..

Tujuan kelupis tu dijalin adalah untuk memudahkan ianya diangkat dari rebusan atau kukusan. Dahulu orang rebus,kini orang kukus dah kelupis ni. Pengukus pun dah stainless steel aje..sila rujuk gambar di atas ye..yang area orang memasak tu
Selain tu,tujuannya supaya senang orang nak bawa(jinjing) kelupis bahagian masing2 balik ke rumah..

==================================================

Keesokan harinya,kenduri makan tahun pun berlangsung... sebelum subuh lagi kelupis yang dah siap dikukus dan disejukkan akan digotong royong buh dalam plastik pula..proses ni aku selalu gak ikut serta tapi tahun ni aku lewat sampai balai raya sebab di khuatiri si kecik mencari sebaik bangun dari tidur.-ni kira alasan kukuh dah ni..memandangkan suami ada urusan lebih penting lagi,jadi dia tidak pulang ke kampung kali ni..kalo tak,ada gak yang jaga anak sementara aku turut membantu di balai raya.- rajin sangat la bunyinya kan.

Apabila sudah siap dipek satu set...kelupis sedia untuk diagihkan kepada semua tetamu yang hadir untuk makan tahun tuu... so,ko dah makan ko dapat laa sebungkus kelupis dan set nya.. Ni kiranya kalau orang dulu2 tu untuk bekal dalam perjalanan pulang.. orang dulu2 maa ada naik keta pergi kenduri ko.. paling2 pun kenderaan femes masa tu perahu la gamaknya.. kalo ada perahu kira dah makcik kayo laa tu..(agaknya la) Agaknya kalo tanya,datang ngan apa? naik perahu jerr..awak naik apa? tahu dah orang tadi tu jalan kaki jer,tanya lagi..hahak..(cerita ini hanya rekaan semata2) eh perahu ke sampan?adik beradik laa tu kan..bukan ek?lantak,janji paham

Untuk memudahkan imaginasi korang,aku bagi sedikit gambaran..

Nampak tak? Depan nun balai raya ye.. makan2 tu macam biasa laa,ada nasik dan lauk pauk kan.. Aku tak berkesempatan amik gambar pun,sebab masa gi sana malas nak pikul senapang gajah(kamera)..
Tengok tu(rujuk gambar di atas), orang yang dari balai raya menjinjing sebuah beg plastik berisi kelupis dan setnya,manakala yang dari arah kanan ni orang yang baru sampai..lum ada kelupis lagi.. Aku siap buat bulatan biru lagi kat kelupis tu ha..
Kiranya ko dah ada kelupis tu ko dah makan laa tu...tak reti2 nak balik?hehehe...kasarnya bahase.

Lepas tu mesti korang tertanya2 apa pulak set kelupis tuu...

Nih laa dia,set kelupis yang akan korang dapat jika menghadiri makan tahun ni.. Ada 1 jalinan kelupis, sebiji kuih penyaram dan sebungkus kecil wajik..adakalanya,sebiji pisang pun ada sekali..kampung aku tahun ni kebetulan bukan musim pisang masak kot(bila masa la pisang bermusim kan)..hehe..

Yang kat atas ni kelupis yang dibungkus menggunakan daun palas.. dan jalinan dari akar kayu hutan..kira keasliannya tu masih cuba untuk dikekalkan..

Pulut yang sudah masak..sedia untuk dicicah apa saja.. kelupis dari kampung aku tuh masih dalam list peberet sebab biasanya ia dimasak cukup rasa lemak dan pulut yang lembut..terima kasih pada tukang masaknya..hehe.. Aku penah gak buat kelupis di rumah,berdua dengan suami tapi takde la guna resepi,lenkali kalo ada buat insyaAllah share kat sini eh..hee..


Jadi minggu ni ada lagi kampung berdekatan yang mengadakan kenduri makan tahun nih..sebab tu aku buh tajuk musim makan tahun...setiap kampung tu akan adakan kenduri ni setahun sekali sahaja.. yang bestnya bila ada kampung yang adakan serentak,boleh laa pergi ke setiap kampung..makan sikit sini,dapat kelupis...gerak ke kampung sebelah lak.. kira dapat laa 2,3 bungkus kelupis dalam masa sehari kan..kalo sekeluarga pergi kenyang kelupis laa 2,3 hari..hehehe..
Kelupis ni boleh dipanaskan dengan mengukusnya kembali.. tapi 2,3 kali panaskan mungkin warna pulut ikut warna daun tapi tidak memudaratkan.. :)
Sekian dokumentari kali ini..haha

P/s: Macam mana lak entri aku leh panjang nih..ingat nak citer sikit saja..adeh.. Kalau ada yang tertinggal nanti aku edit balik...taip entri pun laju berasap ni haa...zhariff demam lak,kejap2 merengek..huhu

Terima kasih kerana membaca ^_^..harap dapat menambah pengetahuan anda yang tak mengetahuinya.. :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, April 16, 2012

Sepetang Di Pantai Mukah.. terjumpa belangkas pulak!

Hujung minggu baru2 ni pergi melawat anak bujang kat asrama..maklum,bukan minggu balik kampung.. ada masa terluang tu pergi laa melawat dia kejap ..
Dalam perjalanan pulang tu kitorang singgah pula kat pantai Mukah ni..cuma beberapa meter dari jalan raya..Oh,diulangi..Mukah yer bukan Mekah.. :D

Tak plan pun nak singgah kat pantai petang tu,kamera dslr pun tak bawak..guna jelah apa2 yang boleh amik gambar..janji ado..

Gaya seorang bujang kecil,teruja tengok laut.. ada hati nak buka baju nak mandi tuu...

Kat Mukah ni pantainya tidak dikomersialkan sangat.. maksud aku nih yang untuk orang bermandi manda atau piknik2 BBQ hujung minggu tu memang takde edisi beramai2..
Kalau ko nak,ko pegi sendiri2 jer..tak komersial cam kat Bintulu adan Tanjung Batu dan beberapa tempat lagi.. kat Miri ada Taman Selera dan Luak Esplanade .. kat Kuching, ada damai beach resort..eh tu memang la komersial kan..haha..
sekadar menyebut beberapa tempat di Sarawak je..


Rasanya ini salah satu sebab pantai di Mukah ni kurang dikomersialkan..lautnya kurang bersih..bukan kotor dengan sampah sarap tapi kotor dengan 'hasil' alam tu yang buat laut tak sejernih sepatutnya.. ada beberapa kuala sungai juga penyebab laut kat sini kurang jernih..
Tapi kalau nak mandi jugak takde hal punya.. :D
Macam nak bbQ pun ok jer..udara laut kat sini best jugak!

Baru nak sampai di gigi air tu,tiba2 nampak belangkas..bukan orang berdating yer tapi belangkas betul.. nama pun belangkas,mesti 2 ekor kan!

'Bah..bahh!' Zhariff memanggil babahnya sambil menunjuk tempat kejadian di mana mangsa tergolek..

Yana..juga teruja melihat belangkas..
Mengikut firasat aku,2 ekor belangkas ni sama2 terhempas di persisiran pantai.. tapi setelah si betina tidak lagi bernyawa,si jantan terpaksa meneruskan kehidupan(sila tengok belangkas yang menuju ke laut). Namun ia tidak sempat sampai ke gigi air .. ala2 kisah romeo n juliet gitu.. boleh tahan jugak mengarutnya firasat aku ni kan!

Fokus sikit..nampak kan, ada 2 ekor? Nun depan nun yang jantan.. Sebenarnya ada 3 ekor..agaknya ia adalah orang ekor ke tiga dalam kisah mereka. Yang ke 3 tu berada jauh sedikit dari yang berdua tadi,jantan jugak..lupa nak snap ..dan mujur yang ke tiga masih hidup..

Dan sebelum balik, aku angkat ler belangkas tu..lepaskan ke laut..agar dapat meneruskan kehidupan dan mencari pasangannya sendiri..


Zhariff .. merenung laut sebelum kami pulang..

Anak2 suka tengok laut.. ada masa boleh singgah lagi.. amik udara laut sekali sekala ni seronok juga kan..
Kali ni berpeluang tengok belangkas secara live lak tu..huhuu..
Oklah,sekadar perkongsian jer.. cuci2 mate.. ^_^


'Alangkah bahagianya pasangan belangkas,
Ke mana pergi sering berdua..
Bersama mereka hingga ke akhir nafas..
Apakah kita begitu jua? Hanya DIA penentu segala... ' :)


P/s:Hargailah pasangan kita selagi mereka ada di sisi..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, October 18, 2011

Syukur Blog Selamat n Makan Cupcake sedap!

Err..update pepagi bute ni..kul 3.30 pagi start naip nih lebih kurang..
Sebenarnya tadi..sebelum tengah malam ada kejadian sadis menimpa blog aku nih..ngah syok blogwalking menikmati kelajuan internet yang jarang2 aku alami nih tiba2 aku ditanya kak Liza Saad kat FB,ngapa takleh bukak blog aku nih.aisehwomen..baru jap tadi boleh...bila aku refresh memang tak boleh..aiyarkk! zhariff pun nangis..tapi bukan sebab aku terjerit la..sebab dia nak nyusu je..
Pastu aku cuba tak panik laa kan..dalam tak panik tu aku jerit gak panggil kak Nor sebab baru jap aku tengok dia ngomen kat entri yang aku share kat Fb..tapi sebab blogwalking beria lum sempat nak ngomen balas kat situ..
Jadi haruslah dijerit nama kak nor dulu sekurang2nya ada laa shoulder to cry on kalo blog tak dapat diselamatkan kan..dan seperti diharapkan kak nor datang dengan segera menepuk2 bahu dan cadangkan apa2 yang patut sesambil aku cuba selamatkan kain baju dari terbakar. eh?
Lepas tu nasib baik aku dapat selamatkan segalanya sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.. Memang saspen habis sampai aku tak tahu nak cerita camner dah kat sini.haha...
Dipendekkan cerita,blog aku macam kena block pastu aku sign in katanya 'ko takleh nak buka blog ko nih sebab ada aktiviti luar dari kebiasaan telah diperlakukan..' gitu laa lebih kurang..
Pastu verify semua sibbaik ok..alhamdulillah..

Terima kasih kat kak liza saad yang tolong laporkan kejadian.kak nor dan DJ(dayangjack) yang bagi support di saat kejadian genting tu..
Genting laa bagi aku sebab baru pernah terkena kan.. kalau ngah godek2 blog takpe gak..ni ngah rilek2..ada laa niat nak godek2 tapi tak berkesempatan jer..

Pastu aku sambung balik buat cupcake..tadinya baru ayak tepung.tak terbuat lagi..haha..sempat blogwalking sebab sesambil tidokan zhariff kan..
Sesambil aku wat cupcakes tu cik abg on9..dah siap2 semua tu baru aku sambung on9 balik. Bukan blogwalking tapi cari2 resepi...tapi belum ada yang berkenan tetengah malam tu...masuk blog yang ada lagu aku terkejut! Terus close blog tu..sebab zhariff tido dekat nih..tak sempat nak slowkan volume atau cari pemain lagu kat blog tu.huhuu..dulu aku suka blog ada lagu..malah blog aku pun aku pasang lagu gak dolu2..tapi kini tidak lagi..banyak keburukan dari kebaikan.. pendapat ramai tu.hehe..maaf la kalo ada yang kurang setuju..

Pastu kan..

Dekat kul 2 pagi, nak tido..nak tido..tapi mate tak ngantuk lagi..
Lepas tu..batuk batuk batuk!
Cik abang yang terjaga suh makan ubat batuk...tu pun tunggu orang suh makan baru nak telan ubat..haihh cam budak2..eh aku ler tu.heh.
Siang tadi kemain ceramah kat si kakak jangan malas makan ubat..ehee.
Si kakak kembali demam lak tadi..boleh jadi arini nanti tak sekolah.sian dia..aritu 2 hari demam..semalam dah sihat..ni demam balik..ermm...
Harap dia cepat sembuh la..cukup pakej lak tu dengan selsema n batuk sekali...siap ada extra lak..sakit kaki..alahai anakku..

Ok sambung cerita balik..

Pastu tengok jam dah dah kul 3 pagi.. lepas telan ubat aku nengok kapkek aku wat tadi cam besh jek..tekan2 tu lembut.perh..menggoda. Aku amik gambar..aku cubit,aku makan..aku cubit lagi..aku makan.. sedar2 nak abis separuh. Aku stop.......... kejap. Aku cubit lagi..aku makan lagi...hurmmm..sedap lak rasanya makan pepagi bute nih..sedar2 lagi nak abis satu cawan kertas tu..haihh.. aku tak sedar sangat agaknya masa makan tadi.hak hak..


Aku menaip dalam keadaan mamai..kesan ubat batuk? Kot..?hehe..
Nanti aku update resepi ye..
Nak tido jap.. jap jer.. Korang nak sarapan cupcake sedap ni? Sila2 la amik kat dapo ye..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 22, 2011

Ni Puding Cili Ke?

Assalamualaikum kawan2..
Selamat bertemu kembali dalam mood blogging yang suam2 kuku..
Teruja nak update bila line tenet laju tapi lebih syok lepak kat FB aritu..bila tenet lembap,teruja nak update tapi slow upload gambar. Tu tak termasuk kesibukan harian lagi kan.. semenjak abis raya semakin sibuk rasanya hari2ku ini..kalau tenet laju sepanjang zaman takpe jugak kann..ni tenet pun main sorok2..alahai..

Buat followers yang baru follow blog ni..terima kasih daun pudina..kalau lambat update,jangan marah naa...

Sementara ngentri yang seterusnya..ngentri yang tak siap2 nih nak tanya laa sapa2 pernah tengok or makan puding ni..
Ni ANTARA dessert masa kitorang reunion baru2 nih ha..saja jer guna huruf besar sebab memang lumayan makan dessert aritu..punah dietku.heh.
Nampak yg merah2..tu? Tu cili api..dengan biji2 skali..kawan aku kate laa..aku tengok pun memang yer..tapi lupa lak tanya apa rasanya buat mereka yang dah makan aritu?eh..tak perasan lak ada yang makan ke idak..sebab nengok cili tu..aku x perasan ia cili..ni main amik gambo jer..
Kot2 korang pernah buat ke kan..atau pernah makan?

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, September 4, 2011

Dah Abis Beraya.. eh ye ke?


Assalamualaikum...
Salam aidilfitri semua sekalian umat manusia di muka bumi yang menyambutnya..
Dah masuk raya ke enam baru terhegeh2 nak ngupdate blog setelah lebih seminggu tak mengapdate..biasa lah bila raya nih pastinya sibuk dengan persiapan dan sambutan raya laa kan.

Masa ni masih di kampung lagi..jap lagi kang insyaAllah kitorang akan bertolak balik dari kampung nih ke tempat kerja incik suami..walaupun rasa best nak golek2 lama2 lagi kat kampung,tapi nak buat camno kan..esok anak2 dah start sekolah dah..tapi sibbaik juga raya awal2 aritu kan..
Kalau raya hari Rabu,arini baru raya ke 5..mesti masih tebal mood nak beraya..huhuuu..
Banyak benda nak cerita..banyak gambar nak upload. Harap2 tenet tak bermasalah laa balik karang.. ni aku upload gambar Zhariff yang ketiduran masa gi beraya..tu jelah sempat resize masa nak cepat ni..tak abis lagi berkemas..hehee... Ni raya pertama zhariff semenjak lahir ke dunia..

Diulangi,harap2 tenet ok laa nanti..tapi ada peristiwa sadis gak laa berlaku di pagi raya..tskk tskk2.. tapi sebalik tu kegembiraan tetap ada...
Korang pun mesti banyak gambar dan cerita kan..nanti laa kita kongsi2 yer..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, June 14, 2011

Sate Ayam Mukah

Hari tu,masa gi bandar mukah sempat laa beli sate nih..sebenarnya dah pernah rasa sekali sebelum nih..sedap!tu yang beli lagi tu..cuma,kali nih takde sate daging..rasa kekurangan lak sebab biasa beli dua2 kan..sekali ngap ayam,pastu daging..bagi lemak2 berjoget2 laa sket dapat kawan baru..ehh...kalo diet atkins kan boleh makan satay kan..tapi takleh cicah laa kot..hoho..

Nak buat sendiri,rasa tak kuasa aku nak cucuk sendiri..ehee.. sate ni kalau cukup lama perapnya memang best!
Tahun lepas,masa mengandungkan zhariff tu ada skali tu aku teringin+ngengada nak makan sate...jadi bila gi pasar malam cari laa orang jual sate kan.. dapat lak tu..best! Yang tak bestnya,rasa tak sedap..daging liat..huwaa..sibbaik tak tercabut gigi masa tu..sabo jelaa kan,yang lebih sadis..kuah kacang dia pun hambar..perghh..complete satu pakej kat situ..huhuuu.. sapa suh malas wat sate kan..dah tau nak makan sangat,tak reti2 buat sendiri..adehh..

Moh ler layan gambar.. korang pun mesti dah kenyang..hehe

Sate ni memang best!daging ayamnya lembut,cukup perap..makan gitu pun dah best!

Ni kuah kacangnya..akukk sukakk!tak pekat sangat,tak cair sangat..

Jadi bila digandingkan..ermmmph!mabeless..
sate kajang pun aku boleh lupa dah rasanya..hehe..

Bila kali terakhir korang makan sate? ^_^

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, May 23, 2011

Ikan Special dan 'Cantik'-hasil kali ini.

Alhamdulillah.. kali ni hasil tangkapan ikan lebih banyak dari sebelum ni.. menurut cik abang tuh penuh juga laa tong biru ni haa..hasil tangkapan 9 orang yang turut serta dalam trip memancing kali nih..kat bawah ni hasil bila dah dibahagi 9..
Bukan nak riak atau show off tau..tapi hanya suka2 nak berkongsi aktiviti sampingan kitorang eh..encik suami aku nih jer..kot2 ada tu yang ingat kitorang asyik makan udang galah jer ke,kan..takde laa asyik menu udang aje kat umah ni..cuma udang ni senang nak sedap..tu yang selalu kongsi menu kat sini..haha..
Sebenarnya memancing ke laut nih hobi encik suamiku itu..baru semenjak tahun lepas ler bergiat nih..aku kan,kalo handbag mobile nih dah beso karang teringin jugak nak ngikut ke laut nun..pehh,mesti beshh!Terbayang dah joran biru aku tu tersengguk2 bila tali pancingnya ditarik2 si ikan2..uiii..bestnyerrr...!!!errr..ada ke orang nak ajak kan..huu

Ni laa hasil setelah dibahagi 9 bahagian..maksudnya jumlah keseluruhan adalah yang kat atas ni didarab 9..hehe..lebih kurang la,kan..

Ini ikan kerapu kan..sedap ni dimasak sweet sour,kukus..siakap pun ada,tapi tak terinterprem lak..selain tu ada ikan merah,putih..sebenarnya amik gambo pun laju2 jer ni..tak sempat posing banyak gaya..takpelah kan,janji ado yo.. :)

Nih antara ikan terbesar dalam box tu..ikan apa yer..ada je dibagitahu semalam...banyak makan sup semut berempah agaknya,tu yang lupa.heee..ni kalo masak sweet sour yang terus lebur sekor manakan muat kualiku yang comel itu..ahak

Nak tengok ikan special tak?Special laa bagi aku sebab sebelum nih tengok kat pasar jer..hee

Ni laa ikan yang aku katakan ikan special tu....aku diberitahu nama ikan ni adalah Ikan Kerapu Strawberi..harga sekarang dah murah sket..Rm35 sekilo..adakalanya Rm40 sekilo.. Kat tempat korang jual berapa ye?Lagi murah ke,lagi mahal?
Yang kat atas ni adalah 2kilo..cuak jugak nak masak apa kan ikan spesel gini kann..buat ikan masin kang cam tak sesuai lak.heh...panik jap..huhu
Tak penah merasa lagi ni,jakun sket..korang tahu tak rasa dier?cer citer,cer citer!Tapi mengikut imaginasi dan ilustrasi aku mesti rasa dia tak jauh ngan kerapu biasa kot..cuma dia cantik jer luaran..haha..memandai jek..

Tengok tuuu..kulitnya seakan warna n bintik strawberi tu yang penyebab ia diberi nama jolokan sebegitu agaknya..kannn..bukan ler sebab rasanya macam strawberi..agaknya la..kalau ada nama lain meh laa bagitau!

Jom tengok ikan 'cantik' lak ..jeng jeng!!

Tuuuu..tuu...nampak tak? Nampak tak kecantikan yang dimiliki ikan nih..natural beauty tu...anak aku kata ikan ni jongang..haihhh,buat susah hati aku jer pikir nak masak apa ngan ikan nih..iskh..tapi takkan nak buang lak kan..Cik abang aku kata nama ikan ni Ikan Ayam laut..aku dah suruh ulang banyak kali nama ikan ni takut silap dengar..hahaha..kot2 ada nama lain tak tau lak..

Tak jelas ke?meh close up sket..
Seakan-akan ada bulu mata lentik pakai mascara..bibir tebal pakai gincu you..pipi kuning pakai blusher..memang melaram habis..kalo ternak akuarium mesti cantik kan?
Errr..aku first time tengok ikan nih,korang bagaimana?

Dah nak habis packing masuk freezer..sibbaik anak2 sukarela membantu kerja2 itu...termasuk si kecil..tolong tengok n tolong excited!hehe..Lepas nih buleh laa buat ikan bako puas2 ekk..! :D

Sekian tayangan amal untuk kali ini..tima kasih kerana menonton..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, May 10, 2011

Ohh Acuan Silikon! :D

Kali nih aku nak kongsi satu lagi kejakunan pengalaman baru membakar kek menggunakan acuan silikon..aritu dah guna ibu2 acuan silikon yang bersaiz biasa tu..
Kali ni guna anak2 acuan tu pula yang bersaiz lebih kecil dan kelihatan lebih nipis..

Menjadi 'jakuner' seperti aku nih harus laa pada mula penggunaan acuan yang masih baru bagi aku nih tak yakin nak nak bako kan..haha..
Kalau nak buat acuan puding tu kompom laa buleh sangat..nak kukus pun takde masalah..
Udah orang kata silikon tu buleh dibako ko tak konpiden jugak nak bako yer yeop..
Apa lagi,kite bako jeerr~ kite bako~!

Saiz yang sama juga boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan warna..ohh sungguh comel okeh!
Tak sangka mereka yang comel itu tahan panas rupanya..tapi ingat,jangan bakar melebihi 230c yer..

Untuk percubaan nih aku sengaja adun kek lebih dari sepatutnya untuk percubaan pembakaran guna acuan kecik2 nih.. Maksud aku,aku buat kek..adunan tu lebih dari satu adunan..pastu aku bakar dalam loyang biasa..selebihnya tu aku bakar dalam acuan silikon kecik2 nih..err..leh paham tak eh?hehehe...
Guna yang paras rupa biasa aje..tak comel sangat pun..hehee..tapi yang bestnya acuan ni akan meninggalkan bekas garisan di permukaan bawah kek.. di mana bila kita terbalikkan,akan berada di atas..aritu pernah guna 'mak' acuan nih masa buat kek tanpa telur dJ..(link akan dsertakan kemudian..tenet lembaps lak)

Yer..ia sungguh flexibel..bagi yang tak dapat bayangkan kelembutan silikon tu..nih aku demo sket..hehe..sebab tu kalo nak bakar ke,kukus ke..sila buh atas dulang oven tu siap2..senang nak angkat masa nak bakar..kalau puding lak,buh siap2 atas talam ke,atau apa2 laa senang nak alihkan ke dalam peti sejuk..

Aku tanggalkan dari bekas masa panas2 lagi..siap terbalikkan sket acuan tu nak demo betapa lembutnya acuan tu..ngee..

Kek yang dibakar menggunakan acuan silikon pun lebih cepat masak berbanding guna acuan biasa..ni berdasarkan pemerhatian aku juga di samping cerita ceriti kawan2 blogger lain sebelum nih.takde laa cepat sangat..mungkin cepat dalam 5-10minit gitu...

Diharap dapat menambah pengetahuan sesama kita pasal acuan silikon payudara nih..aku lak pasnih insyaallah..akan konfiden jer nak guna untuk bakar ke,kukus ke..apatah lagi untuk menjadikannya sebagai acuan puding..agar2..ermm apa lagi? :D

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, May 9, 2011

Hasil Memancing Semalam..

Wahh2..dah petang yer..tak terasa dalam kepanasan ni cepat sungguh masa berlalu..
Oklah2..kite cuci mata dulu,nak?alaa..nak laaa...ehee..*tarik2 tangan korang

Note:Box nih pertama kali ikut ke laut aritu dah gi sungai bakun,beli kaler biru nih atas pilihan cik abang aku tau..n of cos atas hasutan eh! persetujuan eh lagi!cadangan binik dia laa..hakhak.. kan ke kat pasaran ada kaler oren tuu..ada kuning gak kan..sibbaik ada kaler biru..best2..

Haaa...ni laa hasil pancingan aku dan cik abang aku tu semalam.. Nih bukan hasil dia sorang jer..dah dibagi2 ngan kawan2..cuma tak sama rata aje sebab diorang tak amik banyak atas alasan tak abis dimasak..
Takpelah kan,dah rezeki takkan nak tolak pulak..lain hari kita masak-masak kita ajak diorang datang makan..insyaallah..

Huwaa..aku verangan nak ngekot gak tapi dengan handbag kecik2 nih verangan jer laa dulu..hahaa..
Tu kalo ikut pun untung kalo x mabuk laut..kalo mabuk aje hasilnya mau orang tak bawak dah..makan ubat mabuk ek?ahaa..memang itu laa akan ku buat..eh?macam laa orang dah ada ajak kan..hahak

Sebenarnya diorang tak puas hati sangat kot..tak dapat ikan sebesar tenggiri ke..tongkol ke..tapi daripada takde,dah syukur sangat2 laa kan..yang penting enjoy the moment.. bagi hilang stress kerja tuu..
..tapi jangan laa kerap sangat ke laut tu kan..kang banyak lak episod drama swastanya..heuheuheu

Oklah..Meh tengok dengan lebih dekat lagi hasil pancingan aku diorang nih..

Ada pelbagai jenis ikan..aku tak khatam nama2 ikan nih..ada ikan merah,ikan kerapu..err..err..

Nih ikan..err ikan apa kenamanya..bawal??bukan,bukan.. ikan penyek kot..haha..sah2 bukan..ampess tul tak hapal nama ikan..hii..cik abang ada kot bagitau tajuk ikan nih tapi aku lupa..ke aku tak tanya?keskeskes..

Ahhaaa..yang nih aku tahu..ikan kerapu kan kannnn.. eh?betul kann?? (tak sure lak tu)hehe..Jom masak terusss..

Kita masak 3 ekor sweet sour semalam..sedap owh fresh2 gini.. walaupun mekap serba kekurangan (tomato pun lupa nak campak)tapi rasa tuu..urghh!yummm! :D

Pasnih kot2 berderet menu ikan korang jangan pelik lak ek..haha

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...