Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Friday, August 3, 2012

Ikan Goreng Berlado Kak Anymz

Terima kasih buat kawan2 yang wish besday banglong baik kat Fb mahupun kat entri tadi.. :)

Kot2 takde idea nak masak apa untuk menu berbuka petang karang,apa kata korang masak berlada gini..sebelum ni kalau masak berlada gini aku selalu guna cili kering,kali ni ikut resepi kak anim,buh cili basah..eh.cili segar..tapi sukatan cili tu aku kurangkan la ikut tahap kepedasan kitorang jer..tapi tu pun dah berasap..laju jer makan tak hengat..pasni kalo den gemuk den nak salahkan kak nim yo sebab share menu sodap2..haha...buleh ye kak nim ye.


Semalam tu berbuko dongan air kelapa pandan...ahhh sogar amat! Memang ngam laa ganding dongan masakan podeh2 nih..terbuko selera den..asal guna resepi kak anim jer automatik nak cakap nogori 9..walaupun broken jer kan.hahaha..

Tima kasih buat kak anymz yang kongsikan resepi simple nih...mintak ijin nak share kat sini lak ekk...saya tambah hirisan bawang besar kat sambal tu jugak..mabeless n meletup pecah selera sebab dah over terbuka..huhu..

Ikan Goreng Berlado
Resepi:anymz @ mykitchen
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2

5 ekor ikan sembilang-yg sudah siap di siang-hasue masak ikan tenggiri
8 biji cili merah
25 biji cili padi-tak makan pedas kurangkan lerrr
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur-hasue ganti jus asam jawa 1 sudu besar
minyak utk menggoreng secukupnya
Garam secukup rasa
sedikit gula- segenggam
sedikit serbuk kunyit
5-6 biji limau kasturi

Cara

Ikan sembilang di bersihkan..Cuci dengan limau kasturi dan sedikit garam.Toskan
Ikan kemudian di gaul dengan garam dan serbuk kunyit;ketepikan
Panaskan minyak di dalam
Goreng ikan hingga garing.Ketepikan
Cili merah,cili padi,bawang besar dan bawang putih di kisar menggunakan pengisar kering.
Tambah air lebih kurang sesudu di dlm mangkuk sambal tu
Keluarkan lebihan minyak gorengan ikan tadi dan tinggalkan secukupnya utk menumis cili
Dengan lebihan minyak tadi tumis cili yang di kisar sehingga naik bau.
Masukkan garam,gula dan asam keping
Tumis cili hingga garing.kecilkan api
Susun ikan di dalam pinggan dan curahkan sambal tadi di atas ikan..


Ratah gitu pun sodapppp... ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, June 21, 2012

Resepi Kerapu Masak Tiga Rasa

Adehh...napa laa nampak semak samun sangat ikan kerapu aku nih haa...
Maklum laa bahan2 pun main campak ikut suka hati jer kan.. dah nak makan tu kita tebas dia masuk pinggan pastu op kos laa masuk perut ikut mulut..pastu,eh takkan kuar ikut mana pun nak bagitau kan..
Bagi penggemar ikan masak tiga rasa,cubalah resepi mudah ni yer..insyaAllah kena dengan selera..

Terima kasih buat Ida atau nama komersialnya sunkist@myresipi.com.. dah lama tak muncul, rindu pulak ngan dia..dulu geng selalu bergurau senda gak ni..
Minta izin ye ida,nak share resepi ni kat sini pulak..

KERAPU MASAK TIGA RASA
Resepi:sunkist@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 5 orang )

Seekor ikan kerapu
2 biji bawang putih - dicincang halus
5 biji bawang merah - dicincang halus
8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
2 biji tomato - dipotong dadu
2 kerat nenas - di potong dadu
2 sudu cili boh
3 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
Sedikit daun ketumbar
1 sudu besar tepung jagung
serbuk kunyit, garam, gula & serbuk perasa
Minyak

Cara-cara

Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau.
Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas.
Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.

Takut korang tak nampak yang menu nih adalah ikan..aku selakkan sedikit isinya..hehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 25, 2012

Ikan Masak Taucu .. pembuka selera

Salam Jumaat untuk semua..
Mesti ramai dah sibuk kemas barang nak balik kampung kan..cuti sekolah ni mula meriah laa suasana kampung lepas ni..kenduri kendara sini sana.. rakan taulan bertemu jodoh kan..alhamdulillah... semoga selamat sampai ke destinasi masing2 yer..

Oklah,takmo citer panjang untuk entri kali nih...ehe

Tak tau nak masak apa tengah hari ni?
Minat taucu ke? Meh cuba resepi dari nina mirza nih..simple jer tapi InsyaAllah sedap..boleh membuka selera sebab ada rasa pedas dan masin dari taucu tu sket kann..

Aku guna ikan merah...kepalanya aku masak kari,badan ke ekornya aku masak taucu nih.hehe...tambah cili kering lagi tambah power.eceh..nak power ajer..badan pun makin power berlemak ..ehh,ikan takde laa berlemak..kalau makan nasi bertambah2 memang boleh menambah berat badan tu..huu..insap2.

Terima kasih nina mirza untuk resepi simple nih..tapi membuka selera..selamat mencuba!
Nina,minta izin share resepi kat sini yer...tadi cuba kopipes cara biasa tak dapat,kite kopipes cara luar biasa jer..boleh kann?hee.. jangan marah aa.. :D

Buat yang belum mengenali Nina Mirza,salah seorang blogger masakan juga..boleh la buat kunjungan ramah tamah ke blog beliau di SINI.. ^_^

Ikan Masak Taucu
Resepi:Nina Mirza@ninamirza.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan
3 ekor ikan kerisi (atau ikan pilihan anda)-hasue guna ikan merah
1 camca besar taucu
1 camca besar sos tiram
1 cawan air (atau secukupnya)
Sedikit sos ikan
Secubit gula
1 biji bawang besar saiz sederhana - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 batang cili merah - dihiris
1/2 inch halia - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris kasar utk hiasan
beberapa tangkai cili kering(potong 2)-hasue tambah

Cara-caranya

Ikan dipotong pada saiz sederhana, cuci bersih, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, kemudian goreng dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan halia hingga harum dan keperangan
Masukkan taucu dan sos tiram masak hingga mendidih
Setelah mendidih, masukkan ikan dan renjiskan dengan sos ikan.
Rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sedia dihidangkan bersama nasi putih. .. makan panas-panas memang menyelerakan !! Paling sedap kalau makan ngan bubur nasi

Oh ye,bahan2nya tu sendiri laa korang adjust ikut selera ye..contoh kalau nak berkuah banyak tambah la air,taknak rasa taucu tu kuat sangat,kurang kan ler..ala korang pun tau kan..saja je aku bagitau kot2 ada yang tak tau.hikhik :P

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, April 12, 2012

Kerapu Sweet Sour Simple..

Ikan kerapu hasil pancingan incik abang dan rakan2 beliau aritu.. ada laa beberapa ekor. Saiz idak ler beso sangat..(macam nada pandang rendah je ek).. tapi best la kan kerapu fresh2 ni dimasak apa saja.

Kali nih aku nak share resepi sweet sour atau ikan dimasak masam2 manis atau ikan masak merah atau ikan masak sos..ah,mana2 jelah lebih kurang je basic resepinya kan.
Nih versi mudah yang amat..kiranya orang yang baru pandai masak pun boleh buat ler..
Namun begitu hasilnya sangat kena dengan tekak kami sekeluarga.

Selain ikan kerapu, boleh je kalau nak guna ikan jenis lain seperti siakap, ikan bawal, ikan merah dan sebagainya lah ye..

Bahan2 yang digunakan tidak terhad tau,terutama sayur2 tu..sos tu pun kalau nak tambah sikit pun leh jugak..buh je ikut suka dan selera.. aku letakkan ajelah dalam resepi bahan2 yang aku guna kali ni..kalau ada nenas,sedap buh nenas..tapi memandangkan takde,aku campak je epal hijau..sekali ngan epal merah.. aku sukakk epal dalam masakan sweet sour.hee..
Sebelum ni ada juga yang buh dalam sweetsour,kak nor kot eh..kalo tak silap lah..

Oklah,jom tengok resepi mudah ni..


Kerapu Sweet Sour Simple

Resepi:HaSue

Bahan2:
1 ekor ikan kerapu-300g(lebih kurang)-siang,bersihkan.
1 sudu besar serbuk kunyit-boleh juga guna kunyit hidup
1/2 sudu besar garam/atau secukupnya

1 cawan minyak masak
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang*
1 tangkai cili merah*
1cm halia*
1 batang serai-racik halus(optional)*
1/2 labu bawang besar-* -> bahan2 bertanda * dikisar,tetapi jangan terlampau halus.
2 sudu besar sos cili maggi
1 sudu besar sos tomato maggi
1/2 sudu besar sos tiram maggi
1/2 cawan air(atau secukupnya)
Garam dan gula/perisa(jika perlu je)

Bahan lain:
1-2 Tomato , jika guna tomato kecil,letak la secukupnya.
1/2 biji Epal merah
1/2 biji Epal hijau
1/4 biji Nenas-kali ni x letak
1/2 labu bawang besar

Potong dadu semuanya

Cara2:
  1. Panaskan minyak masak menggunakan api sederhana. pastikan minyak benar2 sudah panas. Goreng ikan,tetapi jangan terlalu garing. Toskan atau sejat di atas tisu dapur,ketepikan
  2. Minyak lebihan menggoreng tadi dikurangkan sehingga lebih kurang dalam 2-3 sudu besar. Tumis bahan2 kisar sehingga wangi dan garing.
  3. Masukkan semua jenis sos dan kacau goreng seketika. Tambahkan air, sedikit garam dan gula/perisa.
  4. Setelah mendidih, masukkan semua jenis buah/sayur yang dipotong dadu tadi. Biarkan renih seketika dan masukkan ikan yang sudah digoreng tadi. Kacau perlahan sehingga sebati.
  5. Padamkan api dan siap untuk dihidangkan.. selamat mencuba!
Diratah begitu sahaja pun memang best!! Epal tu terpulang nak masak sampai lembut atau dibiarkan rangup sedikit.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, October 17, 2011

Resepi: Rojak Betik Ganu..

Assalamualaikum..
Hari ni tenet alhamdulillah syukur laju jer..harap kekal berpanjangan sampai bila2..haa dah macam doakan pengantin lak kan.heh.. :D
Yang tak boleh blah nyer bila si kecik zhariff ni asyik nak duk riba jer..berebut kibod. Pastu kalo kite gomol dia...dia geget2 pipi dagu kite lak..huwaa..tajam tau gigi budak kecik yang baru tumbuh ni..sabo jela ngan karenah dak kecik yang menghiburkan hati nih.heheee..

Baiklah,hari ni kite kongsikan satu resepi dari tanah seberang..eh bukan indon yer..tapi dari semenanjung malaysia iaitu negeri Terengganu.. Khabarnya orang ganu biasa ngan menu nih untuk dimakang bersama keropok ikang..eh.hee..

Hari tu nengok mek ganu Tun Telani buat rojak betik nih..bila nengok tajuk menu tu imejin cam rojak buah biasa..rupanya lain sama sekali ye.
Oh yer..buat yang tak tahu tu..kalau di Sarawak..biasanya keropok ikan dimakan bersama acar timun istimewa tu. Sebab istimewa timunnya dijemur dulu untuk melayukannya sedikit dan ia tahan disimpan lama..tak pernah lagi aku wat sendiri. tapi memang sedapp giloss dimakan bersama kopok ikan!

Apa2pun bila makan keropok ikan dengan rojak betik ni..memang sedap jugak!

Rasanya kalau takde betik boleh gak guna timun jer kan..sebab pada tekak aku betik bukan faktor utama kesedapannya..tapi kuah dari resepi kak nor ganu kite nih memang best! sila tampil ke depan kak nor na na na na na..ganu kite e..ehee..marah kak nor.


Buat sapa2 yang nak mencuba..di sini disertakan resepinya skali eh..terima kasih untuk Kak Nor Ganu..dan Dik Tun Ganu..

Untuk resepi menggunakan sardin dalam tin boleh rujuk dapur Tun(klik) yer.. untuk cara2 bergambar boleh klik Dapur Myr Kak Nor(klik).. Di bawah ni di kopipes dari dapur banglo kak Nor..


ROJAK BETIK
Resepi: Kak Nor @ secubitgaramnor67.com
Sumber: Tun Telani@qurrataaayun.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( lebih dari 7 org (bergantung pd saiz betik) )
1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
2 biji timun

Bahan Utk Kuah
9 ekor ikan selayang (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1 keping nisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 1/2 liter air

Cara-cara
Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yg berisi air. Hancurkan kapur makan dgn sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik td.
Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis2.

Utk membuat kuah:
Rebus ikan dgn sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yg ditumbuk dan gaul sebati. Jgn sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.
Utk. menghidang:
Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh jugak nak letak hirisan nenas bg yg gemar makan nenas. Letakkan kuah atas bahan2 td dan rojak betik sedia utk dingap..
Rojak betik ini sedap dimakan dgn kuah yg sejuk (letak dalam peti ais) dan juga dimakan dgn keropok keping(keropok ikan). Selamat Mencuba!!

Sapa nak rasa? Meh nganga mulut nak suap nih..sedapppp!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, August 18, 2011

Buka Selera dengan Kerabu Ikan Tongkol

Haishh..terbantut semangat aku nak mengentri dari tadi gara2 tengok citer Kassim Selamat kat tv nih...walaupun dah tengok banyak kali tapi tak boring2 je tengok filem2 P.Ramlee nih..tapi filem Kassim Selamat nih aku geram je nengok watak Sabariah yang duk ganggu hidup Kassim Selamat tu haa..dah elok2 jer dia kan..dah bertunang ngan Doktor Ismadi sibuk lagi duk goda2 Kassim pastu dah kawin taknak terima cara life dia lak..tak pasal2 Kassim yang merana..tapi dia boleh lak kawin ngan doktor Ismadi..dengan tipu muslihat ibu sendiri.. hahaha..emo kemain lagik kan..saje lepas geram kot2 ada orang nak jadi Sabariah tu,pikir laa banyak kali ye..tak baik kacau idup orang..jangan guna alasan jatuh cinta tu..hee

Ok2..bawa bertenang..hehe
Menu pembuka selera nih aku dah pernah kongsikan sebelum nih ..
Saja nak kongsikan lagi sekali..nih pun sebab aku bakar sampai 5 ekor ikan tongkol(saiz kecik jer laa) nak dimakan bercicah air asam+belacan aritu..
Sebab tak abis..esoknya tu aku buat lak menu kerabu nih...

Resepi dari kak watie nih ala2 umai ikan cara penyediaannya..cuma dari segi rasa tu memang lain laa kan sebab umai ni rasa ikan fresh tapi yang ni macam ikan bakar bercicah juga..tapi dua2 pun sedap..sedap dari sudut yang berbeza..hehe..

Aku tambah bawang merah untuk bagi rasa umphh lagi ala2 umai.. perah limau kasturi lebih sket...pastu ada juga yang dihiris...pastu ada tomato yang hampir menopos tu aku hiris2 dan humban sekali masuk dalam..
Jadinya aku edit sekali resepi yang aku guna kali nih untuk rujukan sendiri di masa akan datang... ramai blogger masakan dah mencuba resepi kak watie nih..kat entri sebelum nih disertakan link mereka yang dah mencuba..
Apa2pun terima kasih buat kak watie n kawan2 yang menyebarkan resepi nih..

Kerabu Ikan Tongkol
Resepi:Watierman@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan
* 1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar
* 2 labu bawang besar-hasue buh 1 labu je bawang besar +3 ulas bawang merah
* 2 biji cili merah
* 5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
* sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
* secubit garam ikut selera anda
* air perahan limau kasturi/ limau nipis
* 1 biji tomato-hiris

Cara-cara

1. Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua
2. lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
3. Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi
4. Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawangbesar, cili merah dan cili api
5. Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa
6. Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi
7. gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi ....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 21, 2011

Terubok Kukus Sos Tiram..Lagi!Kali ni kita tarik tulangnya ya.. :D

Masa aku entrikan pasal ikan terubok kukus tiram aritu..ramai rupanya penggemar ikan terubok ni.. yang menariknya bila ada yang berkongsi tips nak bagi tulang tu tersusun..tak berselerak sangat..hehe..
Sebenarnya bukan pertama kali aku baca pasal tips nak tarik ikan tu..pernah sebelum ni baca kat majalah cuma nak praktikkan tu memang tak pernah la sebab jarang nak masak ikan besar bertulang banyak ni..selalu kan makan ikan terubok masin jer..xkan nak tarik gak kan.hihi..

Bila nak masak first time aritu,mana la nak ingat semua tips nak bagi tulang tersusun tu..bila honey,Mas,Jia tu (boleh tengok komen mereka kat SINI).. bila mereka sebut2 baru aku teringat kaedah tu..
Tapi serius aku tak pernah buat.hahaha.. Terima kasih kat mereka nih sebab ingatkan.. lagi2 mas yang siap bagi petua suh lapikkan ngan tuala dan sebagainya...

Jadi bila cik abang beli ikan lagi aritu,aku terus laa nak praktikkan.ahak.. nih cara aku buat ye..harap2 betul laa..sila betulkan kalau silap mana2.. ;)

Aku lapikkan guna tisu dapur tu,dalam 3 keping gitu,lipat2 laa kan..tangan kanan pegang kat no 2(kat tengkuk ikan)mesti first time korang tau ikan ada tengkuk kan?,tangan kiri kat no 1(bahagian ekor)..pastu tarik2 ler..memang akan berbunyi prakkk laa gitu..hehe.. tarik sampai tak bunyi dah.. lepas tu boleh laa korang sapukan scrub,mandi lulur,milk bath ke..hehe.. baru siang cam biasa..untuk dikukus ni tak perlu buang sisik yer,buang insang n perut ikan(ada yang tak buang pun),potong muncung ikan tu sket,potong ekor,belah belakang sket..nak bagi perencah tu lagi umph!

Kali ni aku rajin sikit laa..kalau aritu aku hiris jer,kali ni aku tumbuk/kisar bahan2 tu..
Dan ini hasilnya..

Dan rasanya of coz lagiiiiii sedapppppppp!!


Sebab bahan2 yang ditumbuk lagi senang nak meresap ke dalam isi ikan..
ikan segar lak tu!<-perlu ke statement ni?hahaha..

Aku buh lagi sekali resepi kat sini..dan edit sikit versi ditumbuk bahan2nya yer..aku kisar guna pengisar bahan2 kering aje. Pastikan hiris2 sket bahan2 nak kisar guna pengisar kering ni. ^_^

Ikan Terubok Kukus Sos Tiram
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:-tidak terhad,boleh tambah/kurangkan ikut selera

1 ekor ikan terubok(lebih kurang 1kg)
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 tangkai cili merah*-boleh tambah cili padi kalau nak pedas
1inch halia*
2 batang serai(hiris dulu)*-boleh tambah kalau suka
3 sudu besar sos tiram-bancuh dgn 3 sudu bsr air
Garam(jika perlu) dan lada sulah secukup rasa

->Bahan2 bertanda * ditumbuk/dikisar halus

Cara2:

Panaskan pengukus
Bersihkan ikan dan belah belakangnya.
Lumurkan dengan garam,sos tiram dan bahan2 hiris masukkan juga ke bahagian ikan yang sudah dibelah tadi. Tambahkan lada sulah.
Kukus selama 15 minit atau sehingga ikan masak. Selamat mencuba!

Isi ikan yang segar dan ramuan yang sebati..ermm sedappp!! Tulang pun memang kurang berseleraknya..
Terubok ni pun bertelur gak tapi tak amik gambar la..takut ada yang jeles.mueheheee :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 7, 2011

Ikan Terubok Kukus Sos Tiram..Sedap banget!

Sebut ikan terubok pasti kita teringat2 ikan terubok masin yang banyak dijual di pasar tamu wisma saberkas Satok,Kuching.(Terima kasih yang betulkan kat komen di bawah,lain kali boleh tinggalkan nama senang nak bahasakan diri ya.. :) )

Tapi ini bukan ikan terubok masin yer,tapi ikan segar lagi..ekceli,pestaim juga kitorang beli yang tak masin nih..sebab perasaan tu tak teruja nak mencuba memasaknya..
Semalam tu pun cik abang cuba2 jer beli,kot2 sedap katenya..

So beli seekor lebih kurang sekilo beratnya,rm15.. aku pun blur jer nak masak apa kan..tapi dia konfiden jer "masak sos tiram yang simple tu jer" katanya.."ada telur tu tau.."..sambungnya lagi.. aku mana kisah sangat telur2 ikan ni kan..memang pandang sebelah mata je.heh*ayat berlagak

Pastu aku kukus laa campak bahan2 simple cam biasa..
Tapi kan,subhanallah...sedapppnyerrrr ikan terubok segar ni dikukus haa..rasa manis ikan tu berbeza dari ikan kerapu dan ikan sewaktu dengannya..bila makan dengan kuahnya lagi..aduhhhh..nasib baik aku amik jugak gambo ikan ni walaupun pucat kelihatan..kalau tak,tak dapat laa nak berkongsi keenakan ikan ni kat sini..hehe

Mungkin kita sering ditakutkan dengan kehadiran tulang2 ikan ni dengan banyaknya tapi takde la sebegitu sangat susah nak makannya..
Tak perlu susah2 nak buang sisik,itulah yang mengekalkan rasa manis ikan..
aku cuma tarik insang dier jer,cuci dari atas kepala tu laa..nak belah perut ikan ni takut mencacatkan telurnya pula nanti..amatur katakan.

Bila nak makan,selak aja begini..terserlah laa isinya yang manis dan sedapppp!

Tuuu..tuu..nampak tak tu?? di sebalik tulang menulang adalah telur ikan terubok..kalau dijual asing2(biasanya dijeruk/dimasinkan) boleh tahan harganya nih..takde laa mahal sangat,adalah rm4-rm15 seketui..mungkin leh capai puluhan ringgit..lagi besa lagi mahal la..mungkin ada yg lebih mahal,aku x perasan..masa aku tengok dulu lingkungan harga gitu la.ehe..

Nak juga tepek resepi simple nih.. :)

Ikan Terubok Kukus Sos Tiram
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:-tidak terhad,boleh tambah/kurangkan ikut selera
  • 1 ekor ikan terubok(lebih kurang 1kg)
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 tangkai cili merah*
  • 1inch halia*
  • 2 batang serai*
  • 3 sudu besar sos tiram-bancuh dgn 3 sudu bsr air
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
->Bahan2 bertanda * dihiris halus

Cara2:
  1. Panaskan pengukus
  2. Bersihkan ikan dan belah belakangnya.
  3. Lumurkan dengan garam,sos tiram dan bahan2 hiris masukkan juga ke bahagian ikan yang sudah dibelah tadi. Tambahkan lada sulah.
  4. Kukus selama 15 minit atau sehingga ikan masak. Selamat mencuba!
Telur ikan teruboq..1st time aku makan telur ikan dengan banyaknya..sedappppp ohh!! *tadi berlagak kan..haha
Boleh laa beli ikan terubok segar lagi pasnih.ehe..


Korang pernah makan tak??
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, June 18, 2011

Umai Ikan Sarawak

Ni kali ke berapa dah tayang umai ikan kan..
Tak kisah laa,janji aku bahagia.. gambar lain2,sebab menu ulangtayang..Kali ni nak tunjuk lagi sebab yang ni kakak aku buat masa diorang lepak queen kat umah ni aritu..isi ikan tu macam biasa kalau duk area Mukah ni tak payah susah2 potong sendiri kalau korang malas cam aku kan,pergi jer pasar ikan tu,beli je siap2 dah hiris dalam bekas dalam 100g ke 200g lupa lak,rm10 hengget jer. Tapi kalau malas nak belanja lebih n rajin nak hiris isi ikan sendiri buleh laa beli ikan segar2 kat pasar tu..maklum la,ni kan makanan tradisi orang melanau yang memang ramai kat sini..

Pada tekak aku la kalau buat umai ni memang best guna ikan yang kuning2 oren tu..aku ni tak hafal nama ikan..ada yang nipis2 jenis tulang halus tu..memang sedap buat umai.. selain tu yang femes dibuat umai ni adalah ikan putih jenis yang nipis gak,ikan tenggiri pun ada,ikan merah,ikan yu pun ade...pendek kata apa je jenis ikan laa kot..ikut selera masing2.

Pada pendapat aku bagi korang yang baru belajar nak menjamah umai ni,baik guna resepi yang bahan2nya ditumbuk gini dan sebahagiannya dihiris...boleh rujuk gak kat dapur DayangJack..guna bahan secukupnya,memang masak je ikan tu..harus laa guna ikan segar kan..
Kalau agak2 dah terer makan umai yang basic ni kan,leh laa guna bahan2 hiris je kalau malas nak tumbuk..kalau kira terrar tahap thrill lagi,cuba laa makan isi ikan cicah sambal je..perghh!korang yang tak pernah tengok sure kecut jer dengar orang makan ikan mentah cicah je kan!aku tak sampai tahap tu lagik laa..hehe.. Tapi kalau nelayan2 yang dah biasa tu macam kite makan rojak jer. Eh,sedap tuu...skali lagi,harus la guna ikan freshh! Potong dadu,pastu cicah sambal tu..bukan sambal belacan la,ada sambal khas dier..aku tak pernah try lagik

Kat pasar tu ada juga dijual sambalnya,untuk makan cicah gitu aje.Korang ada brani nak try?

Umai ni bila dah masak isi ikan tu dah putih dah..ia di'masak' dengan halia dan asam limau kasturi tu haa..korang jangan gentar..silap2 haribulan,rasa sekali mesti nak rasa lagi..jangan percaya cerita tahyul yang mengatakan umai ni adalah makanan mentah..kecuali korang pernah makan yang mentah..agaknya tukang buat tu suka yang rasa mentah2 lagi kot..hehe


Umai Ikan
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
100g isi kan-hiris halus/kecil
1 inci halia
Cili merah+cili padi(buh ikut tahap kepedasan masing2-pedas lagi best
2 ulas bawang merah-hiris
6 biji limau kasturi(atau secukupnya)
Garam dan perasa/gula secukupnya
*Boleh tambah bawang besar yang dihiris jika suka

Cara2:
  1. Cili dan halia ditumbuk agak lumat. Kalau nak lebihkan halia pun boleh,tinggalkan sedikit untuk dihiris halus..
  2. Gaul semua bahan bersama ikan. Biarkan seketika sehingga ikan mengeluarkan jusnya dan bertukar berwarna putih. Sedia untuk dihidangkan bersama sagu atau nasi.
  3. *Tambahkan hirisan cili dan limau kasturi untuk rasa yang lebih enak.
Rasa isi ikan yang segar,pedas-pedas dan masam2 menggambarkan rasa umai yang sedap!


P/s: Lepas ni nak gi tenet yang laju sket,malam ni nak blogwalking puas2..insyaallah.. terima kasih atas kunjungan kalian ye!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, May 24, 2011

Ampap Hati Ikan Yu..

Dah lama wo..tak makan hati ikan yu nih..aku pasti ramai lagi yang tak pernah makan..tak payah laa korang cuba2 makan yer..kang susah lak nak berebut beli hati ikan yu neh..haha..
Bukan setiap hati ikan yu sedap rasanya dan menepati citarasa..ada kadang2 tu ada efek sampingan dibuatnya..mungkin ada sesetengah jenis ikan yu yang tak serasi dengan sesetengah orang. Aku sendiri tak boleh nak pastikan sebab aku ok jer mana2 pun..bukan nak takut2kan korang ni, tapi buat mereka yang pernah rasa dan suka rasanya..tak akan serik makan hati ikan yu ni haa..

Baru2 ni ada jual hati ikan yu lak..yang warnanya agak putih2 berkrim tu..aritu beli yang kehitaman,tak berapa sedap..Dulu2 hati ikan nih tak ramai yang suka atau reti makan agaknya..baru2 nih ia dah dijual secara kilo,Rm10 sekilo..berbanding sebelum nih dijual secara rambang atau diberi percuma jer kalau tak banyak tu..agaknya dah ramai yang tahu rasanya yang unik dan istimewanya ..
Amat sesuai sebagai pembuka selera..atau lauk sampingan. Rasanya lemak2 gitu..dengan rempah masak 'ampap' yang pedas2 dan agak masam..sungguh kena rasanya..

Masakan ampap gini boleh dipraktikkan pada ikan2 kecil..rasanya menu gini(masakan ampap) femes kat Sabah n Brunei gak..kat semenanjung aku tak sure lak..ada yer?

Dulu masa pregnant ada jugak aku makan..di samping memang suka makan,tapi nak tambah darah juga laa kononnya...tapi tak bertambah pun h.b aku masa tu..makin kurang ado.huhu.. jadi agaknya tak laa kuat sangat kolestrolnya kot..hehe..nak senang kan hati sendiri..tapi memang takleh laa makan selalu kalo organ2 dalaman gini kan.. :D

Untuk resepi,aku dah pernah post sebelum nih..sila godek sendiri ye..
Hanya yang pernah merasa jer kot yang boleh bayangkan rasa hati ikan yu nih..hmmm..sedap!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, May 23, 2011

Ikan Special dan 'Cantik'-hasil kali ini.

Alhamdulillah.. kali ni hasil tangkapan ikan lebih banyak dari sebelum ni.. menurut cik abang tuh penuh juga laa tong biru ni haa..hasil tangkapan 9 orang yang turut serta dalam trip memancing kali nih..kat bawah ni hasil bila dah dibahagi 9..
Bukan nak riak atau show off tau..tapi hanya suka2 nak berkongsi aktiviti sampingan kitorang eh..encik suami aku nih jer..kot2 ada tu yang ingat kitorang asyik makan udang galah jer ke,kan..takde laa asyik menu udang aje kat umah ni..cuma udang ni senang nak sedap..tu yang selalu kongsi menu kat sini..haha..
Sebenarnya memancing ke laut nih hobi encik suamiku itu..baru semenjak tahun lepas ler bergiat nih..aku kan,kalo handbag mobile nih dah beso karang teringin jugak nak ngikut ke laut nun..pehh,mesti beshh!Terbayang dah joran biru aku tu tersengguk2 bila tali pancingnya ditarik2 si ikan2..uiii..bestnyerrr...!!!errr..ada ke orang nak ajak kan..huu

Ni laa hasil setelah dibahagi 9 bahagian..maksudnya jumlah keseluruhan adalah yang kat atas ni didarab 9..hehe..lebih kurang la,kan..

Ini ikan kerapu kan..sedap ni dimasak sweet sour,kukus..siakap pun ada,tapi tak terinterprem lak..selain tu ada ikan merah,putih..sebenarnya amik gambo pun laju2 jer ni..tak sempat posing banyak gaya..takpelah kan,janji ado yo.. :)

Nih antara ikan terbesar dalam box tu..ikan apa yer..ada je dibagitahu semalam...banyak makan sup semut berempah agaknya,tu yang lupa.heee..ni kalo masak sweet sour yang terus lebur sekor manakan muat kualiku yang comel itu..ahak

Nak tengok ikan special tak?Special laa bagi aku sebab sebelum nih tengok kat pasar jer..hee

Ni laa ikan yang aku katakan ikan special tu....aku diberitahu nama ikan ni adalah Ikan Kerapu Strawberi..harga sekarang dah murah sket..Rm35 sekilo..adakalanya Rm40 sekilo.. Kat tempat korang jual berapa ye?Lagi murah ke,lagi mahal?
Yang kat atas ni adalah 2kilo..cuak jugak nak masak apa kan ikan spesel gini kann..buat ikan masin kang cam tak sesuai lak.heh...panik jap..huhu
Tak penah merasa lagi ni,jakun sket..korang tahu tak rasa dier?cer citer,cer citer!Tapi mengikut imaginasi dan ilustrasi aku mesti rasa dia tak jauh ngan kerapu biasa kot..cuma dia cantik jer luaran..haha..memandai jek..

Tengok tuuu..kulitnya seakan warna n bintik strawberi tu yang penyebab ia diberi nama jolokan sebegitu agaknya..kannn..bukan ler sebab rasanya macam strawberi..agaknya la..kalau ada nama lain meh laa bagitau!

Jom tengok ikan 'cantik' lak ..jeng jeng!!

Tuuuu..tuu...nampak tak? Nampak tak kecantikan yang dimiliki ikan nih..natural beauty tu...anak aku kata ikan ni jongang..haihhh,buat susah hati aku jer pikir nak masak apa ngan ikan nih..iskh..tapi takkan nak buang lak kan..Cik abang aku kata nama ikan ni Ikan Ayam laut..aku dah suruh ulang banyak kali nama ikan ni takut silap dengar..hahaha..kot2 ada nama lain tak tau lak..

Tak jelas ke?meh close up sket..
Seakan-akan ada bulu mata lentik pakai mascara..bibir tebal pakai gincu you..pipi kuning pakai blusher..memang melaram habis..kalo ternak akuarium mesti cantik kan?
Errr..aku first time tengok ikan nih,korang bagaimana?

Dah nak habis packing masuk freezer..sibbaik anak2 sukarela membantu kerja2 itu...termasuk si kecil..tolong tengok n tolong excited!hehe..Lepas nih buleh laa buat ikan bako puas2 ekk..! :D

Sekian tayangan amal untuk kali ini..tima kasih kerana menonton..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, May 22, 2011

Ikan Bakar! Ikan Bakar!

Hai..bertemu kembali.heee..
Korang gi mana hujung minggu ni? Aku tak kemana2 pun sebenarnya..just spent my time with my little friends..err..anak2 aku laa..hehe. Ada juga ngadap lappy tapi sekejap2 aje lantaran line tenet pun slow amat lahaii malas aku nak mengulas lebih lanjut..baik kita ngadap ikan bakar yang sedap nih..dah jadi santapan aritu dah. haa...nanti nak update ikan segar lagik..cik abang baru je balik mancing..ada ikan special nak tunjuk tau!tungguuu..

Ehem..sebenarnya nih laa pertama kali buat ikan bakor bersambal macam kat restoran seafood tu..tau tak kalau kat restoran tu,last year kitorang pergi dia cekik sampai Rm50-Rm70 seekor saiz kecil ke sederhana..kalau saiz beso lagi mau bukan cekik dah,pancung terus.huhuu..tapi tak kesah laa kan..nama nak makan takde laa berkire sangat..tapi bila makan rasanya tak seperti yang diharapkan tu macam tak berbaloi laa ko.. macam baik beli sardin dalam tin pastu lenyek cili api dan perah limau jer..muahaha...
Takpelah kan,baik jugak untuk pengajaran : nak sedap,ko masak sendiri.. err,kalau saye tak pandai..gasak ko ler..heh. * cakap kat diri sendiri

Al kisahnya,skill nak membelah ikan nih pun aku main hentam aje,bergantung kepada imaginasi dan pengalaman daripada tv..aku tak ingat lak kalau2 pernah tengok kakak aku belah ikan..tapi kalau kat kampung kompom aku suh dia jer..haha..
Memandangkan ni first time,kira cubaan jelah kan..kita guna ikan merah jer..ikan nih hasil tangkapan cik abang aritu dulu tu..kalau beli kat pasar (harga sekarang) Rm18 sekilo katanya..bayangkan kalau restoran seafood caj berapa..

Tengok..tengok..sekali aku nak bako ikan,2 ekor ko..haha..satu kecik sket..satu besa sket..Apa lagik..kite bako jerrr~

Kerepak kerepung!kerepak kerepung!(bunyi kompang):merasmikan grill pan hadiah dari orang baik ati aritu..hehe...bakar gini,pastu kaver atas ngan daun pisang..walaupun nonstick..buh juga sedikit minyak kat bawah supaya daun tak garing...aroma daun pisang usah cerita..memang teruja.!kejap2 nak skodeng tengok dah masak ke belum..hehe.. yang versi bakar kat atas dapur gas guna grill pan nih letak sambalnya kemudian setelah hampir masak

Jangan lupa perah limau kasturi macam kat restoran ye..sedappp!aku caj murah jer..Rm20 setiap 100g..muekekee..asal nak suap,timbang dulu..nak order tak?hahaa..

Ikan yang beso sikit bako dalam oven jer..guna api atas bawah..
Sebenarnya aku buat sambalnya simple2 aje nih..bukan korang tak tahu aku suka yang simple2 tapi nak yang sedap kan..ngahaha..yang penting semua yang makan nih sukaaaa...pedas2nya,rasa sambal semua secukup rasa dan menepati selera kitorang..
lain kali aku tepek resepi yer.. :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, May 9, 2011

Hasil Memancing Semalam..

Wahh2..dah petang yer..tak terasa dalam kepanasan ni cepat sungguh masa berlalu..
Oklah2..kite cuci mata dulu,nak?alaa..nak laaa...ehee..*tarik2 tangan korang

Note:Box nih pertama kali ikut ke laut aritu dah gi sungai bakun,beli kaler biru nih atas pilihan cik abang aku tau..n of cos atas hasutan eh! persetujuan eh lagi!cadangan binik dia laa..hakhak.. kan ke kat pasaran ada kaler oren tuu..ada kuning gak kan..sibbaik ada kaler biru..best2..

Haaa...ni laa hasil pancingan aku dan cik abang aku tu semalam.. Nih bukan hasil dia sorang jer..dah dibagi2 ngan kawan2..cuma tak sama rata aje sebab diorang tak amik banyak atas alasan tak abis dimasak..
Takpelah kan,dah rezeki takkan nak tolak pulak..lain hari kita masak-masak kita ajak diorang datang makan..insyaallah..

Huwaa..aku verangan nak ngekot gak tapi dengan handbag kecik2 nih verangan jer laa dulu..hahaa..
Tu kalo ikut pun untung kalo x mabuk laut..kalo mabuk aje hasilnya mau orang tak bawak dah..makan ubat mabuk ek?ahaa..memang itu laa akan ku buat..eh?macam laa orang dah ada ajak kan..hahak

Sebenarnya diorang tak puas hati sangat kot..tak dapat ikan sebesar tenggiri ke..tongkol ke..tapi daripada takde,dah syukur sangat2 laa kan..yang penting enjoy the moment.. bagi hilang stress kerja tuu..
..tapi jangan laa kerap sangat ke laut tu kan..kang banyak lak episod drama swastanya..heuheuheu

Oklah..Meh tengok dengan lebih dekat lagi hasil pancingan aku diorang nih..

Ada pelbagai jenis ikan..aku tak khatam nama2 ikan nih..ada ikan merah,ikan kerapu..err..err..

Nih ikan..err ikan apa kenamanya..bawal??bukan,bukan.. ikan penyek kot..haha..sah2 bukan..ampess tul tak hapal nama ikan..hii..cik abang ada kot bagitau tajuk ikan nih tapi aku lupa..ke aku tak tanya?keskeskes..

Ahhaaa..yang nih aku tahu..ikan kerapu kan kannnn.. eh?betul kann?? (tak sure lak tu)hehe..Jom masak terusss..

Kita masak 3 ekor sweet sour semalam..sedap owh fresh2 gini.. walaupun mekap serba kekurangan (tomato pun lupa nak campak)tapi rasa tuu..urghh!yummm! :D

Pasnih kot2 berderet menu ikan korang jangan pelik lak ek..haha

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, April 26, 2011

Ikan Baung Masak Kunyit.

Dah lama tak makan ikan sungai.. Nih laa hasil sungai yang dihajati cik abang hujung minggu lepas..
Baung kali nih bukan seperti ikan baung yang ada kat sungai2 biasa kitorang makan..tapi ikan nih asalnya dari hulu sungai nun di Bakun..
Nak pergi ke sana dah makan masa berjam2. Semalaman jugak laa kena tinggal semata2 nak merasa ikan nih aritu kan..huu..
Empangan bakun tuh tak siap2 lagi..entah bila la nak siap gamaknya.. gerun aku tengok video kat hp beliau aritu..luas beno ler kolamnya..eh,empangannya..siap ada ombak2 kecil sebab masa tu agak berangin..tapi dorang bukan projek kat situ,kat sungai sebelah empangan tu kot..aku pun tak berapa jelas..tak boleh harap tul kan.haha

Ikan kat situ,Cik abg kata rasanya sedap dari ikan sungai biasa...aku makan gak,memang rasanya lemak2 semulajadi gitu..isi manisnya berbeza sikit dari baung sungai biasa.
Sebagai penggemar ikan sungai,beliau lebih tahu..aku rasa macam nak makan cheesecake pun ada nih..eh,lari tajuk lak.heh..

Ada sekor tu..besor yang amat..lum siang lagi..masuk bulat2 dalam freezer. Harus tunggu mood rajin yang kencang untuk menyiang ikan sebesar itu.. sebab tu kalau beli ikan beso2 kat pasar,dah siap2 suruh potong2 sekali..
Kalau hasil pancingan atau pukat sendiri nih takkan nak suh orang pasar tolong siangkan kan..
Selain ikan baung nih ada gak ikan apa ntah kenamanya aku lum khatam lagi nama2 ikan nih..lagi2 ikan sungai,rupa iras2..tapi nama lain. Patut laa kat sekolah atau tempat kerja biasanya manusia pakai tag nama.heh.

Katanya sekarang ni selera dia nak makan masak kunyit jer laa..kari tak moh..kicap tak moh.. goreng pun tak moh..alahai..layankan aje laa kan. laki sapa jugak..ahaks..Lagipun,nak masak pun senang,sedap pun sedapp..takyah lauk lain dah..

Ada ke antara korang yang tak reti atau tak pernah makan ikan sungai? Rugi tuuu..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, April 20, 2011

Ikan Bawal Sweet & Sour..

Selamat tengah hariiii..makan apa untuk lunch?
Meh ngadap ikan bawal masak masam manis nih..sweet n sour nih adik beradik la ngan masak merah kan..
Nih memang menu peberet sesangat kat umah nih kalau nak masak ikan bawal..takde ikan bawal,ikan kerapu atau yang sewaktu dengannya pun jalan..
Dari mak bapak budak sampai ke budak2 nya semua berselera je makan..hehe..

Nampak sudu interprem tuh..tu bukan prop atau lakonan tuh..saja je la orang tu nyakat aku ngah tonggang tonggek amik gambo tuh..huh..tapi tengok cam ok la pulak kan..tu yang masuk je gambo nih..err,agak2 ni pun aku kena bagitau ke ek?hahak..

Daun sup tu..well,u know..ahaks..tak main laa yang beli2 punya..takut ada baja kimia..ieee..takut!*cakap beso,mementang ade hasil kebun sekarang tu kan..haha...

Nampak tak isi ikan tu..best giler nih...hemmm

Eh..aku malas nak ngarang ayat nak buh resepi nih..korang semua pandai masak kan kann..aku nih versi simple yang amat..tapi sedap tu jangan cakap la..taip jer.. Sedaappp sehingga menjilat kuali gitu..takyah cuci pun takpe..haha..ceridak lalu..kate orang sarawak..ngeee

Pastu cam biasa,letak laa jugak tomato segar..ehem2,dari ladang jugak..tapi takleh cakap beso,sebab pokoknya dah nazak dan menanti hari jer untuk tumbang..huhu..
Tapi letak tomato memang best jer..lagipun tomato nih baik untuk kulit..selain leh buat jus,leh buat skrub muka..tapi aku tak pernah try lagi..ngeee

Yer..tomato baik untuk kulit..jadi,melentur buluh biarlah dari rebungnya..ni ngah paksa zhariff makan tomato nih..hakhak..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, March 8, 2011

Ikan Salai Goreng Berempah

Ni menu orang lama nie..sebab apa aku kata orang lama..menu nih diperkenalkan oleh arwah MIL(mother-in-law) aku dulu2 dah..
Aku memula tengok biasa2 jer tapi bila dah merasa adehhh laaa sedapp banget makan ngan nasik. Kiranya seangkatan laa dengan lauk pauk yang sedap dimakan sebagai bekal gi ke sawah bendang..cuma yang ni rasa dia lebih best dan istimewa gitu..

Nak dinamakan serunding tak sama kot..adik beradik pun bukan..tapi kalau ada pun,bau2 bacang ngan serunding ikan laaa gamaknya..cuma depa nih tak pernah bertegur sapa jer sebab tu masing2 tak mengaku saudara..heh :P

Psstt..*duk simpuh
Sebenarnya,menu nih..laki haku yang masakkk..kikiki..*gelak tutup mulut
Dia bab masak menu nih dia memang tera(terer)..aku pulak tak kondifen(konfiden) nak masak menu ni haaa..
Pah tu kalo aku masak,ada jer yang kurang bagi tekak aku nih..maklum laa..darah keturunan resepi nih mengalir dari mertua aku kuttt..tu laa laki aku lagi tera nak masak niii..hihihi*gelak kaver mulut ngan tgn sambil sebelah tgn lg tolak bahu mas

Hishh..jangan laa kata aku nih suka2 jer puji laki sendiri lak...tak baekkk tau..tapi sapa nak puji laki sendiri kalo bukan bini dia kan..kakaka..!
Tapi memang puji gak laa dia kekadang memang turun dapur nak masak2 nih kalau ada kelapangan..so swetttt!lahaiii laki sapaaaa laa tu kan...*tu puji masa laki rajin masak
Kalo suami takde masa..kebizian dengan kerja2..hobi2nya..harus set mode pasrah(pinjam ayat izah) ajer laaa kan...laki sapaaa laa tu jugak..kehkehkeh..


Eh..aku lupa laa pulak tanya resepi nih sepenuhnya kat beliau..haha..nanti aku tanya balik sukatan dier ek..yg pasti ada guna serbuk kari laa..bahan pun simple2 aje..yang penting ada ikan salai..aku malas tengok dia masak sepenuhnya..kang kalo aku reti masak menu nih,tak pasal2 aku lak kena masak lenkali..*baek punya alasan
Jadi,kalau aku tak tengok.. tak reti la nak buat menu ni kan..jadi bila aku tak reti,dia laa jugak harus turun padang kan..
haaa,bijak tak aku?kakaka..bini sapaaa laa ni kan..ngeheheee..

Aku ada tengok sebenarnya tapi aku memang nak jugak dia masak.sebab secara jujurnya aku memang suka kalau dia yang masak menu ni..best jek bila suami tolong masak2 nih..betul tak para isteri seluruh alam sekalian? *tengok para suami yang tak suke masak ketaq jer bace nih ;P

Aduii laaa...kalo untuk bekal ngan nasi tanak guna beras baru tuai tu..waaaa..dengan nasik lembut makan lauk nih pun dah selera makcik, nakkk.. Ikan ni tahan lama ni,sebab tak buh air pun..huhu..
Kali ni guna ikan mayong..sedap2!
Mekasih buat suamiku..ecece..x abis2 jer kan! Laki orang masak hari2 untuk bini dia tak bising2 pun..kehkehkeh.
.oit2,yang tuu bukan laki dia memang chef ke? ;P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...