Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Giveaway Contest. Show all posts
Showing posts with label Giveaway Contest. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

Yeyy!! Menang GA Ryo..!!

Hari ni aku benar2 kebizian. Tapi dalam kebizian sempat jugak laa menghadiri majlis perasmian umah banglo Kak Nor nun tadi..pastu sempat melepak kat dapur dia sesambil tapau mould yang berkenan
Meriah sungguh nampak gayanya..TAHNIAH untuk kak nor yang melangkah lagi setapak dalam arena blogging nih..semoga makin sukses dalam menghadapi hari muka..:)
Patut laa blog demam 4 hari yer kak..demam 'berisi' rupanya.. ala,cam bayi kalo demam..orang tua2 kata nak ada kepandaian baru laa tu..hihi..

Oklah,oklah..berbalik kepada GA Ryo nih..aduii..dari tadi aku nak ngentri tapi Zhariff macam bermagnet jer dengan aku arini..nak naip pun dia naip sekali. Kat FB pun naip guna sebelah tangan jelah adanya..tu pun banyak iklan..
Bila nak tido harus kite ada baring sebelah..kalo nak berganjak,walaupun slow2 ala2 pendekar bujang lapok masa nak jumpa Ros tu..dier tersedar jugak..adeh.
Ada jugak aku terlelap sekejap tadi jadinya.heehehe.. sambil nyelam tahan napas la katekan..mana reti sambil nyelam minum air..
Pastu kalo slowly angkat nak alihkan ke dalam buaian,dia terjaga plak..tak pasal2 laa zhariff ngetest vokalnya kejap..gitu laa ragamnya sebab dia tak selesa laa tu sedang selsema..hehe..Yana pun dah kena selsema jadinya..huhu..harap cepat sembuh laa kedua2 dak kecik nih..

Eh,melalut lak ye..ni haa..ingat lagi aku join GiveAway Blog Ryo(klik kalo nak baca) aritu? Karangan ntah ape2 tu kannn...aku dah ajak korang join,korang taknak..ada gak yang join sekali..mekasih2.hihi..yang tak sempat join tu takpe2,insyaAllah ada lain masa lagi kan.. :)

Ha,kan aku dah menang pasu Sarawak yang comel ni..

Syarat pun tak ketat sangat sebenarnya..hanya untuk suka2 dan meriahkan GA ni kan..tak sangka lak menang! Best2..

Pemenang dipilih guna random.org jadi semua yang join berpeluang untuk menang..sila tengok SINUN(klik)
sebab tu laa karangan aku yang ke laut pun leh jadi pemenang..hahaha.. Seorang lagi pemenangnya ialah Irra Hady..tahniah juga untuknya..

Tapi kan,apa2pun terima kasih buat RYO yang adakan GA nih,mekasih juga buat watak2 sampingan dalam karangan aku tuh(amacam?nak royalti ke?kita bagi2 pasu bunga nih nak?hihi)
Pastu nak gak ucap terima kasih buat mereka yang membaca n bagi sokongan padu dan jitu masa aku join GA tuh..pestaim join GA yang buat entri nih..selalu join GA yang jawab kat petak komen jer..ngehehe.

Pastu kannn,dah laa menang kan..demand lak tu nak hadiah lebih..kakaka..tak pernah dibuat dek orang.hehe...yer laa..penganjur kan baru balik dari Sabah. Kot2 laa dia bawak kulit kerang balik kannn..ade gak tambahan hadiah. Ahad lepas ada orang jual kerang kat pasar tamu..harga Rm12 sekilo..kalo fresh nak jugak aku beli,tapi incik suami kate dah lama tuu...huk~

Malam ni si Ryo nak bertolak ke Kuching pulak.. katanya ada kemungkinan nak belikan saguhati buat mereka yang dah join..Boleh runding jer adik aku nih..kekeke..
Pasni boleh buat GA lagi eh RYO.. saja nak merapatkan siratulrahim antara bloggers.. ^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, July 13, 2011

GIVEAWAY BLOG RYO ..Jom Join Contest lak!!

Dari hari tu nak join tapi tertangguh2 lak.. Jom join contest adik aku, RYO yang baru berjinak2 dengan dunia blog nih.. sebagai tanda sokongan dan kot2 leh menang hadiah pasu sarawak yang comel tu, aku menjoinkan diri jugak..hihi..

Jom tengok camana nak join nya..mudah aje..klik sini untuk melihatnya di blognya


Syarat mudah:
  1. Mesti ada blog,senang la Ryo nak jenguk2 bawak buah tangan ke blog korang
  2. Copy and Paste banner 'start' kat atas,buat entri bertajuk GIVEAWAY BLOG RYO,link ke laman blog hijau ni.
  3. Taip sedikit kisah pendek yang kreatif bermula dengan ayat 'Saya toleh kanan,sambil membawa sebungkus nasi lemak.Kemudian.....'(sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.)
  4. Tag sekurang-kurangnya 2 orang blogger lain dan pastikan mereka tahu.
  5. Tarikh tutup :17/7/2011


Korang dah sedia lum nih?ke garisan..sedia..mula!hihi..

Saya toleh kanan,sambil membawa sebungkus nasi lemak. Kemudian saya ternampak Izahdaut sedang membawa bekas yang sarat berisi muffin panas..saya agak jer laa ia panas sebab dia masih jauh lagi,tak dapat nak rasa lak panas ke sejuk muffinnya itu. Saya melambai2 tangan ke arahnya namun dia tak nampak..ke buat2 tak nampak? Saya menghela nafas panjang..melepas laa nak merasa sarapan muffin pagi ini..bisik hati kecil saya..
Kemudian saya toleh kiri pulak, kelihatan kak Rosaliza mengendong anak kecil hendak melintas jalan.. saya cuba mengejar kak liza tapi dia cepat berlari ke seberang jalan dan kereta tidak putus2 pula selepas itu..pantas betul kak liza nih,bisik hati saya lagi. Niat saya sebenarnya nak mencubit2 pipi anaknya Amani yang tembam itu..mungkin niat tu tak berapa baik,sebab tu tak diberi kesempatan hendak berjumpa...

Perjalananan balik ke rumah saya teruskan . Teringin juga nak singgah rumah Noorsha,kot2 dia buat sarapan best pagi ni..boleh laa lepas geram cubit pipi comel anaknya Dhira tu..tapi segan pun ada..maklum,bakal besan katakan. Nak singgah rumah Tun Telani takut pula sebab siap2 ada pak guard depan rumahnya. Nampaknya bersarapan nasi lemak sahajalah pagi ini,bisik hati kecil saya lagi..mujur tiada orang melihat, kerana hati kecil ini selalu jer berbisik dari tadi..orang kata tak baik berbisik2 depan orang lain kan..
Baru hendak masuk ke dalam perut kereta, saya terlihat pula sekumpulan wanita yang kelihatan sedang berborak sakan di sebuah gerai makan. Tergelak2 besar mereka seolah-olah ada gossip hebat sedang diperkatakan. Saya tertanya-tanya kenapa agaknya saya tidak diajak sekali. Selepas beberapa ketika berfikir,barulah saya tahu saya tidak kenal mereka rupanya. Terbuat lawak sendiri pula,terpaksalah saya tergelak kecil seorang diri sebab dah terbuat lawak. Entah apa2 jer saya ni .

Ketika memandu,saya terlihat Kak Nor, Mas, Kak Anim dan CT Zaidah baru keluar dari pasarraya Gergasi,di tangan mereka memegang cajun..saya pun hairan kenapa botol cajun harus dipegang begitu sahaja.. sampai begitu sekali mereka hendak mempromosi cajun? Tanya saya kepada diri sendiri..maklum,tak ada orang sebelah nak ditanya. Kemudian baru saya ingat hari ini hari Sabtu,jadi beg plastik tidak disediakan.. patutlah botol cajun itu hanya digenggam sahaja.. saya tersenyum lagi sambil menggeleng-geleng kepala. Tak tahu pun apa tujuan saya gelengkan kepala tu. Sebelum berlalu dari situ, baru saya terlihat Anna di belakang mereka,sarat membawa perutnya..mengandung kembar agaknya si Anna nih,getus hati saya.

Saya memberi isyarat ke kanan kerana berhajat hendak berhenti berborak seketika dengan mereka tetapi tiba-tiba saya ternampak polis trafik meronda di kawasan itu. Saya baru teringat lesen saya belum diperbaharui lagi. Jadi saya membatalkan niat untuk berhenti..

Sampai sahaja di rumah, saya membuka bungkusan nasi lemak. Baru habis membaca doa makan dan hendak menyuap nasi, tiba2 terasa beberapa pasang mata memerhatikan perbuatan saya. Hati saya berdebar, makhluk mana pula menyelinap masuk ke rumah saya hujung2 minggu nih? Namun saya beranikan diri untuk bertentang mata. Apabila saya mendongak perlahan, kelihatan suami dan anak-anak tekun memandang saya ... saya tersengih jer bila suami kata,"beli sebungkus jer?"
Perlahan-lahan, saya ke dapur memasak nasi lemak untuk mereka.. sia-sia pergi pasar awal pagi nak membeli nasi lemak DayangJack itu tadi. Tak tahu bagaimana saya boleh terbeli sebungkus sahaja. Terbatallah hasrat nak gantung periuk hari ini..huhu -sekian-



Sori la bro,ingat nak tulis pendek jer..x pasal2 dah melarat panjang lak..hihi


Nak Tag 2 orang lak..maksudnya kalau korang join, ada peluang menang nih..tak menang pun untuk suka2 jer..yang tak di tag pun meh laa meriahkan Giveaway nih yer.. ;) Tak payah tulis panjang2 pun takpe..lagipun pemilihan pemenang adalah melalui cabutan bertuah kalau aku tak silap..so semua berpeluang utk menang.hehe.. nak join gi SINI(klik)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 17, 2011

Pemenang Bertuah HaSue Giveaway Contest STMB 2010..

Pertama sekali,terima kasih kepada semua peserta giveaway yang sudi join yer..tak menang kali ni pun takpe,sekurang2nya kita boleh menambah kenalan dan bertukar2 pengalaman dari mengandung,melahirkan sehinggalah mendidik anak2 ..serta melihat perkembangan tumbesaran anak2 orang lain..

Sepanjang menganjurkan Giveaway ni(ni pengalaman pertama buat GA gini) memang seronok melihat bayi2 comel sekali yang dientrikan oleh ibu masing2..membaca entri2 mereka pun asyik tersengih manjang sebab ramai yang buat 'anak mereka yang blogging' tuh..huhuu..tak kurang juga ada entri yang buat aku menitik air mata..pehh,aku ni sensitip tau.huu.
Kalau nak tengok entri2 peserta kali ni,sila rujuk link2 mereka kat SINI

Kalau terlepas entri mengenai hadiah,
sila rujuk entri ini untuk maklumatnya..

Masa yang ditunggu dah tiba..

Jom tengok proses pencarian pemilik loyang yang bertuah untuk GiveAway kali ini..


Kita guna cara manual okey..nak guna cara cyber, tapi macam tak happening lak.. :P

Ini pembantu saya..Adryana..
Cabutan dimulakan dengan 40 keping kertas bernombor 1-40.
Merujuk kepada penyertaan mengikut urutan.

Pusingan pertama: 1, 3, 8, 10, 11, 15, 29, 24, 34, 39

Yana,amik 5 keping lagi yerr..

Pusingan ke dua: 1, 11, 15, 29 dan 24

Sekarang dari 5, nak pilih 3 orang ajer..

Pusingan ke tiga: 1, 11, 24

(untuk pusingan terakhir,warna yang sama digunakan)

Jom tengok siapa paling bertuah memiliki loyang ini(klik)

Yeyyyyy!!! Pemenangnya ialah no. 11.. di tahun 2011.hehe..

Hadiah utama dimenangi: Ibu Muhammad Amsyar



Hadiah saguhati dimenangi: Ibu Uwais Firdaus Alqarni



Hadiah Saguhati dimenangi: Ibu Wan Nurkhalisha Maisarah

Tahniah!tahniah!tahniah!
diucapkan kepada pemenang2..Lepas ini boleh laa baking kek puas2 yer..Yang tak menang,tahniah juga atas kelahiran bayi tahun 2010!Itulah hadiah paling berharga sekali buat kite..!

Pemenang utama dan pemenang saguhati(pemegang no 1 dan 24) sila hantar Nama,alamat penuh dan no telefon ke email suehasue@gmail.com untuk kiriman hadiah.

Kalau taknak,sila bagitau awal2..haha
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Zhariff:Mama paksa saya buat entri ni..

Hai auntie2 n uncle2..nama caye Zhariff. Caye bersiaran langsung dari buaian,nak tido jap..tapi mama caye paksa suh wat entri ni.

Kepada yang belum kenal caye,meh laa kenal2..babah caye kate muke caye cam owang jepun,mak sedara caye kate muka caye cam cina!mata caye cepet ke?(x sedar diri memang mata cepet)
Oh ye,mama caye kata dia dalam proses buat cabutan bertuah untuk peserta2 Giveaway ni
Uhh..ngantoknye caye..
Mama kate jangan tido dulu,nak suwuh bagitau auntie2 yang join,antara 3 orang terakhir,SEORANG sahaja akan memenangi set loyang ni:
Cantik kannn..weee!!Best laa auntie yang dapat ni leh wat kek untuk kawan caye tu nanti..yelah,semua yang join kan sebaya caye..semua laa kawan caye.hii

Kalo anak aunty tu gegurl,leh caye ngorat..hek hek(gelak baby)

Pastu mama kate lagi,disebabkan sambutan yang hangat,2 orang lagi akan dapat hadiah saguhati..
erm,mata caye dah berat nii mamaaa!!

Saguhati tu adalah loyang mulat nih:


Semoga berjaya aunty2 semua..sekali lagi,sila ingat nombor masing2 yer...mama buat cabutan bertuah secara manual tau!hihi..

(Peserta diwakili oleh nama anak yang dilahirkan)
  1. Uwais Firdaus Alqarni
  2. Fauzan Niyaz Bin Fariff
  3. Imran Syakir
  4. Muhammad Ammar Furqan Bin Ahmad Fairoz
  5. Awali Azwar B. N. Nezree
  6. Maisarah Hani
  7. Muhammad Ammar Fahmi
  8. Anees Bt Hashim
  9. Puteri Syaza Amani
  10. Darwish Qusyairi bin Shahrul Azhar
  11. Muhammad Amsyar
  12. Nuryn Sufi Nadhirah binti Abdul Ajib
  13. Muhammad Haziq Naufal bin Mohd Radzi
  14. Nur Arissa Fariza Binti Mohd Fairuz
  15. Zhariff Luqman Bin Zamri
  16. Muhammad Rayhan Hatta Bin Mohd Shah Affende
  17. Nurhania Humaira binti Abdul Halim
  18. Mya Zara Khaleesa Binti Mohsinnul Muharram
  19. Nurhusna binti Ahmad Fahmi
  20. Muhammad Irfan Rifqy Bin Shukri
  21. Auji Adni Umairah Binti Asrizal
  22. Sofiya Yasmin binti Mohamad Sayafiq Yasin
  23. Wan Zimamumarhajj
  24. Wan Nurkhalisha Maisarah
  25. Azyan Zahirah
  26. Nur Aimy Afifah
  27. Danish
  28. Husna Raihannah
  29. Muhammad Khair Rayyan bin MK
  30. Arissa Binti Ahmad Rozaidi
  31. Nur Aleeya Yasmin Binti Mustaza
  32. Muhammad Fahim Mikael Bin Muhammad Mubasyir
  33. Amzar Shakir Bin Shahizan
  34. Nur Irman B Nur Affendi
  35. Muhammad Qaid Ashraf
  36. Muhammad Ismadanial Bin Ismail
  37. Dania Alisha
  38. Alia Kaiyisah Binti Mohd Adzam
  39. Muhammad Zhariff Bin Mohd Nabli
  40. Muhammad 'Asim bin Abdul Nasir


  41. Good Luck sekali lagi yer aunties!!
    Yang join selepas jam 11.59pm pada 15/02/2011,terpaksa disqualified..minta maaf yer..lain kali boleh cuba lagi .. ;)

Nak tidoooooorr..eaaaaaa...aaaaaa!


P/s: Keputusan cabutan bertuah akan diumumkan(pada entri) tepat jam 2 petang ini(17/02/2011). Sila saspenkan diri anda.. :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, February 15, 2011

HaSue Giveaway:'Saya telah melahirkan bayi 2010'

[Entri ini adalah STICKY POST..
Sila skrol ke bawah untuk entri terbaru,TQ]


Lama duk tangguh nak buat giveaway nih..aritu nak buat bulan Januari,nih dah tercampak bulan Februari baru berkesempatan nak buat..ampun yaa.. ;P
Sebelum ni dah war2 kan kat entri pendek ni(klik).. memandangkan ada yang nak join..so kesampaian laa nak buat GA nih.. =)

Saja suka2 nak buat giveaway KHAS untuk kawan2 pengunjung lama n baru blog nih yang telah melahirkan bayi pada tahun lepas(2010)..iaitu tahun yang sama saya melahirkan juga.. ;)
Motifnya adalah untuk saling kenal mengenali sesama kita di arena blogging ni..insyaallah kalau murah rezeki boleh buat GA untuk semua orang lak lepas ni..nih bukan diskriminasi yer,tapi kira versi special sikit..hehe

Nak join tak susah pun,tak jadik follower pun tak kesah,tak payah sertakan bukti surat beranak bayi pun..jauh sekali nak minta surat pengesahan dari pegawai pendaftaran,surat bidan bersalin dan sebagainya..sebab mesti tak ada yang sanggup tipu nak join GA semata2 kan..hehe

Syarat-syaratnya senang jer:
  1. Anda telah melahirkan bayi tahun 2010> 1.1.2010-31/12/2010
  2. Buat entri bertajuk > HaSue Giveaway:'Saya telah melahirkan bayi 2010'
  3. Copy n paste banner kat atas tu ..link kan entri anda ke blog ini
  4. Gambar bayi anda(tak kisah la gambar masa baru lahir atau yg terkini,nak letak lebih dari 1 pun boleh) >cerita la sikit nama bayi,tarikh lahir dan perkembangan terbaru bayi anda secara ringkas..
  5. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen entri ini yer..agar senang saya nak jejak entri tersebut..
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Februari 2011 jam 11.59pm.

Hadiah menanti pemenang :

Satu set loyang bulat, 4 saiz yang berbeza! Sesuai sangat buat ibu2 yang suka baking2 kek..tak guna pun simpan ajelah buat kenang2an..hehee..

Jika sambutan menggalakkan,mungkin hadiah ke 2 dan ke 3 juga akan disediakan.. =)


Penghakiman adalah berdasarkan entri yang menarik dan kalau susah sangat nak pilih,pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah ajerlah (ikut suka aku jer wat peraturan kan sebab giveaway aku..hihi)

So,apa lagi,meh join ramai2 n ajak member yang dah melahirkan bayi 2010 untuk join skali..!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Senarai peserta 'HaSue Giveaway STMB 2010' setakat ini

[Ni pun Sticky Post jugak,Scroll ke bawah lagi untuk entri terbarunya,tQ]

Assalammualaikum..
Tarikh tutup GA nih adalah pada 15 Februari 2011 pada pukul 11.59 pm.
Sesiapa yang melahirkan anak tahun 2010 tu masih sempat lagi kalau nak join yer..
Ibu-ibu yang melahirkan anak pada tahun selain 2010 minta maaflah banyak2, insyaallah ada rezeki di lain kali akan dibuat lagi Giveaway yang semua boleh join..jangan marah ha.. =)

Baiklah,jom kita semak peserta2 yang telah men'join'kan diri mereka dalam GA nih..macam2 stail entri yang aku baca..Bagi anda yang sedang stress tu atau suka tengok baby,jomlah klik link2 di bawah ni untuk melihat gambar2 bayi 2010 yang comel-comel belaka..di samping tu boleh menambah kenalan sesama kita kan.. :)

Terima kasih buat semua peserta yang sudi join yer..semangat gini ler yang membuat dunia blogging semakin meriah..dan diucapkan semoga berjaya..x kiralah siapa pemenang GA kali nih,yang pasti kita telah dianugerahkan trofi bernyawa pada tahun yg sama..TAHNIAH2!

Senarai peserta2 setakat ini:
(Peserta diwakili oleh nama anak yang dilahirkan)

  1. Uwais Firdaus Alqarni
  2. Fauzan Niyaz Bin Fariff
  3. Imran Syakir
  4. Muhammad Ammar Furqan Bin Ahmad Fairoz
  5. Awali Azwar B. N. Nezree
  6. Maisarah Hani
  7. Muhammad Ammar Fahmi
  8. Anees Bt Hashim
  9. Puteri Syaza Amani
  10. Darwish Qusyairi bin Shahrul Azhar
  11. Muhammad Amsyar
  12. Nuryn Sufi Nadhirah binti Abdul Ajib
  13. Muhammad Haziq Naufal bin Mohd Radzi
  14. Nur Arissa Fariza Binti Mohd Fairuz
  15. Zhariff Luqman Bin Zamri
  16. Muhammad Rayhan Hatta Bin Mohd Shah Affende
  17. Nurhania Humaira binti Abdul Halim
  18. Mya Zara Khaleesa Binti Mohsinnul Muharram
  19. Nurhusna binti Ahmad Fahmi
  20. Muhammad Irfan Rifqy Bin Shukri
  21. Auji Adni Umairah Binti Asrizal
  22. Sofiya Yasmin binti Mohamad Sayafiq Yasin
  23. Wan Zimamumarhajj
  24. Wan Nurkhalisha Maisarah
  25. Azyan Zahirah
  26. Nur Aimy Afifah
  27. Danish
  28. Husna Raihannah
  29. Muhammad Khair Rayyan bin MK
  30. Arissa Binti Ahmad Rozaidi
  31. Nur Aleeya Yasmin Binti Mustaza
  32. Muhammad Fahim Mikael Bin Muhammad Mubasyir
  33. Amzar Shakir Bin Shahizan
  34. Nur Irman B Nur Affendi
  35. Muhammad Qaid Ashraf
  36. Muhammad Ismadanial Bin Ismail
  37. Dania Alisha
  38. Alia Kaiyisah Binti Mohd Adzam
  39. Muhammad Zhariff Bin Mohd Nabli
  40. Muhammad 'Asim bin Abdul Nasir
Haa..amik. unik2 n manis2 belaka nama anak2 yang join nih..tu belum tengok gambar diorang lagi..aku kan,paling tak boleh tahan bila nengok gambar bayi senyum/ketawa..mesti aku sengih balik ngadap skrin.hee..so comel okeh!

Pada mulanya, ingin memilih berdasarkan entri yang menarik sahaja tetapi memandangkan rata2 buat entri yang menarik,susah juga buat pemilihan..tak caya cuba tengok entri2 mereka di atas..
Jadinya peserta akan diadili melalui cabutan bertuah sebanyak 3 kali pusingan. 10,5,3 dan akhirnya akan dipilih seorang sahaja daripada 3 orang terakhir..jadi semua berpeluang untuk menang..Lagipun bak kata orang,kalau dah rezeki,takkan ke mana kan..mana tahu kali ni,rezeki anak.. =)
Loyang/tin pembakar yang sedia menanti pemenang bertuah.. 4 biji loyang mewakili 4 orang anak penganjur GA nih..ehehe. ;P
Cantik tau loyang ni,rasanya tak mudah kemek ni..aku pun takde lagi dalam koleksi..memang beli khas untuk buat GA nih..sebab memang niat asalnya begitu.. ;)
Lepas ni boleh laa usha lagi kot2 masih ada stok..untuk koleksi sendiri pulak.hee..

Kepada mereka yang baru tau GA nih..sila semak entri:


Penyertaan selepas jam 11.59 malam ini tidak akan dilayan..mekacih. =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, February 10, 2011

Hoyeyy!Hadiah dah sampai..!!

Morninggggg...!!
Pepagi lagi dah memekak kejutkan kalian ek..haha
Mesti ada yang tertanya hadiah apa yang dah sampai..
Sebenarnya aku adalah salah seorang daripada 3 orang pemenang giveaway di blog da bomb CIKMIN.COM aritu sempena setahun blognya..hadiah ni sampai ke tangan aku pada pukul 2.09 petang semalam. Yakni 2 hari selepas diumumkan sebagai pemenang..hihi

Tak sangka sangat boleh menang pula giveaway dari Cikmin nih untuk kali ke 2,kali pertama aku menang adalah kat entri ni(klik),kat blog cikmin yang terdahulu..hehe..
Aku suka banget nih..tak sangka dengan hanya mengomen boleh menang kan..mekasih buat pengadil yang memilih pemenang tuh..heee
Pastu mekasih buat Cikmin yang buat giveaway tu sempena besday blog beliau yang pertama!Buat laa lagi GA banyak2 yer..aku kalo GA yang ngomen aje nak aje join coz simple..haha..malas nak ngentri laa tu.. :P

Haa..nak tengok kitorang diumumkan pemenang boleh tengok kat entri> SINI
Pemenang yang dua orang lagi dah terima hadiah masing2,boleh tengok juga hadiah mereka kat blog Anip (klik) dan blog Umi(klik)

Haa..tengok..!apa tu?

Inilah yg kitorang dah menang..macaroons!!comel kannn...hihi..
Suka sangat dapat macaroon cikmin nih..boleh tengok kat sini(klik) kalau nak tau lebih lanjut pasal macaroon nih yer..
Aku nak gi klinik jap..pas ni nak sambung sikit lagi..hee..mekasih cikmin.com!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...