Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Sayur-sayuran. Show all posts
Showing posts with label Sayur-sayuran. Show all posts

Friday, May 25, 2012

Bendi Goreng Kicap Pedas..buat penggemar bendi.

Tu diaa..bendi goreng pun nak masuk blog? Uihh..jangan pandang senget sebelah wokeh.. yang dah terer masak tu boleh la pandang sebelah mate jer(pakai spek kapten hook)ni khas buat rakan2 yang baru nak berkecimpung mengenal bawang.. diorang tak bersalah,cuma lambat sikit je nak belajar memasak..better late than never kate uncle John*seorang watak omputih..

Siapa minat sayur bendi sila angkat kibod tinggi2..kalo guna laptop tu sila angkat laptop masing2..motip nak angkat tu aku pun tak tau la kan..saja jek.heh..kalau yang online kat umah tu ok lagi,kalau yang kat opis ke,kat cybercafe ke..tak ke pelik rupa dier ngangkat kibod tinggi2..sungguh bekerjasama..hakhak.

Bendi nih,memang berlendir kan..tu KALAU dicuci selepas dipotong.. Jadi,untuk mengelakkan lendir tu berleluasa.. maka,cucilah ia sebelum dipotong..tak perlu letak garam untuk elak lendir tuu..
Masa nak masak tu..cuci bersih2,nak gosok kotoran ke apa,buat sebelum dipotong. Lepas tu toskan..kalau dah rajin sangat sebab takde kerja boleh jugak la nak lap guna tisu dapur ke.. Dah lepas potong2 tu usah dicuci lagi..terus ajer memasaknya..insyaAllah tak berlendir.

Tips nak tahu bendi yang muda dan sedang untuk dimasak adalah melenturkan/mematahkan hujung bendi tu..kalau liat jer..usahlah kau mengharap pada yang sudi..tu dah tua la maknanya. .lupakan,lupakan..ingat!jangan patah2kan pula bendi yang dijual kat pasar raya tu..lentur sikit2 jer.. sebab ada 2 jenis bendi ni. ada yang panjang tu kadang2 masih muda lagi..ada spesis yang kecik2 lagi dah keras.. ah, lantak la kalo korang paham ke tak bahasa aku ni..hehee

Bendi Goreng Kicap Pedas
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

10 tangkai bendi -cuci dan toskan,baru dipotong serong
2 tangkai cili merah-buang biji dan potong2
2 tangkai cili merah*
5 cili padi-nak pedas tambah la lagi *
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu mkn penuh udang kering-rendam air panas jap*
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat-hasue guna ayam brand
2 sudu besar minyak masak-atau secukupnya untuk menumis

Cara2:
  1. Tumbuk bahan2 bertanda * sehingga lumat
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga wangi dan kekuningan. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau goreng sebentar.
  3. Masukkan bendi dan cili hiris. Kacau goreng lagi sehingga masak.
  4. Jika mahu bendi yang lembut(tidak rangup) masukkan sedikit air dan tutup periuk. Tunggu sehingga kuah kering sedikit dan tutup api.
  5. Walaupun ada penggunaan air,ia tidak akan berlendir kerana kuah sudah mengering.. selamat mencuba!


Nama jer pedas tapi tak pedas mana pun yang aku masak nih.hee..Korang yang suka pedas tu pepandai la tambah cili yer.
Sebenarnya kalau incik abangku lebih gemar yang betul2 sudah lembut..dan sedikit berkuah.. aku lak suka dua2,lembut ok..yang masih sedikit rangup pun ok.. dia suka masakan yang biasa jer tak buh cili kalau masak bendi nih.. aku masak gini masa dia tak lunch kat umah masa tu..hehe.. sedap makan ngan nasi putih..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, April 20, 2012

Tumis Sulur & Batang Keladi.. cedapnyerr!

Assalamualaikum..

Jumaat datang lagi,alhamdulillah.. semoga kita sama2 memanfaatkan hayat yang masih berbaki dengan urusan2 yang halal..

Ini gara2 tergoda melihat menu di dapur Zalia semalam, sulur keladi dengan ikan masin tu..pehh!
Jadi aku dengan gigihnya pergi melawat kebun kecilku di belakang rumah dan mula operasi mengerjakan sulur dan batang keladi..
Hebat sungguh penangaan batang keladi ni..sebab ia antara menu kegemaran my laling..tu yang sanggup gi siang batang keladi sendiri..
Terima kasih laa buat zalia sebab remind ada kebun keladi kat belakang umahku itu dengan menayang menunya tu ha..
Sebelum ni kalau teringin pun memang beli yang dah siap2 siang(dipotong2) tu..senang keje. Ada kebun dah membiak2 kat belakang tu pun buat tak tau je..amik isinya untuk dibuat kuih pun baru berapa kali. Kalau tak tanam selalu pulak nak membeli. Bukan tak rajin nak ngerjakan,cuma tak cukup seru jer..(peh,berpeluh aku pikirkan alasan ni)hehe..

Ada kisahnya..syhh!dendiam tau..segan aii.
Sebenarnya kan(suara pelan je nih),aku pernah laa tolong arwah mak aku nak mencabut keladi ni dibuat gulai kan..masa tu umur kecik lagi,sekolah rendah.
Kebun keladi tu depan umah jer..(sila bayangkan aku di usia itu sangat comel ye..hakhak.. )
Masa tu memang teruja tengok mak aku cabut keladi pastu kupas kulit batangnya yang muda mudi tu...potong2..(dia buh dalam besen/bekas yang berisi air) selain tu isinya pun amik gak sikit..(secara tak langsung aku bagitau la ni cara2 siang batang keladi)

Dengan perasaan mengada2 dan ikut teruja, aku pun kata nak cabut juga..sebab tanah gambut dan subur..ia tak ler memerlukan kudrat yang banyak sangat..
Tapii..tapiii tapii.. setelah ku cabut,"makkkkkk..!!!!" terkejutt!!huwaaa..stress ok..!
Ada ke patut beberapa ekor cacing tanah yang sihat2 dan obesiti duk bergayut dan berpaut sambil goyang2 kaki badan kat tanah yang melekat kat akar keladi tu... terus aku masukkan balik dalam tanah..masa tu aku takut kalo aku campak cacing tu akan berkeliaran..kakakaka.. Lepas kejadian tu,aku malas nak masuk campur dah..tapi makan masih reti pulak kan..

Aku rasa semenjak tu aku memang fobia tengok cacing nih banyak2.. Pastu kan,aku rasa itu jugak faktor kenapa orang tak berapa nak mengajak aku kalau nak gi mancing udang galah ke sungai. Sebab kalau aku ikut gak,mesti mereka stress sebab diorang yang terpaksa pasangkan umpan untuk pancing aku..hahahak.. pendek kata ikut tu nak nyusahkan orang jerlaa kan.. nak buat camne dah takdir.ngeheee.. Tapi sebenarnya dorang baikkk.. memang sukarela jer pasangkan umpan..walaupun masa tu udang ngah galak makan pancing diorang kan,aku jugak tergedik2 masa tu minta pasangkan umpan yang dah habis.. penyabar diorang ni..(kena la puji lebih takut kutuk lebih kang orang tak ajak dah gi mancing :D
Nanti satu hari aku berazam nak berani gak pasang umpan sendiri..pakai glove ke camne ke kan.nanti kite fikirkan.huhuu..udang ni pun satu! Apsal tah suka makan cacing jer..cuba la makan roti ke,mi goreng ke kan.. <-motip marahkan udang??

Oklah..panjang lak cerita pagi nih..aku ingat tadi nak intro sikit jer..heh.
Jom laa layan resepi pulak..ala,resepi simple2 jer..tapi sedappp amat!!(masuk lif,tekan gi tingkat 10)

Best sangat makan bila dah diperah limau kasturi..sebab my laling tak suka perah limau,aku perah ler atas pinggan sendiri jer..nyummm2 :D

Tumis Sulur@Batang Keladi
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Batang keladi/sulurnya yang sudah dibersihkan.(ambil juga sedikit isi keladi dan potong berbaji kecil2 dan asingkan)- banyaknya ni agak2 satu famili makan..kalau yg dibeli tu sepeket gitu ler
1-2 tangkai cili merah(kalau nak pedas tambah cili api ikut selera)*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 sudu mkn udang kering/ segenggam ikan bilis*
1 inci belacan*
Garam dan perasa/gula
2 keping daun kunyit-hiris@racik halus
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
Limau kasturi-(optional)

Cara2:
  1. Kisar bahan bertanda * menggunakan pengisar kering atau ditumbuk halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tadi sehingga wangi dan sedikit kekuningan. Kacau jika perlu.
  3. Masukkan isi keladi yang diasingkan terlebih dahulu tadi dan kacau sebati. Masukkan sedikit air dan biarkan empuk.
  4. Setelah isi keladi empuk dan air dah mengering,(pastikan jangan hangus) barulah masukkan batang dan sulur keladi dan kacau rata2.
  5. Biarkan layu sebentar dan barulah masukkan air separas sayur keladi tadi.. Tambahkan garam dan perasa/gula dan tutup periuk)
  6. Tunggu sehingga masak,sebatikan rasa. Jika air dah kurang sangat,boleh la tambah tapi jangan terlampau banyak nanti tak sedap..
  7. Masukkan daun kunyit dan padamkan api jika rasa sudah memuaskan.
  8. Jika suka,perahkan limau kasturi ketika menghidang atau setelah mencedoknya ke dalam pinggan nasi anda.. sedia untuk dinikmati bersama lauk sampingan seperti ikan masin.
Aku suka masak batang keladi ni betul2 lembut..best sangat! Daun kunyit antara bahan wajib ada kalau nak masak menu nih..tanpa daun kunyit,macam something missing jer..kalau orang jual tu pun biasanya diorang sertakan daun kunyit gak.hehe..

P/s: Aku guna sarung tangan plastik yang nipis tu untuk menyiang daun keladi ni so tak risau dengan getahnya tu.. kalau korang takde,boleh ikut tips Zalia:
"Tips untuk cuci tangan lepas bersihkan sulur ni sebab getah2nya.
Cuci dengan air limau nipis, kemudian gosok dgn berus dawai cuci periuk.
konpem pastu tapak tangan & jari bersih..."

P/s lagi: Orang kata sulur keladi ni elok untuk selusuh orang nak beranak..korang pernah dengar tak?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, April 9, 2012

Gulai Kari Nangka Bersama Ayam.. mabeles2!

Tadaaa..bertemu kembali.
Aku panik jap..bila ngedit gambar ni aku terbayang2 keenakan sayur nangka muda nih.. Sebiji nangka muda saiz sederhana selamat aku gulaikan bersama ayam aritu.. ingatkan nak masak setengah biji jer..rupanya buah nangka tu ada bahagian yang tak elok juga.. kalau ada yang dah siap dipotong tinggal nak masak tu kan senang.. *ayat orang malas

Selalunya nangka muda memang nak masak gini. Tak masak gini mesti nak masak lemak cili api. Tapi kat umah ni prefer masak gini.. sebelum ni dah pernah post kat blog ni rasanya.. suka sangat!dah biasa dari dulu kot..kakak aku selalu masak gini..best2!
Bila gulai baru masak tu mesti nak ratah gitu jek. sedapnya ke tekak aku memang sukar nak digambarkan dengan kata2. Kesedapan tu tak sama dengan bila gulai dipanaskan..tak sama,tak sama..
Owh yer..yang best lagi,nangka kali ni memang sedang2 sangat mudanya.. kulit bijinya tu belum keras lagi..so boleh jer terus makan gitu je..waduhs..

Sebenarnya nak ambik gambar kemudian je nak posing elok2 sket tapi,tapi.. ah,sukar hendak dijelaskan..hahaha..janji ada gambar sudah..paling penting,tak amik gambar dari blog orang ek.. :P

Baiklah,untuk resepi.. nih versi aku laa ek..simple tapi cukup menyelerakan..lagi2 bila digandingkan dengan nasi dari beras baru(beras kampung) dan disempurnakan dengan ikan masin..hishh.. berbaloi rasanya makan banyak dari biasa.. eH?..kehkehkeh...

Gulai Kari Nangka Bersama Ayam
Resepi: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

600g nangka muda yang sudah dipotong2
1 tangkai cili merah*-boleh je kalau nak tambah cili padi
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 cm halia*
1 sudu mkn belacan* -tumbuk bahan2 bertanda *
3 sudu mkn Kari ayam daging(hasue guna ayam brand)- bancuh dengan 1 cawan air
5-6 ketul sayap ayam-setiap satunya dipotong 4,bersihkan dan toskan.
3 sudu besar minyak masak
100ml susu cair @santan cair
Garam,gula/perasa(jika suka) secukup rasa

Cara2
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi dan sedikit kekuningan. Masukkan kari yang sudah dicampur dengan air. Kacau sehingga kari benar2 masak dan pecah minyak. Gunakan api perlahan..pastikan kari2 betul2 masak.
  2. Apabila kari sudah masak, masukkan ayam. Gaul sebati dan biarkan jus ayam keluar sepenuhnya. Kacau jika perlu.
  3. Masukkan nangka muda dan gaul sebati. Masak dengan api perlahan dan tutup periuk. Biarkan sehingga nangka kelihatan sedikit layu barulah tambahkan air sehingga menutupi paras nangka tadi.
  4. Masaklah sehingga nangka tadi benar2 lembut. 20-30 minit..Tambah air jika perlu.
  5. Apabila sudah masak,tambahkan susu cair atau santan, garam dan sedikit gula atau perasa secukup rasa.
    Biarkan sebati seketika,sebatikan rasa dan padamkan api.
  6. Sedap dihidangkan bersama ikan masin dan bersama lauk2 atau sayur kampung yang lain. Selamat mencuba!

Sangat sedap diratah gitu ajer.. hermmmpp!!
Nangka muda ni kalau kenduri2 memang sesuai orang nak masak sebab senang2 nak dapat banyak,kan..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, July 17, 2011

Bukan Mengidam Tapi..

..saje tekak teringin nak makan benda masam2 lak petang2 nih..sape kate benda masam untuk orang mengandung yang mengidam atau ngah morning sickness jer kannn..hehe..aku masa mengandung tak pernah lak jadikan makanan masam sebagai makanan peberet masa ngandung..cuma masa mabuk hamil tu jer untuk mengelakkan terlalu mabuk,kan.Kadang2 aku belasah minum 100 plus jer untuk legakan rasa mabuk tu..hehe..tenaga pun ok laa sket..

Mula2 tadi layan kedondong jer cicah garam,pastu nak buat sambal kicap malas!
Pastu sementara orang2 rumah nih ngah bantu siapkan projek yang satu tu, aku kupas nenas,kupas kedondong,potong tauhu, siram ngan petis dari esbok yang masih berbaki sikit tu..
Petis tuh orang bagi..lama dah..ingatkan dah abis..rupanya ada lagi..budak2 suka cicah pisang goreng..

Jemput laa jamu mata lagi..
sedap nih layan petang2..makan ramai2..kalau ada kakak aku balik kampung mau dia jadi mangsa buat sambal untuk berulam..dia kan rajin..aku rajin makan jer kalo ada kakak2 aku nih.hee~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, May 2, 2011

Antara Menu Di Kampung..

Nih entri terakhir dari kampung untuk kali ni..sebentar lagi akan bertolak balik ke sarang semula di mana kehidupan harian akan kembali seperti biasa..turut mengikut balik mungkin my sis yang masih ada urusan di poli mukah setelah menghabiskan exam terakhirnya baru2 ini..apsal skema sangat ayat aku nih pun aku tak tau..hehe

Oklah,sepanjang duk kampung nih memang aku tak banyak mengaktifkan diri masak memasak..macam bahagia je ada orang yang lebih pakar dari kita untuk masak2 kan..haha..di samping tu teruja je dengan tenet laju nih ambil kesempatan jer merempit ke blog kawan2 tapi bila tengok rata2 blogger bercuti nih..macam malas pun ada gak nak blogwalking..cam pergi rumah takde orang,mesti tak seronok kan..pun begitu,ada gak yang takde kat umah tapi tinggalkan makanan2 lazat untuk dijamah..ahaks..

Berbalik kepada menu sepanjang berada di kampung nih,baru arini laa aku rajin sket nak snap kan makanan hidangan sekeluarga untuk dikongsikan di sini..kalau aku rajin..diulangi,'kalau' aku rajin..akan update resepi kemudian untuk menu menarik yang mudah n sedap untuk dicuba..

Nih pun sebahagian dari menu2 hari ni..malas lak aku nak ngambo semua,antara yang takde dalam gambo nih ikan bawal masak kunyit..mungkin Ryo ada amik gambar kot..hehe..

Jom jamu mata nengok menu2 yang dimasak oleh kak long aku nih..memang best n sedap sampai makan tak sedar diri.ngahaha..diet?apabenda tu?keskeskes..*balik nih kang baru nak insaf kot.. :P

Ini adalah nasi..semua tahu kan..tapi istimewanya nasi nih adalah sebab ia beras huma baru yang dituai di kampung2 berdekatan..mak aiii,ni kalo wat bekal memang sedap sangat nih..sapa2 tak pernah rasa memang rugi..beras kampung nih ada pelbagai jenis..ada yang sedap biasa2 aje..tapi ada yang sedap luar biasa.. :D

ohh..ni antara pembuka selera yang sedap nih..rasa pedas n masam sekali ada dalam tuh..makan ngan nasi kampung tu memang meletup2 selera.. nih mempelam muda yang ditumbuk bersama sambal belacan pastu digoreng/ditumis gitu.. rasa macam dah pernah post resepinya kat sini..ke aku je ingat dah post tapi belum?eheh..

Menu nih agak biasa..tapi yang bestnya udang tu lebih..nak tenggelam segala sayur2an dalam sayur campur nih ngan udang yang gedabak2 tu..hehe..sedap sangat!

Yang nih atas permintaan si kakak..semalam aku goreng ayam berempah..buh serai banyak2..yang simple gini gak disukanya..huhu..

Pasti ramai hari ni yang pulang ke tempat kerja masing2..semoga berjalan lancar n selamat sampai ke destinasi yang di tuju.. :)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, March 9, 2011

Kacang Buncis Tumis Udang Kering

Haduhh2...kenapa yer line celcom kembali membingung aje kebelakangan ni..aku bukak blog orang rata2 tayang petak kosong ajer..bukan laa mereka entrikan petak kosong tapi tenet aku tak kesampaian nak loading gambar yang mereka tayangkan..aku kalo takde gambar memang aku tak tau sangat nak komen apa...dah laa aku ni pemalu orangnya. Aku pun tak tau apa kena mengena aku cakap aku nih pemalu dengan gambar yang tak abis loading...

Dari aku mengomel panjang lebar pasal line tenet baik aku tayang gambar sayur je kan...walaupun ada sok sek sok sek kata.. ala,sayur pun nak tayang kat blog ke..tapi aku tak kira!aku jumlahkan aje.heh..

Bukan apa,resepi2 mudah gini memang mudah bagi yang dah pandai...cuba ko masa belum pandai masak dulu haaa...ko kenal ke kacang buncis tu camner ghupanyer?ahak...pastu kalau ada mak tempat bertanya mesti kejap2 tanya mak..'pastu?' ..'pastu buh apa?'... 'pastu?' kiranya masa belajar memasak tu kalo dapat yang kurang penyabar kita yang akan masak jadinya..huehueee...

Yang baru kawin tu, alaa...jangan laa rasa frust bila cik abang ngomen tak sedap ke..kot2 laa dia kate,'tak macam kat restoran yang biasa abang makan laa yang..'haa,kalo dia kate gitu baik gi tengok kat restoran tu kot2 ada janda meletops ke apa kan..kakaka..ampeh jer aku nih melalut lak..
Bukan2,maksud aku jangan putus asa kalau suami komen negatif sikit...tu tandanya dia ikhlas puji...kalo dia kata sedap walaupun benda tu tak sedap semata2 nak jaga hati.. sampai bila2 ko takkan pandai masak yang sedap...orang laki ni kalau dia sayang dia tak tipu..tu jadi pembakar semangat kita laa kan...terima jer hakikat kita masak tak sedap..bukan maknanya dah pakai apron tu kita dah sama pandai ngan chef2 antarabangsa..melampau tol je contoh aku bagi nih kan..

Okeylah,aku pun bukan nak kata aku pandai sangat masak..tapi setakat bawang merah ngan bawang putih tu aku masih kenal laa jugak... oooh,korang pun kenal gak eh? Sama laa kite..keskeskesss... :P
Cam biasa,senaman jari jemari jer pepagi ni..sebelum melalut entah ke mana lagi kang baik nengok resepi..


Kacang Buncis Tumis Udang Kering >> HaSue

Bahan-bahan:

* 200g Kacang buncis-potong menyerong,cuci dan toskan
* 1 tangkai cili merah/tmbh cili padi jika suka pedas2*
* 2 ulas bawang merah*
* 2 ulas bawang putih*
* 2 sudu mkn udang kering*
* 1 sudu mkn belacan(bkr dulu jika suka)*
* Garam dan perasa/gula
* 1/3 cawan minyak masak

Cara2:

1. Tumbuk/kisar guna pengisar bhn kering bahan2 bertanda *
2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk tadi,bersama garam dan perasa/gula.Kacau sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
3. Masukkan kacang buncis dan kacau goreng sehingga masak. Lihat pada isi kacang yer,bukan pada kulitnya..kalau tengok kulit nanti terlebih masak pula..
5. Sebatikan rasa dan siap untuk dihidangkan..Selamat mencuba

Nota Biru: Boleh tambah bahan2 lain seperti sos tiram dan cili merah dihiris sedikit memanjang untuk menambah rasa dan kelihatan lebih berseri.. ;)

Tip:Perhatikan isi kacang tu untuk pastikan ia dah masak ke belum yer...bukan tunggu kulit kacang tu layu..kalau tidak nanti kacang korang akan terlebih masak..lagi2 bila dah sejuk warnanya pulak akan semakin tak cantik...kaedah sama juga untuk sayur kacang panjang...
Harap tip ini membantu.. ;)


P/s: Ehem..kacang buncis ni adalah hasil tanaman sayur sendiri okeh..jangan sesekali jeles...ahaks

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, March 3, 2011

Gulai Lemak Pisang Muda

Selera aku,memang tekak orang kampung lah!
Kalau kena hidang chicken chop vs kari ayam kampung ngan nasik memang aku tak pilih chicken chop..Kalau harus pilih potato chips vs kerepek ubi kayu,memang laju jer aku amik kerepek ubi kayu..tapi harus laa sama level sedapnya..jangan lak bagi pilihan ubi kentang tuh rangup tapi kerepek tu keras cam kayu..huhu...
Baru2 ni singgah tepi jalan dalam perjalanan dari kampung tu sempat gak laa beli kerepek ubi kayu..sedap giloss...rangup yang lembut,bukan yang keras!

Baiklah2..cerita pasal menu kampung,bertahun2 juga rasanya tak makan sayur yang menggunakan pisang muda nih..di masak lemak pedas2 memang membuka selera jer kan..pastu ratah/makan gitu aje masa masih suam..oh sedap!

Aku masak cara tumis dulu baru buh santan ni..kalo tak buh santan boleh jer nak buh susu cair...

Ermmp!masih terasa2 lagi ko..ehe..

Pisang ni pun dah nyaris2 nak masak...tapi puas ati dapat makan juga akhirnya..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, March 1, 2011

Pucuk Paku Goreng Belacan

Nasib korang laa kena hidang dengan umai selama beberapa hari kan..hahah..
Maaf dipinta kerana aku secara mendadak diserang virus popular iaitu virus M nak update..hihi..
Apa2pun virus tu semakin terhakis dan terhakis maka nya aku mulakan entri hari ini dengan hidangan sayur hutan ni haa..

Mesti semua orang pernah makan kan..rugi laa kalo tak pandai makan nih.
Dah lama tak makan sayur ni,jadinya dalam perjalanan balik dari kampung aritu singgah tepi jalan sebab ada orang jual sayur ni..best2.

Kalau sayur gini memang best letak perencah lebih..

Pastu masa nak makan perah limau kasturi..perghh!Ni adik aku yang ajar cara makan gini..memang meletops laa ..terbuka jer selera yang dah sememangnya ternganga..

Buat Siti n mereka yang nak mencuba, di sini buh resepinya sekali yer..

Bahan-bahan:
  • 1 ikat pucuk paku-ambil bahagian yang muda sahaja(potong,cuci n toskan)
  • 1 tangkai cili merah/tmbh cili padi jika suka pedas2*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 sudu mkn udang kering*
  • 1 sudu mkn belacan(bkr dulu jika suka)*
  • Garam dan perasa/gula
  • Limau kasturi-optional
  • 1/3 cawan minyak masak
Cara2:
  1. Tumbuk/kisar guna pengisar bhn kering bahan2 bertanda *
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk tadi,bersama garam dan perasa/gula.Kacau sehingga naik bau dan sedikit kekuningan.
  3. Masukkan sayur pucuk paku dan kacau goreng seketika. Jika suka sedikit kuah,boleh lah tambahkan sedikit air
  4. Kacau goreng sampai mendidih dan sayur masak.Jangan terlampau layu yer..tak sedap..
  5. Sebatikan rasa dan siap untuk dihidangkan..
  6. Perahkan limau kasturi ketika hendak makan-jika suka.. selamat mencuba!

Kalau makan gini ngan nasik panas2 pun dah best kan...try laa perah limau kasturi ! =)


Resepi simple2 aje ye..kalau ada yang tak tahu,sila request..akan diupdate kemudian..maklum laa virus M lum terhakis sepenuhnya..hakhak :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, February 23, 2011

Kangkung Goreng Fishball

Selamat pagi Rabu...brekfes apaa tuuu?? Jangan skip sarapan yer..at least eat something walaupun ngah diet sakan..jangan biar perut kosong untuk masa yang lama..
Nanti sekali kena gastrik kang sapa susah..mereka dan keluarga mereka jugak yang susah kan...dengar cakap orang tua nih,jangan degil,gi sarapan sana!heee :P

Menu semalam...gandingkan dengan menu ayam.

Selain fishball(bebola ikan),boleh juga gantikan dengan udang basah..sedap2!

Kali ni aku buh kuah sket sebab budak2 ni suke makan ngan kuahnya sekali.
Tapi cili aku gunakan tu spesis pedas lak dari biasa,jadi budak2 pun makan kurang laju dari biasa..kalau tak pedas,memang laju jek sayur kangkung nih..

Kalau tak goreng gini,aku biasa goreng belacan jek kangkung nih..taruk belacan lebih biar penuh satu umah aroma belacan..ngeee

Edited:
Buat Kak Rosaliza n kalo ada yang nak mencuba resepi mudah ni,ini resepinya:

Kangkung Goreng Fishball >> HaSue

Bahan-bahan:
  • 1 ikat kangkung
  • 2 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1-2 tangkai cili merah*-nak pedas lagi leh tambah cili api
  • 1/2 sudu makan belacan*(optional)
  • 8 ketul bebola ikan(fishball)-leh tambah jika suka banyak fishball
  • Garam dan perasa/gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara:
  1. Kangkung dipotong2,bersihkan dan ditos. Fishbal dipotong 3
  2. Tumbuk bahan2 bertanda * sehingga lumat
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 ditumbuk tadi sehingga naik bau dan sedikit kekuningan
  4. Masukkan fishball dan kacau goreng selama lebih kurang 1 minit. Masukkan garam dan perasa/gula
  5. Kemudian masukkan kangkung dan kacau goreng lagi sehingga masak. Kalau nak senang guna 2 sudu dan kacau guna kaedah kaup balik(sebab daun kangkung kadang2 berbelit..hehe)
  6. Jika suka berkuah,boleh tambah sedikit air dan tunggu mendidih baru padamkan api.
  7. Cara menghidang:angkat sayur yang sudah masak menggunakan dua sudu(kiri n kanan)dan letak dalam piring. Letakkan fishball yang tertinggal dalam kuali di atas kangkung tadi dan hiaskan dengan cili hiris dan bawang goreng jika suka.
Ni nak ngabiskan stok fishball laa kiranya..heheee...pedas2 gini mak budak yang lebih2..uhuu..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, February 12, 2011

Cili Hijau Goreng Telur

Wahh,macam sunyi jer dunia cyber di hujung minggu ni kan..
Masing2 sibuk dengan aktiviti dan cuti masing2 agaknya..
Aku duk umah ajer..malam kang ada laa jemputan untuk open house CNY..manyak malas wa mau piligi tapi sebab kawan juga la kan,terpakse lo..yess!dpt makan freeee..gantung piriuk lo!heh

Cili hijau.Cili yang belum masak ni ada orang panggil cabai hijau kan kan? Selain dimasak goreng belacan kaw2.. aku suka gak masak gini..

Dah ikut tekak encik suamiku itu,suka kalau telurnya masih kebasahan..tak suka kekeringan. Tapi memang sedap laa dari telur tu goreng sampai kering..rasa macam tak best jek..hehe..
Satu lagi ia bergantung juga kepada cili hijau tu sendiri..kalau dapat cili pedas sediakala..tak payah laa letak cili api dah..

Sebab aku rajin,nak taip gak laa resepi mudah ni kat sini ..kot2 ada yang tertanya2 resepi kan..hehe

Cili hijau Goreng Telur >> HaSue

Bahan2:
  • 10 btg cili hijau
  • 1 btg cili merah
  • 5 biji cili api(optional-kalau cili hijau n merah dah pedas takyah laa letak)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji telur ayam
  • Garam n perasa/gula secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara2:
  1. Cili hijau dipotong memanjang kemudian dihiris agak halus. Buang bijinya
  2. Tumbuk halus-cili merah,bawang merah dan bawang putih
  3. Telur dipecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
  4. Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bahan yang sudah ditumbuk sehingga wangi kekuningan
  5. Masukkan garam n perasa/gula.
  6. Masukkan cili hijau yang sudah dipotong,kacau sebentar
  7. Masukkan telur,kacau kaup balik perlahan lebih kurang 5 saat dan padamkan api.

Makan pedas2 gini memang menyelerakan...yang ni tak berapa pedas,anak2 pun suka makan =)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 24, 2011

Cendawan & Baby Kailan Goreng Sos Tiram

Dah hari Isnin pun..
Agak2 ada yang tahu kenapa aku tak update blog hujung minggu baru2 ni..Tak lain tak bukan line tenet yang amat teruk melanda..
Dan rasanya bukan kat area ni jer..huhuu..ni pun masih belum dalam keadaan yang sepatutnya..adeh

Sebelum apa2,nak juga ucapkan Happy Belated Birthday buat Kak Rosaliza yang menyambut ulangtahunnya semalam..Semoga segala kebaikan dunia akhirat yang dihajatkan akan menjadi milik akak..Dan diharap persahabatan alam maya ke alam realiti ini kekal sampai bila2.aminn..

Kailan..ada beberapa jenis kan.. Yang biasa digoreng sos tiram ni,yang kecil2 ni ha..kalau kat sini biasa digelar baby kailan. Tak hidup rasanya kalau tanam kat tempat kita nih..Kalau yang keras dari batang ke daun keras2 sikit tu panggil daddy kailan jer..yang tu biasa leh hidup seperti sayur lain kalau kat tempat kita ni..nama lain bagi baby kailan ni baby sprout eh?? nama lain??ada tak?sayur hijau?kehkeh..betul gak kan. ;P

Biasanya aku masak baby kailan nih digoreng solo jer dengan sos tiram.
Kali nih aku gandingkan berduet dengan cendawan tiram..
Rasanya memang tip top....dah laa memang aku hantu segala cendawan..heee..

Sesuai sangat untuk hidangan ngadap nasi ayam..


Cendawan tiram ni siapa2 yang biasa ternak tu mesti best kan..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, August 22, 2010

Labu Kuning Tumis Udang

Labu kuning bukan jer sedap dibuat pengat,tapi sedap dimasak air tapi bagi kitorang la..paling sedap dimasak tumis gini..
Lagi2 bila ditumis dengan udang basah gini..gabungan udang ngan labu kuning memang menyelerakan.. kitorg mmg suka kalo dimasak smpai benar2 lembut..tapi taklah sampai hancur lebur ya..kalo masih keras2 tu tak suka ler...

Bahan2:
  • Labu kuning di potong dadu
  • udang basah tanpa kulit
  • cili merah*
  • bawang merah*
  • bawang putih*
  • sedikit belacan*
  • Serai(diketuk)
  • Garam dan ajinomoto/gula
  • Air secukupnya
Cara:
  1. Tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi,masukkan udang dan terus sahaja masukkan labu kuning.
  2. Kacau rata dan perlahankan api. Biar bahan2 meresap dan labu sedikit layu barulah masukkan air,garam dan serbuk perasa/gula.
  3. Masak sehingga labu benar2 empuk.

Hampir semua sayur2an tempatan sedap jika ditumis ngan udang basah...yg kat bawah ni pulak lebih biasa kita jumpa,kacang panjang ditumis bersama udang...memang sedap!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, August 17, 2010

Kacang Bendi Goreng Kicap

Ada lagi nama lain bagi kacang bendi ni kan? Lain tempat lain namanya..kalau c kakak lak dia namakan kacang nih kacang pensel..kalo diamati betul2..ada gak rupa pensel tu..hehe..
Menu ni dah ditelan beberapa hari lepas..kiranya entri tertunggak jugalah yaa..takpe,sibbaik gambar x basi.. :P

Kacang bendi ni kegemaran sekeluarga..biasanya digoreng kosong jer ala2 masakan orang tua..
Untuk mengelakkan kacang ni terlalu berlendir ketika dimasak,cuci dahulu,toskan baru dipotong2 yer..lepas tu takyah cuci dah...kalau suka lendirnya tu lain cerita ler...buat sup pun sedap tau.. :)

Saja nak kongsi menu simple ni untuk mereka yg tak pernah mencuba sendiri..rata2 lebih kurang juga dengan resepi sana sini..

Bahan2:
  • 10-12 batang bendi (saiz sederhana)-cuci,toskan n potong menyerong
  • 3 tangkai cili merah-2 dibuang biji dan hiris sederhana
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu udang kering
  • Sedikit belacan(jika suka)
  • 3 sudu minyak utk menumis
Cara:
  1. Cili merah, bawang merah,bawang putih, udang kering dan belacan ditumbuk lumat
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk shingga wangi
  3. Masukkan sos tiram dan kicap,kacau goreng seketika
  4. Masukkan kacang bendi dan cili yg dipotong/hiris dan kacau goreng lagi sehingga masak(jangan terlalu lama).
  5. Sedap dihidangkan panas2 bersama nasi putih. Selamat mencuba!
Kacang bendi ni hasil kebun kite tau..hehe..petik jer terus sedia jadi menu..seronok berkebun2 ni.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 29, 2010

Nangka Muda Masak Lemak

Umm Cakk!hehe..
Salam kembali..
Setelah kelam kelibut sikit ngan blog ni akhirnya berjaya gak ngentri hari ni..tenet pun ok jer harap2 sempat laa blogwalking petang ni..pada pengunjung2 lama dan baru mekasih sebab sudi singgah n tinggalkan komen n mesej yer...

Dah masak tengah hari lum? kalo ada nangka muda belakang umah tu gi amik dan 'semelih' segera sebab sedap sangat2 dimasak lemak kalo dah lama x makan..
Menu nih 2 hari berturut jadi santapan kitorang tapi tetap berselera sungguh menikmatinya..
Mungkin juga jenis nangka ye mempengaruhi rasa kesedapan gulai nangka tu?
Yg ni x perasan lak jenis nangka apa..nangka biasa jer kot..bukan nangka susu..

Bagi yg tak pernah masak sendiri meh laa cuba yer..bukan susah pun..sekarang dah ada yg jual sedia dipotong2 tinggal nak masak jer lagi..tapi yg hb aku beli ni yg masih bulat elok,sendiri semelih punya...fresh pun fresh tuu..cuma mencabar sket la dgn getah2 ni kan..takpe2,minyak masak kan ada...sapu pisau ngan minyak masak dulu,pastu guna laa plastik utk sarung tangan yer..

Satu petua nak masak makanan berasaskan buah yg agak berisi atau pejal seperti nangka,umbut,terung,betik muda dan sebagainya ni.. jika masakan kita jenis yg ditumis yer,biarlah bahan2 tumisan meresap dahulu ke dalam sayur..perlahankan api jika perlu dan tunggu sedikit layu barulah tambahkan air. Jangan masukkan sayur(nangka muda contohnya) kemudian terus masukkan air sebab ini akan buat masakan kurang sedap dan hambar. rasa pun lebih kepada rebus jer..
Kalau takut hangit gak tambahkan sikittt jer air sekadar mengelakkan dari hangus kat bawah tu jer..sambil tunggu ia sedikit layu tu kacau lah ye..

2 kali masak.. bezanya cuma yg kali ke 2 tu aku tambah sedikit serbuk kari jer.. kalo nak tambah sayap ayam yg dipotong 4 lagi sedap dan yg pastinya best ratah gitu jer..hehe

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 9, 2010

Kailan Goreng Sos Tiram-ala2 SRC

SRC tu apa ya?ahaks..tu singkatan bagi nama restoran Singapore Chicken Rice yg berlambak ada kat Kuching nun..ada gak kat Sibu,kat Miri..dan mungkin bandar2 lain di Sarawak..tp kat Mukah sayangnya takde plak.kalo ada sure jadi pelanggan tetap dah kat sini.huhuh..

Honestly,so far nak makan nasi ayam kat SRC la paling best!
Dengan nasi ayamnya yg lembut,ayam yg sedap bersama cili kisar yg best..menu sampingan yg menggoda perasaan..hehe

Kailan goreng gini memang nampak biasa jer..tp kalo silap gaya leh x jadi gak.. aku pernah tengok tips dr chef chinese kat tv dulu tuh dia kata sos tiram memang sedap diganding dengan perisa seperti gula dan lada sulah..jadi aku try letak gitu memang sedap!tp agak pekat,so cuba demi cuba memang last2 puas hati dengan hasil percubaan sendiri..

sukatan ni untuk satu hidangan lebih kurang makan untuk 3-4 org..bagi penggemar baby kailan tu boleh la mencuba yer..

Bahan2:
  • Baby kailan - dlm 2 cawan
  • sos tiram -1/2 cawan(campurkan dengan 1/3 cawan air)
  • 1-2 ulas bawang putih-ketuk n cincang halus
  • lada sulah dan sedikit gula
  • Sedikit minyak utk menumis
Cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau
  2. Masukkan sos tiram,kacau sebentar dan masukkan lada sulah serta gula. kacau sehingga pecah minyak dan masukkan kailan
  3. kacau goreng seketika dan padamkan api
  4. Taburkan bawang goreng ketika dihidangkan..sesuai dimakan bersama nasi ayam atau nasi putih. Selamat mencuba!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, November 14, 2009

Sayur Campur 'Pasti Sedap'

Selain dimasak dengan sos tiram, sayur campur sedap dimasak begini..
Kalau untuk majlis2 jamuan jemput orang datang ke rumah sebagainya..hidangan nih amat sesuai dan 'menu selamat' dalam memilih menu untuk tetamu
Manakan tidak,di samping mudah disediakan..ia juga nampak ceria,menyelerakan(bagi penggemar sayur) dan yang paling penting ia sedap..

Nih kalau ratah gitu jer pun memang best(lagi sekali,bagi penggemar sayur2an laa ek)
Letak jerlah jenis sayur2an kegemaran anda dalam tu..
Pasti sedap jer dikunyah..cuma jangan masak terlalu masak nanti layu lak x cantik dan khasiat hilang yer..

Kenapa asyik sebut sedap2 jer nie?Laa..mmemang sedap!guna perencah knorr pasti sedap!!hehe..rasanya kalo guna maggi 'secukup rasa' pun boleh nie..

Resepi nih mengikut bahan/sayur2an yg sue guna kali nih yer..kecuali cili merah lupa nak letak..heee.sayur2an boleh ditambah mengikut stok dan selera masing2.

Bahan2:
  • 2 ulas bawang putih-penyek guna pisau dan cincang
  • 2 ulas bawang merah-potong dadu
  • 3/4 cawan(atau lebih) udang basah tanpa kulit
  • 1 cawan brokoli-dipotong saiz sesuai
  • 1 cawan kobis hijau-dihiris saiz ikut suka
  • 3-4 baby corn-potong berbaji
  • 2 tangkai cendawan hitam-rendam kembang,potong dan buang pangkalnya
  • 1 batang lobak merah(sederhana)-potong saiz ikut suka
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1 tangkai cili merah-hiris ikut suka
  • 1 sudu besar perencah 'pasti sedap' knorr
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih diikuti bawang merah
  2. masukkan udang basah. Kacau sebati.
  3. Masukkan baby corn,brokoli,cendawan hitam dan lobak merah(masuk sekaligus). Kacau goreng seketika
  4. Masukkan perencah 'pasti sedap' knorr dan lada sulah.kacau goreng lagi
  5. Apabila sudah separuh masak(dalam setengah minit) masukkan kobis,cili merah dan tomato
  6. Kacau goreng sebentar dan padamkan api setelah kobis kelihatan separuh masak
Nota Biru : Kalau tak suka bawang merah tak letak pun takpe...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, October 15, 2009

Sayur Midin Goreng Belacan

Midin yer..bukan Mydin..hehe..
Sayur midin tuh dalam bahasa sarawak..
Kalau kat sarawak nih..tak kira laa dalam radio atau restoran2 semua sebut gini..
Jadi jangan tertanya2 lak apa ke rupa sayur tuh..huhuu

Konfius jugak nih..pucuk paku ke panggil kat semenanjung ek?
Hari tuh tengok kat blog kak nor kalo x silap...ader tayang sayur nih,tapi yang daunnya kaler kemerah2an..
Yang tuh ader gak kat sini,tapi selalunya yang hijau lebih manis kan.. :)
Err..bagi tekak kitorang laa ek..heee

ada yang kate tak pernah jumpa pun sayur nih kat sinun..huhuu..

Apa2 pun memang sedap digoreng ngan belacan..

Bahan2:
  • 1 ikat sayur midin segar-ambil daun dan pucuk hujungnya sahaja
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1-2 tangkai cili merah* >kalau nak tambah cili padi ikut selera ya
  • 3 sudu makan udang kering*
  • 1 sudu makan belacan*
  • Garam dan perasa
Cara:
  1. Tumbuk bahan bertanda *
  2. Panaskan miyak dan tumis bahan yg ditumbuk hingga naik bau
  3. Masukkan garam dan perasa
  4. Masukkan sayur midin dan kacau goreng sehingga masak
  5. Sebatikan rasa dan padamkan api
Ada yang tak kenal ke sayur nih? Nanti kalo ada gambarnya masih fresh sue tepek kat sini eh..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, October 9, 2009

Tumis Labu Kuning Dan Masak Air(Serai)

Sebelum nih dah bagi resepi tumis labu kuning nih..cuma kali nih tukarkan udang kering/ikan bilis kepada udang segar dan tambah serai yg diketuk jer...memang sedap..si kakak yg menggemari sayur labu nih memang berselera jer makan...

Sekejappppp sangat labu nih dah empuk..sungguh!tak pernah lagi masak labu sekejap gini... sebelum nih pernah beli sebiji labu dan bila nak tunggu masak tu lebih kurang macam tunggu daging empuk..serik dah masak labu tu..huhu..
Tapi labu nih,memang best tau..bukan nak puji labu tanaman sendiri...dah diberikan rezeki yang istimewa nak juga kongsi kan..hehe...bayangkan laa tak sampai 5 minit dah empuk..
Tapi kat mah nih memang suka labu dimasak empuk2 gitu..taklah sampai hancur..hehe

Kalau nasi dah habis kat pinggan pun sedap jer nak ratah nih..hehe



Pastu masa fresh2 nih memang sedap jer masak air gini kan...buh serai memang terasa aroma serainya...best jek hirup kuah..lagi2 kalo labu kuning yg manis sket tuh kan..hehe
Nak masak apa lagi?masak lemak?nak buat bingka?cekodok?keria labu? banyakkkk lagi tu.hehe...kat pokok(er..pokok ke panggil tumbuhan menjalar nih ek?) pun banyak lagi tu..hehe..
Puas laa tengok menu labu kat blog nih karang..hak hak :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, September 15, 2009

Kacang Botol Goreng Belacan

Ahehee...siap mintak confirm lagi kat ctzura yang mana betul..kacang botor ke kacang botol?
Bukan apa,pernah baca kat resepi lain(kat akhbar) tulisnya kacang botor...bukan sekali pernah nampak nih...2,3 kali laa jugak..hehe...ntah2 ada lagi yang konfius kan..heee...
Kalo kitorang lak,panggil kacang belibit jerk..hahaha..

Masuk nih, dah 2x jadi menu sepanjang bulan ramadhan...Sekali masa hujung minggu lepas...masa adik aku yg pompuan tuh datang sini...
Selain dari ulaman..memang sedap goreng belacan...sebenarnya masa tu buh extra belacan sebab dia suka aura belacan lebih dalam setiap masakan...
Apa2 jenis sayur pun masaklah cara gini..memang sedap..
Bagi yang alergik belacan,xyah letak belacan pun masih sedap..kan kannn :)

Bahan2:
  • 3oog(seikat)Kacang botol-cuci dan potong menyerong
  • 1-2 tangkai cili merah(jika suka pedas tambah beberapa biji cili api)*
  • 3 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • Segenggam udang kering*(boleh digantikan dengan ikan bilis)
  • 1 sudu makan belacan(atau lebih)*
  • 1/3 cawan minyak masak utk menumis
  • Garam secukupnya,pak aji dan secubit gula(jika suka)
Cara2:
  1. Bahan bertanda * ditumbuk/dikisar menggunakan pengisar bahan kering(jangan lupa cuci kesemuanya dahulu)
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yg sudah ditumbuk dan juga bahan2 perasa hingga naik bau dan sedikit garing
  3. Masukkan kacang botol dan kacau goreng seketika
  4. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan panas2-jangan masak terlalu lama,nanti lembik pula.

Kalau tak silap LOVE pun ada share resepi kacang botol goreng belacan kat myr...kan love?
tapi aku xleh bukak myR wat masa nih nak confirm bahan2 sama ke tak..hehee..
Yang pastinya goreng belacan gini memang jadi kegemaran turun menurun gitu...hik hik..


P/s: Sebenarnya cam slow jer nak update blog...tp bila tengok ada gak lagi kawan2 yg duk bertenggek kat cbox tuh..jadik pembakar semangat lak update.hihiii...mekasih ye semua..kalo lambat reply cbox tuh maknanya line mengong sikitbanyak...huhu...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, August 31, 2009

Tauge Goreng Telur

Heee...tauge pun nak masuk list gak eh.. takpelah,lom pernah lagi rasanya tauge nih ditayang amalkan kat sini..
Mulanya nak buat kerabu..tapi memandangkan kalo dibuat kerabu kang bebudak nih tak nak makan...goreng ler ngan telur..ingat nak goreng ngan ikan masin tp takda stok ikan masin la pulok..uhh..goreng gini baru budak2 makan sekali...
Maybe next time ler baru jadi kerabu tauge tuh..huhu.

Rasanya ramai dah tau cara masak tauge nih tapi takpelah yer..kot2 tak sama leh laa cuba resepi mudah nih..

Bahan2:
  • 300g tauge
  • 2 tangkai cili - untuk dikisar*,1 dihiris tanpa biji
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 biji telur
  • garam dan perasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara2:
  1. Tumbuk/kisar bahan bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan berkisar hingga harum dan kekuningan.
  2. Masukkan telur dan biarkan seketika baru dikacau sedikit
  3. Masukkan garam,perasa,tauge dan cili yang dihiris
  4. Kacau goreng seketika dan padamkan api
NOTE: Jika suka pedas,boleh tambah cili padi.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...