Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Friday, April 9, 2010

My blue watermark n Sedikit cerita mee kolok

aiseh..lom entri resepi lagi arinih..masih me'loading' mood masak2 selepas cuti2 kan...ahaks..
Dalam pada itu, baru2 nih baru berkesempatan download photoscape untuk tepek watermak yg dah siap lama dah ni haaa...tak terasmi2 jugak..hihi...
tapi tak kisah laa ek..janji berjaya gak tepek akhirnya..caranya boleh rujuk blog Cikmin/Faheem
untuk tempahan watermark dari Jiya si pengembala kambeng..boleh laa contact beliau kat sini >LittleColourShop(klik) atau kat umah dia 14sept(klik)
Comel x blue dolphin tuh?hihik..punya laa serewet nak tuka itu ini kan..hihi..pastu jiya yg baik ati nih pun rajin gak lyn karenah pelanggan banyak songehs nih..ngeee..apaa2pun mekasih byk eh jiya..lenkali nak tuko lagi aku koling2 ko!hii

Bercakap pasal mee kolok ni..atau sebutannya kalau huruf jawi tu guna huruf qaf yer..bukan kaf..jadi sebutan yg betul adalah mee koloq..atau org lain ada sebut kolo mee..
Mee kolok ni rasanya banyak kat sarawak..mana2 restoran melayu cina ke memang ada sediakan menu nih..
Sekarang ni ada satu 'spesis' mee yg kembar seiras dengan mee kolok yg disebut mee kampua..mee kampua nih memang adik beradik dengan mee kolok atau memang ia sejenis mee kolok pun x sure lak..tp rasa memang sepesen jek..nama jek lain2 kot..
Ok,apa yg spesel sangat mee kolok nih ekk...ni dari pandangan daku laa ek..mee nih kalo nak describe dari segi rasa memang laa bergantung juga dengan masakannya kan..tapi selalunya memang sedap..ada tu yg tak perlukan cili pun ada sebab semua rasa dalam mee tu dah cukup..

Camana ek nak bagi u ols imejin rasanya..ermm,,tau mee indomie tak?atau sekarang dikenali dengan ibumie?kalo anda penggemar mee segera tu..boleh jadi anda suka dengan mee kolok nih sebab ia sedap dr tu tp sama spesis laa..oily sikit cuma bukan laa yg berminyak sangat..mee nya pun lebih halus dari mee biasa..tengah2 antara beehoon dengan mee kuning..bole gitu?hee

Dengar cerita kat semenanjung pun dah ada dipasarkan mee kolok nih...sekarang ni kalo x silap ada dijual yg kering so tahan lama..bila direndam ia akan jadi oily juga seperti yg dibeli di pasar basah...cuma kena carik pembuat yg muslim ler kalo xnak rasa was2..sebabnya makanan nih pun berasal dari org2 cina..ia selalunya dihidangkan dgn *tooott..tapi kita boleh gantikan dengan daging lembu..ayam fishcake dan sebagainya..selalu ia dihidangkan dengan daging kisar ler.. aku kan,kalo ada lebih masakan daging masak kicap tuh...selalu ler masak dengan mee kolok nih...cuma tambah beberapa bahan jer lagi...pehh..memang sedapp!

Oklah,dah panjang cerita nih,lepas nih ada entri bukan makanan lagik...sapa2 yg diet tuh..niat awal2 tahun nak kurus tahun nih dah mula diet serius lum??(kata dulang paku serpih nih)muehehe...

P/s:gmbar mee kolok tuh masa melantak kat restoran semalam..ehee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, February 5, 2010

Mee Goreng Mamak Simple

Selamat pagi Jumaat semuaa...dah sarapan ke?kitorang dah kenyang pepagi lagik dengan hidangan simple tapi menyelerakan nih...layan lak dengan teh 'O' panas di awal pagi memang beshhh...
Bukan apa keletung keletang awal pagi,my hero nak gi ke luar daerah ler sebab ada meeting lagi.huhu...
Tapi kan,bahan2 letak mana yg sempat ajer...kangkung bukan tak ader...tumbuh subur kat kebun tuh tapi tak sanggup lak nak turun pepagi buta gi amik..ehee..

Takpelah kan..janji guna bahan basic tu haa...yg tuh kunci penyedap mee goreng mamak nih..ops,bru perasan lupa boh tomato.ahak...

Selongkar dari dapo Kak Nor Ganu..thanks kak...sedappp!!

Mee goreng mamak Simple

1 bungkus mee kuning
daging (k.nor guna daging batang pinang) ~ dihiris nipis
fishball/sotong ball ~ dipotong
2 ulas bawang putih ~ diketuk
2 sudu besar cili mesin
5bj bawang merah ~ diblend
2 ulas bawang putih ~ diblend
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 bj tomato ~ dihiris nipis
sedikit garam dan gula
2 bj telur
kangkung
sedikit air
minyak
timun batang
limau nipis

Panaskan minyak masak dan masukkan bawang putih yg diketuk. Goreng hingga wangi/perang.
Masukkan cili mesin dan kacau hingga garing.
Masukkan bahan yg diblend dan kacau goreng hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan sedikit air utk mengempukkan daging.
Masukkan fishball/sotong ball dan tomato buah serta kicap pekat, kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Gula perlu dimasukkan utk bg balance rasa masin dr kicap2 dan sos tiram. (Hati2 bila masukkan garam, sbb dah banyak rasa masin dr kicap2 dan sos tiram td)
Goreng hingga pecah minyak pastu masukkan telur.
Kacau hingga telur masak dan masukkan kangkung yg dah dipotong.
Kacau2 kejap baru la dimasukkan mee.
Kacau mee hingga sebati dgn rempah2. Biarkan masak seketika baru la dipadamkan api.
Sedia utk dihidangkan bersama hirisan timun dan jangan lupa perahkan limau nipis bg menambahkan lagi keenakkan mee goreng ni.
Slmt mencuba..

* daging boleh digantikan dgn udang atau ayam tp K.Nor prefer letak daging.
** boleh letak ubi kentang dan tauhu yg dipotong dan digoreng hingga garing.

Betul2 ho liow!!heheeheee...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, January 18, 2010

Mee Udang

Salam kembali..
Kalau nak cerita kenapa tak update blog 2,3 hari lepas..jawapan masih sama..masalah tenet..jadi nak citer panjang pun bukan leh ubah keadaan..

Jadi mari kita teruskan aje ke menu kali ini..sebenarnya mee udang aku nih tak cukup bahan..pastu kurangkan cili sebab kalo pedas anak2 x leh hirup skali lak kang..
Jadi alter sana sini laa asal kena dengan selera..ehehe
Udang galah kali ni bukan hasil memancing ngan kail yer,tapi hasil memancing dengan RM..ehee...

Resepi ni ilham dari k.cik...mekasih ye kak..mintak ijin kopipes resepi di sini..

Bahan-bahan ( 10 orang )
  • 2 paket mee kuning - di celur
  • 1/2 kilo udang - asingkan kulit & kepala
  • 1/2 ekor ayam>sue tak letak
  • Bahan2 Utk Dikisar
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 8 - 10 tangkai cili kering
Cara-cara
  1. Rebus ayam dengan 10 cawan air selama 30min. Angkat biarkan sejuk dan asingkan isi ayam. Tulang ayam simpan dulu.
  2. Kulit & kepala udang digoreng hingga kekuningan/caramelised. Masukkan dalam air rebusan ayam & rebus utk 15 min atau lebih.
  3. Keluarkan kulit & kepala udang dari air rebusan dan masukkan tulang ayam dan teruskan merebus. Kulit & kepada udang dikisar dengan 1 -2 cawan air dan masukkan dalam air rebusan.
  4. Guna minyak yg goreng kulit udang tadi untuk menumis bahan2 yang dikisar. Tumis hingga keluar minyak dan ada bau sikit kemudian tuangkan dalam air rebusan.
  5. Masukkan udang yg dah tak berkulit. Imbang rasa kuah dengan garam & gula/perasa. Jika nak sedikit pekat boleh tambah 2 sudu besar tepung jagung. Tambah air jika perlu.
  6. Hidangkan dengan sawi/kangkung, taugeh yg dicelur, tauhu goreng, telor rebus, daun sup & daun bawang, cili potong & bawang goreng.
Udangnya ni ada yang dibuang kulit dan dicincang halus..untuk mengekalkan kemanisan isi udang,sebahagiannya dibiarkan tidak dibuang kulit... masa nak makan tu baru bukak kulitnya ye.jangan makan ngan kulit2 skali lak...hehe

Pastu aku tak letak ayam sebab ayam masih kejung dlm esbok(tak plan nak masak ngan ayam pun..sebab tu masak main campak jek..ehee)

Sedap hirup kuahnya..makan lak bersama sambal kicap..ermmm!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, January 5, 2010

Kue Teow Goreng Kerang

Kat rumah ni jarang layan menu kue teow..tapi sesekali layan mau berebut nak bertambah...huhu..
Kali ni try letak kerang lak(ehem..kerang panggang yg dalam tin tu aje..x dpt kerang fresh kat sini..ngalahkan org duk oberC jek aku nih)..
Tapi sedapp(sapa lagi nak puji kan)..cuma aku ngan hb je laa makan kerangnya tuh sebab bebudak ni duk simpan tepi jer..huhu..lenkali try carik kerang fresh naa..ntah2 yg fresh pun depa tak gheti makan!huk..ikut perangai sapaa ntah.. :P

Resepinya ni main letak jek...tapi main letak atau campak pun mesti ada bahannya kan...so letak jela kat sini kot2 nak rujuk masa akan datang.

Bahan2:
  • 300g Kue teow basah
  • 2 batang cili merah*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/4 labu bawang besar*
  • Udang basah
  • Isi Kerang
  • Sayur sawi
  • Tauge
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap pekat
  • 1 sk maggi seasoning
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara2:
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 * yg sudah ditumbuk/dikisar halus
  2. Masukkan udang,kacau seketika dan masukkan sos tiram,sos cili dan kicap pekat.Kacau lagi
  3. Masukkan isi kerang dan kue teow.. Kacau sebati dengan bahan2
  4. Masukkan garam dan perasa secukupnya(jika perlu)
  5. Apabila kue teow sudah lembut barulah masukkan tauge dan sayur sawi.
  6. Kacau seketika dan padamkan api.
Ntah kenapa laa kan,bagi aku kue teow goreng ni berbeza dengan mi kuning(mee goreng)..kalo mee goreng sedap dimakan panas2..kalo kue teow lak masa suam2 sejuk sket tu yg sedap banding panas2..heheee...tu selera daku ler.. :p
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, December 27, 2009

Mee Kari

Salam penghujung minggu dan kita akan berada di minggu terakhir tahun 2009.
Anak2 pun dah mula nak sekolah kembali..dah beli barang keperluan anak ke? Jangan tunggu last minit yer..takut kelam kelibut lak nanti..hehee...

Oklah ni sebenarnya menu sarapan pagi tadi baru nak tayang sebab sedap jer seharian ni meluangkan masa bersama keluarga setelah beberapa minggu termiss hari ahad bersama babah diorg..ehek.. :P

Sebenarnya walaupun kat rumah ni hampir semua peminat kari tapi mee kari bukan selalu jadi menu pilihan..
Kalau buat mee kari pun selalunya ikut citarasa sendiri n of coz main campak ajer sesuka rasa.

Kali ni try ikut resepi dayangjack lak..let's cekedaot! n thanks to dayang! :)

Bahan-bahan ( utk satu famili (7-8 org) )
  • Untuk Kuah :
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • segenggam udang kering*
  • 500 gm keledek merah (direbus dan dikisar sampai hancur)
  • 2 camb tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
  • 4-5 camb kari ayam Adabi (dijadikan pes)
  • 2 camb kerisik (buat sendiri)
  • rempah 4 sekawan
  • garam dan gula secukup rasa
  • 4 camb minyak masak
  • Bahan2 Lain:
  • 1 kilo mi kuning (dicelur)
  • tauge (dicelur)
  • 5 biji telur rebus dan dibelah dua
  • sedikit daging yg tlh direbus (dipotong dadu kecil)
  • tauhu goreng (dihiris)
  • limau kasturi - optional (tp rasanya ttp sedap tanpa perahan limau)
  • sawi (dicelur)
  • Lain2 utk Hiasan : daun bawang, daun sup, bawang goreng, cili merah
Cara-cara
  1. Untuk memasak kuah, kisar kesemua bahan yang bertanda * sampai lumat
  2. Panaskan minyak di dlm periuk dan tumis rempah 4 sekawan sampai wangi dan barulah dimasukkan bahan2 yg tlh dikisar td. Kacau lg sampai keperangan.
  3. Masukkan pes kari dan tumiskan sampai pecah minyak. Perlahankan api ketika menumis.
  4. Kemudian masukkan keledek yg tlh dikisar bersama air yg secukupnya. Kacau rata2 dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau perlahan2. Slps itu, masukkan pula kerisik, garam dan gula secukup rasa. Kacau lama sedikit sehingga kuah btl2 masak dan pekat (klu xnk pekat sgt, bleh le tmbh air sedikit)
  6. Di dlm mangkuk, masukkan mi dan bahan2 lain dan tuangkan kuahnya serta hiaskan dgn daun bawang, daun sup, bawang goreng dan cili merah.
  7. Hidangkan panas2.
  8. **jika x suke daging bleh diganti dgn ayam, udang, fishcake dsbnya.
Hb kata rasa mee jawa pun ader..huhuu.. Kalau suka kuah mee kari yang pekat boleh laa cuba resepi ni yer... nampak jer berderet resepi tu tapi nak buat senang jek..hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, December 15, 2009

Laksa Sarawak Oh Laksa Sarawak! :P

Yuhuuuu.....
Nih projek kat kampung ngan my oldest sister masa raya haji hari tu...
Dia bahagian sediakan bahan2 laksa dan aku lak prepare untuk kuahnya..
Apa yg penting?kerjasama...!kata wonderpet..aheh.

Nih rupa laksa yang baru dimandikan dengan kuahnya...
lebihan minyak tu kena laa buang yer


Istimewa buat kawan2 yg nak tau resepi terutama Cik Min dan kak Sueozana camner sue masak laksa nih...sebenarnya cam orang lain gak..hehe
Tapi saja nak kongsi my style laa eh..juga untuk rujukan anak2 di masa depan..
Kalau nak masak untuk seorang,baik gi kedai jek laa..tapi kalo rajin apa salahnya...

Nih untuk resepi 600g pes laksa yer...boleh sampai 10 orang makan bergantung saiz perut..aheh...kalo untuk keluarga kecil,guna peket kecil dah cukup.
Bahan2 nih yang paaaalingg basic nak buat laa k...nak tambah bahan ikut suka ler,nak skip bahan dinasihatkan jangan..hehee

Kalau tak jumpa pes laksa nih,leh juga cuba buat sendiri yer..sila tengok resepi kat SINI(klik)

Jom buat Laksa Sarawak!!

Bahan2 untuk Kuah:
  • 1 peket pes laksa sarawak(600g)
  • 2 liter air
  • 500ml santan dari sebiji kelapa >sue guna santan kotak+air
  • 1 mangkuk udang tanpa kulit (boleh letak byk ikut suka )
  • 1 sudu teh garam * dan sedikit ajinomoto(tak letak takpe kot)
  • 1/2 sudu teh gula*(*agak2 jer nih...lupa lak simpan banyak mana)
Cara2 menyediakan kuah laksa:
  1. Panaskan 2 liter air dan masukkan pes laksa sarawak dan didihkan selama setengah jam-45 minit.
  2. Tapiskan rempah laksa yang sudah dimasak tadi
  3. Kuah laksa yang sudah ditapis dimasak kembali,masukkan sebahagian udang basah(selebihnya dicelur)dan tambahkan santan dan bahan2 perasa
  4. Biarkan renih seketika dan sebatikan rasa..kalau nak cairkan sedikit kuah boleh tambahkan sedikit lagi air...
  5. Apabila sudah sebati padamkan api...kuah sedia untuk digunakan...(panaskan sebelum diceduk ke dalam mangkuk)
Bahan2 Laksa(boleh letak ikut suka):
  • 1 Peket Bihun-rendam sehingga lembut dan toskan-kalau x tahu camner leh tengok SINI(klik)
  • Isi ayam goreng-(ayam digoreng bersama garam dan serbuk kunyit,dicarik2)
  • Cendawan hitam*
  • Udang*
  • Taugeh*(jika suka) > sue tak letak
  • Telur rebus
  • Telur dadar(telur goreng bersama sedikit garam dan dipotong2)
  • [Bahan2 bertanda * dicelur/di rebus sekejap]
Bahan Sambal:
  • Belacan
  • Cili padi
  • Jus limau kasturi
  • Garam dan secubit ajinomoto
Cara menyediakan sambal:-
>Campurkan semua bahan dan kisar atau lecekkan sahaja pun ok..

Cara Hidangan:
  1. Sediakan mangkuk,letakkan sedikit bihun. Di atasnya letakkan pula bahan2 laksa ikut suka banyak mana...
  2. Cedokkan kuah laksa yang sudah dipanaskan ke dalam mangkuk tadi
  3. Untuk rasa laksa sarawak yang mantop,makanlah bersama sambal(kuah) belacan yang masam2 pedas..wallahhh!
Laksa sarawak yg sedia untuk dinikmati..oh oo..kena tambah belacan lagi ni...jom makan!emmmph!!sedappPP...hikhik.

P/s: Buat Cikmin..tunggu abis pantang 60 hari baru leh makan laksa sarawak oo kak..tak letak udang kurang sedap oo...hahaa

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, December 6, 2009

Thai Style Kue Teow Lad Na 2

Sebenarnya nih kali ke 3 dah buat..cuma kali nih guna isi ayam..sebelum2 nih guna fishball jek..
Tapi rasanya guna ayam ke fishball tak jauh beza sedapnya..yang penting kombinasi kuah dan kue teownya memang serasi..
So pada yg belum mencuba resepi nih terutama penggemar kue teow lad na..try laa resepi nih ehh..try jangan skip bahan,nak tambah ok kot ikut selera..cam nak tambah udang ke..kite takde stok udang laa wak..hehe
Rasanya kepekatan kuah juga boleh adjust ikut kehendak dan citarasa sendiri eh..
Itulah seronoknya memasak sendiri nih..kan kann.. =)

Thanks to sunkist/ida skali lg..heee..

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 250 gram kue teow
  • 4 sb minyak sayuran
  • 1 sb kicap pekat (dark soy sauce)
  • 100 gram isi ayam - di potong kecil2
  • 2 sb tepung jagung
  • 11/2 cawan brokoli
  • 1 sb bawang putih - dicincang kasar
  • 1 sb taucu (yellow bean sauce)
  • 2 cawan stok ayam
  • 1 sb sos ikan
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb maggi seasoning
  • gula, serbuk perasa & sedikit serbuk white pepper
Cara-cara
  1. Gaulkan isi ayam dengan 1 sb tepung jagung dan maggi seasoning. Perap selama 10 minit.
  2. Di dalam mangkuk, gaulkan kue teow dengan 1 sb minyak & kicap pekat. Kemudian goreng dalam nonstick pan sehingga warna kekuningan. Angkat dan sejukkan.
  3. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bewarna kekuningan. Masukkan taucu (yellow bean sauce) dan goreng lagi sehingga sebati. Masukkan pula ayam yg telah diperap tadi dan goreng sehingga masak. Masukkan pula stok ayam dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan brokoli, sos ikan, sos tiram, gula & serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit stok ayam.
  5. Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan ke atas kue teow tadi. Taburkan sedikit serbuk white pepper.
Brokoli tuh nak perabiskan stok...maklum laa,ditinggalkan coti2 aritu kan..ehee...


Note: Kenapa tenet nih amat dasyat slownya..hukhuk..x sabar nak terjah umah jiran2 blogger nie..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, November 19, 2009

Thai Style Kue Teow Lad Na

Anda sedang dihidangkan dengan menu dari thailand..
'Sawaa dikappp..kap pun kaappp...'err..betul tak betul nih ijah?eheh..
Setahun pendam hasrat nak mencuba resepi dari Thai nih..
Resepi nih dikongsi oleh Cik Ida kita yg comel tuh a.k.a sunkist di myr
Bila tengok kat myr..hari nih genap setahun semenjak laporan terakhir dihantar..hehe
Rasanya ada yang dah cuba juga cuma tak anta laporan kot...kalo boleh anta laa ek..semangat dapur tuh kite nak kongsi..di samping tu sebagai penghargaan kepada yg kongsi resepi juga..
Salute buat mereka yg dah cuba n hantar report kepada mana2 resepi kat myresipi.com

Menu nih tertangguh sebab apa tau..
Nak meng'complete'kan bahan2 dulu seblum mencuba..(err,boleh terima x alasan nih)
Sebenarnya taucu tuh jarang2 ada stok kat umah sebab jarang2(sebenarnya mmg amat jarang) digunakan..
Lagi satu memandangkan semalam dah kelaparan yg amat,x sempat tunggu ayam lembut..guna fishball jek..tapi memang mabeless..sedapp seyy!

Lagi satu menu nih guna brokoli kan..'that's the way..aha..aha..i like it..aha..aha..' ..akukk sukakk sangat brokolik nikk..hehe..
Thanks to sunkist ye.. mesti beliau bz di musim2 exam nih..hehe
Meh kita kongsikan resepi nih kat sini pula ya..

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 250 gram kue teow
  • 4 sb minyak sayuran
  • 1 sb kicap pekat (dark soy sauce)
  • 100 gram isi ayam - di potong kecil2
  • 2 sb tepung jagung
  • 11/2 cawan brokoli
  • 1 sb bawang putih - dicincang kasar
  • 1 sb taucu (yellow bean sauce)
  • 2 cawan stok ayam
  • 1 sb sos ikan
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb maggi seasoning
  • gula, serbuk perasa & sedikit serbuk white pepper
  • 3-5 biji cili padi hijau(potong kecil) < nih sue tambah
Cara-cara
  1. Gaulkan isi ayam dengan 1 sb tepung jagung dan maggi seasoning. Perap selama 10 minit.
  2. Di dalam mangkuk, gaulkan kue teow dengan 1 sb minyak & kicap pekat. Kemudian goreng dalam nonstick pan sehingga warna kekuningan. Angkat dan sejukkan.
  3. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bewarna kekuningan. Masukkan taucu (yellow bean sauce) dan goreng lagi sehingga sebati. Masukkan pula ayam yg telah diperap tadi dan goreng sehingga masak. Masukkan pula stok ayam dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan brokoli, sos ikan, sos tiram, gula & serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit stok ayam.
  5. Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan ke atas kue teow tadi. Taburkan sedikit serbuk white pepper.
Untuk menambah rasa 'menendang' dan rasa ke'thai'an dalam menu nih aku cincang cili padi(hijau)..makan pun berselera sebab sedap dan pedass..uhh..harus dicuba bagi mereka yg belum cuba!

P/s:Semalam tak nyempat2 nak ngentri..sibuk yg amat..maklum laa dekat2 nak cuti sekolah nih...aktiviti penyampaian hadiah dan sijil la pulak kan..
Hari nih ada sukaneka lak kat sekolah budak2 tuh..tapi aku tak pegi laa..hee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, November 7, 2009

Laksa Sarawak

Siapa tak pernah makan laksa sarawak..sila angkat kibod!
Ada..satu..dua..oowohh!ramai gak angkat nih..
Rugi la jika u olls dah rasa laksa lain tapi lum rasa laksa sarawak..haks
(kena promote lebih sket takut kena buang negeri)huhuu.. :P

Lamaa dah tak makan laksa sarawak nih..
Letak apa yang ada dalam stok..dengan brokoli skali masuk sebab sayang lak hampir2 kehabisan klorofil rupa gayanya..aheh

Nih rupa laksa sebelum direndam ngan kuah..hehee..

Tengok dari posisi nih lak sebelum dijirus ngan kuah panas2..hehe


Dah dijirus pun....leh berenang2 'korum2' kat dalam tuu.


Suka letak cendawan hitam nih lebih sikit..heheee..isi ayam goreng,telur goreng,udang,telur rebus,brokoli dan letak je apa nak diletak..yg penting ada apa tau..

Haaa..inilah yg pentingnya...belacan + limau + cili api... Sedappp wooo makan ngan laksa..iskhh2..
Kalau berkesempatan cubalah yer.. rugi tak cuba laksa sarawak :)

P/s : Kak rosaliza angkat kibod paling tinggi tadi kan..meh laa rasa semangkuk kak..hehe


Nota: Takziah buat Kak Ana @ Waheedeana77 atas pemergian ayahnya pada 7hb November 2009 jam 10.30 pagi. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang² yang beriman. Al-Fatihah... [sumber berita dr blog JIYA..tq jiya.kopipes je nih]
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, November 6, 2009

Mee Goreng Udang

Salam semuaa..Cakkk!!
Macam lama sangat tak update..padahal baru 3 hari kot?haks
Dah sihat sepenuhnya ni..server jek masih gitu.
Tima kasih pada mereka yg sudi amik berat eh..sayang korang!heheh. ;)

Minta maap sebab takde update untuk beberapa hari lepas..
Hal server lak masih di takuk yg sama..kadang2 ok.. kadang2 selalunya k.o
Line tenet memang dasyat gak ni lagi2 sekarang ni macam musim ujan lak..
Nih pun try upload pic 2 keping asik failed jer laa dr tadi..

Failed tu dia cam ni tau : loading..loading....loading...(lama tunggu nih) pastu kuar "page load error" kat page tuh...Refresh..."page load error".. refresh lagik..(sampai beberapa kali..) loading2....pop!kuar lagik page load error.. dan begitu laa selanjutnya...huhuuu
Err...korang leh bayangkan tak?huhuuu....rasanya yg ada atau pernah ada masalah server jer faham..yang server lancar tuh mungkin takleh bayangkan kot..hehee :P

Nak gi blog kawan2 kadang2 memang dapat view..tp xleh komen atau view cbox pun..
Harap cepat2 laa ok..jangan laa cadangkan streamyx..takde talian tetap nih.ader cadangan lain?hehe

Namun begitu masih berkesempatan merayau ke blog kawan2 dan membaca komen2 n chat kat petak cbox jika tak 'failed'..ehe...

Nih menu 2 hari lepas kot..saja nak melepas rindu mengentri..
Takde gambar cam tak besh lak kan..huhu
Mi goreng nih sedap kan kalo letak udang banyak2 n goreng basah2 gitu..
Ada nak resepi ke?semua dah pandai eh..yg penting nak makan tuh kena perah limau baru selera nak makan..kalo nak pedas lecek lak cili api..pehhh

Sori laa ye..tak mekap2 pun nak buh gamba kat sini..nak makan baru nak amik gamba..haha..

Lepas nih try upload gambar untuk lusa punya n3..ekeke...takde la gurau jek.hehee...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, August 11, 2009

Bihun Goreng Udang


Sebenarnya malas nak interprem..
Tapi memandangkan ader laa orang tuh tadi macam tak puas hati jer kite hidangkan tart nenas pepagi..nak ler jugak tayangkan bihun goreng nih haa...
Nih laaa sarapan pagi nih...
Malas nak mekap banyak2..tak sabar den nak makan..ahehe..
Yang penting bihun nih memang sedap sebab kite yang masak..kena laa puji diri sendiri sebab kalo kate tak sedap tak ler habis bihun itu tadi..diulangi,DAH HABIS yer..eheee...

Kali nih kontot2 lak bihun goreng nih sebab nak cepat masa mengacaunya.huhu.
Kalau nak bihun tuh terhasil panjang2,guna laa garfu sekali untuk mengelakkan ia putus2 yer..
Udangnya harus dibuang kulit..selalu orang tak buang ekor untuk nampak cantik tapi kite buang ekor n tinggalkan bahagian kepala yg berkaki tuh sebab otak udang yang mencair tuu yang bagi sedappp lagii...
Bihun goreng kalo perah limau kasturi memang memikat seleraaa..
Ditambah lagi rasa pedas2 cilinya memang menggamit jiwa untuk mengunyah hingga ke helaian bihun yang terakhir..ahehe...
Penggemar2 bihun..bila kali terakhir anda makan bihun/mihun??
Kalo dah lama tak makan,pergilah masak yer..
Kite nak masakkan takleh..jauhh..heeeee :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, July 26, 2009

Bihun Lada Sulah

Akhirnya vitamin R yg disuntik ke dalam tubuhku sampai juga ke urat Rajin..tempat yg sepatutnya... Sebelum nih selalu suntik dah,tapi duk melencong gi urat Malas...sebab tuh resepi bihun ctzura nih asyik tertangguh ajer...ahahakk..
Kalo Vitamin M tuh laju jer meresap haa...takyah suntik2 dah..ekeke

Sebenarnya nak membuatnya senang yang amat...tu haa,part nak menyahbekukan daging tuhh..yg maless bebeno..kikiki..
Hmm..tadi dah ngalas pewut ngan roti mentega tuh kan..
Jadinya,inilah BRUNCH kitorg 3 beranak hari ni..
Sedapp tauu..my kids suka makan..mak diorg pun suka..hihii..

Resepi c n p dari myR jelah ye..
susah2 beliau meng'share' resepi kat situ kalo tak di copy(pdhal malas naip nih)hehee.. :P

Thanks to ctzura a.k.a mama-lya

Bahan-bahan ( 2 @ 3 org jerk )

  • 1/2 bungkus bihun
  • 1/2 biji bwg besar *
  • 2 ulas bawang putih*
  • Segenggam udang kering*
  • Daging potong nipis - byk ikut suka
  • Kobis hiris - ikut suka
  • lobak merah dihiris - optional
  • 4-5 biji tomato ceri belah 2
  • 1 sk lada sulah - nak lagi pedas tambah le
  • 2 biji telur didadarkan
  • Timun & bawang goreng tuk hiasan

Cara-cara

  1. Blend bahan bertanda*. Panaskan minyak, tumis * sampai naik bau.
  2. Masukkan daging yg dihiris nipis. Jgn beso2 nnt lambat lembut. Kacau rata sampai daging lembut. Tambah air jika perlu.
  3. Masukkan lada sulah. Kacau. Masukkan pulak lobak & kobis...kacau sekejap. Perasakan secukupnya.
  4. Masukkan bihun yang dah direndam @ di lembutkan terlebih dulu. kacau rata. Rasa, kalau kurang, tambahla garam gula & perasa secukupnya. - selalunya saya boh perasa suma baru letak bihun..
  5. Rasa dah masak & sebati suma bahan, masukkan tomato. Telur dadar yang dah dihiris leh gak campur terus dalam bihun. kacau2 sekejap. Angkat.
  6. Siap. tabur bawang goreng, makan ngan sambal kicap!...Sedap!! Senang! Cepat! Selamat mencube ..
Hmmm...ngah terfikir 1 menu lak untuk malam karang...
Oopps..hubby sampai petang ini..beshhnyaaa..yipppieeeeeeee!!! :D

P/s:To CtZura,amacam mokcik??lulus ke idak bihun kite nih?ngeeee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 10, 2009

Kueh Teow Kungfu

Wachaaaaa!!ehehe....
Teringin lak nak makan kue teow nih bila tengok kat umah ita semalam..hehe
Dia cakap sedapp..tuh yg terpanggil nak mencuba..
Alhamdulillah,tak mengecewakan...
Hb yg tak berapa suke kue teow pun suka jer makan..hihii..
Pastu letak lak cili padi..(err,bukan yg kena simen tuh yer)xtra..
Bertambah laa sodapnyerr..pehhh...

Kueh teow yg ditenggelami kuah..
Resepi dari hanis Myr.

Bahan-bahan ( 1 orang )

  • kueh teow
  • 2 biji telur
  • lada hitam / lada putih
  • mix seafood-guna udang frozen jerk
  • lobak
  • 1~1setengah sudu besar tepung jagung-sue gantikan tepung ubi,kehabisan stok tpg jagung
  • 1 cawan air
  • sayur-sayur lain (optional) (sayur2 kat rumah dah abis la pulak)-sue belasah jer apa yg ader dlm esbox
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
  • sos tiram

Cara-cara

  1. Pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas.
  2. Masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas. (dah terlebih masuk kueh teow)
  3. Tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis.
  4. Balikkan supaya kedua-dua belah masak.
  5. Masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.
  6. [untuk kuah] tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix.
  7. Tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
  8. Masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.
  9. Biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)
Nampak tak kueh teow nya?hehe..
Nak rasa?meh nak suap....sedappp.. :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 27, 2009

Bakso!Bakso!

Haaa..tengok!tengok!dekat 1 jam try post satu n3..
Jadi n3 nih dah masuk n3 ari rabu ler pula ehh..
Jadi,salam utk hari Rabu.hehe..

Bila orang sebut bakso nih,terbayang kat filem2 indon yg duk sorong gerai kecik tuh jual bakso..
Sambil jalan,wak tuh jerit laa,BAKSO!BAKSO!heheee

Arituh tengok kak yatiezaini buat nih..
Pastu bakso Ctzura plak menggoda..daku x leh tahan dahh..huahuaa..
Padan mukaku kena buat bakso sendirik..



Telur lebihan buat meat ball tuh aku goreng tabur kat atas..penambah sedap..lgpun x baik membazir..hehe.Dalam gambar takde cili padi..mmg kaw2 tenyeh cili padi kat dalam mangkuk tuh..

Bakso nih 1st time buat..nak kate 1st time makan,tp macam pernah makan gak sebelum nih.
Ada satu resepi indon gak,pernah makan mcm nih gak,tp ayam dan bersantan..err,ader kacang kot..lupe plak..rase lebih kurang gini gak..cuma yg nih tak bersantan.
Jadi sesuai gak untuk menu diet ni..
Minyak untuk menumis tuh jangan ler letak banyak sgt..
Kalo ngah diet,meatball tuh mkn seketul 2 udah ler yer..

Ohya,kite wat meatball sendirik tau..
Tak main ler yg frozen2 tuu..(jeling2 kak t n ctzura)ekeke.. :P
Tapi terasa tul kelainannya tuu
Rasanya jangan cakap lerr..nak taip jer..SEDAPPP(sape lg nak puji ye x)hahak

Bakso nih biasa org makan ngan sambal kicap eh?
Kite makan ngan cili padi lenyek dalam mangkuk..
Perghhh..berppoluh den!pedasss..tp terangkattt..di samping simpleeee..hehe

c n p resepi che iza myr...thanks! :)

Bahan-bahan ( 7-8 org )

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus
  • *UTK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam
  • *UTK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa

Cara-cara

  1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 20, 2009

Bihun Goreng Bersama Bendi

Ada tak antara korang pernah makan bihun goreng bersama kacang bendi?
Nih idea my hubby...dah terjangkit sukeeee...
Kitorang nih gemar sayur bendi..so memang rasa best n sedap..
Yang penting sayur bendi nih kena cuci dulu sebelum potong..untuk elak lendir berlebihan..
nak naip resepi maleh plak..mate berat dah neh..heee..
Nak try msk mcm resepi biasa,cuma letak bendi jer..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Cara Menyediakan Bihun Yang Lembut

Sila Ambil Perhatian kepada sesiapa yg bkenaan..hehe

Satu ketika dulu..dengar encik hubby request nak makan bihun goreng mcm mimpi ngeri jer..
Dah terbayang bihun yang bakal jadik..Kengerian bertambah parah bila hubby cakap bihun goreng sebenarnya peberet dier..macam beku jer darah jap..
Mana taknya,selalu jer bermasalah nak goreng bihun nih..jarang2 sangat menjadi seperti yang dimahu...suamiku ini pula berkenan sangat dengan bihun lembuttt sahaja,bukan lembik..Erkkk!

Kalo baca arahan kat peket bihun biasanya suruh rendam n tos jer..bleh rendam ngan air sejuk atau panas..tp arahan tak lengkap..kalau rendam guna air sejuk,alahai lama gak ler..seorang kawan bagitau emaknya mmg biasa rendam air sejuk jer sbb takut terlebih lembik kalau guna air panas..

Ini kemungkinan2 yg biasa berlaku pada bihun goreng,kdg2 kat restoran pun leh jumpa!:
  1. Bihun keras kejung-ala2 tangsi gitu..yg org guna utk mancing tuh..hahaa..
  2. Terlampau lembik..adehh berpintal2!
  3. Dah ok..tapi bihunnya putus2,bahan2 kadang2 masih berketul dan tak sebati
  4. Terlebih masin!
So,pergilah berguru(sebenarnya tengok mase dier buat) kakakkite yg dah biasa menggoreng bihun n mee goreng..
Sekali goreng bihun tuh sampai 5-6 bungkus..kite ni estimate 2 bungkus jer..lenguh tangan weh..beratt..(nih biasa alasan kat kakak kalo dia mintak cover ngacau bihun jap..mmg x brp larat nak kacau goreng tau..hehe)
Dia goreng bihun lembut jer..tak keras tak lembik..

Tapi itu cerita dulu..sekarang tidak lagi.. :P

Jadi,Hari ini nak berkongsi cara menyediakan bihun supaya ia tetap lembut seperti sepatutnya dan tidak seperti tak sepatutnya..hehe
Bagi yg dah terer tuh..nak share idea pun boleh juga ya..kite nih budak tgh belajar gak..heheh..

Cara2:
  1. Rendam bihun dalam air panas yang sudah mendidih..Tunggu selama beberapa minit sahaja.. Ini bergantung kepada jenis/jenama bihun yang digunakan tau..Kadang2 ada bihun yang rendam kejap jer dah lembut.Ada yang rendam lama pun,ia x lembik2 gak..lambat lembut..sementara tu bolehlah kupas bawang2 atau sediakan bahan2 lain.. /kalo guna air sejuk sila abaikan tips ini.. (edited)
  2. Jadi,Cara nak menguji ia dah cukup lembut ke tak..test dengan angkat sedikit bihun yang sedang direndam itu menggunakan garfu dan cuba putuskan guna jari..cubit2an gitu.kalo senang nak putus maknanya dah cukup lembut..kalau masih kenyal,sila tunggu sebentar lagi..hehe.kalo tak bihun anda akan kenyal juga mcm tangsi..
  3. Bila dah cukup lembut tadi,toskan..dan segera lalukan dibawah air paip..sejukkan keseluruhannya..ramai yang buat silap dengan membiarkan begitu sahaja(nih yang jadi lembik bila digoreng). Pastikan bihun sejuk seluruhnya yer..angkat2 menggunakan tangan supaya proses menyejukkan tu cepat je..hehe..
  4. Kemudian,barulah ditoskan dan sedia untuk digoreng atau dimasak mengikut menu pilihan..
Bagaimana nak dapatkan Bihun Goreng yang panjang2 dan tak putus2 lak??

Ok..Nih hasil cubaan sendiri sebelum ni..kalo kakak tuh dier guna sudip jer,zup zap zup zap..tu kdg2 tgk terputus2 gak..hihi..saya yg amatur nih kena laa amatur juga gayanya kan.hahak..
  1. Bihun yang putus2 terjadi sebab masa menggoreng tu,kite potong2 dengan sudip supaya bihun tu cepat sebati dengan bahan2..
  2. Jadi untuk mengelakkan itu terjadi,sila laa guna tangan dua kerat tu..sebelah kanan pegang sudip,sebelah pegang garfu..Kalo guna bergilir2 pun ok juga.Jadi masa mengacau tu garfu membantu menyebatikan bahan2 dengan bihun tanpa mmutuskan bihun itu..dan perencah juga tidak berketul/berpintal..
  3. Oh ya,semasa menggoreng bihun..letak garam dan perasa kemudian iaitu selepas masukkan bihun,bukan sebelum yer..untuk mengelakkan terlebih masin.
Cara2/ tips ini amat membantu saya..harap dapat membantu anda juga..penggunaan ayat agak skema supaya senang difahami..kalo tak faham,sila tanya yer.hehe..kalo ada tips tambahan meh ler kongsi2..heee
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, May 9, 2009

Bihun ke Mihun?

Fuhhh...lega jer bila dah luah perasaan emosiku ini..
Sekarang dah hepi balik!
Lagi2 dapat 'hadiah' dari cik abang td..hieeee..sukanya!
Dah lama tak dapat..tiba2 jer dia bagi mana tak hepiii..tQ caYANG..I LEP U!hihi
Ingatkan apa laa,balik2 dari kerja terus bagi surprise..best laaa sangat..
Dia dah tahu isterinya ini dah lama mengidam agaknya..heee..
Jangan pikir jejauh..'hadiah' tuh dalam bentuk makanan yg kena masak sendiri juga..
Dan dalam bentuk minuman..yg kena sediakan sendiri juga..tp keduanya amatlah menjadi idaman kalbu tekak kampung ini..hihihiii. :D


Tinggalkan dulu laa bab tuh.
Ni lagi satu benda konfius nih..
Bihun ke mihun?mana satu betulnya nih?heee.. :D
By the way,ni sarapan pagi td..
Macam biasa bahan main campak2 aje.. :)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 6, 2009

Kue Tiaw Goreng

Haiii..semua dah makan ke?? :D
Ahaa..arini tak perlu nak berat kepala fikir nak masak banyak2..
Sebab tak ada 'tukang makan'...
Encik Suami lunch kat luar..
Kakak pun selera manja2 gitu..
Banglong balik lewat dari sekolah sebab ada aktiviti..

Bercampur perasaan agak malesss..teringin plak nak makan kue tiaw goreng...

Korang pun sumer dah terer masak kue tiaw goreng kan..resepi nih paling mudahh jer
Suka jer buat yang mudah tpi nak yang sedap..heheee
Bagi sape2 nak resepi,rujuk kat sini laa eh..
Nak tambah 'sampah sarap' dalam tu terpulang pada citarasa masing2 lah yer..ampunnn ikaa..nih makyung yg cakap eh..hihiii

Resepi nih sama macam masak mee goreng juga..very the basic n very the sodappp..(puji sendirik jer..)heehee

P/s:Makanan bergoreng begini agak berminyak.. bagi yang sedang berdiet..paham2 ler yer..leh ambil tapi jaga kuantiti..kalo dah sampai 2 pinggn dh berlebihan sangat dah tuu.huhuuu..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...