Selamat Datang..^_^

Assalamualaikum & Hello To All Viewers..

Terima kasih sudi bertandang ke sini. Blog ini bercerita selalunya bercerita mengenai kehidupan seharian,masakan,tips dan resepi.Diselitkan juga tutorial asas dapur yang mungkin berguna buat mereka yang dalam kekeliruan ketika hendak membuat menu2 tertentu..
Bahasa dalam blog ini adalah tidak formal dan bersifat santai.

Dilarang copy paste gambar2 tanpa kebenaran ye..semua gambar adalah hak milik HaSue dan bukan hak milik setiap insan..
Setiap komen amat dihargai dan kalau berkesempatan pasti dibalas.. Kalau tak sempat nak balas tu jangan marah yea.. singgah la lagi.. ^_^
Showing posts with label Kerabu. Show all posts
Showing posts with label Kerabu. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Resepi: Rojak Betik Ganu..

Assalamualaikum..
Hari ni tenet alhamdulillah syukur laju jer..harap kekal berpanjangan sampai bila2..haa dah macam doakan pengantin lak kan.heh.. :D
Yang tak boleh blah nyer bila si kecik zhariff ni asyik nak duk riba jer..berebut kibod. Pastu kalo kite gomol dia...dia geget2 pipi dagu kite lak..huwaa..tajam tau gigi budak kecik yang baru tumbuh ni..sabo jela ngan karenah dak kecik yang menghiburkan hati nih.heheee..

Baiklah,hari ni kite kongsikan satu resepi dari tanah seberang..eh bukan indon yer..tapi dari semenanjung malaysia iaitu negeri Terengganu.. Khabarnya orang ganu biasa ngan menu nih untuk dimakang bersama keropok ikang..eh.hee..

Hari tu nengok mek ganu Tun Telani buat rojak betik nih..bila nengok tajuk menu tu imejin cam rojak buah biasa..rupanya lain sama sekali ye.
Oh yer..buat yang tak tahu tu..kalau di Sarawak..biasanya keropok ikan dimakan bersama acar timun istimewa tu. Sebab istimewa timunnya dijemur dulu untuk melayukannya sedikit dan ia tahan disimpan lama..tak pernah lagi aku wat sendiri. tapi memang sedapp giloss dimakan bersama kopok ikan!

Apa2pun bila makan keropok ikan dengan rojak betik ni..memang sedap jugak!

Rasanya kalau takde betik boleh gak guna timun jer kan..sebab pada tekak aku betik bukan faktor utama kesedapannya..tapi kuah dari resepi kak nor ganu kite nih memang best! sila tampil ke depan kak nor na na na na na..ganu kite e..ehee..marah kak nor.


Buat sapa2 yang nak mencuba..di sini disertakan resepinya skali eh..terima kasih untuk Kak Nor Ganu..dan Dik Tun Ganu..

Untuk resepi menggunakan sardin dalam tin boleh rujuk dapur Tun(klik) yer.. untuk cara2 bergambar boleh klik Dapur Myr Kak Nor(klik).. Di bawah ni di kopipes dari dapur banglo kak Nor..


ROJAK BETIK
Resepi: Kak Nor @ secubitgaramnor67.com
Sumber: Tun Telani@qurrataaayun.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( lebih dari 7 org (bergantung pd saiz betik) )
1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
2 biji timun

Bahan Utk Kuah
9 ekor ikan selayang (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1 keping nisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 1/2 liter air

Cara-cara
Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yg berisi air. Hancurkan kapur makan dgn sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik td.
Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis2.

Utk membuat kuah:
Rebus ikan dgn sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yg ditumbuk dan gaul sebati. Jgn sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.
Utk. menghidang:
Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh jugak nak letak hirisan nenas bg yg gemar makan nenas. Letakkan kuah atas bahan2 td dan rojak betik sedia utk dingap..
Rojak betik ini sedap dimakan dgn kuah yg sejuk (letak dalam peti ais) dan juga dimakan dgn keropok keping(keropok ikan). Selamat Mencuba!!

Sapa nak rasa? Meh nganga mulut nak suap nih..sedapppp!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, June 18, 2011

Umai Ikan Sarawak

Ni kali ke berapa dah tayang umai ikan kan..
Tak kisah laa,janji aku bahagia.. gambar lain2,sebab menu ulangtayang..Kali ni nak tunjuk lagi sebab yang ni kakak aku buat masa diorang lepak queen kat umah ni aritu..isi ikan tu macam biasa kalau duk area Mukah ni tak payah susah2 potong sendiri kalau korang malas cam aku kan,pergi jer pasar ikan tu,beli je siap2 dah hiris dalam bekas dalam 100g ke 200g lupa lak,rm10 hengget jer. Tapi kalau malas nak belanja lebih n rajin nak hiris isi ikan sendiri buleh laa beli ikan segar2 kat pasar tu..maklum la,ni kan makanan tradisi orang melanau yang memang ramai kat sini..

Pada tekak aku la kalau buat umai ni memang best guna ikan yang kuning2 oren tu..aku ni tak hafal nama ikan..ada yang nipis2 jenis tulang halus tu..memang sedap buat umai.. selain tu yang femes dibuat umai ni adalah ikan putih jenis yang nipis gak,ikan tenggiri pun ada,ikan merah,ikan yu pun ade...pendek kata apa je jenis ikan laa kot..ikut selera masing2.

Pada pendapat aku bagi korang yang baru belajar nak menjamah umai ni,baik guna resepi yang bahan2nya ditumbuk gini dan sebahagiannya dihiris...boleh rujuk gak kat dapur DayangJack..guna bahan secukupnya,memang masak je ikan tu..harus laa guna ikan segar kan..
Kalau agak2 dah terer makan umai yang basic ni kan,leh laa guna bahan2 hiris je kalau malas nak tumbuk..kalau kira terrar tahap thrill lagi,cuba laa makan isi ikan cicah sambal je..perghh!korang yang tak pernah tengok sure kecut jer dengar orang makan ikan mentah cicah je kan!aku tak sampai tahap tu lagik laa..hehe.. Tapi kalau nelayan2 yang dah biasa tu macam kite makan rojak jer. Eh,sedap tuu...skali lagi,harus la guna ikan freshh! Potong dadu,pastu cicah sambal tu..bukan sambal belacan la,ada sambal khas dier..aku tak pernah try lagik

Kat pasar tu ada juga dijual sambalnya,untuk makan cicah gitu aje.Korang ada brani nak try?

Umai ni bila dah masak isi ikan tu dah putih dah..ia di'masak' dengan halia dan asam limau kasturi tu haa..korang jangan gentar..silap2 haribulan,rasa sekali mesti nak rasa lagi..jangan percaya cerita tahyul yang mengatakan umai ni adalah makanan mentah..kecuali korang pernah makan yang mentah..agaknya tukang buat tu suka yang rasa mentah2 lagi kot..hehe


Umai Ikan
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:
100g isi kan-hiris halus/kecil
1 inci halia
Cili merah+cili padi(buh ikut tahap kepedasan masing2-pedas lagi best
2 ulas bawang merah-hiris
6 biji limau kasturi(atau secukupnya)
Garam dan perasa/gula secukupnya
*Boleh tambah bawang besar yang dihiris jika suka

Cara2:
  1. Cili dan halia ditumbuk agak lumat. Kalau nak lebihkan halia pun boleh,tinggalkan sedikit untuk dihiris halus..
  2. Gaul semua bahan bersama ikan. Biarkan seketika sehingga ikan mengeluarkan jusnya dan bertukar berwarna putih. Sedia untuk dihidangkan bersama sagu atau nasi.
  3. *Tambahkan hirisan cili dan limau kasturi untuk rasa yang lebih enak.
Rasa isi ikan yang segar,pedas-pedas dan masam2 menggambarkan rasa umai yang sedap!


P/s: Lepas ni nak gi tenet yang laju sket,malam ni nak blogwalking puas2..insyaallah.. terima kasih atas kunjungan kalian ye!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, May 7, 2011

Kerabu Mempelam Muda Laa Pulakk..

Masih ada lagi mempelam muda kat dapur tadi..sebelum nih tak letak dalam peti sejuk pun sampai nak masak dah mempelam tu haa..tapi honestly,mempelam yang nak masak gini lak yang aku suka kalau dibuat kerabu haa..kerabu nih kalo aku kan,aku suka sebut sambal mempelam cincang jer..ehee...

Sebenarnya nak projek melinut..tapi layan kerabu dulu laa.. buat lebih,ada belen leh makan ngan linut lak..tayangannya kemudian laa ek..hehe

Mempelam hampir masak yang dah dicincang dan sedia untuk digaul bersama bahan2 tumbuk...err,sebenarnya aku guna pengisar bahan kering jer..'rajin' nak menumbuk katekan..ahak ahak.. yerlaa,kemudahankan dah ada..watpe nak guna kesusahan kan..eheh..leh pakai tak alasan aku nih..? *wat muke innocent

Sebelum | Selepas..


Sedap giler makan mempelam mude nih wehh.. aku cam biasa laa..nak wat menu sedap tapi simple2 jer caranya..bahan2 nak buat tu tak terhad yer..bleh jer adjust ikut hati dan sanubari masing2..

Kerabu Mempelam Muda
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:-(tidak terhad)
  • 3-4 biji mempelam muda(saiz sederhana)-hasue guna mempelam hampir masak(lg best tau)
  • 1-2 tangkai cili merah + cili padi*(ikut tahap kepedasan masing2
  • 2 ulas bawang merah*
  • Segenggam ikan bilis* (dah kupas)
  • 1 sudu makan belacan *
  • Garam dan perasa/gula secukup rasa
Cara2:
  1. Mempelam di cincang dan dihiris halus.
  2. Tumbuk/kisar guna pengisar bahan kering bahan2 bertanda *
  3. Campurkan bahan2 kisar bersama mempelam yang sudah dicincang dan perasakan dengan garam juga perasa/gula secukup rasa.
  4. Gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan
Ada orang tak suka yang ada air2 sket tu kan..tapi aku suke je..sedangkan mempelam masak pun best nak buat kerabu nih..mempelam ye,bukan mangga..jangan keliru di situ..hehe..biasanya mempelam nih ada yang masam gak walaupun dah masak.. :D

P/s: Tadi nengok mempelam muda goreng yang dibuat nOOrsha..tu yang terus berlari ala2 heroin pilem hindustan ke dapur godek2 nih dengan bantuan my sis..hehe..dia tolong kupas n cincang mempelam muda,aku tinggal nak wat sambalnya jer..senang kije..
Bak kata wonderpets,apa yang penting??heheee...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, February 25, 2011

Umai Ikan - Menu Popular Sarawak

Update secara kilat nih..hee

Ok,nih menu popular kat sarawak..nak kate ala2 sushi ye la kot..cuma ikan ni di'masak' oleh halia n jus limau tu..sushi bukan mentah ke?
Aaa..kire kalo kehabisan gas tapi ikan masih mentah leh laa buat umai ikan nih..ekeke...ampeh tul cadanganku itu..

Seperti diketahui ramai,makanan ni adalah makanan tradisi kaum Melanau di sarawak..tapi kini bukan orang melanau jer suka makanan ni..orang2 semenanjung yang pernah merasa pun ramai yang berkenan..

Yang penting nak buat umai nih harus laa guna ikan segar ek!Jangan sesekali cuba guna ikan dalam tin..muehehee..
Nih umai simple yang ajer..kalau baru berjinak2 nak belajar makan umai,sebaiknya ditumbuk dulu bahan2 tu n perap ikan dengan jus limau..boleh rujuk resepi DayangJack(klik) nih.. Yang resepi aku buat nih guna ikan pirang(nama kat Sarawak..tempat lain x tau..)ikan kuning nipis yang bertulang tu haa...

Kat Mukah ni amatlah best nak buat umai,gi jer market dah boleh beli yang dah sedia dihiris nipis ni...tinggal nak sedia bahan2 jer lagi untuk dicampur dengan umai tu haa..
kalau tu pun ko malas,ada juga dier jual sekali dengan bahan2 sampai garam pun ada tinggal nak gaul jer lagi...
Cuma bagi tekak kitorang tak kena la pulak bahan2 yang disediakan tu,harus buat bahan2 sendiri baru sedap rasanya..heh

Satu bekas nih rm10..berbaloi laa kan banding dengan 'kerajinan' nak meng 'fillet' n menghiris nipis ikan tu..uhuu..

Resepi yang biasa aku buat..dah post sebelum nih,sila rujuk kat SINI(klik)
atau SINUN

Resepi dari myresipi.com pun ada,sila tengok senarai kat link ini(klik)


Umai yang dah 'masak'.. isi ikan tu dah bertukar warna putih so dah masak laa tu..sedap seyy..pedas2,masam n manis rasa ikan..


P/s: Lum sempat balas komen..berlari2 jer nih..heee..kemudian later aku balas kunjungan korang yer..insyaAllah.. :)


Note:Pehh..naip ala2 ujian trengkas pun ada rasanya..huehue
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, February 11, 2011

Kerabu Ikan Tongkol

Ehh..kat sini dan kat kampung aku nun sedang dilanda kehabisan bawang merah di pasaran..nih taktik nak naikkan harga lagi ke atau memang bawang merah tak hidup dah kena tanam?huehue..
Bawang yang kat kebun aku tuh pun seco'et jer..nak tunggu ia beranak pinak lama lagi tu..dulu jakun tu,tanam bawang merah kan nak hasilkan daunnya aje..dah lama tengok 'beranak pinak' bawang2 tu..haha..tapi kecik2 la.hee..

Cakap pasal bawang ni sebab nak buat kerabu pun guna bawang kan..aritu bawang bombay ade je kat pasaran..sekarang ni yang ada cuma bawang besar yang tak berapa besar aje adanya..adehh..
Apapun kerabu ni sedap..*tetiba.

Sebelum nih tengok Kak Yani dah cuba,pastu tengok Noorsha pun dah try..dan tak lupa, Kak Nor Ganu kite..mekasih kak nor,pinjamkan selipar td yer..hihi :P
Resepi asal kak Watierman yang dah lama menyepi..oh kak watie..ke mana kau pergi..daku rindu padamu..hee..
Angkut resepi nih dari myresipi.com..tima kasih kak watie dan semua yang terlibat.. ;)

Kerabu Ikan Tongkol >> watierman@myresipi.com

Bahan-bahan ( Untuk 3-4 orang satu hidangan )

* 1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar
* 2 labu bawang besar
* 2 biji cili merah
* 5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
* sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
* secubit garam ikut selera anda
* air perahan limau kasturi/ limau nipis

Cara-cara

1. Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua
2. lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
3. Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi
4. Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawangbesar, cili merah dan cili api
5. Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa
6. Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi
7. gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi ....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah!

Aku guna tongkol hitam..menghabiskan stok dalam peti es..sedap!Rasa masam2,pedas2 gitu..
Rasa berbeza dengan umai sarawak..walaupun basicnya sama ala2 kerabu..umai tu, ikannya 'dimasak' oleh halia dan asam dari limau kasturi sepenuhnya.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, January 28, 2011

Resepi Kerabu Tomato Ikan Bilis

Macam biasa,menu yang orang lain dah berzaman dulu cuba,aku baru terkedek2 cuba kerabu nih..bagi penggemar tomato,harus cuba lah yer..yang tak suka tomato pun buleh cuba gak..lagi2 kalau korang jenis antu kerabu..

Pastu kan,aaa..apa aku nak bagitau tadi lupa lak..isk..
haa,sedap gak kerabu ni bagi aku yang tahap sederhana peminat tomato.heh?ada tahap sederhana rupanya ek..yela,bukan fanatik tomato gak..tapi bukan jenis tak suka tomato gak..hee..paham tak?paham tak?

Rasa kerabu ni pedas2 masam..pahtu ada ikan bilis rangup2 gitu..senang cerita gi dapur,cari tomato,kalo ada terus jer buat..k? =)
ni menu tak menggemukkan ni..wat snek pun ok..

Moh ler kite tengok bahan2 yang menjadikan menu nih sedap..pastu siap bagitau cara buat lagi..mekasih buat makcik loyang buk hana@myresipi yang dah tayang resepi nih kat sana..

Kerabu Tomato Ikan Bilis >> hana6877@myresipi.com

Bahan-bahan ( 3-4 org )

* 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
* segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
* 1/2 biji bwg besar - dihiris
* 3-4 biji cili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
* 1 btg serai - dihiris
* garam
* gula
* jus lemon - optional
* pak aji - klu suka
>hasue tambah bawang merah

Cara-cara

1. Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
2. Dah siap! bleh la dihidang.......SeLaMaT MenCube...

Memang ratah jer yang lebih..hehee..best2..


*adehh lenguh jari naip sebelah tangan jer nih..cam guna kalkulator pun ada..maklum laa baby pun nak blogging gak..muehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, October 6, 2009

Kerabu Sotong Mangga Ala Thai

Makan kerabu sotong nih rasanya sesuai guna sudu dan garfu atau chopstik kalo banding guna tangan..betul tak?hahaa..kalo makan ngan nasik ok laa kot... :D

Kat mana dapat mangga nih?haaa...kat belakang umah tuh ler..
Ada 3,4 ketui jek buahnya....
Yang sebijik nih nak matang dah tapi kat montots nya tuh cam nak busuk...
Nak wat ulam pun cam x cukup jerk...tamak tul kan..
Jadinya jumpa sotong nih dah macam jadi warganegara je dalam peti sejuk tuh...
Tengok tak banyak mana pun.
Terbayang2 kerabu kawan2 kat blog2 depa..
Cumanya nak try resepi diorg tuh bahan2 dalam esbok dah surut.ada yang takde...
Bila laa ada masa nak gi shopping barang dapo nih..petang karang kot?ehe..

Asalnya nak buat ala2 umai ikan jer..memang gitu gak pun kan..
Umai ikan tuh kiranya kerabu ikan ler..napa laa ada yang takut nak cuba.huhuu
Tengok kat myR teringin lak nak cuba ala2 thai,
Letak sos ikan..memang best la jugak..
Masa buat nih hb takde kat umah..so x tau laa dia suka ke tak..
Banglong pun makan sekali..
Guna setangkai jer cili yg besar kelingking tuh..
Tapiiiii...pedassss sangat la pulak..bagi aku laa kan.heee..
Pedasnya cam pedass..err,yang pedasss..eh..cam ner nak xplain eh?
Bukan pedas yg tu.tp pedas yang pedass berapi sangat jek..heh...
Nak explain tp x tau nak xplain camne..hak hak :P
Apa2 pun..sedapp..lagi2 diratah begitu sahaja..pehhh
tinggal bawang merah dan hirisan2 cili jek kat pinggan sebab hiris x berapa halus('rajin' kan?)..haha

Resepi dari myR dan edit sket mengikut bahan yang sue gunakan..thanks Joayee

Bahan-bahan
  • satu mangkuk Sotong-sue guna 5 ekor
  • 1 biji mangga muda < sue tambah sendiri
  • 2 biji limau nipis-guna limau kasturi
  • Daun ketumbar-tak letak xde stok
  • 1-2 sudu sos ikan
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • 5-10 Cili padi (ikut rasa)
  • 1 ulas bawang merah
  • NB: bole juga taruk tauge & tomato, n seafood cocktail..

Cara-cara

  1. Bersihkan sotong.
  2. potong bulat2, masukkan kedalam bowl. then tarukkan boiling water dlm bowl. rendam selama 5min..so sotong tu masih lembut. separuh masak
  3. Potong cili, daun ketumbar(segenggam), bawang merah
  4. Kupas mangga,cincang dan potong memanjang.
  5. campur semua bahan..dan rasa.. and ENJOY!!
  6. NB: after step 2: jangan lupa sejat sotong..buang air...
Nak rasa?amik chopstik masing2...tak pun amik garfu n sudu ke..hehee.. Ke nak guna tangan? :P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, August 14, 2009

Sambal Belacan Mempelam Muda

Haaa..nih satu lagi menu yer...
Kerabu?ahaa..adik beradik dier laa nih.
Tak ku sangka masih ada juga buah mempelam muda sekarang nih..
Nih bukan MANGGA MUDA OKEH,TAPI MEMPELAM... :)

Sedappp nihhh..pedas2 masam..pehhh!! (saje nak bakar korang :P)


Bahan2:
  • 2 biji mempelam muda-cincang dan hiris halus/nipis
  • 2 tangkai cili merah+5 cili api(boleh tambah/kurang ikut selera)
  • 1-2 ulas bawang merah
  • Segenggam ikan bilis
  • 1 sudu penuh belacan
  • Garam,gula dan perasa ikut selera
Cara2:
  1. Kisar menggunakan pengisar bahan kering semua bahan2 kecuali mempelam muda./Tumbuk lumat menggunakan lesung batu.
  2. Gaul rata,sebatikan rasa dan sedia dihidangkan.
Bila makan nih.hubby tiba2 kata,
"I dont want to talk about it"lorr...x sedap ker kan..
"why?"(macam skrip lakonan lak ek)yelah..nak gak tau,dier tak suke ke...x sedap ker...
"It's remind me somthing...."Uhh..baru aku ter 'remind jugak...

Ada satu menu yang memang kitorang hidang bersama sambal nihh..uuuu...takleh ingat lama2.
Kena cari mempelam muda lagi..iskhhh2...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...