Showing posts with label TELUR. Show all posts
Showing posts with label TELUR. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

Cheezy egg in potato cup

Assalamualaikum buat semua.  Apa kabar. Sudah sebulan lebih tidak menjenguk dan bertanya kabar. Hendak kata sibuk tidak juga.  Lebih kepada kelesuan daya untuk menulis. Masak tetap masak tapi keinginan untuk mengambil gambar tidak ada.  Begitu juga keinginan untuk membuka laptop. Semuanya malas.

Harap kemunculan harini dapat melepaskan rindu (ahaks).. Rindu bundo untuk menulis lah.
Masakan ni namanya saja yang gempak. Istimewanya takde mana pun. Tapi oleh sebab budak-budak kat rumah ni memang suka telur, makan bundo pelbagaikanlah cara masak telur.



Apa yang diperlukan untuk membuat mendaalah ni:
3 biji ubi kentang diparut halus
6 biji telur
carrot diparut halus
1 biji cili merah dicincang  kecil
1 batang celery didadu kecil
sedikit garam
sedikit lada hitam
mozarella cheese
muffin baking pan




Sapu baking pan dengan sedikit majerin.
Ubi kentang yang telah diparut digaul dengan sedikit garam.  Susun ubi kentang didalam lubang tray dengan cara menyusunnya supaya berupa seperti mangkuk.
Bakar sehingga masak dan garing. (bundo nak cepat dan kentang yang bundo masak tak cukup garing)
Bila masak, keluarkan dan bagi sejuk.
Pecahkan telur dalam setiap  bakul ubi kentang.
Bubuh garam dan lada hitam. 
Taburkan cili, carrot, celery dan cheese.  Lagi banyak cheese lagi kaw.




Kemudian, masukkan semula ke dalam oven.
Bakar sehingga sempurna masak. Kalau suka kuning yang cair cair, tak payahlah masak lama-lama.
Boleh dimakan begitu saja dengan roti atau makan dengan nasi.


Sekian buat kali ini.  kalau rajin kita jumpa esok.  Kalau malas kita jumpalah bila-bila hehe.. Selamat menyambut ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi.
Love you all.


ibundo

Friday, February 15, 2013

Kurma Telur Kubis

Rumah kampung kami yang lama bertiang tinggi. Cukup tinggi untuk bundo yang ketika itu berumur 6 tahun berlari ke sana sini di bawah rumah. Budak kampung yang tidak faham akan erti kebersihan bersahaja saja memijak tanah kotor berkaki ayam mencari-cari entah apa di situ. Memang patut pun pusat selalu gatal dan bengkak dihuni hama. Emak akan mencungkil-cungkil dengan kapas menggunakan minyak kelapa untuk mengeluarkan hama sebesar mata jarum peniti itu.

Di satu sudut di bawah rumah itu terdapat satu tin minyak besar yang telah dibelah dua dan di atasnya diletak beberapa helai kain buruk.  Di situlah tempat ayam betina bertelur dan mengeram. Bundo akan mengintai-intai ke dalam bekas itu setiap kali ibu ayam 'berketok-ketok' menandakan dia baru saja bertelur. Sekiranya ibu ayam berdegil tidak mahu nyah dari situ bundo akan memasukkan tangan bundo dibawah badan ayam sehinggalah bundo dapat meraba telur ayam yang masih hangat.

Bundo akan mengambil sebiji, memecahkan hujungnya dan menyedut terus telur itu dari lubang kecil yang bundo buat. Tidak tahu kenapa bundo begitu suka makan telur mentah yang baru saju keluar dari perut ayam. Ketika bundo mula membuat 'aktiviti' sedemikian umur bundo 4 atau 5 tahun.  Begitulah menurut cerita mak dan abah. Dan ia berlarutan sehinggalah pada satu hari bundo tersalah mengambil telur. Bundo terambil telur tembelang yang baunya merahang sebaik saja mencecah anak tekak.  Selepas itu bundo jadi jeran dan terus berhenti.




Telur memang menjadi kegemaran anak-anak bundo. Ada yang suka makan telur putih sahaja.  Ada yang suka makan yang putih dan yang kuning.  Bundo kalau diberi pilihan, suka makan telur kuning walaupun dikatakan telur kuning mempunyai kolesterol yang banyak.

Kalau makan telur mata kerbau kami suka makan telur yang kuningnya masih cair. Perangai bundo kalau makan telur goreng seperti ini, bundo akan makan yang putih dahulu sehingga habis dan tinggalkan yang kuning sahaja. Kemudian dengan penuh nikmat bundo akan memasukkan yang kuning yang masih belum pecah ke dalam mulut dan 'pop!' memecahkannya di dalam mulut dan telur kuning mencair memenuhi ruang mulut. Bundo akan kata mmmmm... sambil lelap-lelap mata.
Anihnya, ada anak yang mengikut. Kalau mahu tahu nikmatnya, cubalah.

Resepi hari ini:
6 biji telur direbus keras dan dikupas kulitnya
Beberapa pelepah kubis dipotong sederhana besar
1 bungkus kecil rempah kurma
200 gm santan siap
1 cawan air
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
beberapa hiris halia
2 biji cili merah dihiris kasar
1 biji cili hijau dihiris kasar.
1 sudu besar bawang goreng
1 sudu besar serbuk ikan bilis
1 sudu kecil jus limau nipis
garam secukupnya




Panaskan sedikit minyak. Tumis halia, bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
Apabila rempah masak dan naik bau, masukkan santan dan air.
Bila mendidih, masukkan pula kubis dan telur. Kemudian masukkan jus limau nipis, garam dan serbuk ikan bilis.
Tambah cili dan bawang goreng sebelum matikan api.

Sekian.


ibundo

Monday, November 14, 2011

Telur Dadar Aneka Rasa

Lawak mega minggu lepas ada cerita pasal telur. Bundo kenapa ntah tak suka sangat kalau telur dibuat bahan lawak sebab otak ni selalu kaitkan telur yang dibuat bahan lawak itu dengan kaler biru.  Tak suka.

Tapi telur dadar ni bundo suka buat dan yang penting orang suka makan. Apa tah lagi kalau isinya dipelbagaikan. Taruk macam-macam supaya rasa tak adalah plain sangat.



5 biji telur
8 ekor udang sederhana besar dibuang kulit dan dipotong kecil
4 batang jejari ketam dipotong kecil
1/2 biji tomato dibuang biji, dihiris dan dipotong dadu
sedikit capsicum merah didadu kecil
sedikit capsicum hijau didadu kecil
sedikit daun bawang dan daun sadri dihiris kecil
2 sudu besar fresh milk
segenggam cheese mozarella parut
garam secukupnya




Masukkan kesemuanya ke dalam mangkuk dan kacau sebati .
Panaskan kuali leper saiz kecil. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan goreng menggunakan minyak yang sedikit agak-agak setengah sudu besar.




Sediakan untuk dimakan. Dengan nasi boleh, makan dengan sos pun boleh.

ibundo

Tuesday, October 11, 2011

Sambal telur kacang panggang

My dad and my arwah mom used to narrate this story to my kids:
Omak kau maso kocik-kocik dulu suko amek makan tolo ayam montah.  Pantang donga ayam botolo, copek yo dio poie kek potaghang ayam. Di ambek e tolo ayam yang baghu kelua tu, tu jujut e tolo e jam tu gak.

Need to translate? haha.. I was about 3 or 4 years old.  Somehow I still remember the time when I went under my pillared house where the sarang ayam was placed and squeezed my tiny hand under the belly of the frightened hen to reach for the still-warm egg. I knocked the tip of the shell off with whatever thing hard enough and once did  I just sucked it out straight into my mouth. Sometimes one was enough.  Sometimes I had two. I enjoyed the taste and I didnt care much about sucking whatever it was that came with it.  I was just 3 or 4, wasnt I?

My mom and dad were of course furious but couldnt do a thing about it. Thinking about it now, if they were to stop my habit, they should have killed all the chicken. But they loved the chicken more I think.
But I stopped eventually, not because of them but because I mistakenly took a rotten egg and gobbled it into my mouth. My parents were relieved but I really missed my adventures.

Now, when I scolded my children for consuming too much eggs, they would replay the story.
At least, we eat cooked eggs...

Okay, enough about that.



My children like to eat telur and like to eat sambal. And to make things easy for me, I always combine them together.

5 biji telur digoreng mata kerbau
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1/2 cm halia *
1 sudu besar tomato sos
1 sudu besar air asam jawa
2 senduk pes cili kering
1/2 tin kacang panggang
1 sudu kecil serbuk RASA (optional)




Blender bahan yang bertanda *
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai naik bau.  Masukkan pes cili kering.  Goreng sehingga masak.
Masukkan tomato sos, air asam jawa, serbuk rasa dan garam. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan kacang panggang bersama sosnya. Tambah sedikit air jika terlalu kering.  Padamkan api dan curahkan ke atas telur yang sudah digoreng tadi.

Ni lauk emergensi.

Ibundo

Thursday, August 11, 2011

Fritata ketam

Anak-anak bundo memang hantu telur. Jadi, kenalah cari resepi-resepi baru berkaitan dengan telur. Resepi kali ni nama memang glemer tapi sebenarnya berkaitan telur.

Seperti biasa bundo straight to the point. Resepi ni bundo jumpa dalam menu pillihan majalah saji. Begitulah nama yang diberi.  Fritata ketam.


Resepi asal: majalah saji
Bahan:
7 biji telur (bundo guna 5 sahaja)
2 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar dipotong kiub
2 ulas bawang putih dicincang halus
8 batang jejari ketam dipotong 1/2 cm
200 gm ubi kentang dipotong kiub dan direbus hingga empuk
90 gm kacang pis (bundo tak bubuh dan ganti dengan buah tomato separuh dan didadu)
2 tangkai daun bawang, dihiris
30 gm keju cheddar parut (bundo kehabisan stok, ganti dengan parmesan)
garam dan serbuk lada hitam secukupnya.



1. Pukul telur, garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar.
3. Masukkan ketam
4. Bubuh ubi kentang, kacang pis/tomato dan daun bawang.  Kacau 2 minit dan angkat.
5. Cari bekas pembakar yang sesuai. Bundo gunakan tin pembahar pie. Masukkan bahan yang ditumis tadi ke dalam bekas pembakar. Masukkan telur.
6. Masak seketika di atas dapur . Biar bawahnya masak.
7. Taburkan keju di atasnya dan masukkan ke dalam ketuhar.  Bakar sehingga masak.




Bila keluarkan dari oven, rupanya betul-betul macam kek.  Dah tu atasnya terhangus sikit sebab leka buat benda lain.

sekian.

ibundo


Tuesday, July 26, 2011

Telur Yogurt Kismis

Petang tadi punya cerita.  Bibik tengah kupas kulit telur rebus.
Bundo tanya, nak masak apa ni.
Bibik jawab, nak bikin sambal buk.
Bundo cakap, hah.. tak payah. Ibuk ada resepi best nak buat.

Bundo teringatkan resepi telur berkuah kismis yang anim buat dan anim pula katanya ambil dari dapur dayang jack. Tapi masalahnya, resepi tu ada dalam dapur anim lupa nak ambek.  Nak buka laptop malaslah pula. Sudahnya bundo buatlah masak telur berkuah kismis hantam sajalah labuuuuu...
Minta maap pada dayang sebab bundo ni dah terlebih menderhaka.


Telur bundo ni dah lebih macam sambal.
Anak bundo tanya, Telur ni masak apa ni mak.  Ada rasa macam masakan mamak.
Bundo ketawa je dan tanya, apa rasanya.
Anak bundo cakap, sedappppp...

Sebenarnya bahannya tu ingat-ingat lupa.  Bundo ingat ada bubuh rempah briyani. Bundo cari-cari tak jumpa pula.  Mungkin dah habis bundo tak perasan. Bundo ingat juga kalau tak ada briyani, rempah kurma pun boleh.  Bundo ambil rempah kurma 3 sudu besar. Ambil juga bawang yang dah siap diblender dalam peti ais 3 sudu besar gak.  Gaul dengan rempah kurma.  Campurkan 1 sudu kecil halia yang dah siap diblender. Bundo tumis campuran tu tapi terlupa nak bubuh bawang putih.

Bila dah wangi, bundo masukkan cili giling 5 sudu besar. Masak sampai garing. Kemudian masukkan pula 1 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar kicap masin dan 2 sudu besar yogurt perisa asli.  Bubuh setangkai daun ketumbar yang dihiris dan segenggam kismis. Bubuh garam sikit. Bila dah masak, bundo masukkan telur.

Maka jadilah telur yogurt kismis ala-ala mamak haha..


Sekian. Dayang jangan marahkan bundo ya.

ibundo.

Friday, July 22, 2011

Omelet Cendawan

Dari anak kecil sehinggalah yang dah tua, kebanyakannya memang suka makan telur dadar. Kalau hanya ditambah hirisan bawang, cili dan secubit garam sudah sedap rasanya, apatal lagi kalau ditambah bermacam-macam isian.


Bahan untuk omelet ini:

6 biji telur
1/2 biji bawang besar didadu kecil
1 biji bawang putih dicincang halus
1/2 biji tomato didadu kecil
daun sup dan daun bawang diracik halus
1/2 tin cendawan butang dihiris halus
3 atau 4  sudu besar sos thousand island
garam secukup rasa

Panaskan sedikit majerin di dalam kuali. Tumis bawang putih. Bila harum, masukkan bawang merah. Masukkan pula cendawan dan akhir sekali daun sup dan tomato. Tambah sedikit garam. Padamkan api. Ketepikan.
Telur dipecahkan ke dalam mangkuk dan pukul sedikit sahaja. Masukkan bahan yang ditumis tadi.  Masukkan juga sos thousand island. Kalau garam belum terasa, tambah garam. Gaul rata bahan-bahan ini. Bahagikan bahan kepada 3 bahagian.
Panaskan pan tidak melekat. Bubuh sedikit majerin kalau perlu. Masukkan satu bahagian telur tadi. Kecilkan api. Kacau telur di dalam pan.  Bila hampir mengeras, biarkan sebentar dan semasa atasnya masih basah-basah, gulung telur sedikit demi sedikit.
Adunan ini boleh membuat 3 keping omelet.

Di sini juga bundo ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih pada
mamahawa yang telah menghadiah award yang cantik ini.



Bundo panjangkan pula award ini pada Cik Azz, Erna, Ena, KTS, CikIna, Kaklong, EjaMAria, Secangkir madu merah. Bundo tak dapat nak sebut semua.  Sudi-sudikanlah ambil ya..

ibundo

Saturday, June 25, 2011

Telur sambal hitam

Di rumah aku ni hari-hari telur pun tak kesah. Memang semua hantu telur.  Tapi kalau makan telur terlebih had, tak elok pula.


Kali ni aku buat sambal telur goreng hitam. 

5 biji telur direbus.
1 senduk masak cili kering yang telah diblender.
(kalau suka pedas, boleh lebihkan)
1 batang serai *
3 helai daun limau purut *
sedikit halia *
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
sebesar ibu jari belacan *
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kcap cair
air asam jawa
1/2 cube stok ayam
1 sudu kecil gula (kalau suka)

Telur dikupas kulitnya dan digoreng hingga kekuningan.  Ketepikan.  Blender bahan bertanda *.
Ambil sedikit minyak gorengan untuk menumis bahan yang telah diblender. Masukkan cili.  Goreng sehingga cili betul-betul masak.  Masukkan kicap, stok ayam, gula dan air asam jawa.  Rasakan masinnya.  Sekiranya kurang, tambah dengan kicap.
Akhirnya sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi.  Siap.

ibundo

Sunday, June 5, 2011

Telur sosej

Sebenarnya nak buat telur dadar tetapi oleh sebab kuali melekat tertukar jadi scramble.  Layan jelah.


Bahan:
5 biji telur
1/4 cawan susu segar
garam secukup rasa
lada hitam secukup rasa

Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk dan pukul sebentar.
Inti:
5 batang sosej ayam atau daging.  Potong nipis.
1/2 capsicum hijau potong dadu
1/2 capsicum merah potong dadu
1 biji bawang merah didadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 biji tomato didadu
1 batang celery dihiris
3 sudu kacang peas
minyak zaitun untuk menumis (minyak lain pun boleh)

Panaskan minyak.  Tumis bawang besar dan bawang putih. Bila naik bau masukkan sosej.  Kacau sebentar dan masukkan bahan lain kecuali tomato.  Bila hampir masak masukkan tomato dan padamkan api. Ketepikan.
Panaskan minyak atau sedikit butter. Bila panas, masukkan telur. Masukkan pula bahan inti.  Kacau perlahan-lahan sehingga telur kering dan agak garing.  Siap.


kakpah

Tuesday, October 19, 2010

Telur Dadar Sosej Mayonis


Mak dapat idea ni semasa baring-baring tengok channel afc. Mudah sahaja. Tutup mata pun kamu boleh buat.


Bahan:
6 biji telur
secubit garam
4 sudu besar mayonis
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil lada sulah halus
4 batang sosej
5 sudu besar mix vege

cara:
Rebus sosej sebentar. Angkat dan potong nipis.
Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan secubit garam dan kocok sebentar.
Panaskan kuali, masukkan sesudu butter dan masukkan telur. Kacau biar hancur kasar.
Masukkan mayonis, lada hitam, lada sulah, mix vege dan sosej yang sudah dipotong. Gaul rata.
Siap....

kakpah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...