Mmm alahai. Tersilap masuk loyang. Jadilah kek yang bantut tak cukup ketinggian. Tapi apa ada pada rupa kan? Janji rasanya sedap mengancam.
Resepi asal bundo ambil dari e-book ita masam manis... kek mentega blueberry. Tapi bila sampai pada bundo, nama dah bertukar jadi kek mentega oreo strawberry.
Bundo ubahsuai mengikut bahan yang ada di dapur. Menurut ita, kek ini rasanya sedap dan lembut. Setelah bundo ubah suai sana sini, rasa sedap tetap maintain. Begitu juga kelembutannya.
Resepinya:
250 gm mentega
200 gm gula castor
4 biji telur
250 gm tepung gandum
5 gm serbuk penaik
50 ml santan kotak + 50 ml air (kacau sebati)
1 sudu kecil strawberry paste
50 gm biskut oreo yang telah dibuang cream ( kisar kasar)
Putar gula dan mentega hingga putih.
Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga kembang.
Tepung diayak bersama serbuk penaik. Masukkan tepung berselang seli dengan santan.
Keluarkan 1/3 daripada adunan tersebut dan campur dengan strawberry paste.
Adunan selebihnya dikaup balik dengan biskut oreo.
Gunakan loyang berukuran 8". Letak adunan oreo terlebih dahulu diikuti dengan adunan berperisa strawberry. Bakar.
Kalau nak rasa, cubitlah sorang sikit.
ibundo
Showing posts with label Cake. Show all posts

Thursday, June 27, 2013
Tuesday, June 25, 2013
Lemon Cheese Cake
Semalam sekolah cuti. Malam tadi ramai juga yang mengharap-harap ada lagi pengumuman tentang sekolah cuti lagi di selangor hari ini. Memang teruk jerebu kali ini. Warna alam sekitar bertukar keperangan. Pandangan juga terjejas akibat asap tebal. Bagi yang tidak mempunyai daya tahan yang tinggi, mudah saja akan mendapat perit tekak, batuk dan sebagainya. Mudah-mudahan dengan izinNya masalah ini dapat diselesaikan dengan kadar segera. Kesian anak-anak. Kesian kita.
Dalam pada menahan nafas sebanyak mungkin supaya tidak terus menyedut partikel-partikel yang berterbangan di ruang udara (kedai, farmasi kehabisan mask), sempat juga bundo ke kedai peralatan memasak membeli bahan untuk membuat lemon cheese cake ini. Resepi ini bundo ambil dari ita masam manis . Bermilion terima kasih bundo ucapkan pada ita yang tidak jemu-jemu berkongsi rahsia masakan bersama kita. Nampaknya ita juga bertambah-tambah sibuk dengan pelbagai tempahan dan akitiviti kelas memasak. Semuga Allah membalas jasa-jasa ita dengan menambahkan lagi rezki ita sehingga melimpah ruah. Amin.
Sedap.
Itu yang dapat bundo kata kalau ditanya macamana rasanya. Oleh sebab nama pun lemon, ia tentulah mempunyai rasa lemonish. Lain kali bundo nak cuba tukar dengan rasa yang lain.
Resepi?
Bundo minta izin ita masam manis CP di sini.
LEMON CHEESE CAKE
Dasar
150 gm biskut Marie + biskut Oreo
30 gm Almond Flakes ~ panggang dan kisar
90 gm mentega ~ cairkan
Satukan Biskut dan almond flakes, tuangkan mentega panas dan sebatikan. Berhati-hati dengan mentega yang panas. masukkan dalam cup kecil, rata dan padatkan. Ketepikan
Lemond Cheese
400 gm krim keju
3 gm jus lemon
180 gm coklat masakan putih
300 gm krim bukan tenusu ~ di putar hingga kental
12 gm halal gelatin
60 ml air
1 sudu teh parutan kulit lemon
1 sudu teh pes lemon
Cairkan gelatin ~ rujukkan
Cairkan coklat masakan putih ~ kaedah kukusan
Dalam bekas pemutar, pukul krim keju , kulit lemon, pes lemon dan jus lemon lembut
Tambahkan gelatin cair dan terus putar
Tambahkan coklat cair dan terus putar
Kaup balik krim putar dalam keju, rata
Tuangkan dalam bekas dan ratakan, ketepikan
Lemon Jely
2 sudu teh gelatin
200 ml air
2 sudu teh gula kastor
2 sudu teh jus lemon
1 titik pewarna kuning lemon
Satukan semua bahan dan masak dengan api sederhana
Tuang dalam bekas dan dinginkan
Sedia dinikmati dingin
Untuk keterangan yang lebih terperinci, anda pergilah ke blog ita masam manis.
Banyak rahsia masakan di sana.
Thank you ita. Luv u.

Thursday, June 20, 2013
Banana vanilla cupcake
Mood tengah rajin ni bundo letak lagi satu resepi. Masa rajin nilah nak tunjuk. Nanti tiba
malas, terperap lagi berminggu-minggu.
Yang berpuasa hari ini bundo ucapkan selamat berbuka. Tak lama lagi. Tak sampai pun satu jam dan agaknya semua kerja di dapur sudah pun selesai. Bagi yang belum habis membayar hutang puasa, cepat-cepatlah bayar. Jangan tangguh-tangguh lagi.
Dalam cupcake ni ada pisang. Bundo sukerr sangat cake yang ada pisang ni dan tak jemu-jemu mencuba resepi berlainan. Resepi ni bundo ambil dari blog omputeh tapi terlupa pula nak ambil linknya. Cuma bundo modified sikit letak ganache di dalam cupcake ni dan ternyata ianya sangat sangatlah mengancam.
untuk cupcake:
2 3/4 cup all purpose flour
1 1/4 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/2 tsp garam
1/2 cup unsalted butter
1/4 cup vegetable shortening
1 3/4 cup gula castor
2 tsp vanilla extract
2 telur
1 1/2 cup pisang lenyek
1/2 cup butter milk ( 1/2 cup susu cair+1 sudu besar apple cider)
- Ayak tepung, baking powder, baking soda dan garam bersama.
- Pukul shortening dan butter hingga creamy. Masukkan gula, esen vanilla dan telur. Pukul sebati.
- Masukkan pisang. Gaul rata.
- Turunkan speed mixer pada low. Masukkan tepung diselangselikan dengan butter milk.
- Masukkan ke dalam acuan cupcake dan bakar pada suhu 150.
ganache:
100 gm whipping cream
150 gm chocolate masakan (bundo pakai yang bentuk coin)
Panaskan whipping cream. Curahkan ke dalam mangkuk berisi chocolate. Gaul sehingga chocolate cair. Sejukkan.
Cream:
2 cawan cream topping. Pukul sehingga kembang.
Sejukkan kek setelah masak. Bila sejuk, buat sedikit lubang dipermukaan kek dan keluarkan isinya. Masukkan ganache ke dalam piping bag, penuhkan lubang yang telah ditebuk tadi dengan ganache. Memadai memenuhi lubang saja. Jangan melimpah.
Kemudian, hiaslah cupcake itu dengan cream ikut kreativiti anda.
Pergh... makan dengan ganache yang meleleh.
Sekian dimaklumkan.
Bundo

Wednesday, April 10, 2013
Banana blueberry cake
Dah hari rabu. Bulan April pun dah nak separuh jalan. Cepat sungguh masa berlalu. Lagi jauh perjalanan waktu ini lagi dekat hendak sampai ke penghujung. Bersyukur kerana masih dipinjamkan hayat untuk menikmati kebesaranNya dan berbakti terutamanya kepada keluarga tercinta.
Sekurang-kurang menjamin yang keperluan makan minum tetap terjaga.
Apa cerita hari ini?
Semuga ceria-ceria sambil menanti-nanti bila agaknya PRU akan berlangsung. Sukan kindy bundo yang dijangka berlangsung pada ahad ini terpaksa ditunda ketarikh lain kerana spr mengarahkan supaya semua tempahan stadium mpkj dibatalkan sehingga selesai pilihanraya. Alahai..
Satu kotak blueberry sudah lama tersimpan dalam peti ais. Hajat nak buat itu ini memang ada sejak mencapainya di giant tempoh hari. Cuma penyakit malas yang tak menentu ditambah lagi dengan kebizian melampau maka ia tinggal terperap begitu saja. Baru pagi tadi bakit bangun dari kemalasan.
Rasanya?
Sedap jugalah pada lidah dan tekak bundo. Ada kelembapan di situ. Lembut.
Sejak dua menjak ini bundo cuba buat adunan sendiri tanpa bergantung pada resepi sedia ada. Biasalah kan.. ada yang jadi ada yang tak.
Bahan:
250 gm tepung naik sendiri
150 gm unsalted butter
150 gm gula castor
3 biji telur
1 sudu teh vanila
1 cawan pisang yang telah dilenyek
1 cawan blueberry
1/2 cawan fresh milk
1. Blueberry dilenyek sedikit dengan garpu.
2. Ayak tepung.
3. Pukul gula dan butter sehingga lembut.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga kembang.
5. Masukkan esen vanila dan tepung . Pukul speed perlahan sehingga bergaul rata.
6. Masukkan pula susu.
7. Akhir sekali masukkan pisang dan blueberry. Gaul rata dengan spatula.
8. Alas dulang pembakar dan tuang adonan. Bakar sehingga masak.
Sekian. Kalau nak tau rasanya, cubalah....

Wednesday, March 27, 2013
Marble cupcake
Sejak kebelakangan ini kerajinan berada di tahap merudum paling melampau. Sungguh tidak rajin. Tidak rajin untuk berlama-lamaan di dapur. Masak lebih kurang, dah.. Peliknya keinginan tekak dan perut untuk diisi tidak pernah pula berkurang. Malah makin menjadi-jadi.
Kejadian melihat lemak-lemak yang berlengkar di sekeliling pinggang dan bergayutan di perut ketika mencuba baju sambil membelek-belek keserasiannya dibadan di butik Anugerah Klasik petang tadi benar-benar menginsafkan. Arghh.. otak kata kurangkan makan. Hati berdalih kalau tak makan macamana nak buat kerja... argh...
Jomlah kita tengok apa yang bundo buat ni.
Resepi paling sempoi. Bagi yang tak pernah mencuba buat kek, bolehlah cuba. Senang banget deh.
Antara yang ramai-ramai datang ke sini mestilah ada yang tak pandai dan tak pernah buat kek kan? Bundo dulu pun antara yang ramai-ramai itulah. Betul cakap. Tak pandai langsung. Buat mesti jadi lempeng ataupun jadi batu.
Bahan:
150 gm self raising flour
130 gm gula castor
150 gm majerin
3 biji telur grade B
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar air suam
Cara:
-Panaskan ketuhar.
-Pukul majerin dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati.
-Tepung diayak. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul sebati. Tambah esen vanila. Gaul.
-Bancuh serbuk koko dengan air. Keluarkan anggaran 1 senduk adunan tepung dan gaul bersama bancuhan koko.
-Sudukan adunan asli dan sedikit adunan koko ke dalam acuan cupcake. Corak-corakkan dengan lidi sate.
-Bakar sehingga masak.
-Sejukkan dan hias ikut kreativiti.
Bundo buat cream hantam-sajalah-laboo. Namanya pun orang malas.
Ooops.. bundo makan seketul je tau.

Wednesday, February 20, 2013
Honey, banana and pecan cupcakes
Semasa muda emak menghadiri kelas WI dimana emak belajar menjahit dan memasak. Itu cerita emak. Bundo masih kecil ketika itu. Apa dia WI pun bundo tidaklah tahu. Yang bundo tahu bundo teramat kagum dengan kepandaian emak menjahit dan memasak.
Emak pandai menjahit kerawang. Nyonya baba yang tinggal di rumah kedai di pekan kecil kampung bundo itu selalu menempah baju kebaya bersulam. Bundo cukup terpesona melihat cantiknya jahitan emak. Ketika menjahit, emak menggoyangkan tangannya ke kiri ke kanan ke depan ke belakang untuk menyulam lakaran bunga dan daun. Masa itu tidak ada mesin jahit letrik. Mesin jahit emak adalah mesen jahit besi hitam yang digoyang-goyang kakinya untuk membuatkan jarum naik dan turun.
Emak pandai memasak. Emak pandai masak lauk. Dan emak juga pandai masak kuih, biskut dan kek. Selain kuih tradisional, emak masak biskut raya. Bundo panggil biskut raya sebab emak hanya beriya-iya membakar biskut ketika raya hampir menjelang. Kek emak sedap. Tapi kek emak tidaklah seperti yang ada sekarang. Simpel saja. Kek yang paling bundo suka ialah kek sarang lebah. Panggil sarang lebah sebab kek itu bersarang-sarang macam sarang lebah.
Kepandaian emak memasak biskut dan kek tidak menurun kepada bundo. Bundo cuma suka tengok dan suka makan. Keinginan untuk membuat jauh sekali. Malah keinginan itu datang hanya beberapa tahun kebelakangan ini. Sebelum sebelumnya sekiranya bundo atau ahli keluarga mahu makan kek, bundo akan beli saja. Kemalasan itu melanda mungkin sebab kerap sangat gagal membuat kek yang sedap. Pernah beberapa kali bundo membuat cupcake yang ditong-sampahkan saja.
Kemudian timbul kesedaran untuk meningkatkan ilmu. Bila ilmu meningkat, secara otomatis minat juga meningkat.
Resepi cupcake ini bundo dapat dari sebuah buku resepi. Bundo kongsikan di sini.
Bagi sesiapa yang sukakan kek yang berderap-derap bila dimakan, mungkin suka akan kek ini.
1/3 cawan unsalted butter
1 cawan honey ( lebihkan untuk dituang ke atas kek bila makan)
2 cawan self raising flour
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 cawan carrot yang diparut kasar
1 biji pisang masak, hancurkan
1/2 cawan kacang pecan, dipanggang sebentar dan dicincang (tambah sedikit untuk taburan)
2 biji telur dipukul sederhana
Cairkan butter dan honey dalam kuali leper. Sejukkan.
Ayak tepung dan serbuk kayu manis di dalam bekas.
Masukkan carrot , pisang, pecan, telur dan campuran butter dan honey.
Gaul rata (menggunakan spatula sahaja)
Masukkan ke dalam bekas cupcake. Taburkan sedikit kacang pecan.
Bakar 150 c selama 15 minit atau sehingga masak.
Jom pekena dengan kopi.....

Friday, October 12, 2012
Ombre Cake
Salam kasih sayang buat semua yang berkunjung. Semuga semuanya sehat sejahtera. Sekarang musim hujan. Jangan pula main hujan ye.
Petang tadi hujan lebat sungguh. Bundo di tesco semasa hujan turun dengan lebatnya. Semasa balik terkena jugalah tempias hujan. Teringat dulu masa kecik memang waktu hujan turun ni waktu yang dinanti-nanti. Seronok mandi air hujan. Terpekik-pekik mak suruh masuk tapi buat dono je. Cuba sekarang kalau anak-anak kita yang main hujan. Mahu terpekik terlolong juga suruh masuk rumah.
Semasa di Pekan Baru beberapa hari lepas bundo berkesempatan ke toko buku gramedia. Kalau ke kedai buku diorang ni bundo memang asyik masyuk tengok buku resepi mereka yang berbagai-bagai. Kalau boleh nak borong banyak-banyak tapi mengenangkan berat nak bawa balik, bundo beli je lah beberapa. Antara yang bundo beli adalah majalah 'sedap' edisi indonesia.
Antara resepi menarik yang bundo memang nak cuba semenjak bertentang mata dengan buku ini adalah kek ombre ini. Untuk membuatnya memang leceh macam buat kek rainbow juga dan semestinya memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.
Kalau nak cuba, bundo letak resepinya di sini dengan bahasanya yang telah bundo olah sedikit.
Sumber: Majalah Sedap Indonesia
Hasil air tangan : ibundo
Bahan kek:
15 kuning telur
9 putih telur
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu besar ovelet
185 gm tepung protein rendah
30 gm tepung jagung maizena
40 gm susu tepung
3/4 sudu teh baking powder
150 gm mentega tawar, cairkan
75 gm white cooking chocolate, cairkan
Bahan Filling:
200 gm cream cheese
100 gm mentega tawar dingin
50 gm gula castor
175 gm white cooking choccolate, cairkan
125 gm whipping cream
Bahan sapuan:
250 gm butter cream
75 gm butter cream tambahkan 3 titis pewarna ungu. Aduk rata.
75 gm butter cream tambahkan 7 titis pewarna ungu
75 gm butter cream tambahkan 15 titis pewarna ungu
75 gm butter cream tambahkan 1/8 sudu teh pewarna ungu
Selebihnya biarkan butter cream pada warna asal
Cara buat kek:
1. Kocok kuning telur sampai kental. Ketepikan.
2. Kocok putih telur dan garam sampai setengah mengembang. Tambah gula sedikit sedikit sambil dikocok sampai kembang.
3. Masukkan kocokan telur kuning dan ovelet. Kocok hingga mengembang semula.
4. Tambahkan tepung, susu tepung, maizena dan baking powder yang telah diayak bersama. Masukkan sedikit sedikit dan gaul rata.
5. Masukkan mentega cair dan white cooking chocolate cair sedikit-sedikit dan gaul perlahan.
6. Bahagi adunan kepada 5 bahagian.
Adunan 1 tambah 1/2 sudu makan pewarna ungu
Adunan 2 tambah 3/4 sudu teh pewarna ungu
Adunan 3 tambah 1/8 sudu teh pewarna ungu
Adunan 4 tambah 15 titis pewarna ungu
Adunan 5 biarkan pada warna asal
7. Tuang adunan ke dalam loyang bulat diameter 20 cm tinggi 3 cm yang disapu majerin dan dialas dengan kertas. Sapu juga kertas dengan majerin.
8. Bakar dengan api bawah pada suhu 190 deg selama 20 minit.
Cara buat filling:
1. Campur cream cheese dan mentega tawar. Kocok hingga lembut. Tambah gula dan white cooking chocolate cair. Kocok rata. Masukkan krim sedikit sedikit dan kacau rata.
Cara susun kek:
1. Ambil kek yang bewarna paling gelap. Sapukan filling. Letak kek yang kedua gelap di atasnya. Lakukan hal yang sama sampai habis mengikut urutan warna yang paling gelap di bahagian bawah.
2. Tutup keseluruhan kek dengan butter cream putih. Masukkan ke dalam peti sejuk sebentar.
3. Keluarkan bila cream agak mengeras dan sapu kek dengan buttercream bewarna ungu mengikut urutan paling gelap di sebelah bawah dan paling muda di atas sekali.
Silalah ambil beberapa potong. Biar cepat habis...
InsyaAllah nanti kalau bundo rajin akan bundo buat resepi yang lain pula dan kongsi di sini.

Tuesday, July 10, 2012
Grated chocolate cupcake
Salam.
Dua orang cucu bundo tengah batuk-batuk dan selsema. Kesian pada yang baru dua bulan. Susah dia nak bernafas bila hidung tersumbat. Kenalah ibu dan ayahnya tolong keluarkan lendir-lendir yang menyumbat hidung. Nampaknya siibu juga telah dijangkiti virus ini.
Bundo pula dah rasa sakit-sakit tekak. Kepala dah mula nak weng weng. Tapi dalam pada itu sempat juga melayan tekak yang teringin nak makan cupcake. Bukan banyak mana sangat nak makan. Dapat secubit dua pun dah cukup.
Cupcake ni bundo ambil beberapa biji bubuh topping. Ada lebihan buttercream yang tersimpan dalam petiais. Bundo campur dengan serbuk nescafe agak-agak 1 sudu besar yang dibancuh dengan satu sudu besar air panas. Terasa macam kena rasa coklat kek ini bila dimakan dengan buttercream yang ada perisa kopi.
Selebih cupcake ini bundo biarkan tanpa topping. Makan begitu saja dah sedap.
Resepi?
Bahan:
280 gm self raising flour
180 gm castor sugar
4 biji telur grade A
50 ml fresh milk
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil ovelette
250 gm butter
125 gm coklat masakan yang diparut
1. Dengan menggunakan electirc mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur, esen vanila dan ovelet . Pukul sekejap sehingga sebati. Rendahkan speed.
3. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.
4. Dengan spatula, gaul coklat ke dalam adunan.
5. Sudukan ke dalam cawan kertas sehingga 85% penuh. Bakar dalam oven 180c lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.
Lepas tu, decoratelah menggunakan creativiti anda.
Sekian.
Brppppp!!!...

Wednesday, June 6, 2012
Cake pop
Salam pagi rabu. Hari ni hari rabu kan? Bila sekolah cuti ni, hari pun dah tak berapa nak ingat haha..
Kat luar sini hujan. Terdengar guruh dan deruan hujan yang turun agak mencurah-curah. Hujan rahmat. Supaya hujan yang turun menghilangkan sama baki-baki bahang panas semalam.
Petang semalam bundo mengepop. Sama pula dengan si puan ros kita tu ha. Sehati sejiwa pula buat benda yang sama.
Tapi bundo harini tak ada resipi nak bagi sebab kek yang bundo guna ni adalah kek yang dah tiga empat hari dalam peti ais dan jangka-jangka orang dah tak nak makan lagi dah. Bundo cuma buang deco dan ambil keknya saja.
Sebenarnya nak buat kek pop ni pun sangatlah mudah. Info ni untuk anak-anak yang baru nak jinak-jinak dengan sudu senduk kuali periuk bagai. Apa yang diperlukan adalah:
kek
cream
cooking chocolate
tangkai lolipop kalau ada. Kalau tak ada memadai kertas cupcake yang kecil.
hiasan
Kalau malas nak buat cake, beli saja kek yang dah siap. Kek biasa yang tak ada cream dan deco.
Kek itu diramas-ramas bagi hancur. Kemudian campurkan dengan sedikit cream (cream hiasan kek tu). Kalau tak ada cream campurlah dengan jem ke, dengan peanut butter ke, dengan whipping cream ke. Gunanya supaya bila kita kepal kek tu jadikan bebola, ia tidak berderai. Agak-agaklah kelembapannya. Janganlah sampai terlalu banyak cream sampaikan ia jadi lembik.
Kemudian kek yang dah kita hancurkan tu, kita ambil sedikit sedikit jadikan bebola sebesar satu inci atau lebih sikit diameternya. Agak-agak lah.
Bebola ni simpan dalam peti ais beberapa minit. Sementara tu, cairkan coklat masak.
Bila bebola dah set, keluarkan. Ambil sebatang tangkai lolipop, celup hujungnya sedikit dalam coklat dan cucukkan bahagian yang dicelup itu ke dalam bebola. Jangan pula cucuk sampai tembus. Agak-agak setengah atau 3/4 bahagian saja.
Buat semua dan masukkan ke dalam peti ais sekejap nak bagi coklat keras.
Keluarkan semula dan celup dalam coklat cair.
Hiaslah ikut selera masing-masing.
Senang je kan? Tapi nak cari masa nak membuatnya tu yang susah. Leceh.
err.. silalah ambil sorang satu.

Tuesday, February 7, 2012
Kek Pisang choc chips
Sometimes we want everything fast. Semua nak cepat tapi perut sentiasa mahu di isi. Tu yang selalu terlajak beli fast food sampaikan perut mengelembung dengan lelemak yang tak sehat.
Dah.. ke situ pulak.
Sebenarnya nak cakap yang aku buat kek pisang ni tak guna resepi yang terjegil-jegil biji mata nak tengok. Mudah le sangat. Mudah sebab aku cuma pakai cake mix saja haha. Cuma sediakan pisang, minyak, telur. Dan aku tambah dengan chocolat chips dua genggam. Jadi gebu ai tel yu....
Semua orang kata sedap.
Lain kali nak buat lagi.
Makan dengan kopi panas secawan, pergh!!!

Sunday, July 24, 2011
Brownies Pisang
Dah lama dah nak buat brownies ni. Sejak tengok resepi dalam majallah sedap bilangan 38. Tengok gambar macam sedap. Bila pergi tesco jumaat haritu, bundo cari bahan yang tak cukup dan semalam berkesempatan untuk mencubanya. Sedap jugalah pada tekak bundo. Anak-anak pun kata sedap. Faris cucu bundo makan sampai tiga ketul.
Resepi majallah sedap bil 38:
Bahan:
75 gm majerin
200 gm coklat masakan hitam, dipotong-potong
100 gm pisang emas (pisang emas bundo dah dibawa belayar. Bundo pakai pisang hantam sajala..)
2 biji telur
100 gm gula pasir (bundo tak taruk sebab brownies ni dah ada coklat dan cip coklat. Bundo tak tahan manis)
50 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
1/4 sudu teh serbuk penaik
50 gm kacang gajus, sangai dan cincang halus
75 gm cip coklat
15 gm hirisan badam untuk tabur
Cara:
1. Panaskan majerin. Matikan api. Masukkan potongan coklat masakan hitam. Kacau sehingga larut. Masukkan pisang yang telah dikisar halus. Kacau rata. Ketepikan.
2. Campurkan telur, gula pasir, campuran coklat, tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik yang telah diayak. Pukul perlahan menggunakan speed rendah. Masukkan cip coklat dan kacang gajus. Kacau rata.
3. Tuangkan diloyang bersaiz 30x10x4 cm yang dialas kertas kalis minyak. Taburkan hirisan badam.
4. Bakar selama 40 minit dengan api bawah suhu ketuhar 180degC atau sehingga masak.
Bundo tengok gambar brownies dalam majallah tu ada mirip kecoklatan tapi bundo punya ni kehitaman. Dah disuruh guna coklat hitam, mestilah nampak hitam, kan? (Ni statement menyedapkan hati). Walau bagaimana pun, tak rugi mencubanya.

Saturday, July 23, 2011
Red Velvet Cupcakes
Pagi ni anak bundo Kirin mencuba resepi yang diperolehinya di internet. Nama lamannya tak disalin. Ternyata cupcake ini tersangatlah sedap, lembut dan gebu. Bundo kongsi di sini resepinya. Minta-minta omputih yang buat resepi ni halalkan.
Resepi ni ditulis dalam bahasa inggeris. Bonda malas nak translate.
ingredients:
1 1/4 cup sifted cake flour.
1/4 tsp baking powder
1/4 tsp salt
1 tbsp cocoa powder
1/4 cup unsalted butter
3/4 cup granulated sugar
1 large egg
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk
1 tbsp liquid red food coloring
1/2 tsp white distilled vinegar
1/2 tsp baking soda
Cream cheese frosting:
227 gm cream cheese at room temperature
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup icing sugar, sifted
2/3 cup heavy whipping cream (double cream)
1. Preheat oven at 180deg c.
2. In a large bowl sift together the flour, baking powder, salt and cocoa powder.
3. Beat butter until soft. Add sugar and beat until light and fluffy. Add egg and beat until incorporated. Add vanilla extract and beat until combine.
4. Whisk buttermilk with red food coloring.
5. Mixer on low speed, alternately add the flour mixture and buttermilk mixture to the butter mixture. Begin with flour.
6. In a small cup, combine baking soda to the vinegar. Allow the mixture to fizz and then quickly fold into the cake batter.
7. Divide the batter evenly among 12 muffin cups.
8. Bake 18 - 23 minutes.
Frosting:
-in the bowl, beat cream cheese until smooth.
-Add vanilla and icing sugar and beat until smooth
-Gradually add the heavy cream and whip until the frosting is thick enough to pipe
Bahan banyak dan arahan macam leceh je. Tapi Kirin buat juga dengan tekun dan nampaknya berbaloi sebab sedapppppp sangat.

Saturday, June 25, 2011
Moist Yogurt Chocolate Cake
Berjalan rumah cikmanggis, terkedu aku tengok cake nya yang cantik dan menyelerakan. Terus aku ambil inisiatif untuk membuatnya tengahari tadi. Memang berkecah dapur aku dengan ganache. Dan belum sempat nak lama duduk dalam peti ais, diaorang dah tak sabar-sabar nak potong.
Aku punya dekorasi tak mampulah nak lawan sifu. Oleh kerana ada budak kecik di rumah ni, dekorasi lebih bercorak kebudak-budakan. Tapi rasa... hmmmmm... yummy. Sedap sungguh.
Resepinya aku copy and paste saja dari rumah cikmanggis. Sori CM, kita malas nak taip semula.
Bahan-bahannya:
1 cawan serbuk koko.
1 cawan air mendidih.
1 cawan butter-suhu bilik.
4 biji telur.
2 1/2 cawan gula halus.
2 tsp esen vanilla.
3 cawan tepung kek*
2 tsp baking soda *
1 tsp baking powder *
1/2 tsp garam halus * (*ayak)
1 cawan fresh yogurt.
Cara-caranya:
450 gm Coklat masakan-potong kecik.
300 gm cream(Cm guna whipping Cream)
Tak rugi mencuba. Terima kasih sekali lagi CM.

- Bancuh serbuk koko dengan air mendidih hingga rata.
- Pukul gula dan butter hingga kembang dan ringan.
- Kemudian masukkan telur satu persatu,esen vanila,yogurt,tepung yang diayak bersama baking soda,baking powder dan garam tadi.Pukul hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan bancuhan serbuk koko dan pukul lagi hingga rata dan sebati.
- Bakar dengan menggunakan loyang bulat berukuran 9".Jangan lupa sapukan butter pada loyang dan alaskan dengan baking paper.
- Bakar hingga masak.
- Biarkan dalam loyang selama 10 minit baru keluarkan kek.Biarkan kek betul-betul sejuk baru di salut dengan coklat ganache.
450 gm Coklat masakan-potong kecik.
300 gm cream(Cm guna whipping Cream)
- Masukkan semuanya kedalam periuk yang sesuai.Masak dengan menggunakan api yang kecik sehingga coklat cair.kacau hingga sebati
Tak rugi mencuba. Terima kasih sekali lagi CM.
ibundo
Subscribe to:
Posts (Atom)