Hari sabtu yang meletihkan. Hari ni bundo bawak anak-anak kindie buat lawatan ke animal world di sunway lagoon. Cerita boleh dibaca di sini.
Bundo rasa kuetiau yang terpampang di sini dah lama basi. Bundo nak ganti dengan Salad Tuna Mangga. Salad ini pun dah beberapa hari bundo buat. Bundo guna mangga lebihan kerabu haritu. Ratah-ratahlah ye.
Bundo nak rehat kejap lagi sebab keletihan sangat ni.
Bahan:
1 biji buah mangga
1 tin kecil tuna flakes
1 batang bunga kantan
8 biji cili api (ikut sesedap selera)
1 biji bawang besar
1 sudu kecil lada hitam ajishio
garam secukupnya
1. Mangga diparut kasar.
2. Bunga kantan dihiris halus
3. Bawang dihiris nipis
4. cili api dihiris
5. Gaul semua bahan.
Siap...
Silalah rasa.....
p/s terima kasih kerana memberi komen dalam n3 lepas. Maaf bundo tak dapat balas sebab tak berkesempatan.
ibundo