Showing posts with label Abangadik. Show all posts
Showing posts with label Abangadik. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

Kesunyian itu


Aku mengaku
Aku berasa sunyi

Aku sunyi masa aku beratur dengan bebudak shift pagi di cafe menunggu giliranku membeli sandwic buatan fresh untuk sarapan...
Aku sunyi bila aku berdiri menunggu mesin fotostat habis memfotostat dokumen spesifikasi new product yang aku nak suruh bebudak ni jalankan sekejap lagi.
Aku sunyi masa aku sensorang kerja masa hari isnin semalam.

korang cuti.
ya.
korang cuti tak bagitau aku.

takpe.
keje kau tu, aku dah setelkan.
customer complaint kau tu, pun aku dah lengahkan.
dan hari ini dah hari selasa.

kau masih lagi cutiiii?!!

Huaaarggghhhh!!!!




keluhan hati seorang hamba Allah yang kena kerja sensorang, semalam. Satu pejabat cuti mengejut, mengakibat semua hal pejabat, dia yang handle.

Tuesday, November 23, 2010

Atan dan Abu (Menyebarkan salam)



"Apsal kau bagi salam pada orang yang kau kenal ajer?" tanya Abu kepada Atan. Atan tersedar dari lalok mengantuknya.

"Ntah? Aku pun tak tau" jawab Atan blank.
"Kita kalau nak bagi salam, bukan hanya kepada yang kenal ajer. Kena bagi salam kepada semua" kata Abu.


"Menyebarkan salam tu ciri ahli syurga" kata Abu.

"A'ah. Ustaz haritu, pun ada sound camtu gak" sampuk Atan mengcover diri.
"Tu sebab aku malas nak pergi tempat yang ramai orang. Jenuh aku bagi salam" kata Abu lagi.

"Tapi, kalau diorang tak jawab, bukankah mereka berdosa?" tanya Atan pula.
"Ye tak ye jugak" kata Abu. Ada juga rupanya benda yang Abu taktau.
"Abih, bila kau dok bagibagi salam tu, dan kalau diorang tak jawab, maknanya, kau menyebabkan mereka berdosa. Apa beza kau dengan stean, kalau camtu?" cucuk Atan. Bukan selalu dia dapat point camni. Kelihatan kening Abu bercantum. Itu maknanya dia sedang berpikir. Samada dia berpikir nak menjawab dan memenangi ke atas Atan, atau dia cuba mencari apakah  penjelasan sebenar kepada senario soalan Atan yang ikhlas tadi.

"Jom kita gi umah brader" ajak Abu.
"Watper?" tanya Atan.
"Kita tanya dia, lah" kata Abu.
"Talipon jer lah" usul Atan.
"Malam kang kena gi umah dia gak. Malam ni kan Supernatural? Abangabang tu mesti lepak sana, punya" hujah Abu. ATan hanya terdiam. Tadi dia memang plan nak habiskan petang ini dengan membuta. Ni silap-silap kena gi Kg Kerinchi lak ni kang. Abu ni bukan betul. Impulsive sikit orangnya. Dia mendiamkan diri tanda tak setuju. Abu kelihatan tak senang dengan persoalan tadi. Dia mengeluarkan henponnya. Belum sempat mendail, henponnya berbunyi. Teropocot jugaklah Abu.


"Assalamualaikummmm" bunyi suara dalam talian. Brader bus stand laaa.
"Wa'alaikumussalam" jawab Abu dan Atan serentak sebab henpon Abu di loudspeaker kan.
"Malam ni datang tak?" tanya brader.
"Watper?" jual mahal Abu.
"Nak jawab soalan korang tu lah, hehe" jawab brader. Hambik kau...
"Perggggghhhhh....."kata Atan dan Abu serentak, kagum dengan kebolehan membaca pikiran keramat brader bus stand.

"Jangan lupa bawak keropok nira korang tu" kata brader bus stand lagi.
"Kalau datang sekarang takleh?" tanya Atan pula.
"Bukan korang ada ghash ke, petang ni?" tanya brader.
"Jangan gatalgatal nak ponteng. Kalau bukan korang, sapa lagi?" tanya brader lagi.

"Lagi satu, kalau nak tanya soalan agama, tanyalah kepada orang yang bertauliah" kata brader lagi. Atan dan Abu blank. Tadi kata nak jawab soalan. Ni suruh tanya kat orang lain pulak. Pelikpeliklah para wali ni.

"Kalau nakkan pendapat aku, OK. Aku cuma ingatkan korang untuk betulkan niat perjumpaan kita malam ni, jer. Bila niat, iktikad dan perbuatan tu selari, barulah harmoni" kata brader lagi. Mendalam sungguh ayat-ayatnya. Atan dan Abu akan mendiamkan diri sehingga pertemuan mereka malam ini...

Tuesday, November 16, 2010

Atan dan Abu (terperangkap dalam hujan)


Aku bersyukur
Aku bersyukur walaupun aku sedang terperangkap di bus stand ini di dalam hujan
Memerhatikan saja masa yang cuba kukejari
Berlalu pergi

Umpama MPV-MPV dan kereta-kereta yang meluncur laju di depanku ini
Mereka tak nampak aku di bus stand ini
Aku kesejukan ke
Aku keseorangan ke
Kerana mereka juga dalam gabrak mereka
Cuba lari dari hujan yang melanda

Biasanya time time camni aku akan menyumpah-nyumpah
Aku akan merungut-rungut
Pada sapa pun aku tak tau
Kononnya hidupku sungguh cibai
Kononnya hidupku sangat susah
Aku tak suka tersekat sebegini tak dapat buat apa-apa
Dan biasanya aku akan redah ajer...


Tapi kalini
Dalam saat ini
Semua itu tidak berlaku
Aku tenang dengan masa yang berlalu
Tah kenapa aku mau berenti pulak harini

Aku pasrah
Aku mengalah
Jika basah ialah takdir untukku,
Aku rasa kalini aku nak tunggu...
Hingga sampai masa aku

Tuesday, August 17, 2010

Kita, mug dan realiti (kejadian aku)

Dan apabila aku telah dijadikan, maka semua pengetahuan tentangku sudah ada di sisi Allah. Allah sudah menetapkan ajal, rezeki, jodoh, untung rugi cerita aku. Dan semua yang Allah dah tentukan adalah yang terbaik. Allah Yang Maha Mengetahui. Cuma aku ajer, sebagai makhluk yang diberikan segala kelebihan untuk memahami akan kehebatan Allah ini, perlu merebut peluang untuk lebih memahami, supaya aku lebih ikhlas dalam taat kepada Penciptaku. Kerana penciptaanku ini adalah umpama simbolik kemenangan kebaikan mengatasi keburukan. Dalam diriku ada dua unsur utama: baik dan jahat. Tak macam malaikat yang baik-baik saja atau jin yang jahat-jahat saja. Dan kalau aku serve purpose penciptaan aku, maka aku dikira berjaya. Kalau tak, aku dikira tak berjaya.

Sunday, August 15, 2010

Interview Dengan Wali (Atan dan Abu)

"Kenapa kau macam hairan jer dengan keghairahan orang nak memburu Lailatul Qadar?" tanyaku ke arah ruang yang kosong antara ATan dan Abu. Atan dan Abu memandang ruang kosong itu seolah-olah ada air liur aku yang menyembur atau sebagainya. Atan memandang ke bahu Abu. Abu memandang ke arah aku.

Interview Dengan Wali (Enter: Atan dan Abu)

Makan dalam dulang-Program wajib bila keluar 3H (gambar curi)
"Sapa Atan dengan Abu, ni?" aku tanya abang karkun. Abang karkun yang tengah menggoreng ikan untuk makan tengahari jemaah 3Hari, tak mengendahkan soalan aku. Dia terus membalik-balikkan ikan goreng dalam kuali. Aku baru sudah membasuh bawang. Sekarang nak potong ladyfingers pulak. Menu malam ni: ikan goreng, sayur campur, tempe dan tempoyak kaw. Budak-budak jemaah ada yang tengah random (buat dakwah secara rawak), belajar baca AlQURAN, basuh baju atau tido time-time ni. Kitorang tengah keluar kat Surau Kg. Sepri Dalam, Pedas, N9. Kitorang keluar bawak jemaah student IKBN Chembong yang tibatiba mabuk keluar tabligh. Naik haru biru jemaah kami nak melayan kerenah mereka. Bagus budak-budak ni. Semangat. Time cuti jer, diorang mesti keluar jemaah, buat usaha kawasan sekitar negeri aku. Eloklah tu. Rahmat sikit...

Thursday, August 12, 2010

Atan dan Abu 2 (Tersalah niat dalam berdoa)

Asan memang dikenali sebagai seorang playboy. Dia memang hebat. Dia juga handsome dan berduit. Belajar pun pandai. Tak macam Atan dan Abu. Atan dan Abu ni adalah bumi jika Asan itu adalah langit. Namun diorang ni berkawan. Diorang adalah housemate.Malas nak cerita pasal background Asan. Cukuplah dinyatakan bahawa Asan ni mungkar orangnya. Tapi kebelakangan ini, Asan nampak lain. Mungkin sebab bulan Ramadhan? Mungkin sebab kemelesetan ekonomi? Atau apa? Semasa Asan ditemubual semalam, dia kelihatan letih dan tak bermaya.

"Asan. You need Yomeishu. Hehehehe" lawak Abu.

Atan dan Abu 1 (Cerita di waktu Maghrib)

Ada satu senja, Atan tengah lepak di biliknya main gitar. Tahapebendela si Atan ni main gitar time-time nak Maghrib. Dahlah lepak dengan berlenggeng dan berseluar pendek jer. Dah mandi ke belom tu? Abu ada kat sebelah, tengah pengsan kot?. Abu menebas semak kat kampung petang tadi, tu pasal dia letih. Atan layan kepala dia jer. Main gitar. Melalak-lalak senjasenjani.

Monday, July 5, 2010

Kajian Sejarah dan geografi tempatan-"apa gunanya buat folio ni?"

Ada masa-masanya aku terdengar adik-adik aku mengeluh pasal kena buat folio dalam subjek Sejarah dan Geografi masa tingkatan 3. Sebab sungguhpun diorang ni superb dalam exam, part buat kerja kraftangan macam skrap book atau kertas kerja ni, diorang ada sedikit lemah. Dan ini akan effect pada markah dan akan effect pada PMR dan akan effect pada SPM dan masa depan ke menara gading mereka. Dan mereka takmau membuatkan mak kitorang risau pasal semua ni sebab mak pun tak tahu what the hell is going on. CGPA tu apa pun tak tau.

Ada sorang tu pernah tanya aku apa kejadahnya buat folio untuk subjek Sejarah dan Geografi masa nak ambik PMR. Aku senyum. Soalan yang bagus. Sebagai anak sulung, aku sendiri pun pernah tanya diri aku soalan yang sama. Dan juga soalan macam "Apsal nak libatkan kerja kraftangan folio ni dalam markah PMR aku?" atau "Tak adilla kepada Muthusamy yang dok kat dalam estet Chembong yang takde komputer tu" atau "Apsal time aku nak ambik peksalah kau nak ubah UPSR la, PMRla, SPM la?". Ini membuktikan genetik fikiran kritikal yang ada pada aku ni bukan datang dari bapak aku, tapi dari mak kami. Dan aku bersyukur sebab adik aku pun kritikal cam aku gak. Kembali ke topik asal...
Aku membesar di Paya Besar Pedas, N9. Kawasan kampung ni terletak di Semenanjung Malaysia, di garisan Khatulistiwa yang beriklim tropika yang hanya ada dua musim ajer: panas atau hujan. Peralihan musim; ada musim angin. Bila panas, panas dan lembap. Bila hujan, silap-silap ada banjir dan air Sungai Pedas akan melimpah dan sistem pengangkutan ke dalam atau keluar kampung aku akan terputus.Sebab kampung aku terletak di sebelah timur sungai dan jalan besar di sebelah barat. Di utara ada pekan Rembau dan di selatan ada Johor. Dan aku tau nama ketua kampung aku, apa tugas dia dan kat jawatankuasa mana aku nak hubungi kalau aku nak mintak bantuan buat kenduri kendara, atau bila nak mintak tandatangan sahkan fotostat sijil PMR aku. Dan aku tau air sungai Pedas tu kuning masa banjir sebab lumpur, iaitu tanah laterit, iaitu lapisan kerak bumi yang biasa terdapat di kawasan sekitar banjaran Titiwangsa yang menjalari Semenanjung Malaysia ini. Dan mungkin sebab inilah Semenanjung Malaysia terlepas sedikit saja dari lingkaran gunung berapi dunia yang sedang mengganas sekarang. Aku tak faham semua ini dengan belajar subjek Geografi. Aku FAHAM semua ni masa aku dok tercungap-cungap mengkatalogkan jenis tanah liat yang ada di sekitar Sungai Pedas, masa buat folio Kajian Geografi Tempatan, 1993.

Dan aku bangga kerana jadi rakyat Malaysia sebab negara ini aman damai, dan aku berbangga dapat bergaul dengan kaum besar Asia yang lain seperti yang disuruh oleh agamaku tanpa perlu susah ke luar negara. Aku tau bagaimana Malaysia boleh jadi begini, apa syarat-syaratnya dan apa peranan aku sebagai warganegara Malaysia. Dan aku tau bahayanya jika negara ini tidak dijaga tanah dan budayanya, kerana nanti semua ini akan hilang dan anak aku takkan dapat menyaksikan keindahan Sungai Pedas. Nanti anak aku hanya buat folio berdasarkan info yang dia perolehi dari internet, bukan dari pengalamannya sendiri. Dan aku faham semua ni bukan dari subjek Sejarah. Tapi bila aku dah hantar Kajian Sejarah Tempatan kat cikgu dan risau dengan markah yang bakal aku perolehi.
Dan banyak lagi yang aku perolehi sebab cikgu BM aku pun suruh kitorang buat folio jugak untuk buku-buku yang kitorang baca sepanjang 1992-1993 (Tingkatan 2 dan 3). Masa tu aku mengeluh.

Dan aku akui, folio kau komputer ke, tak komputer ke, tak mempengaruhi markah kau. Sebab masa Kajian Sejarah Tempatan, aku buat semua 100% pakai tangan. Takde fotostat peta. Takde graf komputer. Sumer aku lukis pakai tangan. Dan aku dapat markah paling tinggi masa tu. Dan aku ulang lagi benda ni masa aku kat MRSM Serting 94-95 untuk buku nota Matematik Tambahan aku dan mendapat pujian disamping membuatkan aku lebih minat dalam subjek yang membosankan itu. Kalau cikgu kau cakap markah Muthusamy rendah sebab dia tak pakai komputer, kau bagitau aku sapa nama cikgu tu. Dan aku buat zine Schizophrenic dan kau membaca blog ni.

Jadi, aku rasa buat folio dalam subjek Geografi dan Sejarah itu ada pekdahnya. Masa PMRlah paling sesuai sebab kalau masa SPM, korang takde masa nak buat dah. Tak adillah. Kalau bagus kenapa tak buat untuk semua subjek? Sebab pengetahuan Geografi dan Sejarah ini penting untuk kita yang duduk kat Semenanjung Malaysia ni. Sebab kita takkan ambil endah lagi pasal semua ni sebab selepas SPM, kita akan dok sibuk mendalami subjek Matematik Tambahan atau Kimia atau Biologi atau subjek pilihan ramai: sex.

Tanpa Geografi dan Sejarah, korang sumer takkan tau sapa korang, kat mana korang berada, apa tugas korang dan apa yang korang kena buat sekarang. Diorang ni suka ubah-ubah sistem pendidikan. Pendidikan pun tak pasti lagi sampai mesej sepenuhnya ke semua rakyat, dah sibuk cerita nak influence orang dengan sistem tu. Aku tak taulah apa akan jadi kat Malaysia ni kalau diorang betul-betul nak buang UPSR dan PMR. Najib sendiri kata inovate. Ni sibuk nak abolish dan recreate sistem baru. Tengok apa dah jadi kat generasi PMR tahun 2000 ke atas? Amenda la diorang ni. Kembali ke topik asal...

Tu sebab korang ada banyak masa nak mengomen dan baca blog macam ni.
Sebab pandang rendah pada subjek Geografi dan Sejarah. Lebih-lebih lagi BM dan BI.Korang taktau apa yang korang patut buat masa ni. Kalau korang tau, korang akan dapati korang tak cukup masa. Sebab Malaysia belum kuat lagi dan penjajah-penjajah dah memenuhi inbox email dan pemikiran kita. AKu tak salahkan korang. Korang tau apa. Diorang biasa salahkan mak bapak. Tapi aku kata cikgu dan sistem pendidikan kita ni pun ada peranan penting mereka dan mereka bersalah sebab korang habiskan banyak masa dengan diorang, bukan dengan mak bapak.

Dan adik aku akan naik semangat dan kelihatan dia macam dah tau apa nak buat sebab dia terus pusing belakang dan ambik pen dan menulis sesuatu dan aku akan biarkan dia sambung buat keja dia. Aku keluar gi ambik angin jap.
Lagi setengah jam aku tinjau adik. Laa...membuta dah. Tadi semangat sangat.
Hai...budak-budak.

Risau aku apa akan jadi kat kampung aku ni...

Scuba

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails