Wednesday, October 27, 2010

Tahuku SEPI


Aku bukan sepi kerana aku bersendiri
Menghadapi kecibaian dunia harihari.
Aku bukan sepi kerana tiada yang mendengar
Raungan peritku tatkala aku tersasar.

Manusia atau makhluk bukanlah sebabnya.
Masa dan keadaan juga bukan di antaranya.
Kesepian yang ku maksudkan, tiada terlihat dek mata.
Ia hanya kelihatan,
Tatkala diri diselubungi kegelapan.

Aku sepi bila kutahu doaku tak diterima,
Kerana kutahu; Dia MAHA MENDENGAR.
Aku sepi bila aku tak nampak apa-apa,
Sedangkan kutahu; Dialah SUMBER cahaya

Bahkan ku-juga-tahu
Dia MAHA TAHU.
Dan biasanya Dia akan Memberikan,
Sebelumpun aku menadahkan tangan.

Ya Allah,
Ampunilah daku.
Berikanlah aku petunjuk,
Tentang kesalahanku.
Kerana jawapan itu sudah tak perlu...
Andainya nyawa,
 Sudah terlepas dari jasadku.




Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails