Sesuatu yang
telah terjadi, adalah pelajaran kepada kita. Dan kita semua memang
ternantik-nanti apakah cerita kita untuk
esok hari. Namun untuk hari ini, kita kena buat apa yang sepatutnya, demi memastikan
esok hari adalah lebih baik dari assumption yang kita telah buat semalam.
Bila bercakap tentang soal realiti dan kebenaran, kita sering
membataskan skop perbincangan kepada soal apa yang nampak. Jika begitu, maka
orang buta sepatutnya adalah orang yang paling jahil agama. Ini bukanlah keadaannya kerana sepanjang penglibatan dalam usaha tabligh, orang
pekak dan tuli didapati lebih jahil dari orang buta. Bila kita tanyakan kepada
orang buta, siapakah Allah, dengan mudah dia akan jawab; Allah itu Rabb. Tapi bila kita tanya kepada orang yang pekak dan bisu, apakah makna perkataan 'Allah' dan Muhammad' yang selalu mereka lihat di pintu masjid, ada yang menjawab
Allah itu abang dan Muhammad itu adik.
Jadi, kata-kata
"seeing is believing" itu tidaklah benar
secara total. Itu hanyalah dakyah yang digunakan oleh golongan jahiliah yang
telah lapuk dan telah lama kita perbetulkan. Bahkan sejarah telah menunjukkan bahawa kaum
yahood yang telah ditunjukkan dengan segala macam
majik akan kekuasaan Allah, merupakan
golongan yang paling lantang memusuhi Nya. Inilah salah satu sebab kenapa karamah para wali itu seboleh-boleh disembunyikan oleh empunya diri.
Dakwah Baginda SAW berkisar semata-mata
kaedah lisan dan bukan membawa Al-Quran atau dalil akal ke hulu ke hilir dalam meyakinkan kaumnya untuk
kembali kepada tauhid. Baginda SAW tidak ada apa-apa bukti untuk digunakan sebagai hujah ke atas golongan kafir Quraisy yang pada masa itu adalah lebih cediakawan daripada Baginda. Walhal Allah boleh melengkapi Baginda dengan segala kelengkapan eksperimen dan buat satu presentation yang gempak kalau nak. Tapi tak. Itu bukan faktanya. Fakta menunjukkan bahawa Baginda yang tak reti menulis dan membaca itu, sekadar menyampaikan apa yang diwahyukan kepadanya secara lisan kepada semua orang.
Efek
pendengaran memang lagi
berkesan dalam
menyampaikan sesuatu. Acap kali kita, mudah mempercayai atau terpengaruh dengan sesuatu yang
kita dengari daripada apa yang kita lihat. Jangan salah sangka.
Membaca juga sebenarnya ialah subset kepada pendengaran. Tulisan hanyalah susunan garisan dan titik yang merupakan simbolik kepada sebuah pernyataan lisan. Dan artikel yang berintonasikan sebuah percakapan, lebih mudah difahami daripada artikel yang sarat dengan fakta atau data.
Dan apa yang kita dengar/baca lebih kita percaya daripada apa yang kita lihat.
Apa yang kita
dengar juga, lekat lebih lama dalam hati kita. Dapat lak jika kita turut serta mempercakapkannya. Macam lagu. Lagu Maher Zain tak berapa masyuk jika kita sekadar mendengar. Kita akan dapat
menjiwainya jika kita turut menyanyikannya. Tak hairanlah kenapa Al-Quran lebih mudah dihafal berbanding kitab-kitab lain. Dan atas sebab ini jugalah kenapa melagukan lagu-lagu yang lagho itu amatlah tidak digalakkan dalam agama Islam.
Dan
apa yang kita cakapkan, maka kitalah yang pertama sekali mendengarnya. Jemaah tabligh telah lama membina tarekat mereka atas konsep ini. Setiap orang yang terlibat diharuskan untuk
bercakap atau mendengar tentang kebesaran dan keagungan Allah, serta
mengulang-ulang membaca buku taklim dengan suara yang jelas, seolah-olah ada pendengarnya. Dan sudah tentulah bila
BERCAKAP, mestilah ada yang kena mendengar. Dan sebab nak cari pendengar inilah, para karkun telah menjelajah ke serata dunia, hingga ke segenap pelusuk kampung. Bila dah dengar, maka kita akan mula mendalami. Dan seperti menyanyi tadi, untuk lebih dalam, kita kenalah
mengamalkan apa yang kita cakapkan tadi. Barulah efek
iman itu akan terasa.
Jangan sekadar MELIHAT dan kemudian membuat deduksi sendiri. Nah, sekarang anda telah mendengar. Marilah bersama 'menyanyi' dengan kami.