Sebab harini hari Jumaat, aku taknak merungut macam biasa. Harini aku nak bagi cadangan. Dan sebagai manusia, aku juga terpengaruh dengan emosi aku sendiri. Dan ada beberapa perkara yang aku perasan, kalau ia berlaku di depan mataku, aku akan jadi emo. Baran. Kalah kepada setan. Dan salahsatunya ialah dalam isu kekejaman terhadap kanakanak (sebab akupun ada tendency nak buat benda ni)
Kita terus ajer ke titik-titiknya.
1) Kita kena kaji trend kelahiran bayi di Malaysia dalam setahun.
Data boleh kita ambik dari segala klinik, hospital, rumah abortion sampailah ke bidan-bidan terjun yang terdapat di kongsi-kongsi di sekitar kawasan pembinaan di seluruh tanahair. Dari sini kita akan dapat lihat pada bulan bila paling banyak baby lahir, kaum apa, jantina dan macam-macam data lagi. Dari sini kita boleh buat persiapan dengan memperketatkan kawalan di tempat pembuangan sampah dan tepi sungai serta meletakkan mata-mata di sekitar hotspot. Ikut peruntukan lah.
2) Kita kena kaji data trend kes buang bayi
Kes buang bayi, walau rasa macam tiap-tiap hari ada, sebenarnya berlaku mengikut trend. Dan dari carta pai yang aku congak dalam kepala aku, aku dapati trend ini banyak di dalam range bulan September ke November, dan April ke Julai. Banyak hipothesis yang boleh kita sahihkan jika kita ada masa nak mengkajinya, contoh; "9 bulan selepas Isnin minggu depan, banyak kes buang bayi akan berlaku". Apa yang kita nak buat selepas kita ada trend ni, bergantung kepada kreativiti dan kelulusan pengarah kita. Tapi sebab data takde, tuan pengarah pun tak balikbalik lagi lepas PRK Tenang haritu, camana? Vday minggu depan jer ni!
3) Kita kena mula bina profail
Pihak psikiatri pula mesti memainkan peranan agresif dalam membina pengkalan data tentang profail orang yang terlibat dalam jenayah keganasan terhadap kanak-kanak ni. Kita mesti memahami apa yang telah menyebabkan seorang manusia boleh bertindak kejam terhadap seorang budak atau bayi. Kalau sekali sekala kejam tu, biasalah. Ni sampai repeatedly sampai jadi habitlak menyeterika belakang budak tu. Tumpah nescafe pun nak seterika. Amender ni? Dari profail tu, kita cuba buat survey dan kajian dalam usaha nak mengambil tindakan proaktif. Sesapa yang nampak cam tak siuman jer tu, kita tangkap dan buat test. Macam pre-cog la dalam citer Tom Cruise tu. Tapi kita tak pakai orang dalam kolam air. Kita pakai data dan matematik. Tak cuba tak tau.
4) Memperkenalkan satu kumpulan yang bernama "Team Jahat"
Team Jahat ni, kerja dia, dia akan ketuk pintu setiap rumah dan check isi setiap rumah untuk memastikan semua orang dalam keadaan HAPPY. Team ni terdiri dari sorang polis, sorang pakar agama/motivasi, sorang wakil setempat, sorang bodyguard dan sorang pencatit. Diorang ni akan check setiap rumah (terutamanya rumah bujang) dan bilik hotel serta rumah tumpangan pada malam public holiday. Pempaham jelah apa kejadahnya tugas diorang ni yang sebenarnya tapi yang penting, Team Jahat ni mestilah dikawal rapi oleh 3 badan bebas yang bertaraf antarabangsa.
5) Memperkenalkan Team Baik pulak
Team Baik ni pulak, kerja dia ialah bergaul ke dalam kelompok-kelompok yang kita dah kenalpasti banyak terlibat dalam kes buang bayi ni macam pelajar U, pekerja industri hiburan, pekerja kilang, PADI mahupun PATI. Diorang ni layan semua jenis orang dan mengetahui apa yang paling uptodate sekali dalam hal berkaitan sex dan dadah. Bab ni aku takleh dedahkan dengan mendalam takut korang stim. Orang yang terpilih untuk team ni dirahsiakan. Mereka takboleh mengenali antara satu sama lain pun.
6) Buat jaringan untuk kediaman yang high-rise
Untuk kes bayi yang dibuang dari tempat tinggi, kita boleh sediakan net di tingkat yang stratejik untuk menyambut mereka. Tapi penyelenggaraan net ini (maklumlah, mesti banyak barang yang dibuang ke dalamnya oleh pihak yang tak bertanggungjawab), diwajibkan penduduk bangunan tu mengadakan gotong royong membersihkannya seminggu sekali atau ikut perlu. Kita suruh Team Jahat tadi yang jadi kepala. Siap anjur contest peringkat kebangsaan lagi flat sapa net paling bersih...
7) Buat tempat pembuangan bayi yang sistematik
Aku setuju dengan Ali Rustam pasal tempat pembuangan bayi tu. Dan aku rasa dia kena promokan pada Vday (dan setiap public holiday) kat tempat-tempat stratejik dengan mengedar risalah atau namecard dengan alamat dan nombor hotline sekali. Ini ada dakwah yang paling hikmah sesuai untuk rakyat Malaysia yang terdiri dari kaum yang terkenal dengan spiritualiti tapi lagi sexual dari orang Barat dalam hal ini. Aku suka dengan idea hospital bayi tu. Kita bukan nak galak, tapi dah semua orang sibuk nak seksi dan kuat main, nakwat camner? Kita kena ingatkan tentang kewujudan tempat sebegini kepada muda-mudi dan golongan miskin. Lagipun, baby-baby ni boleh dijadikan pengundi, dan kami biarkan kreativiti anda berjalan sendiri.
8) Dari sudut internet, SKMM dan pihak censorship yang bangang dan kena cucuk idung tu kena mula memenuhkan server setiap enjin pencarian utama (macam Google, Yahoo, AltaVista, etc) dengan program indoktrinasi kearah pencegahan pre-marital Sex serta pengukuhan organisasi kekeluargaan. Buat artikel yang cool tapi tajuk entry dia pakai perkataan mencarut macam cipap, fasha sanda bikini, melayu bogel atau payabesarpedas. Bila bebudak ni klik, dia terus kena ceramah atau didedahkan dengan video orang mati bersalin atau orang accident. Jangan taruk kat kotok rokok jer pandai...hehehe
9) Program Realiti: Aku Masih Dara Lagi
Sambung rancangan ni pulak lepas AF9 habis. Aku dengar AF9 nak pakai Ahmad Dhani Dewa 19? Ye ke? Cool weyhh...Rancangan Aku Masih Dara mempromosikan nilai-nilai kevirginan macam kesucian, keintelektualan dan macam-macam nilai yang baik yang kita boleh benchmark dari sifat puteri-puteri Baginda SAW. Digalakkan non muslim sekali. Kita dedahkan kriteria yang kita cari kepada semua dan hujah kenapa kita mencari orang sebegitu. Boleh pikir sendiri apa efek cerita sebegini kepada media, kan? Balikbalik cerita orang bercerai atau kantoi beromen atau isap ganja buat apa?
10) Hukum bunuh
Kalau perbincangan tentang nak halalkan judi boleh di tanyaNajib kan, kenapa soal ini tak boleh? Shahrizat kena troll dewan dengan bikin panas isu ini secepat mungkin. Barulah dia up untuk PRU nantik. Kalau tidak, Shahrizat, Rais dan sapa sorang lagi tu memang kena, punya PRU ni...
Disebabkan aku ada hal, emo aku terpaksa ditangguhkan dulu.
Sekian...
6 comments:
cadangan yang bernas dan praktikal..
timer kaseh...balik kampung minggu ni?
kalau balik, bley belanja aku minum kat stadium paroi...
silap2 bley buat gathering dowhhh
cadangan bernas tapi cam kelakar pun ada, tapi possible kalau cable kau ngan shahrizat kuat. smpai tahap tu, kau mmg ade chan
dalam dunia media laternatif dan Buletin Utama ni dark, cable dgn politician buat apa?
cable dengan majidul la lagi berkesan...
Scuba fofular..
faking spemmers
Post a Comment